Pada 20-03-10 02:48 , alamin313 posting:!!! QUOTE !!!
mari kongsi 5 top lagu nasyid yang anda orang paling suka dan nyatakan individu/kumpulan yang menyanyikan lagu tu...
dan berikan beberapa komen Kenapa kau orang minati lagu tu...
aku paling suka lagu
1.Layar keinsafan-MESTICA
2.Menanti Di Barzakh-FAREAST
3.Jalanku Pulang-UNIC
4.Lafaz Yang Tersimpan-UNIC
5.Setiap Kali-DEVOTEES
komen:
1.setakat ni lagu yang paling best bagi aku ialah Layar Keinsafan (Mestica).kalau dihayati betul-betul lirik lagu tu boleh membuat aku menangis ditambah pula dengan susunan muziknya....
2.untuk Menanti di Barzakh ada kekuatan sendiri...boleh beri keinsafan dalam diri.Bayangkan kawan aku yang tak minat nasyid tertarik dengan lagu ni..
3.Jalanku Pulang terdapat dalam album baru UNIC. Aku suka liriknya walaupun muziknya simple....
4.Lafaz yang Tersimpan antara lagu yang terbaik yang dihasilkan oleh UNIC. walaupun liriknya agak susah nak faham tapi banyak maksud yang tersirat di sebalik lirik Lafaz Yang Tersimpan..kasih dan sayang seorang ibu yang tak boleh dilafazkan oleh kata-kata..
5.Setiap kali pun antara lagu yang terbaik...
Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
LAYAR KEINSAFAN
MESTICA
-----------------
Travelog Satu Perjalanan (masih banyak yang perlu ku cari)