Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 160
Ahli: 0
Jumlah: 160




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 57 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Idris Jala: Malaysia hadapi risiko jadi Greece


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Idris Jala: Malaysia hadapi risiko jadi Greece

Please Mendaftar To Post


Oleh Idris Jala: Malaysia hadapi risiko jadi Greece

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 27-05-10 14:39


Malaysia menghadapi risiko menjadi negara Greece kecuali rakyatnya menelan hakikat pahit bahawa pengurangan subsidi akan menyaksikan harga petrol, makanan, elektrik dan beberapa barang keperluan tidak dapat dielakkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, yang juga ketua pegawai eksekutif Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) - sebuah badan yang ditubuhkan bagi mengurangkan bebanan subsidi negara sambil menerangkannya kepada rakyat berkata hutang negara akan meningkat 100 peratus daripada keluaran dalam negara menjelang tahun 2019 jika pemberian subsidi diteruskan.

Subsidi kini merupakan 54 peartus daripada KDNK negara.

Namun semua cadangan pengurangan subsidi berkenaan belum dilulus atau dipersetujui oleh kerajaan.

"Kita tidak mahu menjadi seperti Greece,akhirnya," kata Indris merjuk kepada ahli Kesatuan eropah itu yang hutangnya menyebabkan ketidak-tentuan pasaran antarabangsa.

Rasionalisasi subsidi untuk pertumbuhan nyata

Malaysia membelanjakan 15.3 peratus daripada perbelanjaan persekutuan bagi menampung subsidi pada bajet 2009 yang menyaksikan defisit berada pada peringkat tertingginya dalam dua puluh tahun.

Katanya, Malaysia perlu merasionalisasikan subsidi untuk bergerak ke depan secara lebih ekonomi, selain menggalakkan pemuliharaan yang lebih tinggi dan mengurangkan penggunaan.

Menurut Idris, Malaysia juga perlu mengikuti perkembangan terkini arah aliran pengurangan subsidi global.

"Bayangkan, rakyat Somalia sendiri kena bayar harga yang lebih tinggi untuk petrol berbanding rakyat Malaysia," katanya pada Hari Terbuka Makmal Rasionalisasi Subsidi di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini.

Makmal itu yang dibuka dari jam 9 pagi hingga 2 petang hari ini, dilangsungkan bagi mendapat cadangan dan maklum balas daripada orang ramai mengenai rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.

Idris berkata, mengikut perangkaan daripada Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), perbelanjaan subsidi Malaysia berdasarkan peratusan keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal antara 2006 dan 2009, adalah pada 11 peratus.

Ia, katanya, hampir tiga kali ganda berbanding negara bukan OECD seperti Filipina dan 55 kali lebih tinggi berbanding negara OECD seperti Switzerland.

"Bil subsidi kerajaan tidak berkekalan, terutama berdasarkan defisit bajet dan hutang kerajaan yang semakin meningkat. Ia lebih tinggi berbanding Indonesia pada 28 peratus dan semakin menghampiri Filipina pada 62 peratus," katanya.

Kaya juga dapat subsidi

Menurut Idris, budaya subsidi mempunyai kesan negatif, dengan subsidi kerap dinikmati mereka yang tidak berhak selain tertakluk kepada ketirisan dan penyalahgunaan dan pada masa yang sama menggalakkan gangguan pasaran selain menggalakkan penggunaan berlebihan hasil daripada lebihan pengeluaran.

Beliau berkata, kira-kira 97 peratus daripada subsidi Malaysia diagihkan secara asas "menyeluruh".

"Ia diberi kepada setiap orang tanpa mengira paras pendapatan, sebagai contoh, memberi subsidi untuk pendidikan rendah, menengah dan tinggi, perkhidmatan perubatan, petrol, gula dan minyak masak, selain bantuan kebajikan dan elaun," katanya.

Kerajaan, dalam kerangka kerja merasionalisasikan subsidi, antara lain akan memberi tumpuan terhadap barangan utama bagi mencapai penjimatan yang lebih besar seperti bahan api, gas dan tol dan pada masa yang sama meneruskan subsidi pendidikan, sebagai pelaburan modal insan.

Usaha akan dibuat bagi mengurangkan pembaziran dan penyalahgunaan.

Menurut sumber yang dipetik Reuters, jemaah menteri pada Rabu lalu membincangkan cadangan pengurangan subsidi berkenaan tetapi tiada keputusan dibuat.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 27-05-10 14:40


Pengurangan subsidi akan mengakibatkan kenaikan harga petrol, bahan makanan dan juga tol. Kesannya akan dirasai umat.

Apakah pandangan Islam bagi permasalahan ini?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-05-10 18:34


Pada 27-05-10 14:40 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pengurangan subsidi akan mengakibatkan kenaikan harga petrol, bahan makanan dan juga tol. Kesannya akan dirasai umat.

Apakah pandangan Islam bagi permasalahan ini?



dan semua orang akan hidup melarat sambi pemimpin mengisi perut mereka sambil mentertawakan kebodohan rakyat


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

kumpulansenyum
Warga 4 Bintang
Menyertai: 17.05.2006
Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-05-10 19:23


pengagihan kekayaan tak sama rata.
yang kaya makin kaya.
yang miskin terus tertindas.


