Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Dengan siapa anda bergaul, itulah ganmbaran masa depan anda
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 196
Ahli: 0
Jumlah: 196




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 21 jam, 22 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Memahami bayi...


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Memahami bayi...

Please Mendaftar To Post


Oleh Memahami bayi...

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 10-03-10 11:02


Assalamualaikum saya posting kat sini just nak berkongsi mengenai memahami bayi... kadang-kadang masih ramai ibu-ibu yang kurang faham dengan bayi masing-masing... apa kata kita berkongsi pengetahuan di sini tak kira dah kahwin atau pun tidak....

1. Ketika bayi anda baru berumur 3 bulan ke bawah... dia hanya mampu mengenali warna basic dan tidak mampu melihat warna campuran.... contoh warna yang mampu mereka lihat ialah merah, hitam, biru dan warna basic yang lain.

2. kaum iu tidak boleh makan benda yang boleh menyebabkan angin ketika menyusu anak... anak tu pun boleh kembung....

3. Kalau bayi cepat bercakap, maka lambatlah dia berjalan... kalau dia mula berjalan dulu... maka lambat bercakap... (hipotesis sain lah pulak)

4. Nak anak ada gigi yang cantik? makan buah epal hijau banyak-banyak... nanti anak bila besar gigi susu senang tanggal sendiri.

5. Bedung anak? ala... dah kolot... siapa cakap? anak Mesti dibedung... dia nak ke tak nak, bedung saja.... nanti effect nya boleh nampak bila dah besar.... (huhuhu pengkar)
Jom berkongsi macam-macam pengetahuan mengenai bayi... :-D


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2009
Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-03-10 11:11


tou aii ni dah ada anak ke???
thanks 4 sharing... :)


-----------------
http://semua-barangmurah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 10-03-10 11:15


Pada 10-03-10 11:11 , Alisha_Mardhiyah posting:

!!! QUOTE !!!

tou aii ni dah ada anak ke???
thanks 4 sharing... :)



hehehehe tak ada... kahwin pun belum... saya suka baca majalah mengenai kekeluargaan... so nak sharing sama-sama....


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

bezita
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.11.2009
Ahli No: 38270
Posting: 149
Dari: KL

maldives   avatar


posticon Posting pada: 10-03-10 11:16


tak lama lagi lah tu kan cik tou aii..tahniah ye dah belajar awal-awal..hehehhehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For bezitaProfil   Hantar PM kepada bezita   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2009
Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-03-10 11:25


Perkembangan bayi anda yang baru lahir

Tangan dan kaki masih melengkuk

Bayi anda yang baru lahir mungkin kelihatan "mengerekot" dengan tangan dan kakinya belum betul-betul lurus. Ini adalah normal, dan tangan dan kakinya akan melurus apabila dia bertambah selesa dengan keadaan di luar perut anda. Jika kakinya kelihatan melengkung bengkok, jangan bimbang. Ini adalah sebahagian proses meregang dan akan membetul dengan sendirinya apabila dia berusia lima atau enam bulan.

Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat mengangkat kepalanya untuk seketika apabila dia berbaring atas perutnya dan mungkin boleh memusingkan kepala dari sisi ke sisi. Pergerakan yang tersentak-sentak akan menjadi lebih lancar apabila sistem urat sarafnya menjadi lebih matang. Namun begitu, refleksnya yang masih primitif, seperti menghisap dan mengunyahkan tangannya, masih dominan.

Bayi baru lahir masih sedang mengubahsuaikan diri kepada dunia baru yang sangat berbeza daripada keadaan dalam rahim yang selesa hangat dan selamat, dan inilah sebabnya kebanyakan bayi amat gemarkan bedungan -- dibalut selamat dalam selimutnya.

