Oleh |
Lelaki Panas Baran |
salabianca
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2010 Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 22-04-11 07:20
saya sangat perlukan pandangan kawan-kawan semua... saya berkawan dengan seseorang...dia serang yang baik..penyanyang..perihatin..bertnanggungjwab.. tetapi satu sahaja kelemahannya..dia seorang yang cepat marah..senang cakap dia tak sabar dan cepat bengang dan ada krateria seorang yang pansa baran... saya ingin mereruskan farsa yang lebih jauh dengannya..iaitu perkahwinan..sayang butu..saya keliru...dia baik..tapi dia ada kelemahan yang teruk pada saya..iaitu cepat panas.. buat masa ini..sayang tidak pernah dipukul olehnya... tapi saya takut..kalau dia berterusan dengan sikap begini..akan menderitalah jiwa saya.... Dia mengakui sikap bukrunya..dan cuba untuk berubah..tapi saya masih dengan nampak banyak...cuma kalau ada perkara2 yang buat dia rasa panas hati dengan saya..dia cuba sabar... Entahlah..saya pun tak tahu apakah saya boleh buat keputusan untuk hidup bersama dengan dia...memandangkan dengan sikapnya yang cepat naik marah..... bantulah saya......
|
Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2010 Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah
|
Posting pada: 22-04-11 07:48
saudari... setiap manusia ada kelemahan.....tak semua manusia tu sempurna sifatnya..macam kita juga...tak semua sikap kita ni pasangan kita suka..mesti ada perkara yang dia tak suka juga.... tak perlu lah rasa waswas kalau nak berkahwin....insyallah semuanya ok...sikap manusia ni boleh berubah...cuma sama ada dari baik ke jahat atau dari jahat ke baik saja...oleh itu kita kena lah sentiasa menjaga sesama manusia supaya dapat berubah menjadi lebih baik.... lelaki sinonim dengan sifat marah2 dan baran ni....memang kebanyakkan macam tu...tapi ciptaan Allah ni adil....dijadikan lelaki yang mudah marah dan panas,,tapi diciptakan juga wanita yang bersifat lembut dan sopan...jadi kalau difikirkan,,bukankah tujuan ciptaan dari Allah yang bersifat lembut itu untuk menenangkan sifat panas yang ada pada laki?? pointnya disini....panas baran lelaki boleh jadi sejuk dan tenang dengan kelembutan dan kesopanan wanita...percaya lah...saya juga lelaki..dan saya mengakuinya...bila hati tengah marah dan panas...tapi bila dipujuk wanita dengan kelembutanya..yang marah2 panas2 tu boleh hilang... jadi awak tak perlu lah risau....awak gunakan segala 'senjata' yang ada pada wanita iaitu kelembutan azali wanita..insyallah lelaki boleh mengawal dirinya..disamping tu jauhi benda-benda yang dia tak suka yang boleh buatkan dia marah....insyallah semua nya ok....
|
salabianca
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2010 Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 22-04-11 08:59
terima kasih musafir...saya sangat menghargai pandangan itu.... saya memang perlukan pandangan dalam keraguan saya... sebab dia seorang yang baik...selalu ingin memperbaiki dirinya..dia pula mengakuinya akan kelemahannya...dia pun takut emudaratkan saya nanti bial berkawin..tapi setakak berkawan ini..dia tak pernah meletakakn tangan pada saya....saya bersabar dan cuba sejuk sebab dia tengah marah..tapi dia memang sedapa upaya berubah..dan saya nampak itu.. cuma sayang ada kebimbangan dalam waktu2 tertentu... terima kasih sekali lagi atas pendangan musafir itu..
|
Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2010 Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah
|
Posting pada: 22-04-11 14:36
saudari... jangan lah terlebih bimbang sangat nanti lain jadinya... dia dah akui kelemahan dia kan...jadi maknanya dia sedar...dan tak mustahil dia akan berubah....maybe dia juga perlukan bantuan dari awak untuk berubah...lelaki dan wanita kan saling melengkapi.... lagi-lagi bila dah kawin nanti...awak bukan sekadar pujuk dia dengan kata-kata...bahkan dengan sentuhan intim dekat dia...lagi lah dia cair dan sejuk....jangan risau...rahmat Allah selepas kahwin tu melimpah2....