-----------------
Jom masuk syurga...


Bookmark and Share

    


  Member Information For kumpulansenyumProfil   Hantar PM kepada kumpulansenyum   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 28-05-10 01:32


Hairan .. Hairan

Rasuah - Penyelewengan - Ketirisan - Penipuan - Songlap = negara tak apa-apa .

Subsidi = negara akan bangkrap .
----------------------------------------------

Duit untuk rakyat = Subsidi

Duit untuk kroni = insentif
---------------------------------------------

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-05-10 09:01


PM : "Terserahlah kepada rakyat untuk memikirkannya. "

** Bunyi macam ada option sedangkan nak tarik simpati rakyat untuk tidak menyalahkan kerajaan apabila minyak naik nanti.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 28-05-10 11:24


kalau takut di lambung ombak usah berumah di tepi pantai, kalau takut memberi kebajikan pada rakyat, usah lah jadi kerajaan....



membela rakyat dan bukannya untuk kesenangan diri sendiri. kalau dah rasa tak mampu nak bela rakyat, tak payah jadi kerajaan. bagi peluang pada org lain

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 28-05-10 11:57


kerajaan asyik ungkit subsidi sahaja sedangkan cukai yang dikutip dari rakyat tidak pula disebut .

Kalau nak hapuskan subsidi bahan bakar kerajaan perlu pastikan ;

hapuskan cukai dan duti keatas kenderaan
hapuskan cukai alat2 ganti kenderaan
hapuskan cukai jalan sepenuhnya ........

Thailand dah lama dah buat . Sebab tu kerajaan thailand tak perlu bagi subsidi minyak petrol .

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-05-10 18:34


Pada 28-05-10 11:24 , izdham posting:

!!! QUOTE !!!

kalau takut di lambung ombak usah berumah di tepi pantai, kalau takut memberi kebajikan pada rakyat, usah lah jadi kerajaan....

membela rakyat dan bukannya untuk kesenangan diri sendiri. kalau dah rasa tak mampu nak bela rakyat, tak payah jadi kerajaan. bagi peluang pada org lain


bila berkempen, hanya dia sahajalah yang mampu memimpin negara, parti lain tak boleh membangunkan negara.

Inilah terjadi bila hak rakyat dipanggil subsidila ehsan lah.. Macam-macam istilah. Cukuplah mengaut kekayaan dari wang negara yang sepatutnya dilaburkan untuk rakyat.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 28-05-10 21:30


Pada 28-05-10 11:57 , alhikam posting:

!!! QUOTE !!!

kerajaan asyik ungkit subsidi sahaja sedangkan cukai yang dikutip dari rakyat tidak pula disebut .

Kalau nak hapuskan subsidi bahan bakar kerajaan perlu pastikan ;

hapuskan cukai dan duti keatas kenderaan
hapuskan cukai alat2 ganti kenderaan
hapuskan cukai jalan sepenuhnya ........

Thailand dah lama dah buat . Sebab tu kerajaan thailand tak perlu bagi subsidi minyak petrol .


teringat bila berjalan di Thailand, jalan yang elok tak berlubang macam malaysia, luas dan tiada tol, rasanya hanya 1 tol saja yang ada di thailand iaitu nak masuk bandar bangkok.

kerajaan tak berani nak hapuskan duti import kenderaan nanti proton tak boleh hidup.

bagi aku senang saja, kurangkan subsidi ke atas pemimpin-pemimpin dulu. Batalkan program2 yang membazir contoh rumah terbuka kbangsaan tiap perayaan dan banyak lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 28-05-10 21:51


Yelah izdham kat Malaysia ini nak keluar rumah pun jumpa toll, kalau pantas dan laju berbaloi juga, ni toll tulah yang menambahkan kesesakan jalan raya. Tak tahulah akan datang makin lama makin menjadi.


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-05-10 23:13


Aku tak minat betul dengan politik, tapi kali ini memang tindakan naik harga barang ini memang satu tindakan yang aku yang aku yang tak ada otak dan menyusahkan org lain.

Adakala subsidiaries memang tak diperlukan kerana membuatkan rakyat tidak membangun tapi apa yang berlaku sekarang, sosial eknomi Malaysia berada tidak seimbang.

Yang kaya terus bertambah kaya, yang miskin terus bertambah miskin. Adakah ini bermakna si miskin tidak berusaha menjadi kaya? Tentu tidak.

Kenaikan ini semua boleh membuat rakyat sederhana menjadi miskin, pada yang kaya minyak naik 200 seliter pun tidak mengapa kerana mereka tak rasa. Cuba mereka jadi org kampung? tentu 10sen itu terasa.

JIka negara akan bankrup lagi 9 tahun bukan salah rakyat yang mengharap susidari tapi salah pemerintahan yang tidak bijak urusakan amanah terbesar negara ini.

Sekali lagi cuba lihat harga dunia minyak...