Dikuasai oleh kelaparannya

Makanan adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan bayi baru lahir, dan tidur adalah yang kedua penting. Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu dua atau tiga jam sekali siang dan malam. Pola tidur bayi seperti itu juga. Kebanyakan bayi baru lahir tidur sejumlah 16 hingga 17 jam dalam masa 24 jam, tetapi ini meliputi jumlah tidur yang tidak panjang masanya sebanyak lebih kurang lapan kali. Menjelang akhir bulan, bayi anda akan dapat menunjukkan satu pola menyusu dan tidur yang agak tetap. Namun begitu, anda mungkin tidak mendapati sebarang pola yang tetap untuk beberapa bulan lagi.

Menangis bentuk komunikasi utama

Kini, bayi anda belum lagi menunjukkan sebarang personaliti -- atau apa yang kita boleh kenali sebagai personaliti. Tetapi dia giat mengekspresikan dirinya dengan cara yang paling diketahuinya: menangis. Dia menghabiskan masanya dengan melalui dan merentasi beberapa alam mengantuk, berjaga senyap dan berjaga aktif.

Sesudah melalui trauma kelahiran, dia sekarang sedang cuba menguruskan kebanjiran pelbagai rangsangan. Pada bulan ini bayi anda akan menjadi senyap dan tenang apabila anda bercakap dengannya dengan suara lembut dan apabila anda menegakkan badannya. Dia mungkin juga mengeluarkan bunyi "ah" apabila dia mendengar suara anda dan melihat muka anda. Kebanyakan bayi suka dipeluk, dibelai, dicium, diusap, diurut dan didukung. Sentuhan adalah cara penting bagi anda berkomunikasi dengan bayi anda.

Dia hanya melihat wajah anda

Penglihatan bayi anda masih kabur dan samar-samar. Muka anda adalah yang paling menarik baginya pada masa ini, selain dari objek yang berkontras. Inilah sebabnya mainan hitam dan putih, dan mainan gantungan dikenalkan. Sebenarnya, jangkauan penglihatan bayi baru lahir hanya dalam lebih kurang 12 inci/30 sentimeter. Dalam erti kata lain, bayi anda dapat melihat muka orang yang mendukungnya dengan jelas, tetapi tak boleh nampak lebih jauh dari itu. Kajian menunjukkan bahawa bayi lebih suka melihat muka orang daripada lain-lain pola atau warnaan. Oleh itu, letakkan muka anda berhampiran dengan dengan bayi anda supaya dia boleh mengkaji raut muka, hidung, mata dan mulut anda, dan bercakaplah dengannya.

Pembelajaran bermula dengan serta-merta

Anda mungkin memerhatikan ada masa tertentu di mana bayi anda yang baru lahir itu senyap dan berjaga. Ini adalah masa yang prima untuk pembelajaran. Gunakan masa-masa ini untuk bermain dan bercakap dengan bayi anda. Tetapi, jika anda cuba berinteraksi dengannya dan dia tidak begitu responsif, dia mungkin terlalu mengantuk atau telah berganjak masuk ke alam berjaga aktifnya.

Dari saat awal ini lagi, bayi telah boleh mengecam muka dan gerak isyarat secara intuitif -- dan ada kalanya dia mengajuk gerak-geri ini. Berilah bayi anda yang baru lahir peluang untuk meniru dan mencontohi ekspresi muka anda dengan meletakkan muka anda dekat dengan mukanya dan menjeler lidah atau meninggikan alis mata anda beberapa kali. Kemudian ulangi. Berikan dia sedikit masa untuk meniru ekspresi anda. Dia mungkin tidak memberi respon dengan serta merta, atau mungkin dia tidak berbuat apa-apa, tetapi, anda tak perlu ragu sebab dia pasti memerhatikan anda.

Bermain dengan bayi baru lahir anda

Mainan gantungan yang mempunyai pola berkontras tinggi dan buku-buku bergambar yang mempunyai lukisan berlakar terang akan menakjubkan bayi anda. Tapi, awasilah reaksi bayi anda terhadap rangsangan dan interaksi. Walaupun memang baik bagi anda membantu dia mempelajari tentang dunianya, setengah bayi hanya boleh menmanfaatkan interaksi untuk masa yang pendek sahaja, atau rangsangan terhadap satu deria sahaja pada sesuatu masa. Bayi anda akan menunjukkan yang dia dirangsang berlebihan dengan menguap, mengalih pandangannya, melengkuk badannya, memusing kepalanya, meragam atau menangis. Dia juga akan memberitahu anda apa yang disukainya, dan percayalah, anda akan memahami isyarat-isyaratnya dalam sedikit masa sahaja.

