Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Wang bukan segala-galanya tetapi hampir segalanya memerlukan wang!
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 159
Ahli: 0
Jumlah: 159




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 7 jam, 27 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: MURAH REZEKI ALLAH DI BULAN RAMADHAN


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» MURAH REZEKI ALLAH DI BULAN RAMADHAN

Please Mendaftar To Post


Oleh MURAH REZEKI ALLAH DI BULAN RAMADHAN

rafie135
Warga Rasmi
Menyertai: 14.08.2010
Ahli No: 40165
Posting: 3
Dari: Malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-08-10 17:36


MURAHNYA REZEKI ALLAH MELIMPAH2 DI BULAN RAMADHAN!
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah Ta'ala membuka seluas-luasnya Rahmat dan Ni'matNya kepada hamba2 Allah yang ta'at mengerjakan perintahNya di bulan puasa dengan penuh takut dan ikhlas....!

1.KEAMPUNAN ATAS SEMUA DOSA

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan kelebihannya, nescaya Allah Ta’ala mengampuni dosa2 nya yang lalu.(Bukhari, Muslim)


2. PINTU SYURGA DI BUKA. PINTU NERAKA DI TUTUP, SYAITAN DI IKAT

Dari Abu Hurairah رضي الله عه menyebut : Telah bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. (Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Baihaqi)


3. KEGEMBIRAAN – KETIKA BERBUKA DAN BERTEMU TUHANNYA

Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda :
Allah berfirman: "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untuk Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri isterinya pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diajak berkelahi maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم didalam kudratNya maka bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. " (Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim.)


4. GANJARAN TAK TERHINGGA
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (Muslim)


5. LAILATUL –QADR LEBIH DARI SERIBU BULAN

Firman Allah :
إِنَّا أَنزَلْنَـهُ فِى لَيْلَةِ الْقَدْرِ - وَمَآ أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ - لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ - تَنَزَّلُ الْمَلَـئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ -
سَلَـمٌ هِىَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu? malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr (97) : 1-5)


6. BERSAMAAN BERPUASA 10 BULAN
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
“Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan , setiap bulan adalah seperti 10 bulan berpuasa, kemudian puasa 6 hari selepas Idul Fitr menyempurnakan puasanya satu tahun.” (Ahmad)


7. SEDEKAH DAN IBADAH LAIN DILIPATKAN GANJARANNYA

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
Setiap amal manusia akan diganjar kebaikan semisalnya sampai 700 kali lipat. Allah Azza Wa Jalla berfirman: ‘Kecuali puasa, karena puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’” (Muslim)

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم
“Sesungguhnya di surga terdapat ruangan-ruangan yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar. Allah menganugerahkannya kepada orang yang berkata baik, bersedekah makanan, berpuasa, dan shalat dikala kebanyakan manusia tidur.” (Tirmidzi, Ibnu Hibban)

Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم
“Orang yang memberikan hidangan berbuka puasa kepada orang lain yang berpuasa, ia akan mendapatkan pahala orang tersebut tanpa sedikitpun mengurangi pahalanya.” (At Tirmidzi)


Begitu banyak ganjaran yang Allah melimpahkan kepada kita. Jadikan diri kita hamba2 yang murah hati kepada hamba2 Allah yang kurang bernasib baik ; anak yatim, faqir miskin, ibnu sabil dll.
Moga Ni'mat Allah ini tidak akan ditarik balik, sebaliknya akan terus kekal ke atas kita sehingga akhir hayat kita...!



http://kerjayahalal.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For rafie135Profil   Hantar PM kepada rafie135   Quote dan BalasQuote

mohdazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2010
Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-08-10 13:56


bulan ramadhan merupakan bulan murah pahala


-----------------
http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For mohdazriProfil   Hantar PM kepada mohdazri   Quote dan BalasQuote

selasih
Warga 2 Bintang
Menyertai: 30.08.2005
Ahli No: 18573
Posting: 58
Dari: Temerloh, pahang

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-08-10 20:05


marilah kita perbanyakkan amalan di bulan mulia ini....setahun datang hanya sekali....manfaatkan ia dengan sebaiknya....


-----------------
jom cuba peluang perniagaan internet-> http://www.2kali.com/?s=1432



Bookmark and Share

    


  Member Information For selasihProfil   Hantar PM kepada selasih   Pergi ke selasih's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 01-09-10 19:22


Tinggal tak sampai 10 hari sahaja lagi. Moga sama-sama dapat kita manfaatkan bulan Ramadhan kali ini..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104777 saat. Lajunya....