25-05-2009 =US$62
22-02-2010 = US$80
26-05-2010 = US$69.50

Apa alasan minyak naik?

sumber: http://www.oil-price.net/

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-05-10 16:08


Pada 27-05-10 19:23 , kumpulansenyum posting:

!!! QUOTE !!!

pengagihan kekayaan tak sama rata.
yang kaya makin kaya.
yang miskin terus tertindas.



ciri-ciri ekonomi kapitalisme....

nampaknya kerajaan sekarang memunggah bebanan yang dicipta oleh golongan pemimpin korup dan pemimpin haloba dalam kerajaan kepada rakyat pula ... banyak rancangan pembangunan atau program2 yang dibuat oleh kerajaan tidak munasabah, tidak membawa manfaat kepada rakyat pelbagai peringkat dan membazir sampai jutaan ringgit...

pendekatan maddiyyah dalam pembangunan hanya berjaya mewujudkan kemajuan kebendaan, keruntuhan moral dan pembaziran...inilah bahana nak meniru negara maju yang ternyata pincang, dan bahana negara ditadbir oleh penyangak....pemimpin yang berjuang untuk mengisi perut dan perlumbaan untuk kedudukan paling atas.ahli-ahli politik telah menjadikan dasar pembangunan untuk rakyat sebagai kesempatan untuk mengaut keuntungan, kekayaan dengan memainkan peranan sebagai broker kapitalis....sama ada kapitalis luarnegara atau kapitalis tempatan....ini sungguh jelek kerana perlumbaan dan persaingan merebut kekayaan menerusi kedudukan sebagai 'wakil rakyat' telah menghapuskan nilai kemanusiaan dan harga diri.....dan menjadikan 'hak' rakyat diperkosa dan direntap serakusnya....

kerajaan melaksanakan rancangan ekonomi dan kewangan negara dengan cara 'menenggek' kepada pemodal dan kepentingan asing yang memperalatkan 'kita' untuk meraihkan keuntungan....maka untuk 'membayar' hutang 'along' ni lah kerajaan terpaksa cekik rakyat jelata pula ....

kerajaan tidak sepatutnya membuat tindakan penyelesaian dengan 'membebankan' rakyat bagi menutup kelemahan dan kegagalan mereka.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

biruenie
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.07.2004
Ahli No: 10367
Posting: 218

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 29-05-10 20:57


saya pandang macam ni sajalah...siapa yang memerintah Malaysia sehingga berhutang sebegitu banyak dengan IMF, IDB dan Bank Dunia? Kerajaan Malaysia yang saya tahu tak pernah bertukar kepimpinan dari merdeka hingga lah sekarang...maknanya BN memerintah dari tahun 1957 hingga kini...merekalah yang gagal mengurus kewangan negara dengan mencatat bajet defisit setiap tahun.

Pemimpin BN peduli hapa hutang negara menimbun kerana yang akan tanggung adalah anak cucu kita...menanggung hutang yang bakal ditinggalkan...

Kini dah terdesak bila penganalisis ekonomi melihat setiap item perbelanjaan Kerajaan, mereka tertekan untuk cantas subsidi yang dikatakan punca Kerajaan berbelanja besar...

Sudah tiba masanya kita menukar Kerajaan yang tidak efektif ini yang berlaku pelbagai penyelewengan di dalam pentadbirannya...

Kira nak balas dendam kepada rakyat sebab tolak mereka di dalam pilihanraya so ugutlah kita semua untuk cut subsidy...BN memang tak pernah insaf dan masih bermain api dengan rakyat...

Bookmark and Share

    


  Member Information For biruenieProfil   Hantar PM kepada biruenie   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-05-10 23:59


Jom sebarkan2...pemimpin yang tidak pandai uruskan negara harus ditukar...

Rakyat perlu dilindungi bukan dibebani...

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 30-05-10 00:16


Pada 29-05-10 23:59 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Jom sebarkan2...pemimpin yang tidak pandai uruskan negara harus ditukar...

Rakyat perlu dilindungi bukan dibebani...


Bukan sekadar tukar pemimpin,
yang utama adalah menukar sistem.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

nkarul
Warga Rasmi
Menyertai: 30.05.2010
Ahli No: 39912
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 30-05-10 00:24


salam
cakap banyak tak guna juga,

mari kita ubah dengan tangan
dalam PRU 13

Bookmark and Share

    


  Member Information For nkarulProfil   Hantar PM kepada nkarul   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-05-10 12:21


Pada 30-05-10 00:16 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-05-10 23:59 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Jom sebarkan2...pemimpin yang tidak pandai uruskan negara harus ditukar...

Rakyat perlu dilindungi bukan dibebani...


Bukan sekadar tukar pemimpin,
yang utama adalah menukar sistem.


bagaimana nak tuko sistem kalau peimpin yang 'berkuasa' adalah pemimpin sediakala dan penyangak pula ???

jatuhkan kepimpinan korup dan mentekedarah wang rakyat....gantikan dengan kepimpinan yang lebih bersih....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 30-05-10 14:13


idris jala mengambil Greece sebagai contoh kerana greece negara yang gagal tapi Kenapa dia tak ambil uk sebagai contoh, Uk pun antara negara yang bagi subsdidi kepada rakyatnya. tapi tak pula bankrap, masih di antara negara yang tukaran mata wang tertinggi.
kita sentiasa di tipu dengan alasan2 yang bodoh dr pihak pemimpin. selalu banding kan dengan negara yang tak sepatutnya seperti singapura dan brunei.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

alhikam
Warga 5 Bintang
Menyertai: 11.09.2007
Ahli No: 31028
Posting: 361
Dari: Syamal