Bayi kagum akan refleksi mereka sendiri. Anda boleh menghiburkannya dengan meletakkan cermin bayi yang tidak boleh pecah di katilnya untuk dia bertatapan. Dia belum lagi dapat mengenali dirinya sendiri tetapi akan memerhatikan pergerakan dalam cermin pada masa-masa tertentu. Gim mainan yang dilengkapi dengan barang yang mampu menambat minat, barang yang boleh dipukul dan mengeluarkan bunyi membolehkan bayi anda melatih kemahiran mengkoordinasikan lengan, tangan dan jarinya -- dan dapat mengurangkan kebosanan berbaring. Pada bulan-bulan pertama, dia belum lagi boleh mengerakkan tangannya secara sedar untuk mencapai objek tertentu – pergerakan seperti ini datangnya kemudian, pada usia empat atau lima bulan.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian fizikalnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Semua di atas hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, kebanyakan bayi yang dilahir pramatang diberi dua kiraan usia oleh pakar pediatrik – usia mengikut kronologi (dikira dari tarikh lahir) dan usia yang diubahsuai (dikira dari tarikh dia dijangka lahir). Anda harus mengukur perkembangan bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usia kronologinya. Jangan bimbang, kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan bayi anda, sila bertanya dengan doktor anda.

Sumber: http://www.babycenter.com.my



-----------------
http://semua-barangmurah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 10-03-10 12:11


Errr.. Wawa jarang bedung Baby sebab Wawa tengok macam..dia susah saja nak bergerak. Memang lah dah besar nanti jalannya tak macam 'Super Model' tapi tu lah.. Wawa fikir, Bedung ni menghalang kebebasan baby untuk belajar menggerakkan tubuh badan dia.

Wawa fikir, jika kita dibedung, kita juga tak suka kan? Lenguh badan tu.. Biarlah ada senaman sikit.. Bagi rajin. :-D

PS : Ayah pada anak Wawa panggil Wawa 'Super Mama' baru-baru ni. Kelakar betul! Brutal agaknya Wawa ni .. ahaks..!


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

tou_aii
WARGA SETIA
Menyertai: 21.04.2007
Ahli No: 29677
Posting: 550
Dari: harajuku

japan   avatar


posticon Posting pada: 10-03-10 13:10


wah alisha.... bagus juga dari sumber yang anda dapat.....


-----------------
http://biarbetulblog.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For tou_aiiProfil   Hantar PM kepada tou_aii   Quote dan BalasQuote

Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 17.09.2009
Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 18-03-10 12:49


Perkembangan bayi anda pada usia 1 bulan

Bayi anda menegakkan kepalanya


Sekarang, otot leher bayi anda semakin kuat sehingga membolehkan dia menegakkan kepalanya untuk masa-masa yang singkat. Dia juga boleh mengangkatkan kepala untuk beberapa saat apabila meniarap atas perutnya dan mungkin boleh menoleh dari sisi ke sisi. Dia mungkin juga boleh menegakkan kepala semasa berada dalam kerusi bayi di dalam kereta atau semasa dibawa berjalan dengan alat pembawa bayi, pada bahagian hadapan maupun belakang. Dia boleh melakukan semua ini terutama sekali jika mendapat banyak galakan dari anda dan anda ada menyediakan tempat baginya merehatkan lehernya yang direka khas untuk membantunya bagi tujuan ini.

