Oleh |
Pensel dalam mangsa rogol. (mangsa & pemangsa pelajar tingkatan dua) |
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 22-04-10 09:43
Pensel dalam kemaluan mangsa rogol Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim [email protected]2010/04/22 KUALA LUMPUR: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah di Rawang yang dirogol rakan sekelasnya dalam bilik darjah, minggu lalu, bukan saja disahkan sudah mengandung sebulan, malah sebatang pensel sepanjang empat sentimeter turut ditemui dalam kemaluannya. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan, berkata berdasarkan hasil laporan pemeriksaan hospital yang diterima semalam, polis percaya mangsa sudah lama dijadikan bahan pemuas nafsu beberapa pelajar serta didera sewaktu diperkosa. “Kes ini disiasat secara menyeluruh kerana mangsa yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di Rawang, bukan saja dirogol ketika waktu persekolahan, malah didera,” katanya kepada pemberita di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang, 13 April lalu, pelajar itu yang bersendirian dalam kelas, dikatakan dirogol seorang rakan sekelasnya manakala beberapa lagi pelajar lelaki mengepung mangsa bagi mengelak insiden itu disedari pelajar lain termasuk guru. Mangsa hanya memberitahu mengenai kejadian itu kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan, Ahad lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Rawang pada hari sama. Rosly berkata, sebaik menerima laporan itu, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan, manakala suspek ditahan di sekolahnya pada keesokannya. “Siasatan awal mendapati mangsa sudah banyak kali dirogol suspek sejak beberapa bulan lalu. Kita percaya mangsa turut diperkosa lebih daripada seorang pelajar. “Namun, mangsa takut untuk membuat laporan kerana dipercayai diugut suspek yang akan bertindak lebih teruk sekiranya perkara itu didedahkan,” katanya. Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa pelajar yang dipercayai bersubahat dalam kejadian itu. Katanya, mangsa yang ditempatkan di hospital, kini mengalami trauma teruk dan hanya berdiam diri. kiamat kian hampir..  ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/
|
shinobi
WARGA SETIA Menyertai: 13.07.2005 Ahli No: 17265
Posting: 425
Dari: bangi,gombak...
|
Posting pada: 22-04-10 10:28
nauzubillah... huhuhuhu.. apa nak jadi lah dengan generasi muda sekarang ni.. umur 14 tahun dah merogol... hukum bunuh saja perogol2 itu ----------------- Telah ditanya kepada seorang soleh ,apakah yang paling menghairankan kamu? Dia berkata: "Hati yang telah kenal Allah kemudian dia menderhakai-Nya."
|
fikrul_mustanir
WARGA SETIA Menyertai: 03.11.2006 Ahli No: 27196
Posting: 744
Dari: The Future Khilafah State
|
Posting pada: 22-04-10 11:48
Secara micro kes ini berlaku kerana sistem persekolahan yang bercampur antara pelajar lelaki dan perempuan yang diamalkan oleh negara. Secara makronya kerana tiada penerapan Islam dalam kehidupan..
|
engrfeez
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.02.2010 Ahli No: 39324
Posting: 244
Dari: Kuala Lumpur
|
Posting pada: 22-04-10 15:13
insaf betul cerita ini...dah tahap kronik negara ini....memang betul kata pembuka topik.....menunggu masa untuk kiamat....
