Oleh |
Luahan hati seorang guru... |
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 05-03-10 15:46
Rasanya memang aku yang tak pandai mengajar. Sejak 2003 mula bertugas sebagai seorang guru. Mood naik turun. Kadang seronok, kadang bosan... Tak salahkan murid. Sebab bila cikgu lain yang masuk. Murid2 semua diam. Berdisiplin dan baik-baik jadinya. Tapi bila aku... Ahh... Entahlah... Sampai bila harus begini. Mengisi masa dengan mengemaskini weblog. rakan-rakan sila lah berkunjung... Mungkin sedang dipantau... http://isa777.multiply.comGuru sebagai lilin. Ada yang kata, akhirnya binasa. Tak sesuai. Tukar guru adalah pelita, tetap menerangi, tapi still tak binasa, sumbu saja habis... Tapi minyak kering juga. Ada yang kata bagai matahari... Menyinar. Tapi Menurut ahli sains, matahari akan membesar dan akhirnya membinasakan bumi. Ada pula cadangkan guru adalah lampu suluh pula... Tapi baterinya nanti habis... Tak kisahlah apa pun. Yang penting menerangi... Itulah pengorbanan. Demi melihat anak bangsa terus berjaya dan menjadi insan yang berguna. Ku tetap doakan murid2ku kan berjaya dan mendapat kemenangan di dunia dan akhirat. Tapi aku????????????? Jangan lupa berkunjung ke weblog saya. http://isa777.multiply.comSatu lagi... Cantik tak signature saya... He he he... -----------------
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 05-03-10 20:15
adoi encik cikgu...ingatkan nak luah apebende lah..rupanya...................... anyway kejap lagi saya tengok weblog cikgu ek.. dan pada saya, saya mengibaratkan guru umpama buku teks..Kenapa? pasalnya... kat buku teks segala ilmu dipaparkan dan semuanya yang baik-baik...  (ceh..amendenyer lah aku ni merepek ye..) ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
sya_ryn
WARGA SETIA Menyertai: 25.09.2004 Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak
|
Posting pada: 05-03-10 21:37
Kenapa ni cikgu? hehe.,biasalah dalam perjuangan..ada masa turun naik segala usaha yang dilakukan..apa pun teruskan perjuangan.
|
minnie
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah
|
Posting pada: 05-03-10 21:55
salam cikgu..terasa juga bila cikgu cakap,bila cikgu lain masuk,murid diam..maksudnya bila saya masuk kelas,murid bising..mungkin situasi kita sama..saya pun masih lagi tercari-cari pendekatan terbaik..risau juga mungkin diri sendiri yang belum bersedia untuk mengajar..sama-sama lah kita perbanyakkan berdoa..insyaALLAH,ada penyelesaiannya.. ----------------- bersama meninggikan martabat ISLAM
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 05-03-10 22:07
saya pula macam ni... ada satu kelas tu...cikgu dia tak masuk lagi.. tetiber seorang cikgu tu lalu melintas nak ke kelas sebelah.. semua budak-budak kelas tu tetiba jadi kaku..snyap..beberapa ketike kemudian lalu pulak seorang cikgu lain yang baru saja keluar kelas sebelah nak ke kelas lain pula lalu depan kelas ni.. drpada snyap kejap tadi tetiba bidng balik...sipa panggil..cikgu...cikgu..masuk lah sini cikgu...ceh..tak makan saman betul..cikgu ptama tadi lalu pucat lesi..cikgu yang kedua ni pula lalu sukahati saja nak riuh rendah,.huhu... erm..fakta yang ada perlu anda tahu adalah...cikgu yang kedua tu adalah saya  ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 06-03-10 12:30
!!! QUOTE !!! Tak salahkan murid. Sebab bila cikgu lain yang masuk. Murid2 semua diam. Berdisiplin dan baik-baik jadinya. Tapi bila aku... Ahh... Entahlah... Sampai bila harus begini. biasanya cikgu baru selalu jadi begini..... sabar dan banyakkan doa.....berikan 'hati ' kepada mereka....mereka pasti akan berikan 'hati' mereka kepada anda nanti...InsyaAllah.. !!! QUOTE !!! Satu lagi... Cantik tak signature saya... He he he... jujur tu kadang-kadang....sakit.... tapi tetap baik... tak cantik lah .... besar gedabak ..... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
ika2410
WARGA SETIA Menyertai: 26.02.2004 Ahli No: 7572
Posting: 970
Dari: Perak
|
Posting pada: 06-03-10 22:06
