Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
-- al-Baqarah: 286

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 158
Ahli: 0
Jumlah: 158

  Yang Masuk Ke Sini
izad: 14 hari yang lalu
the_brOtherz: 41 hari yang lalu

Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Rasulullah SAW Dihina Lagi

Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Rasulullah SAW Dihina Lagi

Please Mendaftar To Post

Oleh Rasulullah SAW Dihina Lagi

demuara
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2010
Ahli No: 39797
Posting: 18
Dari: johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 22-05-10 01:29

Seattle cartoonist launches "Everybody Draw Mohammed Day"

By JAMIE GRISWOLD
MyNorthwest.com

After Comedy Central cut a portion of a South Park episode following a death threat from a radical Muslim group, Seattle cartoonist Molly Norris wanted to counter the fear. She has declared May 20th "Everybody Draw Mohammed Day."

mynorthwest.com

Bookmark and Share

  Member Information For demuaraProfil   Hantar PM kepada demuara   Quote dan BalasQuote

demuara
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2010
Ahli No: 39797
Posting: 18
Dari: johor

Johor   avatar

posticon Posting pada: 22-05-10 01:31

Assalamualaikum

Molly Norris, seorang kartunis di Seattle telah membuat deklarasi bahawa 20hb Mei adalah hari ‘Everybody draw Mohamed Day’ (Hari untuk semua orang melukis Mohamed). Begitu biadab sekali tindakan si kafir ini.

Bookmark and Share

  Member Information For demuaraProfil   Hantar PM kepada demuara   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 22-05-10 07:50

Ikut cadangan Dr Yusof Qardhawy, jom boikot produk Amerika.
Nanti bila kemarahan dan reda, dah tak payah boikot.
Kemudian, bila kena orang Islam kena serang atau nabi kena hina, boikot lagi sekali.
Nampaknya, ummat Islam kena bodohkan dek ulama' yang mereka sendiri sanjung,

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 22-05-10 10:47

tengok juga berita baru-baru ni.. mereka dok kempen kat Facebook hina Rasul SAW (ALLAHUMMA SOLLI A'lah MUHAMMAD)

Lucu ye..? mereka fikir, dengan cara tu, mereka boleh menyesatkan org seperti mana mereka menyesatkan diri mereka sendiri ke..? Disgusting...!!!!

-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -

Bookmark and Share

  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

Awani
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.10.2009
Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind

spain   avatar

posticon Posting pada: 22-05-10 20:06

Berdoa semoga mereka mendapat hidayah dari Allah s.w.t

-----------------

Bookmark and Share

  Member Information For AwaniProfil   Hantar PM kepada Awani   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 22-05-10 21:05

Pada 22-05-10 07:50 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Ikut cadangan Dr Yusof Qardhawy, jom boikot produk Amerika.
Nanti bila kemarahan dan reda, dah tak payah boikot.
Kemudian, bila kena orang Islam kena serang atau nabi kena hina, boikot lagi sekali.
Nampaknya, ummat Islam kena bodohkan dek ulama' yang mereka sendiri sanjung,

kenapalah nak sinis pada qaradhawi pulak.....
boikot sebahagian dari usaha selain dari menulis, demonstrasi, kempen membenci dan mengecam dalam mana-mana persidangan pemimpin Islam....

apa benar qaradhawi suruh boikot masa marah kemudian tarik semula bila dah reda..... :-?

harap ini bukan sekadar kata-kata liar untuk ulama berkenaan..

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 22-05-10 21:21

Pada 22-05-10 21:05 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 22-05-10 07:50 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Ikut cadangan Dr Yusof Qardhawy, jom boikot produk Amerika.
Nanti bila kemarahan dan reda, dah tak payah boikot.
Kemudian, bila kena orang Islam kena serang atau nabi kena hina, boikot lagi sekali.
Nampaknya, ummat Islam kena bodohkan dek ulama' yang mereka sendiri sanjung,

kenapalah nak sinis pada qaradhawi pulak.....
boikot sebahagian dari usaha selain dari menulis, demonstrasi, kempen membenci dan mengecam dalam mana-mana persidangan pemimpin Islam....

apa benar qaradhawi suruh boikot masa marah kemudian tarik semula bila dah reda..... :-?

harap ini bukan sekadar kata-kata liar untuk ulama berkenaan..