|
ladylolida_aina
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.08.2008 Ahli No: 34562
Posting: 162
Dari: Johor
|
Posting pada: 22-04-10 18:08
betapa kejinya perlakuan ini. nilai kemanusiaan makin pupus...sifat-sifat syaitan pula yang makin menonjol sekarang ni. -----------------
|
drzul-f
WARGA SETIA Menyertai: 22.01.2005 Ahli No: 13857
Posting: 487
Dari: Simferopol', Crimea, Ukraine
|
Posting pada: 23-04-10 06:46
Malaysia semakin tidak selamat. NKRA KDN adalah point utama dalam pentadbiran kerajaan kini. tapi jenayah makin berleluasa. ----------------- http://zul-md.blogspot.com
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 23-04-10 13:21
Kalau ye kena rogol, kenapa lah mengandung dah sebulan masih disenyapkan. ni nampak gaya rogol 'suka sama suka' namanya ni. masalah kat sini... Kalau budak perempuan, bawah umur, apa cara pun akan disabitkan dirogol meski sendiri yang minta, sendiri yang serah diri. -----------------
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 23-04-10 15:23
Pada 23-04-10 13:21 , nurkamar posting:!!! QUOTE !!! Kalau ye kena rogol, Kenapa lah mengandung dah sebulan masih disenyapkan. ni nampak gaya rogol 'suka sama suka' namanya ni. apa yang kita baca dalam laporan di atas : “Kes ini disiasat secara menyeluruh kerana mangsa yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di Rawang, bukan saja dirogol ketika waktu persekolahan, malah didera,” katanya kepada pemberita di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang, 13 April lalu, pelajar itu yang bersendirian dalam kelas, dikatakan dirogol seorang rakan sekelasnya manakala beberapa lagi pelajar lelaki mengepung mangsa bagi mengelak insiden itu disedari pelajar lain termasuk guru.pelajar ni kena buli kena ugut dan kena dera....pelajar sekolah sekarang kalau yang samseng tu extreme betul....kes buli di sekolah sangat kronik...cikgu pun kena buli dengan murid...ada cikgu tak berani nak tegur pelajar kerana 'depa tu pasang gang kat luar"..... “Siasatan awal mendapati mangsa sudah banyak kali dirogol suspek sejak beberapa bulan lalu. Kita percaya mangsa turut diperkosa lebih daripada seorang pelajar. “Namun, mangsa takut untuk membuat laporan kerana dipercayai diugut suspek yang akan bertindak lebih teruk sekiranya perkara itu didedahkan,” katanya. pelajar perempuan tu dari rumah kebajikan, munkin dia miskin atau kehilangan org ruanya. Dia tiada pembelaan itu sebabnya ada pelajar yang berani dera, buli dan rogolnya. mungkin ada yang tak tahu bahawa terdapat kes pelajar lelaki mengugut dan mencabul guru wanita kerana dendam.... kalau dengan guru pun mereka berani, apa sangat lah nak diheran dengan pelajar perempuan dari rumah kebajikan... !!! QUOTE !!! masalah kat sini... Kalau budak perempuan, bawah umur, apa cara pun akan disabitkan dirogol meski sendiri yang minta, sendiri yang serah diri. sebab bawah umur dinilai belum matang dan tak tahu membezakan baik buruknya. maka yang matang tu lah yang memikul kesalahan....tu kalau kes bawah umur dengan org dewasa. Kalau kedua-duanya bawah umur ??? sedih dan sangat menyakitkan jenayah2 yang dilakukan oleh orang-orang kita hari ni....generasi tuanya banyak yang keparat manakala generasi muda pula jadi jahat dan tak boleh nak bergantung harap.... panas di Malaysia sekarang.....rasanya dosa dan maksiat yang maha hebat menjadikan malaysia semakin jauh dari rahmat...... semoga Allah masih merasa belas kepada kita dan melindungi kita dari balaNya yang dashat.... marilah kita berjuang menentang kemungkaran.... apa saja....dengan apa cara yang kita mampu lakukannya.... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
floranfauna
Warga Rasmi Menyertai: 09.11.2009 Ahli No: 38150
Posting: 7
Dari: ipoh
|
Posting pada: 23-04-10 16:05
astaghfirullah ... kalau dikaji mungkin kita dapati pelajar2 ni datang dari keluarga yang kucar kacir tiada pegangan agama lansung /kukuh .. nak pesalahkan siapa dalam hal ni??
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 23-04-10 21:49
Pada 23-04-10 15:23 , myhoney posting:!!! QUOTE !!! Pada 23-04-10 13:21 , nurkamar posting:!!! QUOTE !!! Kalau ye kena rogol, Kenapa lah mengandung dah sebulan masih disenyapkan. ni nampak gaya rogol 'suka sama suka' namanya ni.
apa yang kita baca dalam laporan di atas :
“Kes ini disiasat secara menyeluruh kerana mangsa yang tinggal di sebuah rumah kebajikan di Rawang, bukan saja dirogol ketika waktu persekolahan, malah didera,” katanya kepada pemberita di sini. Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang, 13 April lalu, pelajar itu yang bersendirian dalam kelas, dikatakan dirogol seorang rakan sekelasnya manakala beberapa lagi pelajar lelaki mengepung mangsa bagi mengelak insiden itu disedari pelajar lain termasuk guru.
pelajar ni kena buli kena ugut dan kena dera....pelajar sekolah sekarang kalau yang samseng tu extreme betul....kes buli di sekolah sangat kronik...cikgu pun kena buli dengan murid...ada cikgu tak berani nak tegur pelajar kerana 'depa tu pasang gang kat luar".....
“Siasatan awal mendapati mangsa sudah banyak kali dirogol suspek sejak beberapa bulan lalu. Kita percaya mangsa turut diperkosa lebih daripada seorang pelajar. “Namun, mangsa takut untuk membuat laporan kerana dipercayai diugut suspek yang akan bertindak lebih teruk sekiranya perkara itu didedahkan,” katanya.
pelajar perempuan tu dari rumah kebajikan, munkin dia miskin atau kehilangan org ruanya. Dia tiada pembelaan itu sebabnya ada pelajar yang berani dera, buli dan rogolnya.
mungkin ada yang tak tahu bahawa terdapat kes pelajar lelaki mengugut dan mencabul guru wanita kerana dendam.... kalau dengan guru pun mereka berani, apa sangat lah nak diheran dengan pelajar perempuan dari rumah kebajikan...