Perlis  


posticon Posting pada: 30-05-10 22:00


Bayangkan bagaimana Malaysia boleh jadi bengkrap dengan pengurusan wang dan khazanah negara seperti dibawah bila

1- Negara kehilangan hasil Minyak RM320 billion dengan penyerahan Blok L dan M kepada Brunai.
2- Sime darby rugi lebih RM1 billion
3- Komisen kapalselam kepada individu lebih RM500 juta...
4- PKFZ rugi beratus billion..
5- Pos Malaysia pun rugi lebih RM200 juta...
6- Kerajaan berbelanja RM6.89 juta setahun membayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari. Tidak lagi termasuk wang pengurusan yang juga mencecah jutaan ringgit setahu.

dr Blog Dr Khalil Idham Lim ..

Bookmark and Share

    


  Member Information For alhikamProfil   Hantar PM kepada alhikam   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-05-10 00:33


Lagi 1 tahun 2020, Malaysia bankrap

Kenyataan Idris Jala Malaysia akan Bankrap setahun sebelum 2020 sangat memeranjatkan seluruh rakyat.Malaysia akan bankrap sebelum impian menggunung Malaysia sebagai negara maju melaluli wawasan 2020.

Ini bermakna wawasan 2020 selama ini diselogankan hanya bersifat membentuk pemikiran rakyat untuk menaruh harapan yang tak kunjung datang.Tahun 2020 datang,tetapi kedatangannya dalam keadaan Malaysia dah bankrap.

Sebelum ini dari zaman Tun Dr M rakyat dibuai kononnya kemajuan akan bakal mendatang rakyat perlu berkorban hari ini untuk kesenangan hari depan.Pelbagai tuduhan dilemparkan pada pembangkang yang mengkritik dasar kerajaan dengan tuduhan anti pembanggunan dan kemajuan.Rakyat diseret dengan kepentingan politik nepotisme dan kronisma untuk mengenepikan pembangkang kususnya PAS.

Pemimpin umno/bn dan kroni mereka membina kekayaan dari projek projek mega megah hinggalah kepada komisen kapal selam yang kononnya untuk merealisasikan wawasan 2020.Mereka meniti jalan 2020 dengan penyelewengan,rasuah pembaziran dan keborosan serta penyalahgunaan kuasa.Mereka memfaraidkan khazanah kekayaan negara seperti harta mak bapak mereka.Yang menentang mereka diISA.

Rakyat ditakut dan dikurafatkan kononnya kalau lain dari Umno/Bn memerentah pembanggunan tiada nagera huru hara. Kini harapan akan diganti dengan kebankrapan impian akan bertukar menjadi kemuflisan.Sekali lagi rakyat diminta demi 2020 hapuskan subsidi kalau tidak Malaysia bankrap.Inilah dia pemimpin bijaksana Umno/Bn yang membina kekayaan dengan airmata rakyat kini cuba merampas kehidupan rakyat

dari blog haji Mahfuz Omar


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 31-05-10 10:25


Negara akan muflis sekiranya terus-terusan di bawah pemerintahan BN. Pulak tu yang jadi penasihatnya adalah yahudi.. Makin bertambah2 lah penyelewengan.. Rasuah yang tak terbendung.. kroni yang isi tembolok sendiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 31-05-10 13:21


Pada 31-05-10 10:25 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Negara akan muflis sekiranya terus-terusan di bawah pemerintahan BN. Pulak tu yang jadi penasihatnya adalah yahudi.. Makin bertambah2 lah penyelewengan.. Rasuah yang tak terbendung.. kroni yang isi tembolok sendiri...


Permasalahan ekonomi ini wujud adalah kerana kita menggunakan sistem ekonomi yang gagal. Sekiranya BN memerintah dengan telus, jujur dan penuh integriti sekalipun, Malaysia tetap akan karam bersama bersama ideologi kapitalisme. Para pemikir dan pengembang ideologi ini sedang berjuang bermati-matian agar ianya mampu terus bernafas walaupun nyawa-nyawa ikan. Cuma sayangnya, belum ramai yang mampu mempunyai pemikiran ekonomi Islam yang jernih mengkristal, maka akibatnya masih lagi yang menyandarkan ekonomi Islam kepada kapitalisme,buktinya 'perbankan Islam, 'insurans islam', sukuk dll.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 31-05-10 13:39


Pada 30-05-10 12:21 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!



bagaimana nak tuko sistem kalau peimpin yang 'berkuasa' adalah pemimpin sediakala dan penyangak pula ???


Ya, saya setuju.

!!! QUOTE !!!



jatuhkan kepimpinan korup dan mentekedarah wang rakyat....gantikan dengan kepimpinan yang lebih bersih....



Menukar sistem bukanlah sekadar menukar pemimpin. Perlaksanaan hukum Islam yang hampir sifar dalam seluruh aspek kenegaraan, tidak akan mampu dilaksana dengan hanya menukar pemimpin. Ia sama sekali tidak masuk akal.