Apakah penyelesaian masalah ini dengan menulis, boikot, mengecam, demonstrasi? Apakh ini yang dipimpin ulama' seperti beliau. Sepertinya, Islam umpama tidak menunjukkan jalan keluar bagi masalah ini, jika itu sajalah usahanya.

Sebagai ulama' yang menjadi rujukan ummat, beliau sepatutnya memberikan penyelesaian Islam yang benar, bukan asyik2 suruh boikot. Jika itulah yang dicadangkan oleh ulama' seperti beliau, ia sepatutnya membuka minda kita tentang siapakah sebenarnya ulama' yang kerap melaungkan idea moderat ini.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 22-05-10 22:49

!!! QUOTE !!!

Apakah penyelesaian masalah ini dengan menulis, boikot, mengecam, demonstrasi? Apakh ini yang dipimpin ulama' seperti beliau. Sepertinya, Islam umpama tidak menunjukkan jalan keluar bagi masalah ini, jika itu sajalah usahanya.

saya dah tulis ,itu sebahagian dari usaha....anda inginkan kita semua mengangkat senjata perang dengan Amerika?usaha yang macam mana yang anda inginkan ?

usaha itu boleh pelbagai selagi ia menunjukkan emosi dan perbuatan tidak redha dengan mungkar/kejahatan.....yang tak betul jika langsung tak ada usaha....tak rasa apa-apa......tak ada siapa boleh dabik dada usaha dia lebih baik atau lebih diterima kerana urusan 'pengredan' kepada usaha itu kepunyaan Allah.,.

!!! QUOTE !!!

Sebagai ulama' yang menjadi rujukan ummat, beliau sepatutnya memberikan penyelesaian Islam yang benar, bukan asyik2 suruh boikot. Jika itulah yang dicadangkan oleh ulama' seperti beliau, ia sepatutnya membuka minda kita tentang siapakah sebenarnya ulama' yang kerap melaungkan idea moderat ini.

anda yang menilai penyelesaian yang diberikan tidak benar ....ini kerana anda mempunyai 'kecenderungan dan pandangan menyelesaikan hal ini' yang berbeza dengan beliau.....kalau anda membaca buku2 karangan beliau, banyak lontaran ideanya supaya muslim tidak tunduk terpengaruh dengan amerika, supaya muslim bersatu menentang kejahatan perbuatan dan pemikiran yang disebarkan amerika, termasuk supaya ummah kembali mencari kekuatan dibawah khilafah....ia tidak berkisar pada usaha boikot sahaja....cumanya yang mungkin anda tak puashati sangat ialah beliau tidak 'total' haramkan demokrasi seperti yang anda pegang selama ini...itu saja....

jadi hargailah saranannya yang banyak untuk hancurkan dan menentang Amerika termasuk boikot, tanpa anda cuba bataskan atau nafikan langsung penerimaan anda itu hanya kerana satu dua perkara yang anda tidak sepandangan dengan beliau...

sekupang dua dari saya...:D

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar

posticon Posting pada: 23-05-10 09:05

erm.. sama sahaja..
ulama sebelah boikot ikut musim, ulama sebelah lagi sebar risalah pada hari jumaat..
kadang kala berdemo sama-sama..

semoga kesemua usaha mendapat keberkatan manakala semua perlekehan terhadap usaha org lain mendapat keampunan Allah s.w.t

apabila diri merasa seperti hamba.... jadilah hamba Allah..
apabila diri rasa hebat mengalahkan ilmuwan dunia.. ukur kembali dengan ilmu hak Allah, agar tidak membawa ilmu setandan ke neraka dek kerana lupa diri..
wallahualam, may Allah forgive me if i said wrong

-----------------
the key is ignorance to negativity..