!!! QUOTE !!! masalah kat sini... Kalau budak perempuan, bawah umur, apa cara pun akan disabitkan dirogol meski sendiri yang minta, sendiri yang serah diri.
sebab bawah umur dinilai belum matang dan tak tahu membezakan baik buruknya. maka yang matang tu lah yang memikul kesalahan....tu kalau kes bawah umur dengan org dewasa. Kalau kedua-duanya bawah umur ???
sedih dan sangat menyakitkan jenayah2 yang dilakukan oleh orang-orang kita hari ni....generasi tuanya banyak yang keparat manakala generasi muda pula jadi jahat dan tak boleh nak bergantung harap....
panas di Malaysia sekarang.....rasanya dosa dan maksiat yang maha hebat menjadikan malaysia semakin jauh dari rahmat......
semoga Allah masih merasa belas kepada kita dan melindungi kita dari balaNya yang dashat....
marilah kita berjuang menentang kemungkaran.... apa saja....dengan apa cara yang kita mampu lakukannya....
ye.. betul tu...... betul....................................... **cikgu disiplin, cikgu kaunseling dan jk tindakan juvana, kena ambil laporan dari dua pihak. nak jadi penulis akhbar, dengar dari satu pihak, dan sensasikan sepenuhnya. -----------------
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 24-04-10 09:43
!!! QUOTE !!! **cikgu disiplin, cikgu kaunseling dan jk tindakan juvana, kena ambil laporan dari dua pihak. nak jadi penulis akhbar, dengar dari satu pihak, dan sensasikan sepenuhnya. InsyaAllah...dalam kes ini saya rasakan keterangan kedua-dua pihak telah diusahakan... seperti termuat dalam laporan di atas dan saya quotekan di bawah... !!! QUOTE !!! Mangsa hanya memberitahu mengenai kejadian itu kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan, Ahad lalu sebelum membuat laporan di Balai Polis Rawang pada hari sama.
Rosly berkata, sebaik menerima laporan itu, mangsa dibawa ke Hospital Selayang untuk pemeriksaan, manakala suspek ditahan di sekolahnya pada keesokannya. !!! QUOTE !!! Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan beberapa pelajar yang dipercayai bersubahat dalam kejadian itu. kita doakan siasatan yang telus dan hukuman yang setimpal untuk kes ini... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
madyie
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2007 Ahli No: 30270
Posting: 106
Dari: tranung
|
Posting pada: 24-04-10 14:55
betul kata nurkamar... Kalau ikut kes,berlaku dalam kelas,dan ada org usha line pula tu...Kalau betul kejadian tu 'DI' takkan adik perempuan tu tak boleh nak elak dari 'DI'..nampak macam 'BER' pula.. yang ngandung tu mnkin buat kat lain, dan dengan siapa tu,entahlah.... yang kita tau tu hanya sekelumit sebab ada lam akhbar,yang kejadian tg dinyatakan wallahua'lam...pe2pun, 1Malaysia untuk semua
|
fatinah_huda
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.02.2004 Ahli No: 7131
Posting: 115
Dari: Jepun
|
Posting pada: 24-04-10 19:11
assalamualaikum, satu sikap yang tak baik yang akak selalu perhati ialah, buat persangkaan buruk padahal kita tak tau apa-apa pun kisah benarnya dan suka menuduh. kalau orang yang lemah jiwa, tak mustahil dia memang dibuli dan diperkosa ramai-ramai tanpa pengetahuan org lain dan kadang-kadang boleh berlaku dalam beberapa minit sahaja. ni bukan masalah kat Malaysia sahaja, tapi malah berlaku kat mana-mana seluruh dunia. mangsa buli ni bukan lemah fizikal tapi sebenarnya fkirannya sudah buntu. selagi kita berdiri dalam kasut dia, kita tak tahu mentality dia sebenarnya. tapi kalau benar dia bersuhabat dan rela, biar ajalah Allah menentukan hukumannya, tapi jangan kita yang mula judge dia. sebagai org islam yang baik, sepatutnya kita fikir, apa yang harus kita buat untuk mengelak dr benda ini berlaku, bukan setakat diri sendiri tapi jugak untuk org lain. benda seperti ni berkait dengan kita semua. nauzubillah kalau terkena kat keluarga sendiri. fkirkan2 lah.
