Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Sesiapa yang menolak kata-kata buruk terhadap kehormatan diri saudaranya, nescaya Allah menolak api neraka daripada mengenainya pada hari kiamat.
-- -- Hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 146
Ahli: 0
Jumlah: 146




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Hanya itu pintaku yang satu…


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Hanya itu pintaku yang satu…

Please Mendaftar To Post


Oleh Hanya itu pintaku yang satu…

jubah_hijau
WARGA SETIA
Menyertai: 30.06.2006
Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-03-10 21:23


Suasana di rumah sepupuku hari ini amat meriah.. keriuhan yang menunjukkan betapa sudah lama kami tidak bertemu..Cuma di kesempatan seperti inilah yang memungkinkan kami bertemu.. di hari perkahwinan serentak ketiga tiga orang sepupuku..

Hati gembira…

Bertemu sanak saudara..

Bertemu anak anak saudara yang baru lahir.. ( Chumelnye baby!! masyaAllah..)

Bertemu dengan kawan kawan sekolah rendah dulu…

Bertemu dengan cikgu cikgu sekolah rendah..

Bertemu dengan orang kampung….

Bertemu dengan semua orang yang pernah ana rindu..

Sungguh ana rindu..

Pelbagai cerita di bawa.. pelbagai pertanyaan keluar..pelbagai kerenah..dan pelbagai gaya…

****

Sedang asyik menggubah tembikai untuk hidangan pengantin..

Tiba tiba seseorang mencuit bahuku.. aku menoleh..

Amboi.. bukan main,dah besar dah anak buah aku ini.. kata Mak Cik Sa..

Aku tersenyum, lantas cepat-cepat ke sink membasuh tangan,mengelap tangan yang basah lantas tunduk dan menyalaminya..

Dulu dari si ina ni umur 4 tahun sampai lah dia tahun enam.. aku lah yang dok dia kacau.. tapi sekarang dah besar dah.. kalau dulu kita yang masukkan makanan dalam pinggan dia. Sekarang giliran dia pula buat kerja.. biar yang tua2 ni duduk mnengok pula..

Aku tergelak kecil..

Ye lah tu mak cik Sa ni.. org bukan pandai pun buat ni.. main toreh2 saja buah tembikai ini.. hehe..

Mak cik sa ni dulu kerja jadi mak cik kantin.. aku suka datang kat dapur.. kacau dia.. sebab dia cepat melatah orangnye.. huhu.. aku suka dengar dia melatah.. huhu..

Ha,ina awak bila lagi? Orang lain semua da kawin dah..bila pula nasi minyak awaknye?

Diam.. Senyum…Aku terus menggubah tembikai..

Hm , senyap saja.. tak lama lagi lah itu.. gelak mak cik Sa dan mak cik mak cik yang lain..

Uish mana ada lah.. saya budak kecik lagi.. tak habis belajar pun lagi ini.. Kateku..

Hm.. ye lah itu.. ramai saja budak kat u tu .. takkan tidak ada yang handsome agaknya? tanya sepupuku..

Uish.. mereka da start..aku rasa xslesa,.. perlu lari dari tempat ni atau perlu larikan topik.. dihentikan ye??

Hm.. ina ni mesti bukan saja cari yang handsome.. mesti lah cari yang pandai pandai kan?

tanya pula mak andak..

Ala , mak andaknye.. kat u tu semua budak pandai pandai… ni mesti dia tengah cari yang kaya kaya ni.. Kalau budak yang tak masuk u ni pun hantaran da RM ****** dia ni mesti lagi tinggi.. awak nanti nak letak berapa ina oii?? pintas Kak Hanum..

Uwa.. nak jawab apa ini.. ni yang tak best ini.. rasa macam kena buli pula..huhu..

tiba-tiba abang Long ku lalu kat dapur tu..

Ni ha, tanya along lagi sesuai mak cik..dia da tua..sikit lagi da nak kahwin.. ina lambat lagi.. huhu.. hm..tembikai da siap..nak pergi depan kejap ye..