Bookmark and Share

  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 23-05-10 09:14

Pada 23-05-10 09:05 , mimi_eniliana posting:

Sorrylah, saya tidak berminat melayan tong kosong.
Ulama seorang lagi tak boleh terima keharaman riba', alahai....

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 23-05-10 10:55

Eh..tiba-tiba macam ada sinis pada ulama'...apa masalahnya ni?
kalau kita nampak usaha ulama' kurang brkesan...silakan...usulkan pandangan sendiri secara berhikmah..jangan duduk tunding jari pada orang lain....

berbincang soal boikot..soal mnentang usha kafir laknatullah..soal pengecaman yahudi...tapi dalam diri, masih ada lagi benih2 yang tak baik...kata org tu..kata org ni..seharusnya sebelum boikot ke..apa ka..bersihkan dulu hati....bina dulu diri...clearkan'kan anasir yahudi dalam diri....refresh niat...barulah berpndapat secara berhikmah dengan mata hati...
tak perlu salahkan pihak lain..sedang mereka pun tengah berusaha melakukan yang terbaik...hmm...

~ingatan untuk ana sendiri...untuk semua...tak fokus kepada sesiapa.

-----------------
“muslimah sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam berbicara,tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam menutur kata”

Bookmark and Share

  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

mimi_eniliana
WARGA SETIA
Menyertai: 27.10.2008
Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka

Perak   avatar

posticon Posting pada: 23-05-10 11:25

Pada 23-05-10 09:14 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Sorrylah, saya tidak berminat melayan tong kosong.
Ulama seorang lagi tak boleh terima keharaman riba', alahai....

haha..alhamdulillah..
tepat sekali untuk semua tahu..
ini yang saya nak perlihatkan kepada semua...

Pada 23-05-10 10:55 , Nurizmi posting:

!!! QUOTE !!!

Eh..tiba-tiba macam ada sinis pada ulama'...apa masalahnya ni?
kalau kita nampak usaha ulama' kurang brkesan...silakan...usulkan pandangan sendiri secara berhikmah..jangan duduk tunding jari pada orang lain....

alhamdulillah.. ini patut ada dalam diri semua org yang mengucap kalimah syahadah

-----------------
the key is ignorance to negativity..

Bookmark and Share

  Member Information For mimi_enilianaProfil   Hantar PM kepada mimi_eniliana   Pergi ke mimi_eniliana's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 23-05-10 13:09

salam,

usaha mempamerkan penentangan terhadap penghinaan kafir kepada Rasulullah saw, atau penghinaan kepada agama Islam perlu diberi perhatian oleh kita semua...ia bukan tugas ulama' semata-mata....sedayanya kita fikirkan apa yang boleh dilakukan sebagai usaha protes dan lahirkan kemarahan bersesuaian dengan kemampuan kita.....sedang ulama, kata-kata dan saranan mereka menjadi rujukan ramai...maka saranan mereka mesti tepat dan pemikiran mereka mesti cerdas supaya ia boleh menjadi rujukan yang paling baik untuk semua....

Saya rasa, kadang-kadang kita terlalu peka terhadap kafir luar negara yang memperleceh dan menghina agama kita....saya pernah menonton rakaman di youtube beberapa remaja kristian di sebuah gereja di Sabah yang menghina solat org Islam...mereka dalam gelak ketawa berlakon sembahyang dan mempersendakan aktiviti solat org Islam...sungguh 'panas' hati bila menontonnya....tapi apa yang telah kita lakukan ???

usaha mempertahankan Islam dari dihina, dipermainkan dan diperlekehkan adalah tanggungjawab bersama....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 23-05-10 13:14

