Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bangkai akan menarik pemakan bangkai, tong sampah akan menarik sampah. Kebaikan akan menarik kebaikan; keburukan akan menarik keburukan
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 264
Ahli: 0
Jumlah: 264




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Isu paderi mencabul kanak-kanak


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Isu paderi mencabul kanak-kanak

Please Mendaftar To Post


Oleh Isu paderi mencabul kanak-kanak

demuara
Warga Rasmi
Menyertai: 11.05.2010
Ahli No: 39797
Posting: 18
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-10 11:59


Vatican sediakan pembelaan

VATICAN CITY 17 Mei - Vatican hari ini membuat pernyataan pembelaan paling terperinci yang pernah dilakukannya terhadap dakwaan yang mengatakan ia bertanggungjawab ke atas biskop Amerika Syarikat (AS) yang membenarkan paderi mencabul kanak-kanak, dengan mengatakan biskop terlibat bukan kakitangannya dan satu dokumen Vatican pada 1962 tidak memerlukan mereka berdiam diri, lapor Associated Press.

Vatican akan membuat bantahan tersebut dalam satu usul bagi menolak saman persekutuan atas alasan bidang kuasa asas yang difailkan di Louisville, Kentucky tetapi usaha itu boleh memberi kesan untuk menyaman Pope.

Peguam Vatican AS, Jeffrey Lena berkata, usul itu turut mengandungi satu respons yang mendakwa bahawa dokumen bertajuk 'Crimes of Solicitation' (Crimen Sollicitationis) pada 1962 menghalang biskop daripada melaporkan kes pencabulan kepada polis.

Katanya, tiada bukti menunjukkan bahawa dokumen tersebut diketahui oleh ketua biskop dan ia juga tidak memberi mandat yang mengatakan biskop tidak perlu melaporkan kes pencabulan yang dilakukan paderi.

Beliau berkata, kerahsiaan dokumen Crimen tidak boleh melebihi undang-undang sivil dan hanya dilaksanakan dalam proses rasmi undang-undang gereja, di mana biskop mempunyai budi bicara menangguhkan sekiranya terdapat konflik dengan undang-undang yang dilaporkan.

"Penting bagi semua orang terutamanya mangsa yang dicabul untuk mengetahui bahawa, berbeza dengan apa yang diberitahu peguam plaintif kepada media, undang-undang gereja tidak melarang laporan jenayah seumpama ini kepada pihak berkuasa sivil," kata Lena.

Dokumen itu menjelaskan prosedur yang perlu diikuti pihak berkuasa gereja dalam mengendalikan pencabulan kanak-kanak yang dilakukan paderi, kes di mana seks dinyatakan dalam pengakuan yang juga satu perlakuan jenayah amat kejam dalam undang-undang gereja termasuk kes melibatkan homoseksual dan perbuatan bersifat kebinatangan.

Peguam dalam kes di Kentucky, William McMurry menerusi satu e-mel berkata, dokumen berkenaan merupakan satu 'bukti yang tidak dapat dipertikaikan'.

"Ia merupakan satu bukti polisi bertulis yang menuntut supaya biskop tidak boleh menyebut apa-apa tentang paderi yang melakukan pencabulan seks.

"Oleh kerana kes kami adalah tentang menunjukkan tanggungjawab Vatican di atas kegagalan biskop membuat laporan kepada pihak berkuasa sivil, sebarang polisi yang menyekat biskop adalah relevan dan penting," katanya. - AP

utusan malaysia

Bookmark and Share

    


  Member Information For demuaraProfil   Hantar PM kepada demuara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.100206 saat. Lajunya....