Oleh |
apakah tanggungjawab saya????? |
zana_unic
Warga 1 Bintang Menyertai: 02.03.2011 Ahli No: 41036
Posting: 31
Dari: Tambunan,Sabah
|
Posting pada: 05-03-11 23:54
 ...saya perlukan pendapat,nasihat @pun pandangan dari saudara dan saudari.. saya mempunyi seorang abang yang bukan beragama islam..dan dia bekerja d gereja sebagai pastor(kalau tak silap saya pastor ni penterjemah kitab)..hubungan kmi adik beradik baik-baik saja..tapi saya nak tahu apa kh tanggungjawab saya sebagai org islam??adakah wajib bagi saya membawany masuk islam dan apakh hukum sekiranya saya menerima duit hasil dari gajinya..??.. ----------------- ::.Dengan CINTA kita kenal pencipta kita.:: *koihad ginawoku soira kosorou oku dika*
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 06-03-11 16:02
selaku seorang muslim tugas sebagai da'ie tetap tergalas dibahunya. dari kisah anda tentu ia lebih mmberi cabaran kepada anda dalam bermuamalah dengan individu rapat yang berlainan agama. tapi rasanya ia taklah sesuakr mana andai anda dapat berteloransi dalam kehidupan. memang kita sedari islam agama lengkap dan sempurna, lebih muliadari agama lain, tapi jangan sesekali memaksa dan memberi tekanan kepada org lain dengan harapan mengajaknye mendekati dan memeluk islam. apa yang perlu hanyalah sentiasa bermuamalah dengan baik selaras dengan akhlak islam. dalam komunikasi hindari dr mencaci cela bahkan jika ada ruang dan peluang cuba berdiskusi secara baik secara terbuka dan berhemah. jika rasa keadaan itu boleh membuatkannya tidak selesa jangan pula memaksa..mungkin d masa lain akan ada waktunya boleg diperbicarakan. berkenaan menerima gaji daripada hasil pekerjaannya saya rasa tak jadi masalah. terima saja dengan hati terbuka. sebab apa yang anda perolehi itu adalah dengan cara yang baik tanpa muslihat. dah org beri takkan nak tolak. jangan terlalu memkirkan dr mana sumber sebabnya pada saya itu adalah urusan org itu dengan tuhan..jika rasa ragu2 tak mengapa, ambil saja dan gunakan ke arah2 yang diharuskan..mungkin mnderma atau dibelnajakan kepada org lain. untuk menolak pemberian org adalah sesuatu yang tidak manis. wallahua'lam. ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 06-03-11 18:19
salam. wah ianya satu pengalaman dan cabaran yang begitu hebat. Begitu berat mata yang memandang tentu lebih berat yang menanggungnya. Persoalan pertama, tanggungjawab sebagai muslim, tentu saja Z U kena menyampaikan, cumanya kaedahnya sahaja yang perlu kita perhalusi. tentu kaedahnya amat berbeza dari satu kes kepada kes yang lain. Soal berjaya atau tidak adalah hak Allah SWT. Persoalan kedua juga agak mengelirukan tetapi saya berpendapat tak ada salahnya Z U menerima duit dari gajinya kerana Z U sebahagian dari tanggungannya. Mungkin saya khilaf. Tanggungjawab kita sebagai saudara seagamalah sekarang sama sama mendoakan kejayaan Z U kerana saya percaya Z U mahu saudara darah dagingnya menerima hidayah.
|
FIRDAUSNUR
WARGA SETIA Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16229
Posting: 1085
Dari: kedah darulaman
|
Posting pada: 06-03-11 18:32
TANGGUNGJAWAB ANDA YE? MUDAH SAJA.. JANGAN PAKSA ABANG ANDA MASUK ISLAM.. JANGAN PAKSA DIRI ANDA AMBIL DUIT GAJI TU YE.. NAK AMBIL TAK APA.. TAK AMBIL PUN TAK APA.. LAGIPUN DUIT TU KITA TAK TAHU SUMBER MANA PUN.. CONTOHNYA MACAM ORANG KAFIR BAGI DERMA KEPADA ORANG ISLAM.. TAK KAN KITA NAK TANYA DIA SUMBER MANA DIA DAPAT DUIT ITU KUT.. ITU DAH MEMALUKAN ORANG KAFIR ITU.. LAINLAH KITA MEMANG TAHU SECARA SAH IA HASIL SUMBER JUDI..ARAK..DAN SEBAGAINYA.. ISLAM ITU MUDAH..
|
zana_unic
Warga 1 Bintang Menyertai: 02.03.2011 Ahli No: 41036
Posting: 31
Dari: Tambunan,Sabah
|
Posting pada: 20-03-11 10:12
terima kasih atas segala pandangan dan nasihat yang saudara dan saudari berikan...ya...ia mang sesuatu perkara yang amat berat bagi saya.. ----------------- ::.Dengan CINTA kita kenal pencipta kita.:: *koihad ginawoku soira kosorou oku dika*
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 20-03-11 11:10
Bismillah Ukhti zana, Jalinkanlah hubungan baik antara abang dan ukhti berterusan. Kita tidak boleh mengenepikan mereka dengan sebab agama. Walaubagaimana, ia tetap darah daging yang tidak akan putus. Apa yang boleh ukhti lakukan berdoa..kerana dengan doa sahaja mampu membantu, semoga diberi hidayah dariNya kepada abang ukhti. Islam adalah agama nasihat. Pada setiap perilaku dan peribadi, tunjukkanlah keindahan akhlak melalui jalan hikmah. InsyaAllah.. Berkenaan penerimaan hasil gajinya, ana fikir jalan terbaik..minta pandangan daripada pihak Pejabat Agama Islam. Wallahua'lam
|