Pada 23-05-10 09:05 , mimi_eniliana posting:

!!! QUOTE !!!

erm.. sama sahaja..
ulama sebelah boikot ikut musim, ulama sebelah lagi sebar risalah pada hari jumaat..
kadang kala berdemo sama-sama..

semoga kesemua usaha mendapat keberkatan manakala semua perlekehan terhadap usaha org lain mendapat keampunan Allah s.w.t

hmmm rupanya ada ulama' belah tu belah ni pulak..... jadi eni pulak ulama' belah mana ??... 8-) ....maksud saya dalam 'mengecam' penghinaan pada Rasulullah ni eni cenderung ulama' mana ??

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 23-05-10 15:20

Islam merupakan tantanan kehidupan yang unik datang dari Allah swt.
Ia menunjukkan kepada kita, metodologi yang spesifik terhadap pelbagai masalah kehidupan.

Di dalam Islam banyak hukum yang disandarkan kepada kewujudan imamah, maka tanpa eksistensi imamah, hukum-hukum itu tergendala.
Menjaga agama adalah salah tu dari maqasid(tujuan2) syariah, malah para fuqaha meletakkan ia diposisi no.1. Jika mempelajari Islam, kita akan dapati setiap perkara yang dituntut dalam maqasid syariah, Islam telah menunjukkan kaifiat bagi merealisasinya.

Penghinaan terhadap agama seperti kepada junjungan kita, adalah perlanggaran terhadap maqasid syariah. Apakah boikot produk adalah kaifiat yang ditunjukkan Islam dalam menjaga agama? Jika difikir menggunakan akal, kita juga boleh mendatang pelbagai cara lain, tetapi itulah bukanlah kaifiat atau metodologi yang ditunjukkan Islam. Ia boleh dijadikan uslub untuk menjayakan kaifiat, tetapi masalahnya uslub sekadar tergantung sekiranya kaifiat yang menjadi perkara pokok tidak dilaksanakan.

Apakah kaifiat yang ditunjukkan Islam bagi menghadapi para penghina Islam, jawapannya adalah jihad. Sila rujuk Al Quran jika masih ada yang mempertikai metodologi ini. Cuma permasalahannya, hari ini Imamah yang akan mengistiharkan jihad telah tiada dalam kehidupan. Kita begitu terdesak untuk mengembalikan imamah ini, sangat-sangat terdesak. Sang ulama' besar tidak wajar asyik2 mengalihkan emosi umat dengan cara boikot dan boikot, ini sama sekali bukan metodologi yang ditunjukkan Islam. Sama-samalah kita menilainya dengan ikhlas.

p/s: Kak Myhoney, demi Allah kritikan kepada DYQ dalam soal boikot ini tiada kena mengena dengan pertentangan pandangan tentang demokrasi.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

chiyo_kajuji
Warga 1 Bintang
Menyertai: 15.01.2010
Ahli No: 39074
Posting: 34
Dari: di alam fana

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 24-05-10 13:13

bagaimana lah nak melawan anasir kafir ni kalau sesama islam sendiri bergaduh, berpecah belah... tanda akhir zaman..

-----------------
PRaiSe To YoU,
JuST FoR You,
ALLAH....

Bookmark and Share

  Member Information For chiyo_kajujiProfil   Hantar PM kepada chiyo_kajuji   Pergi ke chiyo_kajuji's Website   Quote dan BalasQuote

mohdazri
Warga 3 Bintang
Menyertai: 01.04.2010
Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor

malaysia   avatar

posticon Posting pada: 24-05-10 13:46

semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka-mereka yang kurang ajar dengan kekasihnya....ayuh umat Islam zahirkan tanda cinta akan Rasulullah dengan ikut apa yang nabi suruh buat dan jauhi larangannya

-----------------
http://cahayakehidupan-kebenaran.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For mohdazriProfil   Hantar PM kepada mohdazri   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 24-05-10 15:31

!!! QUOTE !!!