assalamualaikum... biasalah tu... ana terpaksa buat muka serius supaya pelajar hormat... especially bila nak relief kelas.. kelas yang bukan kita ajar.. ana pun macam tu juga punya rasa yang sama.. yang penting sebelum tidur niatkan dalam hati.. moga esok lebih ceria dan lebih seronok bekerja.. insyaAllah. ----------------- 'mencari impian, menanti harapan, segunung kesungguhan, arah tujuan mardhatillah'
|
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 06-03-10 23:33
baru sangat pun tak lah... Dah 7 tahun. hehehe... -----------------
|
mujahadah85
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.12.2009 Ahli No: 38834
Posting: 149
Dari: shah alam
|
Posting pada: 06-03-10 23:54
ramai warga guru2 kat ukhwah upenyerr.... guru2 ini bagaikan google bagi saya... apa-apa yang ditanye ada jawapannyerr..even tak ada dalam syllabus pun.. maybe cikgu isa ini, kelakar orgnyer agaknya....hikhik..kalau student mesti xtakot lah dengan cikgu suka buat lawakk...bukan bererti tiada sifat hormat...tapi , student berasa selesa dan rapat dengan cikgu..saya pernah jadi student tu..hehe.. tak apa, golongan yang awal dipanggil malaikat untuk memasuki syurga, adalah golongan pendidik... =)
|
annamuslimah
Warga 3 Bintang Menyertai: 15.06.2003 Ahli No: 1423
Posting: 149
Dari: Kuantan
|
Posting pada: 07-03-10 09:11
ana pun seorang guru sejak tahun 2005...pernah ajar budak-budak tahun 1 hingga tahun 5...tahun 6 belum pernah ajar lagi cuma selalu masuk relief...sepanjang mengajar ni. ana dapat rasakan, budak-budak yang kecil-kecil ni yang senang nak bagi arahan...suruh senyap, bagi warning sekali terus senyap...tapi budak-budak yang dah besar ni, cakap kejap saja senyap...selepas itu buat balik...tapi ana ni nak kata garang sangat tak ada lah, nak kata lembut sangat pun bukan...sederhana supaya murid dapat belajar dengan selesa dan tidak tertekan belajar dengan ana
|
sakinah283
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.10.2006 Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi
|
Posting pada: 07-03-10 21:37
salam.... sabar ye cikgu-cikgi sekalian.... insyaAllah...jasamu dikenang.....huhu thanks cikgu semua.... ----------------- "The way to love anything is to realize that it might be lost"
|
limah
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.10.2009 Ahli No: 37835
Posting: 149
|
Posting pada: 08-03-10 08:06
 dan selamat pagi cikgu. Ialah mujahadah tak sangka ye ramai cikgu dan cikgi kat sini ya. anyway cikgu isa itulah asam garam kehidupan. kak limah bukan cikgu tapi pengalaman kak limah ialah bila dengan operator production bila kak limah turun tunggu kehadiran mereka kat depan pintu pagar fuhh!!! 5 minit pukul 8 dah berlari. hehehehe kak limah memang tegas waktu kerja. tapi kak limah tau dengan anak murid zaman sekarang tak boleh garang dan tegas macam dulu. silap kita yang kena kan. zaman sekarang kena banyak saiko...betul tak cikgu. cikgu kena cekal kan hati, kuatkan semangat..sebelum melangkah ketempat kerja pasang niat awal-awal untuk didik anak bangsa. insyallah mood mesti datang. doakan kak limah agar semua cikgu2 sihat sejahtera semoga dapat mengajar dengan tenang dan selesa.
|
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 08-03-10 17:19
Betul tu... Memang mencabar cabar cabar... Tapi ada yang seronoknya jugak lah. Sebab minat ambik video. kat sekolah memang banyak aktiviti. Dah jadi tugas tetap, ambik dan edit video serta upload seterusnya paparkan di weblog aktiviti sekolah. Seronok tengok mereka gelak2 sebab tengok muka mereka sendiri. Saya pula dapat lah jugak mengubati hati yang lara. He he he... Ni pautan weblog aktiviti sekolah saya. Selamat berkunjung... http://aktivitismkbbss.multiply.com-----------------
|
limah
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.10.2009 Ahli No: 37835
Posting: 149
|
Posting pada: 09-03-10 07:55
 cikgu. Selamat Pagi Cikgu (gaya upin dan ipin) cikgu isa mengajar pelajaran apa? boleh akak tau.
|
limah
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.10.2009 Ahli No: 37835
Posting: 149
|
Posting pada: 09-03-10 07:56
 dan selamat pagi cikgu. nak tanya sikit boleh? kat sekolah cikgu isa mengajar pelajaran apa?