Berbalik kepada soal subsidi, ia hanyalah mekanisme dalam negara kapitalisme untuk mewujudkan keseimbangan harga dan kemampuan untuk memperoleh barang/perkhidmatan. Ini kerana, kapitalisme meletakkan 'PENGELUARAN' sebagai asas ekonomi. Sedangkan Islam meletakkan 'PENGAGIHAN' sebagai asas politik ekonomi. Maka, metodologi antara Islam dengan kapitalisme tentang bagaimana memperoleh harta, pengembangan kepemilikan, perbendaharaan negara, pengagihan kekayaan, kewangan, dan segala aspek ekonomi adalah sama sekali berbeza. Ekonomi Islam dalam skala nasional mahupun global, hampir sifar dilaksanakan sekarang. Yang terjaga, hanya aktiviti ekonomi individu yang masih menjaga Islam dalam muamalah mereka. Jadi bagaimana, perubahan ini boleh dilakukan dengan hanya menukar pemimpin?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

didad
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.07.2003
Ahli No: 1966
Posting: 114
Dari: penang

Selangor  


posticon Posting pada: 31-05-10 16:12


persoalan yang timbul dalam fikiran saya,

adakah rakyat malaysia tak boleh hidup jik tiada subsidi atau subsidi yang minima?

adakah dengan penarikan subsidi ini dapat menyeimbagkan kembali kewangan dan ekonomi malaysia?

Bookmark and Share

    


  Member Information For didadProfil   Hantar PM kepada didad   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-05-10 16:27


!!! QUOTE !!!

Menukar sistem bukanlah sekadar menukar pemimpin. Perlaksanaan hukum Islam yang hampir sifar dalam seluruh aspek kenegaraan, tidak akan mampu dilaksana dengan hanya menukar pemimpin. Ia sama sekali tidak masuk akal.


benar....menukar sistem juga bukan semudah menukar lampin.Ia perlukan usaha yang menyeluruh. Penukaran pemimpin adalah sebahagian dari usaha untuk merealisasikan hasrat menukar sistem......tukar pemimpin-pemimpin dan parti yang memerintah....maka kita akan tukar keseluruhan rupa pentadbiran negara....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-05-10 16:34


negara "kerugian" beberapa juta untuk konsert GAH 1 anjuran rtm di sunway lagoon semalam.maka bertambah subsidi perlu dipotong.
dengan konsert yang dianjurkan rtm, sudah tentu penonton tidak sehebat konsert2 ganas yang lain..
tapi konsert semalam penuh sekali...
sangat meriah...
tau siapa para penontonya???

para pelatih PLKN... ber bas2 pelatih PLKN di bawa untuk tengok konsert..
berapa ramai ibu bapa yang hingga kini masih mampu menghalang anak-anak masing-masing dari menghadiri konsert2 gila ini.. tiba-tiba terkedu menyaksikan anak-anak masing-masing terkinja2 macam kena rasuk depan pentas live dari skrin tv. nak marah, pak menteri yang suruh(malunya.. kalau ada yang tak mampu nak marah untuk kawalan anak sendiri)

kata miskin sangat.. tahap2 nak bangkrap.. konsert siap berbunga api dengan belanja bunga api sahaja mencecah ratusan ribu ringgit.berlokasikan sunway(kos tinggi)..silap-silap total berjuta.. ada lah pula duitnya...eeeeiiiiiiiii hampeh



Subsidi yuran pengajian pelajar asing di IPTA ditarik balik Julai


2010/05/31
PUTRAJAYA: Subsidi yuran pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang turut dinikmati oleh pelajar asing akan ditarik balik mulai sesi pengajian Julai ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata ini bermakna yuran pengajian yang perlu dibayar oleh pelajar asing tersebut sama seperti jumlah yang dikenakan oleh institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kepada pelajarnya.
Bagaimanapun, katanya, subsidi yuran pengajian kepada pelajar tempatan di IPTA dikekalkan.
"Dalam sektor pengajian tinggi, kita ingin menjelaskan bahawa tidak ada apa-apa cadangan untuk menghapuskan subsidi kepada pelajar tempatan di IPTA supaya rakyat tidak merasa bimbang.

"Bagaimanapun, mulai tahun ini subsidi yuran pengajian atau sebagainya yang diberikan kepada pelajar antarabangsa tidak lagi membenarkan apa-apa elemen subsidi diberikan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian surat kelulusan penubuhan, pendaftaran IPTS dan pendaftaran Ketua Eksekutif Universiti Antarabangsa Inti, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata sebelum ini, sesetengah IPTA menjadikan keistimewaan subsidi tersebut sebagai daya tarikan untuk menarik lebih ramai pelajar asing untuk melanjutkan pengajian di universiti berkenaan.

"Tetapi setiap IPTA sekarang ini mempunyai kekuatan masing-masing dan ramai pelajar asing mahu belajar di IPTA, jadi mereka tidak perlu lagi diberikan keistimewaan subsidi itu dan mereka perlu bayar (yuran) penuh," katanya.
Mengenai kenaikan taraf Kolej Universiti Inti kepada Universiti Antarabangsa Inti, beliau berkata pengiktirafan tersebut diharap mampu menyumbang kepada usaha Malaysia menjadikan negara ini sebagai hab pengajian tinggi.

"Universiti Antarabangsa Inti menepati kriteria atau syarat untuk dinaik taraf sebagai sebuah universiti dan diharap dengan pengiktirafan ini bakal menawarkan program bertaraf dunia kepada pelajar," katanya.