Apakah kaifiat yang ditunjukkan Islam bagi menghadapi para penghina Islam, jawapannya adalah jihad. Sila rujuk Al Quran jika masih ada yang mempertikai metodologi ini. Cuma permasalahannya, hari ini Imamah yang akan mengistiharkan jihad telah tiada dalam kehidupan. Kita begitu terdesak untuk mengembalikan imamah ini, sangat-sangat terdesak. Sang ulama' besar tidak wajar asyik2 mengalihkan emosi umat dengan cara boikot dan boikot, ini sama sekali bukan metodologi yang ditunjukkan Islam. Sama-samalah kita menilainya dengan ikhlas.

jihad boleh pelbagai....dengan tangan, dengan tulisan, dengan perkataan, dengan harta benda bahkan dengan jiwa.....semuanya bernilai "jihad' jika dilakukan untuk membela dan memperjuangkan agama Allah.

dalam suasana belum terbentuk wilayah islam dan masih ketiadaan imamah, ia tidak menjadi alasan jihad dihentikan. Sekalipun ulama' membuat seruan supaya muslim seluruhnya kembali bersatu dibawah khilafah dan perlu mengangkat imam bagi kepimpinan muslimin seluruh dunia, ia masih satu usaha jihad dan berpahala....namun ia bukan juga jaminan bahawa 'kokosongan' itu akan segera terisi dan khilafah muncul sekelip mata...ia pasti melalui satu proses yang memakan masa juga. Maka pada saya, untuk situasi sekarang, apa saja usaha yang boleh memberi tekanan termasuk usaha boikot masih munasabah untuk 'meruntuhkan sedikit keegoan' kuasa besar seperti amerika....apatah lagi untuk bangkit dengan jihad bersenjata , kita belum ada kekuatan paling padu untuk serangan jihad peperangan dengan Amerika.

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 24-05-10 15:39

Pada 24-05-10 13:46 , mohdazri posting:

!!! QUOTE !!!

semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka-mereka yang kurang ajar dengan kekasihnya....ayuh umat Islam zahirkan tanda cinta akan Rasulullah dengan ikut apa yang nabi suruh buat dan jauhi larangannya

kekadang, saya ni tak 'hairan' sangat dengan kafir2 yang jahil tu menghina baginda....memang itupun kerja depa....dan kita InsyaAllah peka serta mudah terguris dengannya...maka kita menentang dan mencaci tindakan mereka...

yang saya 'geram'....kalangan muslim sendiri yang menghina agama kita....yang menukarkan agama dengan nafsu mereka.....yang memutar belitkan agama untuk kekuasaan mereka...yang memusuhi ulama2 yang membela agama.....yang menghalang usaha2 penyebaran dan pengamalan agama kerana sifat 'jahat' mereka terhadap agama....mereka ini dibiarkan dan disanjung pula..

mana yang lebih utama kita 'serang' sebenarnya?....

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 24-05-10 16:33

Pada 24-05-10 15:31 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

jihad boleh pelbagai....dengan tangan, dengan tulisan, dengan perkataan, dengan harta benda bahkan dengan jiwa.....semuanya bernilai "jihad' jika dilakukan untuk membela dan memperjuangkan agama Allah.

Saya sempat membuat sedikit rujukan berkenaan pengertian jihad. Ada satu takrifan yang susunan yang hampir sama dengan apa yang akak utarakan, tetapi sayang maknanya tidak sama.

