Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 198
Ahli: 0
Jumlah: 198




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 13 jam, 58 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Bersyukur setiap masa


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Bersyukur setiap masa

Please Mendaftar To Post


Oleh Bersyukur setiap masa

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 10-11-10 08:38


Gambar

Takjub saya melihat gambar di atas. Gambar di atas di ambil (oleh Syaharim Abidin) di Kampung Padang Telok, Kedah baru-baru ini. Kita sedia maklum bahawa Kedah merupakan antara negeri yang teruk mengalami musibah banjir akibat peralihan angin monsoon barat daya ke timur laut. Sekali imbas, kita nampak penduduk kampung sedang berdoa di atas jalan sawah padi. Namun tahukah anda, penduduk di situ sebenarnya sedang mengadakan kenduri doa selamat sebagai tanda kesyukuran terselamat daripada banjir. Kampung mereka ditenggelami banjir dan mereka masih sempat mengingati Allah dan yang paling penting, rasa syukur mereka terhadap nikmat Allah SWT, diselamatkan dari bencana (dan jauh lebih baik daripada mereka yang hanya merungut kerana bantuan lewat sampai dan tak henti-henti menangis dan bersedih meratapi nasib malang yang menimpa mereka kerana kehilangan harta-benda). Moga Allah merahmati mereka dan semua mangsa banjir.

Firman Allah SWT:

    Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Al-Quran, Surah Ibrahim:7)


Islam menuntut umatnya supaya sentiasa bersyukur dengan APA SAHAJA yang menimpa diri, sama ada perkara buruk mahupun baik. Mungkin ada yang bertanya, mengapa perlu bersyukur jika ditimpa perkara buruk? Jawabnya mudah, bagaimana kalau perkara yang lebih buruk daripada itu yang menimpa? Tidakkah kita perlu bersyukur kerana diselamatkan daripada perkara yang lebih buruk?

Kalaupun tidak berlaku sebarang perkara baik mahupun buruk di dalam kehidupan kita, tatkala itu juga kita perlu bersyukur kerana kehidupan kita sebenarnya jauh lebih baik berbanding orang lain. Orang yang kehidupannya paling teruk di muka bumi juga perlu bersyukur kerana Allah memberi peluang kepadanya untuk hidup.

Lihat sahaja negara-negara di benua Afrika terutamanya, mereka terpaksa berebut tatkala bantuan makanan tiba kerana kekurangan makanan, walhal kita rakyat Malaysia, ada yang makan sehingga 5 kali sehari di restoran-restoran besar yang menghidangkan makanan yang lazat serta mahal.

Dalam riwayat Ibnu Jarir ada disebut bahawa tidak pernah Rasulullah SAW kenyang dari roti gandum tiga hari berturut-turut sejak beliau datang ke Madinah sehingga beliau meninggal dunia. Rasulullah juga dikatakan memohon ampun pada Allah 70 kali sehari dan apabila ditanya oleh isterinya Aisyah Kenapa baginda banyak melakukan amal ibadat dan berishtighfar, jawab baginda, "Wahai Siti Aisyah! Apakah tidak wajar aku ini menjadi seorang hamba yang amat bersyukur kepada Tuhannya?".

Bandingkanlah betapa berbezanya kehidupan Rasulullah (yang dijamin masuk syurga) dengan kehidupan kita sekarang? Bukankah kita sepatutnya lebih banyak bersyukur dan memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa kita?

Oleh itu, belajarlah bersyukur kepada Allah. Tidak sukar untuk menimbulkan rasa syukur. Sentiasalah bermuhasabah, melihat dan menggauli mereka yang serba kekurangan berbanding kita. Jangan sesekali terlalu asyik dengan mereka yang dilebihkan Allah di dalam sesuatu aspek berbanding kita kerana sikap itu menghilangkan rasa syukur.

Sebagai contoh, mereka yang berkereta biasa janganlah bandingkan diri dengan mereka yang berkereta mewah, sebaliknya bandingkan diri dengan mereka yang cuma ada motosikal sahaja dan dari situ jika direnungkan, maka akan timbul rasa syukur. Allah mengizinkan kita untuk memiliki kereta sedangkan ada yang hanya mampu bermotosikal. Mereka dibasahi hujan tatkala kita selesa di dalam kereta.

Orang yang hanya bermotosikal, bandingkanlah diri dengan mereka yang berbasikal. Orang yang hanya berbasikal, bandingkanlah diri dengan mereka yang berjalan kaki. Orang yang berjalan kaki, bandingkanlah diri dengan mereka yang tiada kaki atau tidak mampu berjalan. Orang yang tidak mampu berjalan, syukurlah kerana anda masih hidup di dunia ini kerana ada orang yang tidak lagi dapat melihat keindahan dunia.

Pendek kata, setiap orang yang hidup di muka bumi ini ada ruang untuk bersyukur. Paling tidak, bersyukurlah kerana Allah memberi kita peluang untuk hidup.

Ingat, setiap yang berlaku adalah di dalam pengetahuan Allah jua dan berlaku dengan seizinNya. Allah tidak pernah menzalimi hambaNya. Setiap ujian yang ditimpakan atas seseorang hamba adalah sesuai dengannya. Mohonlah ampun pada Allah dan bersyukurlah kita dengan segala nikmat yang Allah berikan.

Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan golongkanlah kami dikalangan hamba-hambamu yang bersyukur. Kurniakanlah kami akan kefahaman agama dan jauhkanlah kami daripada siksa api neraka.

Sumber: http://syedzai.blogspot.com/

Sama-sama kita sebarkan artikel di atas, moga intipatinya dapat dikongsikan bersama. Bagi yang ada Facebook, boleh share link artikel di atas di dalam facebook !


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

Nu_uL
Warga 3 Bintang
Menyertai: 29.05.2010
Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 10-11-10 08:44


ada hikmah di sebalik setiap kejadian...
mungkin ALLAH nak bersihkan bumi dari kekotoran,maksiat...
mungkin juga bala atau balasan yang ALLAh timpakan atas dosa-dosa kita...
apa-apa pun bersyukur kerana semuanya semakin pulih..termasuklah rumah saya...alhamdulillah...


-----------------
Jaga Diri,Hiasi Peribadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For Nu_uLProfil   Hantar PM kepada Nu_uL   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.101429 saat. Lajunya....