Meneroka tangan dan kaki

Semasa kelahiran, bayi anda tidak memahami yang lengan dan kakinya adalah sebahagian daripada tubuh badannya. Sekarang perubahan akan berlaku apabila bayi mula meneroka badannya. Bahagian yang mula dijumpainya ialah tangan dan kakinya. Anda boleh menggalakkan sifat ingin tahu bayi anda dengan mengangkatkan tangannya tinggi atas kepalanya dan menanyakan dia ‘Besar manakah bayi ini?’ atau dengan mengulangkan puisi berima dan membilang-bilang jari kakinya.

Belajar menenangkan diri

Bayi amat gemar menghisap. Mereka perlu menghisap. Sebenarnya, anda akan mendapati bahawa puting berkesan untuk membantu bayi menenangkan dirinya sendiri. Sekiranya tak ada puting, bayi mungkin mendapatkan ibu jari atau jari-jari lain untuk dihisap.

Lihat siapa yang bercakap pelat sekarang

Bayi anda yang berumur satu bulan mungkin sudah boleh membuat bunyi berdeguk, bunyi-bunyi manja, berdengus dan berlagu untuk melahirkan perasaannya. Pastikan anda juga membuat bunyi-bunyian manja dan berdeguk bersama-sama, sambil bercakap berhadapan dengannya. Setengah bayi juga sudah mula ketawa berdekah-dekah seawal ini. Walaupun anda sedang membuat kerja, dia tetap gembira mendengar suara anda dari seberang bilik. Dia akan merenong muka anda lebih lama sekarang.

Walaupun bayi anda sudah boleh mengecam muka anda dari usia beberapa hari lagi, pada penghujung bulan pertama ini dia mungkin akan dapat menunjukkan kebolehan ini. Sebanyak separuh daripada bayi pada usia ini mula menunjukkan kebolehan mengenali ibubapa mereka secara jelas: mereka menunjukkan reaksi yang berlainan kepada mak and ayah daripada orang yang tidak dikenali. Bayi anda akan berhenti menangis dan terus bertentang mata dengan anda; setengah bayi di usia ini sudah mula senyum apabila mereka melihat ibubapa mereka.

Bayi mendengar dan sukakan musik

Memandangkan bayi anda berjaga untuk masa yang lebih panjang di siang hari, anda boleh menggunakan masa-masa ini untuk merangsang perkembangan derianya. Cuba nyanyikan puisi berima atau mainkan musik untuknya. Bunyi loceng angin atau detikan jam juga akan menghiburkan bayi. Lebih bervariasi hidangan anda, lebih kaya akan impaknya. Dengan tidak disengajakan, anda akan memerhatikan anak anda menunjukkan keseronokan yang lebih terhadap satu seleksi berbanding yang lain sebaik sahaja dia memperoleh kemahiran untuk membezakan kegemarannya.

Mata boleh mengesan pergerakan objek sekarang

Apabila sudah pandai berfokus dengan kedua-dua belah mata, bayi anda sudah boleh mengikuti objek yang bergerak, iaitu satu perkara yang dia sudah melakukan untuk masa-masa yang singkat dari kelahiran lagi. Kelentong biasa yang digerakkan di depan mukanya akan selalu memegunkannya. Atau anda boleh bermain mata-ke-mata dengan menghampirinya dengan dekat dan mengerakkan kepala anda dari sisi ke sisi; selalunya pandangan matanya akan tetap tertumpu kepada mata anda.

Kedai penuh dengan mainan khusus untuk perkembangan bayi, namun begitu anda juga akan berjaya dengan hanya menggunakan objek harian yang terdapat di rumah. Lalukan keranjang berkilat atau senduk plastik yang berwarna terang dari sisi ke sisi di depannya. Kemudian lalukannya dari atas ke bawah. Ini harus menarik perhatian bayi anda, walaupun dia belum lagi boleh mengikuti pergerakan dari atas ke bawah dengan baik untuk tiga bulan lagi.

Adakah bayi saya berkembang secara normal?

Harus diingat bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai peringkat-peringkat pencapaian kognitifnya mengikut masa dan jadual mereka tersendiri. Ini semua hanya merupakan garis panduan am mengenai potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda -- jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.