Ia adalah takrifan jihad oleh Mazhab Hanafi. Imam Kasaani dalam badaa'i Shana. Secara bahasa adalah mengerah seluruh kemampuan.... sedangkan menurut syara' jihad adalah mengerah seluruh kemampuan untuk BERPERANG dijalan Allah, baik dengan jiwa, lisan, harta dan lain-lain.
Semua takrifan jihad dalam keempat-empat mazhab adalah JIHAD/QITAL . (sila rujuk Fiqh Ala Madzahib Arbaah, Syeikh Abdurrahman Jaziri)
Saya rasa jika kita membuat sedikit kajian tentang pandangan para fuqaha berkenaan makna jihad, kita dapat membuang pengertian 'baru' jihad yang cuba diselewengkan oleh segolongan cendekiawan akhir zaman ini. wallahua'lam.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar

posticon Posting pada: 25-05-10 10:39

Pada 24-05-10 16:33 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 24-05-10 15:31 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

jihad boleh pelbagai....dengan tangan, dengan tulisan, dengan perkataan, dengan harta benda bahkan dengan jiwa.....semuanya bernilai "jihad' jika dilakukan untuk membela dan memperjuangkan agama Allah.

Saya sempat membuat sedikit rujukan berkenaan pengertian jihad. Ada satu takrifan yang susunan yang hampir sama dengan apa yang akak utarakan, tetapi sayang maknanya tidak sama.

Ia adalah takrifan jihad oleh Mazhab Hanafi. Imam Kasaani dalam badaa'i Shana. Secara bahasa adalah mengerah seluruh kemampuan.... sedangkan menurut syara' jihad adalah mengerah seluruh kemampuan untuk BERPERANG dijalan Allah, baik dengan jiwa, lisan, harta dan lain-lain.
Semua takrifan jihad dalam keempat-empat mazhab adalah JIHAD/QITAL . (sila rujuk Fiqh Ala Madzahib Arbaah, Syeikh Abdurrahman Jaziri)
Saya rasa jika kita membuat sedikit kajian tentang pandangan para fuqaha berkenaan makna jihad, kita dapat membuang pengertian 'baru' jihad yang cuba diselewengkan oleh segolongan cendekiawan akhir zaman ini. wallahua'lam.

wuzara, kesepakatan kita ialah...penghinaan terhadap baginda dan agama Islam...usaha jihad lah jawapan dan penyelesaiannya. Sedang disini , memahami cakupan jihad itu...kita mungkin ada sedikit berbeza.

Melalui pembacaan, saya menjumpai perkataan jihad berakar umbi dari perkataan “ al jahd” bermaksud kekuatan ataupun keupayaan. Jika dibaca dengan “ al juhd” ianya bermaksud kesukaran atau halangan. Menurut pengkajian lain, jihad bermakna pertumpahan tenaga dan usaha andai dibaca dengan “al jahd”. Yakni pertumpahan tenaga seseorang itu dengan segala usaha dan kekuatan yang ada untuk mencapai sesuatu matlamat yang dicita-citakan.

Andai dibaca dengan “al jahd” ia memberi erti kepenatan, kejerihan dan keperitan. dengan kata lain ia bermaksud kesanggupan seseorang menempuh kesukaran dan mengharung penderitaan dengan segala kejerihan dalam mencapai sasaran2 tertentu.

Abdul Hamid Siddiqi membuat ulasan bahawa perkataan jihad berakar umbi dari “jahada” yang bermaksud penumpahan seluruh daya usaha dan kesungguhan pada jalan Allah. Menurut beliau perkataan jihad sering ditanggapi sebagai 'qital' (peperangan). Sedang Al quran dengan jelasnya menerangkan tentang jihad fisabilillah sebenarnya adalah yang merangkumi keseluruhan dimensi perjuangan untuk menegakkan kalimah Allah.

Sebenarnya jihad dari segi bahasa - menumpahkan seluruh tenaga dan usaha mencapai sesuatu matlamat. Sedangkan jihad di sudut istilah ialah berperang dan berjuang pada jalan Allah untuk mempertahankan dan menyelamatkan umat Islam dari pencerobohan dan penganiayaan. Maka dapatlah disimpulkan jihad dari bahasanya adalah menggunakan segenap tenaga, keupayaan dan segala usaha dalam melaksanakan sesuatu kerja./amalan. Dan dari istilah pula jihad ditakrif sebagai menggunakan segala kekuatan dan tenaga memerangi musuh2 Allah. Siapa musuh2 Allah ???...dari kalangan jin, manusia, syaitan, hawa nafsu yang jahat, golongan kafir, golongan munafik dan fasiq.