|
salabianca
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2010 Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 25-04-11 09:47
terima kasih atas nasihat en.musafir ..memang tak dinafikan bukan selalu marah2..sebagi manusia normal kita memang ada sifat marah..marah itu berpunca dari tidak sabar betul kan...?tapi hati memang perlu di didik untuk sentiasa sabar...barulah marah boleh dikawal... cuma saya yang tidak perlu ambil hati sangat..cuma saya perlu pandai memujuk hati saya sendiri supa tidak terlalu sensitif..mungkin tekanan yang boleh buat seseorang itu cepat naik marah... kita perlu perbaiki sikap masing-masing...ada niat untuk berubah dan kita nampak perubahan itu...insyaallah
|
Musafir_Ufuk_Timur
Warga 4 Bintang Menyertai: 19.05.2010 Ahli No: 39841
Posting: 192
Dari: kedah
|
Posting pada: 25-04-11 11:43
haaaaaaaaa.... tahu pun...macam tu lah.... jadi bila tu nak langsung perkahwinan? hehe
|
salabianca
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2010 Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 25-04-11 14:26
kalau diizinkan Allah swt..lagi cepat lagi baik...tapi buat masa ini agaknya belom dizinkan lagi....
|
fardina
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka
|
Posting pada: 29-04-11 09:20
pendapat saya, bagilah peluang kepada dia mungkin dia akan berubah pada suatu masa insyaallah... manusia akan berubah... doakan saja lah
|
eme86
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17258
Posting: 2026
Dari: Temerloh, Pahang.
|
Posting pada: 30-04-11 09:51
Kalau betul-betul mahu kahwin dengan dia, yang terbaik buatlah sembahyang istiqarah... ----------------- Sungguh sukar perjalanan menuju MU, jadikanlah aku orang-orang yang bersyukur dan hampir dengan MU...
|
ija1508
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.01.2011 Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL
|
Posting pada: 01-05-11 07:34
, Saya rasa istiqarah yang terbaik. Bukan sahaja untuk mendapat petunjuk sesuai sebagai calon suami, tapi berkawan dengan dia ni akan mendatangkan kebaikan atau tak? Manusia boleh berubah dengan doa, insyaAllah. Tetapi manusia itu juga perlu mahu berubah, bukan sekadar didoakan berubah. Tanya diri sendiri Kenapa Allah tunjukkan sifat pemarah lelaki ini pada saudari?
|
hati_suci83
Warga 2 Bintang Menyertai: 31.12.2008 Ahli No: 36571
Posting: 52
Dari: perak
|
Posting pada: 02-05-11 13:45
kawan saya cakap kita kena elakkan beberapa kategori lelaki iaitu lelaki yang suka memancing,lelaki yang suka main motor besar dan lelaki yang panas baran...kawan saya cakap lah...
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 02-05-11 21:43
pendapat saya better tak payah select org begitu,..sebagai org yang berkahwin basic sebuah perkahwinan ialah SABAR.. saya dah buat research daru utara sehingga selatan...hanya SABAR saja mampu menyelamatkan rumahtangga.. panas baran,pemarah..itu semua dr syaitan..if nak kahwin jugak..sila lah berubat dan pastikan tiada penyakit tersebut... ----------------- Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku
|
salabianca
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2010 Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 03-05-11 10:24
kadang-kadang saya rasa perkahwinan menakutkan...sebab kita tak tahu..sikap boleh berubah..dari sikap baik tiba-tiba jadi sikap jahat..dan dari sikap jahat boleh berubah menjadi baik....tiada jaminan...
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 05-05-11 09:37
Tak ada apa yang perlu ditakutkan. setiap yang berlaku ada hikmah ALLAH ciptakan tersendiri. Kita nak takut apa? Bukan suami/isteri kita itu milik kita pun. Kalau mati bukan boleh dok bersama pun. Perkahwinan adalah suatu anugerah ALLAH bagi. dengan berkahwin kita akan jadi tenteram, seronok dan bahagia. Tapi untuk capai sema itu, kena lihat diri kita sendiri. Seringkali wanita ingin lelaki yang baik, bagus dan sebagainya. Persoalannya adakah wanita itu juga baik,solehah, bagus dan sebagainya?
|
salabianca
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2010 Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 05-05-11 15:52
En. Engrfeez ini dah kahwin ke? pandai bercakap mengenai soal perkahwinan....
|
fardina
Warga 3 Bintang Menyertai: 23.12.2003 Ahli No: 5918
Posting: 125
Dari: Melaka
|
Posting pada: 06-05-11 10:15
saya setuju dengan kawan-kawan-kawan. dalam pemilihan jodoh ni mohon lah petunjuk dari Allah. watlah solat istikharah... moga dapat ketenangan....kepada Allah kita memohon bantuan
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 08-05-11 23:34
Pada 05-05-11 15:52 , salabianca posting:!!! QUOTE !!! En. Engrfeez ini dah kahwin ke? pandai bercakap mengenai soal perkahwinan.... Alhamdulilah.. dah kawin.. ----------------- Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku
|
lavender111
Warga Rasmi Menyertai: 11.05.2011 Ahli No: 41365
Posting: 3
Dari: bawah bumbung
|
Posting pada: 11-05-11 08:35
Pada 22-04-11 14:36 , Musafir_Ufuk_Timur posting:!!! QUOTE !!! saudari...
