Array
Selamat Datang ke Portal Komuniti :: Ukhwah.com
  Assalamualaikum Tetamu: Mendaftar | Login Depan Perihal Peraturan & Etika Profil Liputan Media Impian & Harapan Hubungi Kami Laman Peribadi  








Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

Menu Utama

Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 72
Ahli: 0
Jumlah: 72




Yang Masuk Ke Sini
Kang: 13 hari yang lalu
lidah-penghunus: 15 hari yang lalu
muslimin23: 23 hari yang lalu


[ Mari BERSELAWAT kepada RASULULLAH S.A.W dan keluarga Baginda setiap kali masuk ke Ukhwah.com ini ]




Suara Hatiku
Topik: Saya adalah diri saya?


Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Saya adalah diri saya?

Please Mendaftar To Post


Oleh Saya adalah diri saya?

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-04-10 01:35


salam
saya nak pandangan dan pendapat kawan-kawan semua
tolonglah..perkara ni dah lama terperuk dalam otak saya. sekarang pun saya rasa sangat down.

macamana nak tingkatkan percaya diri? bagaimana nak pupuk rasa sayangkan diri kalau saya selalu detect perkara negatif dalam diri.

kekadang bila ada kawan saya buat saya naik angin, saya sendiri tak dapat decide sama ada nak marah dia atau nak pendam saja..Kenapa saya tak boleh nak jadi diri sendiri

kalau ada orang bertanyakan sesuatu (minta idea saya), saya akan ambil masa yang lama nak bagi jawapan. adakah ini normal?

bila saya baca buku, artikel atau ceramah motivasi, saya merasakan kebanyakan perkara negatif dan patut dihindari ada pada saya. Dan akhirnya saya rasa saya orang yang kurang beruntung dari orang lain.

saya mungkin terlalu memikirkan apa yang tidak sepatutnya..
saya cuba cari alternatif untuk melupakan apa-apa yang meyerabutkan fikiran saya... tapi saya tak dapat lakukan, ia hanya jadi mimpi saja...

kadang-kadang saya akan minta orang lain buat keputusan untuk saya..tapi hati saya cakap "kau ni tak boleh fikir ke?tu pun nak suruh orang lain fikir" Kenapa hati dan diri saya tidak sependapat.

Kenapa saya selalu fikir apa yang saya nak saya tak dapat? saya xbersyukur atau apa?saya sendiri tak dapat jawab.

saya tak pasti apa masalah saya sebenar, kalau ada kawan-kawan nak kongsikan pendapat antum, saya hargai.
:oops: :oops: :oops:


-----------------
Hadapi dengan Senyuman
Everything I Do
I Dedicate To You


Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

nordalily

Menyertai: 03.02.2005
Ahli No: 14076
Posting: 178
Dari: sg buloh

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-04-10 08:50


salam ukhwah,


jemput ke laman sesawang ini.....

http://husnuzzonloa.blogspot.com/

Bookmark and Share

    


  Member Information For nordalilyProfil   Hantar PM kepada nordalily   Pergi ke nordalily's Website   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-04-10 12:02


Bismillahirrahmanirrahim
Salam

aqil, permasalahan sama yang pernah dialami oleh seorang rakan ana sewaktu di IPT, perkara ini normal ada masa disatu tahap kita sendiri boleh buat keputusan, sebaliknya ada ketika kita menjadi keliru sama ada perkara kita nak buat tu betul atau tidak.

Sekadar pandangan ana, mungkin enta boleh perbanyakkan membaca dan mencari pengalaman, bila Ilmu yang menguasai kehidupan dan diri seseorang, InsyaAllah mampu bezakan mana yang perlu dilakukan dan bersesuaian atau tindakan tindakannya itu secara waras dan dalam keadaan sedar.

Dari sudut lain pula, setiap manusia itu mempunyai kelebihan didalam kekurangannya, begitu juga kita lihat seorang yang lemah.. Allah ada kurniakan kelebihan pada dirinya. Cumanya kita yang kenal pasti apa kelebihan dan kekurangan kita, gunakan kebaikan dan manfaat yang diperolehi untuk membantu dan menyokong mana yang lemah dan kurang. Sebaliknya, mana yang lemah dan kurang itu, jauhkan dari memperkecil, merendah & mengabaikannya, perbaikilah dan pertingkatkan kepada yang lebih baik. InsyaAllah walaupun ambil masa yang lama tapi kehidupan pasti bermakna.