Universiti Antarabangsa Inti yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan itu ditubuhkan sejak 1998 dan mempunyai 5,500 pelajar. - Bernama


-----------------
the key is ignorance to negativity..


Bookmark and Share

    


  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 31-05-10 18:07


!!! QUOTE !!!

negara "kerugian" beberapa juta untuk konsert GAH 1 anjuran rtm di sunway lagoon semalam.maka bertambah subsidi perlu dipotong.
dengan konsert yang dianjurkan rtm, sudah tentu penonton tidak sehebat konsert2 ganas yang lain..
tapi konsert semalam penuh sekali...
sangat meriah...
tau siapa para penontonya???

para pelatih PLKN... ber bas2 pelatih PLKN di bawa untuk tengok konsert..
berapa ramai ibu bapa yang hingga kini masih mampu menghalang anak-anak masing-masing dari menghadiri konsert2 gila ini.. tiba-tiba terkedu menyaksikan anak-anak masing-masing terkinja2 macam kena rasuk depan pentas live dari skrin tv. nak marah, pak menteri yang suruh(malunya.. kalau ada yang tak mampu nak marah untuk kawalan anak sendiri)

kata miskin sangat.. tahap2 nak bangkrap.. konsert siap berbunga api dengan belanja bunga api sahaja mencecah ratusan ribu ringgit.berlokasikan sunway(kos tinggi)..silap-silap total berjuta.. ada lah pula duitnya...eeeeiiiiiiiii hampeh


betul....hampagas.....hampeh.....


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Kosong
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.05.2010
Ahli No: 39819
Posting: 58
Dari: Selangor

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 31-05-10 18:25


Assalamualaikum


Satu persoalan untuk renungan dan bahan kritikan diri......dimana silapnya???


Masalah sudah diperkatakan berpuluh tahun lamanya.............pemerintahan yang berdiri diatas hukum2 jahiliyyah dan kekufuran!!!    Dimana silapnya?



Pemimpin yang memerintah sekarang adalah pemimpin-pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Jadi Rakyat yang bersalah?

Pemimpin yang ada sekarang pernah di ajar oleh ustaz2 ketika mereka masih kecil lagi. Adakah ustaz2 tidak mengajar dengan betul? Adakah ustaz yang bersalah?

Pemimpin hari ini adalah dilahirkan oleh ibu dan bapa mereka yang kemudian memberi didikan kepada mereka dari bayi sampai dewasa...! Adakah ibubapa yang bersalah?

pemimpin-pemimpin ini di sokong pula oleh sebahagian cerdik pandai agama. Jadi orang-orang alim ini bersalah?


Semua pihak di atas mempunyai bahagian untuk renungan........bolehkah pemimpin sekarang berkuasa jika tidak mendapat didikan, dorongan dan sokongan semua pihak di atas???


-----------------
0


Bookmark and Share

    


  Member Information For KosongProfil   Hantar PM kepada Kosong   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 01-06-10 08:33


Pada 31-05-10 16:27 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!



benar....menukar sistem juga bukan semudah menukar lampin.Ia perlukan usaha yang menyeluruh. Penukaran pemimpin adalah sebahagian dari usaha untuk merealisasikan hasrat menukar sistem......tukar pemimpin-pemimpin dan parti yang memerintah....maka kita akan tukar keseluruhan rupa pentadbiran negara....



Dalam sejarah dunia, belum pernah berlaku perubahan ideologi dengan sekadar perubahan pemimpin atau parti. Tetapi apa yang berlaku disebaliknya adalah revolusi pemikiran yang membawa kepada kebangkitan rakyat. Kebangkitan barat melalui reformation dan sosialisme melalui revolusi Bolshevik, memperlihatkan bahawa penukaran ideologi memerlukan lebih dari sekadar menukar pemimpin dan parti. Penukaran pemimpin dan parti yang kerap berlaku di dunia hari ini, hanyalah perubahan manusia, pendekatan dan etika sedangkan mereka masih berada dalam skop ideologi yang sama.

Dalam sejarahnya, Islam ditegakkan secara bernegara buat pertama kali di Madinah kira-kira 1400 tahun dulu. Masyarakat Arab Jahiliah di Makkah pada asalnya adalah dibawah taklukan Arab Yaman sedangkan pemerintahan Yaman sendiri dibawah taklukan Parsi. Makkan dihimpit 2 kekuasaan lain iaitu Pemerintahan Sham yang turut dibawah kekuasaan Parsi. Manakala sebuah lagi kekuasaan di Jazirah Arab adalah di Palestin yang berada dibawah taklukan Rom. 3 kekuasaan di Jazirah Arab ini (Yaman, Sham dan Palestin) sentiasa dalam keadaan tegang dan malah 2 kuasa dunia pada masa tersebut (Parsi dan Rom) juga saling berperang untuk mengembangkan jajahan mereka.