jangan lah terlebih bimbang sangat nanti lain jadinya... dia dah akui kelemahan dia kan...jadi maknanya dia sedar...dan tak mustahil dia akan berubah....maybe dia juga perlukan bantuan dari awak untuk berubah...lelaki dan wanita kan saling melengkapi....
lagi-lagi bila dah kawin nanti...awak bukan sekadar pujuk dia dengan kata-kata...bahkan dengan sentuhan intim dekat dia...lagi lah dia cair dan sejuk....jangan risau...rahmat Allah selepas kahwin tu melimpah2.... Setuju Biasanya cara untuk menangani sikap panas baran adalah dengan sikap memujuk dan membelai.. Cuba pandang dia sebagai kanak-kanak yang memberontak mahukan perhatian
|
ija1508
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.01.2011 Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL
|
Posting pada: 11-05-11 09:49
Hmmm ... jadi nak kena layan dia macam kanak-kanak? Macam pelik pulak pendapat lavender ni ... bila bernikah kita expect seorang suami atau isteri ... dan bukan seorang kanak-kanak ... jadi Kenapa nak dipandang atau anggap sebagai kanak-kanak? Mungkin begitu lavender melayan pasangan? Macam kanak-kanak? Hehehehe
|
lavender111
Warga Rasmi Menyertai: 11.05.2011 Ahli No: 41365
Posting: 3
Dari: bawah bumbung
|
Posting pada: 11-05-11 10:21
Pada 11-05-11 09:49 , ija1508 posting:!!! QUOTE !!! Hmmm ... jadi nak kena layan dia macam kanak-kanak? Macam pelik pulak pendapat lavender ni ... bila bernikah kita expect seorang suami atau isteri ... dan bukan seorang kanak-kanak ... jadi Kenapa nak dipandang atau anggap sebagai kanak-kanak? Mungkin begitu lavender melayan pasangan? Macam kanak-kanak? Hehehehe Tak lah, bukan maksud layan macam kanak-kanak. Persamaan antara kanak-kanak dan orang dewasa ialah mereka memerlukan kasihn sayang serta belaian. kanak-kanak perlu dilayan dengan baik, boleh dimarah serta dipiat2 telinga. Tapi orang dewasa, bila dia marah2/moody jangan lawan, kena banyakkan sabar. Dan lebih banyak mendengar dari menjawab, serta diiringi dengan belaian dan pujuk memujuk.. Terpulanglah pada cara masing-masing
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 11-05-11 11:24
Pada 11-05-11 08:35 , lavender111 posting:!!! QUOTE !!! Pada 22-04-11 14:36 , Musafir_Ufuk_Timur posting:!!! QUOTE !!! saudari...
jangan lah terlebih bimbang sangat nanti lain jadinya... dia dah akui kelemahan dia kan...jadi maknanya dia sedar...dan tak mustahil dia akan berubah....maybe dia juga perlukan bantuan dari awak untuk berubah...lelaki dan wanita kan saling melengkapi....
lagi-lagi bila dah kawin nanti...awak bukan sekadar pujuk dia dengan kata-kata...bahkan dengan sentuhan intim dekat dia...lagi lah dia cair dan sejuk....jangan risau...rahmat Allah selepas kahwin tu melimpah2....
Setuju
Biasanya cara untuk menangani sikap panas baran adalah dengan sikap memujuk dan membelai.. Cuba pandang dia sebagai kanak-kanak yang memberontak mahukan perhatian Betul ke ini? Terpulang lah empuanya topic nak accept ke tak panas baran ini ..tapi renunglah kata-kata Nabi ini.. Seorang sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Abu Darda' .a pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w : "Wahai Rasululahh, tunjukkan kepada saya satu amalan yang membolehkan saya masuk ke dalam syurga". Jawab Rasulullah : "Janganlah kamu marah". ----------------- Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku
|
ija1508
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.01.2011 Ahli No: 40806
Posting: 88
Dari: WPKL
|
Posting pada: 12-05-11 11:34
Setuju dengan pandangan engrfeez ... kadang-kadang pujuk, belai, rayu tak jalan walaupun betapa "hebat" si pemujuk tadi ... Beringat sebelum kena ... Dan kepada lavender - pandang dia sebagai kanak-kanak ... Kenapa nak pandang suami/pasangan macam kanak-kanak? Dia kan dah dewasa? I find your perception of what your husband/partner is like somewhat disturbing. In fact, rather insulting to perceive your husband like a child. Mungkin ini cara awak agaknya ... mungkin ia berhasil pada awak ... entahlah.