Ibnu Rushd menegaskan jihad merangkumi semua aspek perjuangan Islam yang menjadi kewajipan semua muslim. Mereka mesti sanggup mengorbankan semua kekuatan yang ada pada mereka, sama ada kekuatan fizikal, intelektual, perkataan, moral dan apa saja yang dimiliki. Semangat jihad yang dipancarkan oleh islam jika disoroti dengan mendalam dari perspektif Al quran, jihad dijalan Allah itu lebih luas dari sekadar peperangan. Dalam satu hadis yang dilaporkan oleh al Tirmizi, Rasulullah menerangkan nilai seorang mujahid yang tinggi di sisi Allah. Keadaan ini menurut Ibnu qayyim, disebabkan jihad adalah penentangan terhadap musuh2 Allah bagi membuktikan 'kehambaan” kepada Allah. Ia satu ukuruan dan nilaian yang tinggi lebih-lebih lagi perjuangan @ jihad tersebut merupakan penentangan kepada semua kecenderungan kepada kejahatan yang dicetuskan oleh hati....cetusan hati kadang-kadang lebih bahaya dari musuh diluar diri manusia sendiri.

Memandangkan jihad sebagai suatu program yang menyeluruh inilah, maka method perlaksanaan jihad dilaksanakan melalui pelbagai kaedah untuk menentang musuh2 yang nyata(kuffar), menentang syaitan dan hawa nafsu...

Tidak syak lagi, jihad bukan terkhusus kepada berperang dengan musuh2 islam di medan perang sahaja, bahkan ia meliputi semua usaha yang wajar dan termampu dalam menolong agama Allah.

suatu perkara yang perlu disedari bahawa konsep jihad sering disalah mengertikan. Golongan kafir membayangkan jihad sebagai peperangan dan pertempuran bahkan ada yang mengatakan jihad satu tugas keagamaan yang dipikul setiap muslim untuk mempropagandakan islam dengan makna paksaan dan kekerasan bersenjata....dan memomokkan baginda sengaja tidak ishtiharkan jihad di mekah kerana umat islam masih lemah, tetapi setelah Islam kuat dengan penubuhan daulah di Madinah, maka jihad telah dilancarkan kepada kafir...

qital yakni perang merupakan sebahagian saja dari maksud jihad...adalah penting kita fahami, betapa berjihad itu telah diwajibkan oleh Allah terhadap hambanya dalam bentuk segala ikhtiar dan usaha mendokong islam dan membantu agama Allah ini...wallahualam...

-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)

Bookmark and Share

  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  

posticon Posting pada: 25-05-10 14:43

bila sesuatu isu dimainkan oleh pihak bukan islam, selalunya kita ambil jalan mudah boikot brngan mereka. Setakat bukan islam menghina islam itu perkara biasa sejak berabad dulu...Tapi bagaimana pula dengan org islam sendiri kursusnya org melayu yang mnghina islam dan rasulnya? berapa ramai org islam hari ni yang betul-betul ikut ajaran yang di bawa oleh Rasulullah? berapa ramai yang mengamalkan sunnah dan hadis Baginda? Malah ada dikalangan kita sendiri mplekehkan lagi ajaran yang di bawa oleh Baginda. contohnya yang paling mudah tentang aurat dan riba? Bukan itu satu penghinaan yang lebih Besar terhadap Islam dan RasulNYa? sebab semua tu ada dalam kebanyakan umat islam hari inilah, menjadi penyebab masyarkat luar senang menghina dan mplekehkan Islam.

Bookmark and Share

  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.119981 saat. Lajunya....