Hati dan diri tidak sependapat, dah cari punca dan penyelesaiannya?
beginilah memang itu realiti kehidupan bernama manusia, hati kata lain..diri buat yang lain, diri pula mengatakan bukan atau yang ini, hakikatnya hati pula berkata tidak atau iya. Biasanya diri akan ikut apa yang dikatakan hati, amat sukar kalau hati kata saya suka yang itu, tapi diri kata saya tidak suka yang itu.. jadilah diri sendiri, bagaimana? mulakan dengan muhasabah dan cari penyelesaian secara baik untuk setiap permasalahan itu, InsyaAllah..lakukan dengan tenang dan sabar itu kuncinya.

Berkenaan dapat atau tidak sesuatu yang kita mahukan bukan jawapannya dari kita, sebaliknya kita hanya berusaha sebaik mungkin dan DIA Yang Menentukan. Jika baik bagi kita, pasti Allah akan kurniakan. Bina kepercayaan kepada diri dulu dengan mendekatkan diri kepada-Nya, Yakin dengan kebolehan yang tercipta atas setiap insan ciptaan-Nya. Jangan mudah putus asa dan mengalah. "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan kesanggupannya.."

Maaf, mungkin pendapat ana ini tidak termasuk dalam kehendak jawapan tapi yang penting apapun, kenal diri, kenal pencipta yang menjadikan kita, itu yang penting. Bersyukurlah atas setiap kurniaaNya, Ikhlaskan dirimu dalam memberi & menerima apa juga, bersangka baik pada ciptaan-Nya, Yakin pada diri sendiri kerana kita tidak selamanya hidup bergantung kepada orang lain, hari ini mungkin kita boleh mengharapkan.. esok lusa, belum pasti jamin bagi diri kita mengharapkan pada manusia. Mohon padaNya agar diberi Kekuatan, Kesabaran & Ketenangan dalam melalui hari-hari berikut.

Wallahua'lam

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-04-10 12:30


terima kasih sinarabadi
kerana berkongsi pengalaman dan idea
saya akan cuba baiki diri
jawapan enti sedikit sebanyak membantu saya

saya seorang muslimah
aqil hanya nick name


-----------------
Hadapi dengan Senyuman
Everything I Do
I Dedicate To You


Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-04-10 12:31


terima kasih nordalily kerana menyarankan blog itu


-----------------
Hadapi dengan Senyuman
Everything I Do
I Dedicate To You


Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-04-10 13:31


oh kena tukar lah ni ye, enti. maaf,
aqil.,, maksudnya apa ye.. ( :-) ana saudara ada nama aqil)

InsyaAllah, renungan & motivasi bersama.:bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-04-10 19:41


sinarabadi bertanyakan maksud aqil?
bermakna orang yang berakal

nama saya aqilah: ain, alif, qaf, lam, ta marbutah
sejak kecik saya difahamkan ia bermaksud perempuan yang berakal/berfikir
tapi satu hari ada ustaz saya dari negeri arab cakap maksudnya perempuan/ isteri (yang baik)

apapun saya lebih suka maksud yang pertama dari yang kedua


-----------------
Hadapi dengan Senyuman
Everything I Do
I Dedicate To You


Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-04-10 21:18


Pada 21-04-10 19:41 , aqil posting:

!!! QUOTE !!!

sinarabadi bertanyakan maksud aqil?
bermakna orang yang berakal

nama saya aqilah: ain, alif, qaf, lam, ta marbutah
sejak kecik saya difahamkan ia bermaksud perempuan yang berakal/berfikir
tapi satu hari ada ustaz saya dari negeri arab cakap maksudnya perempuan/ isteri (yang baik)

apapun saya lebih suka maksud yang pertama dari yang kedua



Alhamdulillah pertama atau kedua.. dua-dua pun makna yang baik. Semoga menemui kebaikan ye. Teruskan hari-hari dengan keyakinan dan kekuatan hati.:bunga:

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 
 



Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.134991 saat. Lajunya....