Jika kita memahami keadaan politik Makkah pada masa tersebut, Arab Quraisy sedang berada dipuncak kekuasaan. Dari satu bangsa yang langsung tidak diendahkan Rom dan Parsi, Arab Quraisy bermula apabila Qushay b. Kilab merampas kekuasaan Makkah dari suku Khuzaah. Makkah mula menuju puncak kebangkitan pada zaman Hashim sehingga Yaman sendiri mula melihat Makkah sebagai ancaman. Ini antara faktor yang membawa serangan Abrahah keatas Makkah pada zaman anaknya Hashim iaitu Abdul Mutthalib. Dari aspek nilai sebenarnya Makkah berada dalam keadaan yang sangat terperosok walaupun mempunyai sistem politik dan kenegaraan yang mula dianggap canggih pada masa tersebut.

Rasulullah diturunkan ditempat yang sebegitu. Kemampuan baginda membawa keluar golongan Arab Quraisy hingga mampu membawa kuasa Jazirah Arab pada masa itu (Yaman, Iraq dan Palestin) masuk Islam dan lebih lagi menumbangkan 2 kuasa dunia(Parsi dan Rom), bukanlah sekadar menggantikan pemimin dan parti. Ia melibat satu revolusi pemikiran dan perasaan yang lahir dari aqidah Islam dan hasilnya keberlangsungan Islam dalam bentuk bernegara selama 1300 tahun dan Islam masih berterusan sehingga hari ini walaupun setelah 86tahun negara Islam dihancurkan.

Kita hari ni dikurniakan Allah untuk terlibat dalam kebangkitan Negara Islam buat kali ke2 (kedua) dalam sejarah dunia, juga berada dalam posisi yang sama seperti bagaimana bermulanya dulu Islam dizaman Rasulullah. Realitinya hari ini, perlaksanaan Islam adalah hampir sifar sedangkan kapitalisme diterapkan dalam hampir 100% soal kehidupan dengan kekuatan jentera pemerintahan, pentadibiran, ideologi, ekonomi, ketenteraan dan struktur kemasyrakatan. Malah dalam seopotong hadith, nabi menyatakan bahawa yang berjuang untuk Islam diakhir zaman ini nabi gelarkan sebagai 'saudara' baginda, sedangkan yang berjuang sezaman baginda sebagai 'sahabat' baginda. Ini kerana menurut baginda pejuang Islam diakhir zaman, mereka diserang dari segenap penjuru.

Oleh itu, perubahan yang perlu kita lakukan hari ini bukanlah dengan sekadar menukar parti dan pemimpin saja. Ia menuntut kita melakukan revolusi/inqilab pemikiran dan perasaan Islam, persis sebagaimana yang dilakukan Rasulullah pada fasa Makkah sehinggalah membawa kepada kekuasaan melalui thalabun nusrah, sebagaimana kejayaan baginda mendapatkan nusrah melalui bye'at penduduk dari Yahrib.

Ketidakpercayaan atau ketidakjelasan terhadap metodologi ini merambat kepada kekaburan terhadap politik Islam. Ia mengakibatkan kita melihat Islam boleh diterapkan dengan sekadar mengubah pemimpin dan parti dalam skala nasional. Maka, kesannya kita melihat khilafah dan penyatuan ummat Islam sebagai suatu yang sukar dan terlalu jauh. Walhal, jika kita mempelajari politik Islam dengan mengkristal lagi benar, motivasi kearah institusi politik Islam global akan mendorong kita bekerja kuat kerana ia sudah jelas dimata hati dan fikiran kita, insyaAllah.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 01-06-10 13:29


!!! QUOTE !!!

Kita hari ni dikurniakan Allah untuk terlibat dalam kebangkitan Negara Islam buat kali ke2 (kedua) dalam sejarah dunia, juga berada dalam posisi yang sama seperti bagaimana bermulanya dulu Islam dizaman Rasulullah. Realitinya hari ini, perlaksanaan Islam adalah hampir sifar sedangkan kapitalisme diterapkan dalam hampir 100% soal kehidupan dengan kekuatan jentera pemerintahan, pentadibiran, ideologi, ekonomi, ketenteraan dan struktur kemasyrakatan. Malah dalam seopotong hadith, nabi menyatakan bahawa yang berjuang untuk Islam diakhir zaman ini nabi gelarkan sebagai 'saudara' baginda, sedangkan yang berjuang sezaman baginda sebagai 'sahabat' baginda. Ini kerana menurut baginda pejuang Islam diakhir zaman, mereka diserang dari segenap penjuru.

Oleh itu, perubahan yang perlu kita lakukan hari ini bukanlah dengan sekadar menukar parti dan pemimpin saja. Ia menuntut kita melakukan revolusi/inqilab pemikiran dan perasaan Islam, persis sebagaimana yang dilakukan Rasulullah pada fasa Makkah sehinggalah membawa kepada kekuasaan melalui thalabun nusrah, sebagaimana kejayaan baginda mendapatkan nusrah melalui bye'at penduduk dari Yahrib.

Ketidakpercayaan atau ketidakjelasan terhadap metodologi ini merambat kepada kekaburan terhadap politik Islam. Ia mengakibatkan kita melihat Islam boleh diterapkan dengan sekadar mengubah pemimpin dan parti dalam skala nasional. Maka, kesannya kita melihat khilafah dan penyatuan ummat Islam sebagai suatu yang sukar dan terlalu jauh. Walhal, jika kita mempelajari politik Islam dengan mengkristal lagi benar, motivasi kearah institusi politik Islam global akan mendorong kita bekerja kuat kerana ia sudah jelas dimata hati dan fikiran kita, insyaAllah.