|
salabianca
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.10.2010 Ahli No: 40371
Posting: 91
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 24-05-11 16:13
..terima kasih atas pandangan kawan-kawan semua...memang betul kita memang ada sikap marah...tapi jangan sampai memudaratkan diri... botol kata en.engfreez itu.......hanya SABAR saja mampu menyelamatkan rumahtangga..
|
anazalil
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.05.2010 Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka
|
Posting pada: 05-07-11 14:13
Bismillahirrahmanirrahim salam salabianca. Kalau salabianca belum nikah, masih ada peluang... istikharahlah... mohon dengan Allah supaya tunjukkan apa yang terbaik untuk kita. Panas baran itu adalah dari syaitan dan syaitan dari api. sedangkan orang yang alim dan wara' sekalipun, jika dia ada sifat panas baran.... bererti syaitan ada menduduki dalam dirinya. Api kemarahan ini akan memusnahkan semua kealiman dan kewara'annya. Biasanya, jika panas baran telah mendominasi diri seseorang sehingga ia menjadi satu tabiat, maka adalah sangat sukar untuk dibuang sifat ini secara serta merta. Ia perlu kepada latihan berterusan dan proses pembersihan diri secara menyeluruh perlu dilaksanakan. Persolaannya, kita tahu ke cara nak bunag api ini, tahu ke cara nak lawan api ini, ada ke semangat dan kesungguhan untuk membuangnya. Kalau tiada, bagaimana sifat ini boleh diuang??? wallahu a'lam.
|
zinnirah_8835
Warga Rasmi Menyertai: 30.06.2011 Ahli No: 41471
Posting: 4
Dari: perak
|
Posting pada: 27-07-11 18:21
Salam... Kisah yang berlaku pada salabianca same dengan apa yang saya lalui.. Boleh ke seseorang leleki itu berubah dari sikap panas baran..?? kadang-kadang bila sifat panas baran datang membuatkan tiada apa pun kebaikan dari dia dimata saya... saya buntu..layakkah dia untuk menjadi pemimpin dalam sebauah rumahtangga jikalau tiada sifat sabar dalam diri... ----------------- iluvISLAM
|
minnie
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah
|
Posting pada: 29-07-11 03:35
Banyakkan berdoa dan bersabar apabila menghadapi orang panas baran ni..tahajud setiap malam..minta petunjuk pada ALLAH..=) ----------------- bersama meninggikan martabat ISLAM
|
anazalil
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.05.2010 Ahli No: 39780
Posting: 68
Dari: melaka
|
Posting pada: 11-11-11 01:10
.... Kepada zinnirah.... bersabarlah, sebab sabar itu cantik. Sabar menjadikan pengamalnya cantik. Ana berharap zinnirah boleh menerima hakikat bahawa Allah telah memberi zinnirah suami yang 'berapi'. Harap zinnirah terima pemberian Allah ini. Walaupun ia sangat buruk, menyiksakan, menyampah, benci pada pandangan mata kita. Tetapi, dalam masa yang sama kita tak nampak kebaikannya untuk kita di akhirat. Setiap kemarahan dari suami akan memberi ganjaran pahala kepada isterinya yang sabar. Mungkin juga zinnirah boleh bertanya pada diri sendiri... kepana dia marah. Biasanya marah berlaku dengan sebab. Cari puncanya.... Lupakan punca dari luar, sebab ia diluar kawalan kita. Cuba koreksi diri, mesti ada punca yang menyebabkan marah itu datang. Cuba zinnirah tanya diri sendiri... zinnirah nak jadi orang baik tak, nak jadi wanita solehah tak. Cuba usaha buat marah suami tu tak naik. Ana kira zinnirah seorang yang hebat, jika org api yang duduk dekat zinnirah, apinya boleh padam. Cubalah zinnirah jadikan diri zinnirah sebagai air yang memadamkan api suami bila ia menyala. Nasihat ana.. bila kita terlalu mengharapkan dunia lebih dari Akhirat, maka kita akan merasai perit semua beban yang dibawa oleh dunia. Tapi, jika kita meletakkan perhatian yang lebih untuk ke Akhirat dan dunia ni sebagai penyebab untuk masuk syurga... insya Allah bebanan dunia yang datang kepada kita adalah hadiah... yang memberi pahala yang banyak kepada kita, yang mengangkat martabat kita ke darjat yang hakiki dan menjadikan kita insan yag sentiasa tersenyum dalam apa jua keadaan di dunia dan di akhirat kelak. Maafkan saya zinnirah, panjang sangat macam tazkirah lah pulak atau macam membebel saja. wallahu a'lam.
|