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 24-04-10 19:46
|
Putri_Damia
Warga Rasmi Menyertai: 25.04.2010 Ahli No: 39722
Posting: 3
|
Posting pada: 25-04-10 08:43
Astaghfirullahal azim.. semoga generasi akan datang tidak jadi macam itu.. Hukuman berat perlu diberi kepada mereka ini..dan tidak perlu dilihat bawah umur ke apa.. sebab budak-budak sekarng cepat matang dan terlalu advanced benda-benda yang tak elok.. semoga Allah S.W.T menjauhi kita dari bala bencana..
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 26-04-10 10:07
semalam, sewaktu sukan sekolah didalam ramai-ramai MANUSIA berkumpul di padang sekolah, makhluk DUA EKOR ni ber*m*dan tanpa rasa segan silu di tepi pagar sekolah si perempuan ni jika dilihat pada raut wajahnya, masih dikenali bekas anak murid sendiri walaupun sudah remaja, manakala si lelaki mungkin orang luar. mendapat report dari kawan-kawan yang sakit mata melihat tetapi tidak berani, saya diminta menegur. AMAT mengecewakan bilamana di arah untuk 'berpisah', si lelaki lari manakala si perempuan MELAWAN dan berkeras menyatakan apa yang dia buat tu tak salah! sebagai seorang yang pernah menyertai kumpulan badar & bertindak sendiri, hal ni bukan sekali, malah, jika inginkan kepastian, sila BERANIKAN DIRI untuk menegur kapal kapal karam yang tengah hanyut di mana-mana. lihat apa yang berlaku. ni lah masalah berani tak bertempat budak-budak perempuan. dan bila apa-apa terjadi selepas itu(seperti dalam kes budak perempuan ni), LELAKI juga yang dipersalahkan. sedangkan sendiri yang tak geti jaga diri! ditegur cara baik melawan, ditegur secara keras kita pula yang disergah katanya MAK AYAH pun tak kisah! **jika hal ini berlaku di luar kawasan sekolah @ diluar waktu persekolahan(kebiasaan tiada orang melainkan di pejabat atau pak GUARD tak mengawal), maka boleh kita syak dia dipergunakan. TAPI, jika waktu REHAT, pada saya ini juga pilihan dia. walau apa pun, tepuk sebelah tangan tak berbunyi. -----------------
|
zai1209
Warga Rasmi Menyertai: 17.08.2009 Ahli No: 37425
Posting: 5
Dari: Pulau Pinang
|
Posting pada: 26-04-10 12:53
" Kalau ye kena rogol, Kenapa lah mengandung dah sebulan masih disenyapkan. ni nampak gaya rogol 'suka sama suka' namanya ni. masalah kat sini... Kalau budak perempuan, bawah umur, apa cara pun akan disabitkan dirogol meski sendiri yang minta, sendiri yang serah diri. - dr nurkamar " - Bagi pendapat saya, kalau budak perempuan 2 rela kenapa yang c lelaki 2 nak bawa kawan-kawan dia dan suruh kawan-kawan dia mengepung budak perempuan 2..mesti mereka buat berdua-duan sahaja..
|
mohdazri
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.04.2010 Ahli No: 39608
Posting: 73
Dari: selangor
|
Posting pada: 26-04-10 14:51
|
pejuang_terakhir
WARGA SETIA Menyertai: 28.08.2007 Ahli No: 30837
Posting: 533
Dari: terengganu
|
Posting pada: 27-04-10 08:15
akhir zaman, zina berleluasa.....takutnya zaman sekarang ni.sesiapa yang ada anak tu, jagalah elok-elok dan bekalkan bekalan yang secukupnya dan setelah itu bertawakkal lah kepadaNya saja... ----------------- abu muadz
|
farouks
WARGA SETIA Menyertai: 27.05.2007 Ahli No: 30061
Posting: 433
|
Posting pada: 27-04-10 23:53
Pada 26-04-10 14:51 , mohdazri posting:!!! QUOTE !!! saya rasa budak-budak ni nak mencuba apa yang telah dilihat oleh mereka daripada cd2 lucah atau perbuatan mak ayah mereka sendiri
Kemungkinan tu ada. tapi untuk kes ni, bagi pelajar perempuan mana mungkin berlaku. duduk kat rumah kebajikan. Tapi untuk lelaki kemungkinan besar tu ada. Sekarang budak-budak nak dapat cd2 lucah amat mudah. Negara penegak demokrasi. Bebas untuk segala-galanya. ni semua akibat penerapan sistem sekuler dalam negara. Buang sekular terap Islam tegak khilafah ----------------- http://mykhilafah.com/
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 28-04-10 07:43
|