Saya percaya kita tidak perlu terlalu mengongkong dalam menentukan cara da'ie bekerja. Sesungguhnya naungan undang-undang dan politik tidak lebih dari wasilah yang boleh digunakan untuk memudahkan kita bertemu dengan orang ramai. Satu keperluan atau pengiktirafan untuk memastikan dakwah itu tersebar. Ada pun 'pengiktirafan' sebenar adalah untuk semua kerja dakwah dan para da'ie yang ikhlas memperjuangkan agama Allah, sekalipun mereka tidak dibenarkan wujud dalam bentuk yang diiktiraf undang-undang dan politik.

Dalam penglibatan kita dengan politik pilihanraya, dan pembinaan jentera dan kekuatan kita untuk bertempur dalam politik penggantian pemimpin menerusi p/raya, ia tidak membawa makna kita mengabaikan atau tenggelam dalam kerja-kerja politik sehingga memandang remeh terhadap pembinaan saf, tarbiyyah dan pembentukan, atau langsung melupakan bahwa hadaf dakwah ialah melakukan perubahan bukannya sekadar meperbaiki bahagian tertentu ataupun menempel pada sistem2 pemerintahan yang berhukum dengan selain hukum Allah. Kita sedar penipuan 'antabangsa' terhadap islam adalah cukup besar. Dan kita sedar musuh2 islam tidak akan membenarkan kita mencapai apa yang kita inginkan melalui cara politik dan demokrasi yang mereka sogokkan dan laungkan untuk mengaburi kita....kita sedar tali pengendalian politik berada di tangan mereka dan kadar yang dibenarkan kepada kita adalah terhad...sekadar mencari pengaruh dan pengalaman. Tapi itu juga masih ada keuntungan bagi kita yang kuat iltizam dan kefahaman terhadap Islam bahawa ini semua sekadar sebahagian daripada kerja dakwah dan kerja penumpuan kepada pembinaan anggota ummah di setiap bidang sebagai persediaan kepada jihad yang makin luas dan lebih besar.

Kita adalah golongan yang bertindak balas terhadap apa saja peluang untuk menyampaikan mesej dakwah kita. Kita adalah golongan pembawa dakwah yang mengenali hadaf, marhalah dan langkah2nya serta mengambil wasilah2 yang sesuai pada setiap marhalah yang membolehkan kita maju menuju ke marhalah yang seterusnya......

maka selaku daie yang mengambil pelbagai pendekatan dalam dakwah kita, seperkara yang paling penting ialah kita saling nasihat menasihat, ingat mengingatkan dan tegur menegur dan dekat mendekati untuk mengukuhkan ikatan kasih sayang serta kekuatan persaudaraan dalam islam.

Keazaman kita adalah untuk bersatu dibawah naungan khilafah suatu masa nanti, itu antara yang menjadi perjuangan kita dalam bentuk global atau international...sedang tidak melupakan menangani medan yang lebih kecil seperti peringkat negara.

Sesuatu yang mengujakan saya tentang perkembangan gerakan Islam kini....kita sudah mula agresif menyebut tentang iltizam dan semangat untuk mewujudkan khilafah kerana kita tahu itu satu-satunya kekuatan kita yang dapat menundukkan musuh. Dalam majlis2 yang saya hadiri dikalangan sahabat dari gerakan Islam di tempat saya, kita sudah mula menyebut tentang gerakan untuk menuju khilafah pada 2020.....atau lebih awal dari itu. Walaupun ia suatu jangkamasa yang kita tidaklah pasti, tapi kita membina semangat dan iltizam kita untuk itu...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

mazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.07.2008
Ahli No: 34011
Posting: 118
Dari: Bumi Darul Sunnah

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-06-10 02:52


Pada 27-05-10 14:40 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pengurangan subsidi akan mengakibatkan kenaikan harga petrol, bahan makanan dan juga tol. Kesannya akan dirasai umat.

Apakah pandangan Islam bagi permasalahan ini?


Kalau dah sampai memberi bebanan yang besar kepada rakyat sampai mereka hidup susah, sudah semestinya haram hukumnya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For mazriProfil   Hantar PM kepada mazri   Pergi ke mazri's Website   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-06-10 20:16


saya ada presentation slide show pasal kes ini..Kenapa negara tak nak bagi subsidi..siapa nak boleh letak email...file dia dalam 2MB

Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

fiezarmy
Warga Rasmi
Menyertai: 14.01.2005
Ahli No: 13714
Posting: 3
Dari: gombak

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 05-06-10 13:43


Pada 30-05-10 00:16 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-05-10 23:59 , engrfeez posting:

!!! QUOTE !!!

Jom sebarkan2...pemimpin yang tidak pandai uruskan negara harus ditukar...

Rakyat perlu dilindungi bukan dibebani...


Bukan sekadar tukar pemimpin,
yang utama adalah menukar sistem.


Betul. Sistem yang digunapakai sekarang bukan membantu malah membebani. Inilah implikasi sistem kapitalis. Sekarang perlu beralih ke arah Sistem Ekonomi Islam.

Bookmark and Share

    


  Member Information For fiezarmyProfil   Hantar PM kepada fiezarmy   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.169144 saat. Lajunya....