Dengan pantas aku pergi ke ruang makan..

kenapa Azrena?? tanya along terpinga pinga…

Dan akhirnya mak cik2 dan sepupuku meng ‘interview’ along pula.. J

*****

Di ruang makan tu aku mengelap pinggan.. laju tangan yang mengelap hampir sama laju dengan fikiran ana yang entah terbang ke mana.. Kenapa?Kenapa?dan Kenapa?Pelbagai soalan yang timbul.. Kenapa mesti orang menilai segalanya dengan duniawi??

Teringat perbualan dengan sepupu ana lewat pagi tadi..

Aku kan ina, nak cari yang pandai main gitar…

Nanti dia boleh mainkan gitar untuk aku tiap-tiap hari…

lepas itu Kalau boleh biarlah dia tu suara best,,

boleh nyanyi2 kat aku…

Aku lagi suka Kalau dia romantik..

boleh karang puisi khas untuk aku..

Kalau aku sedih dia boleh epikan aku dnegan puisi dia..

Kalau aku busan aku boleh dengar dia nyanyi..

Lagi best Kalau dia tu handsome dan kaya..

Wa,, sonoknye dapat pakwe macam tu !!

katanya kegembiraan sambil memeluk ku..Aku termangu sebentar.. Aku cuba mengawal reaksi muka dan laku..Moga moga tidak mengguris hatinye..

Aku tidak menyalahi pandangan dan cita rasanya.. aku remaja dan dia juga remaja.. kami mempunyai emosi dan perasaan yang sama.. Cuma mungkin agak berbeza dari sudut kefahaman kami sendiri.. dan aku yakin ini adalah amanah pada ana untuk dekati mereka-mereka yang terdekat dengan aku ini untuk membawa mereka kembali pada fikrah yang sebenarnya…

****
Aku tidak mencari pakwe dan tidak akan pernah berniat begitu. Aku tidak perlu bercinta sebelum nikah semata mata untuk menilai dan mengenal hati budi dia.. cukup sekadar aku dan dia benar-benar menumpukan cinta kepada yang Satu.. dan Aku yakin sepenuh hati, pasti dan pasti DIA Yang Satu akan mempertemukan kita ..

Aku tidak mencari yang pandai menyanyi.. cukup sahaja jika dia betul tajwid dan lancar bacaan al qurannya.. itu sudah melapangkan hati ini.. apatah lagi jika dia mampu menghafaz beberapa surah Allah.. MasyaAllah sesungguhnya inilah hadiah yang tersangat berharga bagi ku..kerana dia lah insan yang akan memimpinku dalam setiap laku ku termasuklah menjadi imamku di setiap solat ku…

Tidak perlu juga dia seorang yang bersuara merdu.. asalkan bacaan al qurannya di baca dengan penuh penghayatan dan takwa.. sudah pasti akan terkesan juga di hati ini…dan asalkan tiap bicaranye membawaku kepada sejuta penyesalan dan keinsafan.. dimana kata katanya begitu sarat dengan butiran hikmah dan nasihat buat diri ku yang kealpaan…dengan itu aku sudah benar-benar bersyukur Ya Rahman.. kerana setiap butiran kata2nya membawaku lebih dekat padaMU…

Dan tidak lah satu keperluan untuk ku jika dia berpuitis orangnya.. tidak perlu dia bermadah madah dengan ku.. cukup sahaja dia bermadah kepada dambaan cinta kami yang Satu.. iaitu engkau Ya Allah.. cukuplah jika diri nya merayu kepada Mu..meyusun kata-kata keinsafan dan memohon pertolongan dariMu.. pasti diri ini akan terpujuk juga dengan untaian kata kata penuh pengharapan dan penuh dengan roh kehambaan kepadaMU…

Aku juga tidak mencari yang kaya raya,, kerana duniawi bukan tujuan aku dan dia.. Maka seharusnya tidak perlu menghantar hantaran berdulang dulang serta mahar tinggi yang akan membuat hatiku buta dalam menilai erti sebenar kita ’ditemukan’ atas dasar agama dan keimanan kepadaNYA.. seharusnya duniawi bukan kayu ukurnya.. kerana aku memandang yang lebih bernilai dari diri mu.. ketakwaanmu kepada cinta kita Yang Satu..

