langkah mendapatkan kerja:
tips ini dari saya dan mungkin salah atau betul:
1. daftar spa
2. daftar di jobmalaysia.gov
3. semak iklan kerja kosong dimana-mana blog yang memaparkan jawatan kosong kerajaan seperti malaysiancareer.com
4. cari kerja kontrak (bukan kerja buruh tetapi kerja bertempoh)
5. mohon kerja swasta mengikut kelayakan
6. dapatkan kerja dahulu tak kisah walau apa pun hatta pekerja resteron
rasionalnya:
1. spa memerlukan masa untuk memanggil anda temuduga, jadi seharusnya ia adalah perkara pertama yang perlu dilakukan, isi spa ibarat memancing, baling umpan dan tunggu.
2.jobmalaysia merupakan suara kerja kosong didalam malaysia yang lebih terbuka iaitu mengandungi sektor awam dan swasta, jadi ia lebih banyak pilihan dan lebih tinggi peratus untuk memperolehinya. namun tidak dapat menandingi spa yang berbaloi kalau dapat
3. akhir2 ini banyak blog yang memaparkan iklan kerja didalam sektor awam mahupun swasta, namun saya lebih syorkan anda menumpu kepada blog, portal yang menyediakan jawatan kosong kerajaan berbanding kerja swasta kerana bagi mengelakkan penipuan. kerana blog hanya memeparkan dan mereka tidak mengetahui kesahihan jawatan tersebut, sedangkan jika dipamer kerja kerajaan kebiasaanya link asal web kerajaan akan disertakan.
4. kerja kontrak ialah kerja yang bertempoh, seperti 6 bulan setahun dan sebagainya, walaupun kerja ini nampak sementara tapi jangan lupa ia ada beberapa keppentingan iaitu
- ia adalah dibawah sektor awam atau berkaitan
- pengalaman pekerjaan ini sangat berharga kerana anda telah mempunyai pengalaman kerja dlaam sektor awam
5.mohonlah kerja swasta mengikut kelayakan anda, walaupun ambil masa ia tak mengapa kerana kita memerlukan pengorbanan, malah pengalaman temuduga swasta juga berharga, setiap berlaku adalaah berharga, anda mampu menjangkakan soalan yang akan ditanya sekiranya anda pernah ditemuduga.pengorbanan umpama bercucuk tanam, kalau kedekut atau tak rela menabur benih manakan dapat hasilnya.
6. kerjalah apa sahaja asalkan halal, kerana mengikut pemerhatian saya ialah perkara yang paling sukar untuk mendapatkan kerja pertama, bila dah bekerja ia akan ada kesinambungan. contohnya saya bermula dengan pekerja restoran sahaja, kemudian kita akan terus meningkat,
jadi urutan itu rasanya dah betul, tapi bergantung kepada anda juga.
p/s: yang paling penting tetapkan dalam hati, niat betul-betul kerana apa kita ingin bekerja, kerana uang kah, penghormatan kah, ingin bantu ibu bapa kah, kerana apakah, kah, kah, anda pikirkan..sekiranya akhirnya kerana menuju kepada Allah anda akan berjaya.
mungkin ada respon dan komen dari sahabat semua,, komen anda amat dihargai bagi memberi perangsang kepada saya untuk terus menukis dan berkongsi
-----------------
http://malaysiancareer.com/