|
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 09-03-10 08:11
Waalaikum salam dan selamat pagi... Saya mengajar tiga subjek yang senang-senang... pijak, PSK (Sivik) dan Moral... pijak tak lah mencabar sangat. budak-budak saja degil tak nak bawa dan pakai baju sukan... Sivik pulak budak-budak tak nak siapkan kerja rumah... Moral pulak, murid2 bising yang teramat sangat... Ada tak cadangan atau teknik2 bagi mengatasi masalah ini ye sahabat-sahabat sekalian??? Di hati kecil ini, sangat sayang kan murid2 semua... Nak mereka berjaya dan menjadi manusia yang berguna suatu masa nanti. Amin... -----------------
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 09-03-10 13:02
 Pendapat ana, Jiwa saudara mungkin tidak sesuai dengan bidang perguruan. Apa kata saudara mencuba untuk mencari pekerjaan yang sesuai untuk anda seperti bidang yang melibatkan teknologi maklumat. P/s Cantik signature saudara itu  -----------------
|
limah
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.10.2009 Ahli No: 37835
Posting: 149
|
Posting pada: 09-03-10 13:20
ooooo patutlah anak murid cikgu manja dan tak takut kat cikgu. sebab matapelajaran yang cikgu ajar tidak membolehkan berwajah serius. hehehehe jangan marah ya akak gurau saja. kasihan cikgu. betul kata awani mungkin jiwa cikgu bukan jiwa guru agaknya. tapi tak apa. perkara tu boleh dipupuk. apa kata cikgu rapat dengan anak murid ha janganlah anak murid perempuan saja. semualah maksud kak limah. cuba fahami mereka dah bagi mereka faham cikgu. sebab rasa2 kak limah lah anak-anak zaman sekarang tak macam dulu. marah dia paham. tapi penerangan tu boleh faham. apa kata...cikgu kumpulkan anak-anak murid cikgu ni pas tu buat satu sesi macam mana ya nak kata. susahkalau nak tulis. ala macam kesedaran diri macam tu. tapi tak boleh buat setahun sekali takut mereka cepat lupa. tapi kalau tak jalan juga maaflah cikgu. ini kak limah bagi cadangan dari org yang tak pandai. hehehe anyway selamat mengajar, kuatkan semangat dan tabahkan hati ya. cikgu mengajar sekolah mana ya.
|
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 09-03-10 13:45
Ada juga terfikir tentang kesesuaitan kerjaya tu. Minat dengan IT. Di sekolah pun ada subjek ICT. Untuk pelajar2 Tingkatan 1 dan 2. Ada dua makmal. Ada dua cikgu yang jaga. Mereka pakar2 IT. Ingat nak sambung pengajian. Dalam bidang Pendidikan IT. Masih lah jugak jadi pendidik. Tapi bidang yang diminati lah nanti. tengok cikgu IT berdua tu, macam seronok saja mengajar. Budak pun minat dan ternanti2 subjek tu. Tak tau lagi bila kan jadi nyata. sahabat-sahabat doakan bersama ye... Moga kita semua sukses dalam hidup... P/s : Signature tu menunjukkan PM Malaysia dah 6 org. Presiden Indonesia pun dah 6 org. Saya dalam rangka usaha untuk menjadi PM ke 7 merangkap Presiden ke 7. Dan menggabung Malaysia dan Indonesia menjadi sebuah Gagasan Nusantara yang diberi nama Gagasan Tanah Melayu dan Tanah Jawa. Sistem Khilafah kan ditegakkan. undang-undang Islam kan dilaksanakan. Piagam Gagasan akan dikuatkuasakan. Berpandukan Piagam Madinah semasa era pemerintahan Rasulullah dan para sahabat. Doakan tau... Moga Cita kan jadi nyata... Amin... Weblog kempen saya : http://isa777.multiply.com-----------------
|
lubaina
WARGA SETIA Menyertai: 15.02.2005 Ahli No: 14387
Posting: 1007
Dari: AntARa LanGit DaN bUMi...entahlah....
|
Posting pada: 09-03-10 14:17
masuk kelas sivik saja mesti tension... tatau na ajar bagaimana... student pun tak nak dengar sangat....bukan subjek penting... ----------------- hidup ini indah namun...keindahannya hilang dek kerakusan kita.....
|
limah
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.10.2009 Ahli No: 37835
Posting: 149
|
Posting pada: 09-03-10 14:20
ya lah cikgu...kak limah doakan semoga angan2 cikgu jadi kenyataan. tapi bila dah naik jadi PM ingat-ingat lah kak limah dan kawan-kawan kat ukhwah ni ya. tak dapat banyak sikit pun jadilah tolong kami. dapat jadi wakil rakyat ke adun ke buruk pu ketua kg.
|
isa777_musa
Warga 3 Bintang Menyertai: 12.04.2008 Ahli No: 33185
Posting: 129
Dari: Klang
|
Posting pada: 09-03-10 16:14
betul tu lubaina... Sebenarnya macam-macam boleh buat. Kalau bawa ke makmal ICT boleh juga buka website menarik pasal Sivik dan Kenegaraan. Saya ada jumpa satu website Panitia Sivik sekolah mana tah tak ingat. macam-macam ada dalam tu. Siap video2 sekali. Tapi kalau cikgu ICT kasi masuk lah... Kalau tak sebak lah jugak... Angan2 harap-harap jadi kenyataan... Nanti kalau dah jadi PM dan Presiden tu, kasitau tau nak jadi apa... Nanti kita usulkan kepada rakyat jelata, sama ada mereka sokong atau tak... Kalau tak sokong jadi ketua kampung, jadi menantu ketua kampung ok tak cik limah??? He he he... -----------------
|
limah
Warga 3 Bintang Menyertai: 26.10.2009 Ahli No: 37835
Posting: 149
|
Posting pada: 10-03-10 07:46
 dan selamat pagi cikgu dan rakan ukhwah. alamak cikgu jadi menantu tak boleh dah tapi jadi besan tu bolehlah. ikut suka cikgulah semoga impian jadi kenyataan ye.
|