Dan sekiranya bayi anda dilahirkan pramatang, anda mungkin mendapati bahawa dia memerlukan masa yang lebih lama untuk melakukan sesuatu yang telah dapat dilakukan oleh bayi sama usia dengannya. Sebab itu, anda harus mengukur bayi anda berdasarkan usia yang telah diubahsuai, bukan usianya mengikut kronologi. Jangan bimbang. Kebanyakan doktor menilai perkembangan bayi pramatang berpandukan tarikh dia sepatutnya dilahirkan dan menilai tahap pencapaian kemahirannya dari tarikh itu.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perkembangan bayi anda, sila bertanya dengan doktor anda.

Sumber: http://www.babycenter.com.my


-----------------
http://semua-barangmurah.blogspot.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For Alisha_MardhiyahProfil   Hantar PM kepada Alisha_Mardhiyah   Pergi ke Alisha_Mardhiyah's Website   Quote dan BalasQuote

miftahul_jannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2008
Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-03-10 13:32


salam alaiykh...syukran ukhti alisha..ilmu yang bermanfaat, walaupun belum berumahtangga.tapi seronok dengar pasal perkembangan bayi. tak sangka bayi perlu rangsangan dari ibu bapa untuk perkembangan mereka,betapa dalam lingkungan ini otak mereka da beroperasi dengan pantas..subhanallah...(^_^)


-----------------
^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^




Bookmark and Share

    


  Member Information For miftahul_jannahProfil   Hantar PM kepada miftahul_jannah   Quote dan BalasQuote

mujahadah85
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.12.2009
Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 19-03-10 00:12


Semua ini bakal2 ibu dan bapa yang cemerlang ini..ada harapan, hehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For mujahadah85Profil   Hantar PM kepada mujahadah85   Quote dan BalasQuote

azilla
Warga 3 Bintang
Menyertai: 20.04.2004
Ahli No: 8536
Posting: 112
Dari: selangor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-04-10 09:32


emm..bagus info ni,berguna untuk bakal2 ibu terutama sekali yang baru nak dapat anak pertama,emmm..;)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For azillaProfil   Hantar PM kepada azilla   Quote dan BalasQuote

SiNaRaBaDi
WARGA SETIA
Menyertai: 07.02.2010
Ahli No: 39229
Posting: 621

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-04-10 14:33


Pada 10-03-10 11:02 , tou_aii posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum saya posting kat sini just nak berkongsi mengenai memahami bayi... kadang-kadang masih ramai ibu-ibu yang kurang faham dengan bayi masing-masing... apa kata kita berkongsi pengetahuan di sini tak kira dah kahwin atau pun tidak....

1. Ketika bayi anda baru berumur 3 bulan ke bawah... dia hanya mampu mengenali warna basic dan tidak mampu melihat warna campuran.... contoh warna yang mampu mereka lihat ialah merah, hitam, biru dan warna basic yang lain.

2. kaum iu tidak boleh makan benda yang boleh menyebabkan angin ketika menyusu anak... anak tu pun boleh kembung....

3. Kalau bayi cepat bercakap, maka lambatlah dia berjalan... kalau dia mula berjalan dulu... maka lambat bercakap... (hipotesis sain lah pulak)

4. Nak anak ada gigi yang cantik? makan buah epal hijau banyak-banyak... nanti anak bila besar gigi susu senang tanggal sendiri.

5. Bedung anak? ala... dah kolot... siapa cakap? anak Mesti dibedung... dia nak ke tak nak, bedung saja.... nanti effect nya boleh nampak bila dah besar.... (huhuhu pengkar)
Jom berkongsi macam-macam pengetahuan mengenai bayi... :-D



Salam

nice info ni for my future, thanks.

Ukhti Alisha pun banyak bagi info... suka saja bila baca kisah dan apa-apa tentang bayi, happy tak tau nak cakap.

Syukran.:-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For SiNaRaBaDiProfil   Hantar PM kepada SiNaRaBaDi   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.139193 saat. Lajunya....