Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang difikir menentukan apa yang akan dicapai.
-- Hamka

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 83
Ahli: 0
Jumlah: 83




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 4 hari yang lalu
Daeng_Jati: 11 hari yang lalu
skater: 14 hari yang lalu
HIKAL: 33 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: curi masa waktu kerja


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» curi masa waktu kerja

Please Mendaftar To Post


Oleh curi masa waktu kerja

carrotsusu
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.03.2008
Ahli No: 32924
Posting: 134
Dari: klate...

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 19-05-10 10:11


assalamualaikum...just nak tanya sesiapa yang arif tentang hukum2 agama..sesiapa yang tahu lah..sejak 2 bulan kerja ni...rasa macam tak best pula tengok staf2 kat sini 'curi masa' waktu kerja..ana tau kat tempat2 lain pun mostly benda ni berlaku..apa yang ana maksudkan kat sini ialah staf2 buat benda lain time kerja...contohnya..keluar ke tempat lain..ie..bank..apa hukumnya ek?ye lah kita dapat duit gaji untuk kerja yang kita buat...tapi apa hukumnya duit yang kita dapat buat benda lain?ni bukan nak kata kat siapa...kat diri sendiri jugak...mohon pandangan dari ahli ukhwah...


-----------------
Senyum secantik ciptaan Allah dalam dirimu...senyum ye. because of your smile you make life more beautiful..^___^ .

Bookmark and Share

    


  Member Information For carrotsusuProfil   Hantar PM kepada carrotsusu   Quote dan BalasQuote

engrfeez
Warga 4 Bintang
Menyertai: 21.02.2010
Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-05-10 11:09


Subjektif benda ini..ada company atau bos yang benarkan pekerja nya pergi ke bank or mana-mana tempat asalakan tidak effect kerjanya...

ada company memang yang nak pekerjanya 8 jam berada di tempat kerja...

yang penting kita tanya dr sendiri..kat buat ini betul ke tak...memang dalam fitrah manusia itu sendiri tau dan mengerti sama ada benda dia buat itu baik atau tidak...

ataupun keluarkanlah zakat untuk membersihkan duit dan masa yang 'was-was' itu..


-----------------
Ya Allah,Ampunilahku,Rahmatilahku,Kayakanku, Angkatlah Darjatku,Rezekikanlahku,Berilah Hidayah, Sihatkanlahku dan Maafkanlahku


Bookmark and Share

    


  Member Information For engrfeezProfil   Hantar PM kepada engrfeez   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-05-10 14:02


Bismillah
Salam

Daripada Abu Said Al Khudri Radiallahu Anhu, Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya dunia adalah manis dan indah. Allah telah menjadikan kamu sebagai khalifah di dunia. Lalu, Allah melihat bagaimana kamu beramal.” (Riwayat Muslim)

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 19-05-10 14:44


Berikut satu cabang dosa harta yang dimakan oleh sebahagian pekerja. semuanya pasti merosakkan jiwa dan hati serta menjauhkan daripada keinginan solat, apatah lagi untuk mendapat khyusuk;

1. menggunakan peralatan syarikat untuk tujuan peribadi seperti kertas,pen,faks,menelefon anak di rumah.


2. mengambil rehat tidak sah ketika waktu bekerja. Ia akan menyebabkan pendapatan gaji seseorang tidak sepenuh miliknya.

-buku formula solat sempurna-ustaz zaharuddin


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 35
Posting: 1798

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-05-10 15:03


kita dibayo gaji dan diberi bebarang opis untuk buat kerja..

bukan untuk urusan peribadi.

maka pepaham sendiri lah haram / haramnya jumlah yang dah terDIGUNAKAN untuk tujuan selain itu

** itu sebab banyak opis dah block akses internet selain dari tujuan kerja


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkamarProfil   Hantar PM kepada nurkamar   Pergi ke nurkamar's Website   Quote dan BalasQuote

izdham
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 14.05.2003
Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german

germany  


posticon Posting pada: 19-05-10 16:38


Aku punya bos kiranya ok lah, buat lah apa saja dia tak kisah janji kerja siap on time.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izdhamProfil   Hantar PM kepada izdham   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-05-10 17:33


Setiap pekerjaan menjadi sebahagian daripada amal ibadat jika dilakukan mengikut syaratnya. Islam memandang mulia semua jenis pekerjaan sama ada bekerja sendiri atau makan gaji dan memandang hina sesiapa yang malas kerja serta mengharapkan belas ihsan orang lain. Galakan bekerja dituju kepada golongan lelaki yang bertanggungjawab memberi nafkah kepada keluarganya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa seseorang yang mengambil seberkas kayu api dan diletak atas belakangnya untuk dijual, Allah melindungi maruahnya. Itu lebih baik baginya daripada meminta-minta kepada orang lain sama ada mereka memberinya atau tidak.”

Bekerja wajib dalam perkara yang halal kerana hasil usaha adalah untuk memberi nafkah kepada ahli keluarga di samping memastikan ia akan memberi keberkatan.


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Pekerjaan yang paling baik ialah pekerjaan seseorang dengan tangannya dan semula jual beli yang mabrur (yang tidak bercampur dengan perkara diharamkan).”

Etika kerja dalam Islam menitikberatkan disiplin serta menepati masa. Setiap pekerja diberi syarat termasuk waktu berkerja dan menjalankan segala arahan dalam masa ditetapkan. Malangnya, ada sebilangan yang suka curi tulang.

Firman Allah SWT di dalam Surah at-Taubah, ayat 105 yang bermaksud:

“Dan katakanlah (wahai Muhamad): beramallah kamu (akan segala) yang diperintahkan, maka Allah dan Rasulnya serta orang beriman akan melihat apa kamu kerjakan, dan kamu akan dikembali kepada (Allah) yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, kemudian dia menerangkan apa yang kamu kerjakan.”

Pekerjaan yang dilakukan juga tidak menyebabkan seseorang itu mengabaikan perintah Allah seperti mendirikan solat dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda dan anak pinak kamu daripada mengingati Allah (daripada menjalankan perintahnya. Dan ingatlah sesiapa yang melakukan demikian mereka itulah orang yang rugi).” (Surah al-Munaafiqun, ayat 9)

Selain itu, Islam melarang keras sebarang penipuan dalam urusan jual beli ataupun dalam bentuk muamalat lain terhadap pelanggan. Imam Ahmad meriwayatkan apabila Rasulullah SAW melihat makanan yang dijual sudah rosak, Baginda bersabda yang bermaksud:

“Jual dan bahagikan setiap bahagian mengikut kualitinya kerana sesiapa yang menipu kami, dia bukanlah daripada golongan kami.”

Justeru itu, untuk mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT kita hendaklah melakukan sesuatu kerja itu berasaskan etika yang telah digariskan dalam Islam. Tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya. Berlakunya rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya.



SUMBER RUJUKAN

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103883 saat. Lajunya....