Dan. Aku tidak mengharapkan dia seorang yang akan memanjakan aku dengan pelbagai kesenangan.. aku ingin diri ini,jasad ini malah segala kudrat ini terus di sumbang ke jalanNYA.. jangan kau biarkan aku bersenang lenang dalam kelapangan waktu yang bakal merosakkan diri ku.. aku ingin kau lah yang akan menghentikan lena duniawiku dengan kesyahduan munajat berqiamullail kepadaNYA..

Aku ingin kau tegas dalam membentuk diri ku menjadi sayap kiri perjuanganMU.. Malah mengingatkan diri ini untuk tidak menjadikan kau sebagai hak milik ku… malah, kau hanyalah sekadar pinjaman kepadaku..kerana ku tahu..dan benar benar tahu sesungguhnya kau milik DIA.. yang pasti akan menemuiNYA.. dan aku mahu diriku ini gembira menghantar kau ke medan perang malah berbesar hati sekiranya zuriat juga mampu aku hantar untuk syahid di medan perjuangan..

Sesungguhnya aku tak memerlukan apa-apa.. kecuali seorang insan yang pada peribadinya dan tingkah lakunya sendiri sudah cukup membuatkan aku sentiasa dekat denganNYA…

Cukup dengan gerak laku nya membuat aku ingin lebih dekat dengan MU…

Cukup dengan bacaan alqurannya mampu melembutkan hatiku yang keras ini tehadapMu .

Cukup dengan tata bicaranya yang membuatkan ku lebih mencintaiMU Ya Allah..

Cukup dengan air muka nya yang tenang mampu membuat diri ini damai dalam agamaMU..

Cukup sekadar itu…

Cukupkah sekadar itu??

Tidak cukup… kerana aku juga tidak seperti dia yang aku gambarkan di atas,,, Diri ini terlalu jauh dari apa yang aku harapkan dari dia.. teringat akan firman dariNYA..

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).

Aku mengharapkan dia adalah seseorang yang mampu menunjukkan izzah islam hanya melalui perlakuan dirinya sendiri.. bagaimana pula aku?? Mampukah aku membuat orang jatuh cinta kepada Allah hanya dengan tingkah laku aku sendiri?? Layakkah diri ini di gelar muslimah solehah???layakkah??

Muslimah solehah… idaman setiap makhluk muka bumi.. tapi malang seribu kali malang..aku tidak termasuk dalam golongan..

***********

Aku bukanlah ingin menjadi si peminta..dan sama sekali tidak ingin di label sebagai ’demander ’…Kerana aku benar benar menyedari hakikat diriku yang turut dipenuhi pelbagai kelompangan,, Jadi, tidak mengapa andai dia bukan seperti yang aku perkatakan sebelum ini…tapi cukup sahaja jika dia mampu menunaikan hanya 1 permintaan ku ini…

bahawasanya ketahuilah,tiada apa yang ingin ku pinta darimu kecuali yang ini sahaja…

    Wahai pemimpinku..Bolehkah kau membantu aku untuk menjadi wanita solehah yang dicemburui bidadari di jannah??.. ;’(

Hanya itu pintaku yang satu….. bisakah??

Wallahualam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For jubah_hijauProfil   Hantar PM kepada jubah_hijau   Quote dan BalasQuote

leeya89
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.08.2008
Ahli No: 34493
Posting: 44
Dari: seremban

Johor  


posticon Posting pada: 31-03-10 15:22


saya sokong 2....saya pun belum mampu nak jadi seperti yang diatas...tapi...cukuplah mmliki seseorang yang membuat kita sempurna bila bersamenyer...amin ya rabb...

Bookmark and Share

    


  Member Information For leeya89Profil   Hantar PM kepada leeya89   Quote dan BalasQuote

i-shah03
Warga 1 Bintang
Menyertai: 14.02.2010
Ahli No: 39274
Posting: 34
Dari: Puchong

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-04-10 23:14


cukuplah dapat yang tahu akan agama, dan ikhlas hatinya.


-----------------
Nur kasih impian kasih
Hingga termakbul Impian Kasih
http://i-shah03.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For i-shah03Profil   Hantar PM kepada i-shah03   Pergi ke i-shah03's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.116283 saat. Lajunya....