Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Makin lama kita fikirkan sesuatu, makin malas kita nak buat sesuatu

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 180
Ahli: 0
Jumlah: 180




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 12 jam, 3 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Kerasnya Nabi dalam bab solat berjemaah


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Kerasnya Nabi dalam bab solat berjemaah

Please Mendaftar To Post


Oleh Kerasnya Nabi dalam bab solat berjemaah

syedzai
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.04.2010
Ahli No: 39679
Posting: 77
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 27-05-10 09:56


Umum mengetahui solat merupakan tiang agama. Bagi lelaki muslim, solat secara berjemaah sangatlah dituntut. Nabi sendiri pernah bersabda di dalam suatu hadis bahawa solat secara berjemaah lebih utama berbanding solat secara bersendirian dengan perbezaan sebanyak 27 darjat.

Namun begitu, ramai lelaki muslim di luar sana yang rasanya mengambil mudah akan tuntutan solat secara berjemaah ini. Buktinya, masjid lengang pada hari-hari biasa (terutamanya waktu subuh) dan hanya penuh ketika solat jumaat atau solat hari raya.


Alangkah ruginya orang yang tidak solat secara berjemaah kerana banyak sekali kelebihan solat secara berjemaah yang diriwayatkan dalam hadis-hadis. Salah saut hadis yang menceritakan fadhilat solat berjemaah ialah daripada Abu Hurairah .a., bahawa Rasulullah SAW bersabda (maksudnya) :

    Solat seorang yang dikerjakan secara berjemaah pahalanya melbihi solat yang dikerjakan secara bersendirian di rumah atau di pasar dengan perbezaan pahala sebanyak 25 darjat. Yang demikian itu boleh diraih jika dia berwuduk dengan sempurna, lalu keluar menuju masjid yang tujuannya hanya untuk mengerjakan solat. Tidaklah dia melangkah kakinya (ketika menuju ke masjid) melainkan darjatnya akan ditingkatkan dan dosanya akan diampunkan. Jika dia telah mengerjakan solat, para malaikat akan tetap berselawat kepadanya selama mana dia masih berada di tempat solatnya dan belum berhadas. Para malaikat berucap, "Ya Allah, limpahkanlah rahmat dan keampunanmu kepadanya. Ya Allah, kasihilah dia". Dan dia akan dianggap mengerjakan solat selama dia menunggu untuk mengerjakan solat. (Hadis riwayat al-Bukhari).


Rasulullah sangat menekankan solat secara berjemaah. Pernah datang seorang lelaki buta kepada Nabi SAW meminta keringanan untuk solat dirumah. Namun, tatkala lelaki itu hendak pergi, Rasulullah SAW memanggilnya dan bertanya, "Adakah engkau mendengar laungan azan ?". Lelaki itu menjawab, "Ya". Nabi kemudiannya bersabda, "Kalau begitu, penuhilah panggilan itu (solat secara berjemaah)".


Kalau lelaki buta pun Rasulullah SAW menganjurkan supaya bersolat secara berjemaah, inikan pula kita yang celik matanya dan mendengar azan hampir setiap hari. Kekerasan Rasullulah SAW dalam bab solat secara berjemaah ini juga dapat dilihat di dalam suatu hadis daripada Abu Hurairah .a., bahawa Nabi SAW bersabda (maksudnya):

    Demi tuhan yang diriku berada di tangan-Nya, sesungguhnya aku pernah hendak menyuruh para sahabat untuk mencari kayu api, lalu aku menyuruh agar bersolat jemaah. Seterusnya. Aku menyuruh seseorang untuk mengimami orang ramai, sementara aku tidak ikut solat berjemaah kerana mencari rumah orang yang tidak mengikuti solat berjemaah, lalu aku bakar rumah mereka.    (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Rasulullah SAW yang terkenal dengan sifat penyayang dan pentingkan umatnya, pernah terlintas untuk membakar rumah mereka yang tidak solat secara berjemaah. Bayangkahlah betapa pentingnya solat secara berjemaah sehingga Nabi SAW sanggup untuk berfikir sedemikian rupa.

Oleh itu, sedarlah wahai sekalian lelaki muslim. Penuhkanlah masjid untuk solat secara berjemaah. Tidak rugi kalau kita berjalan, menaiki motosikal atau kereta untuk ke masjid. Luangkanlah sedikit masa (dalam 10-15 minit) untuk solat di masjid. Insya-Allah, segala usaha kita untuk solat secara berjemaah akan dibalas sebaiknya dengan ganajaran pahala berlipat kali ganda oleh Allah SWT.

Sumber: syedzai.blogspot.com


-----------------
Visit my blog: http://syedzai.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syedzaiProfil   Hantar PM kepada syedzai   Pergi ke syedzai's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.099234 saat. Lajunya....