Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bahkan orang yang ada penawar racun tak berani hendak minum racun
-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 254
Ahli: 0
Jumlah: 254




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Rahsia dan Misteri Makhluk Allah yang Ghaib
Topik: MENYINGKAP RAHSIA JIN DAN SYAITAN


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rahsia dan Misteri Makhluk Allah yang Ghaib
    »» MENYINGKAP RAHSIA JIN DAN SYAITAN

Please Mendaftar To Post


Oleh MENYINGKAP RAHSIA JIN DAN SYAITAN

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-02-10 11:40


RENUNGAN PERANAN JIN DAN SYAITAN

Menurut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.


Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau di gunakan untuk mencuri barangan orang. Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”

Termaktub dalam Al Quran bahawa makhluk ini wujud mengancam kehidupan manusia, Ancaman ini tertulis bahawa bapa mereka Azazil telah bersumpah di hadapan Allah s.w.t akan memusnahkan anak cucu Adam setelah terlaknat oleh Allah di sebabkan enggan sujud ( hormat ) kepada bapa manusia
( Adam )


Buktinya permusuhan itu kita saksikan di mana terlalu ramai yang sering di ganggu, beribu satu macam dan jenis yang boleh di kaitkan dengan makluk halus tandanya ia tidak dapat di kesan oleh perubatan moden sedangkan mereka sering mengadu kesakitan, ataupun perubatan moden dapat mengesan sesuatu ketumbuhan di dalam badan pesakit namun apabila di bedah doktor tidak mendapati apa-apa pun yang berlaku.

MAKNA JIN

Jin adalah satu nama jenis dan dalam bahasa Inggeris di sebut Ginie - perkataan tunggalnya " Jinny " yang bermaksud yang tersembunyi, yang tertutup atau yang gelap pekat.

ASAL KEJADIAN JIN.

Firman Allah.
وَخَلَقَ الجَانَّ مِن مَارِجٍ مِن نَارٍ
Dan di ciptakan jin dari nyalaan api
Ar Rahman 15

"Al-Maarij " المَارِِج
ِِBermaksud: Api yang sangat kuat dan sangat panas atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru.
Sesetengah pendapat: Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan (jin).

وَالجَانَّ خَلَقنَاهُ مِن قَبلُ مِن نَارِ السَمُومِ
Dan jin itu kami ciptakan sebelum Adam dari api yang sangat panas.
Al Hajar 27

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلاَّ تَسجُد إذ أَمَُرتُكَ قَالَ اَنَاخَيرٌ مِنهُ خَلَقتَنِى مِن نَارٍ وَخَلَقتَهُ مِن طِينٍَ
Allah bertanya . Apakah yang menghalang kamu dari sujud ( kepada Adam ) apabila aku menyuruh kamu, lalu iblis berkata. Aku lebih baik dari Adam, kau menjadikan aku dari api dan kau menjadikannya ( Adam ) dari tanah.
Al A'raf 12

KEWUJUDAN JIN BUKAN DONGENGAN

ذَلِكَ الكِتَابُ لاَ رَيبَ فِيهِ هُدَى لِلمُتَّقِينَِ. الذِينَ يُؤمِنُونَ بِالغَيبِ وَيُقِيمُونَ الصَلاة َوَمِمَّا رَذَقنَاهُم يُنفِقُون(البقرة2)
"Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.
Demikian itu wajib kepada setiap muslim beriman dengan perkara ghaib yang tidak boleh sama sekali rasa syak dan tidak mengiktiraf kewujudan perkara ghaib termasuk jin dan syaitan.

Dalil Al Quran.

Dan (ingatkanlah peristiwa) semasa Kami menghalakan satu rombongan jin datang kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar Al-Quran; setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah (setengahnya kepada yang lain): Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya! Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran Al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran. Al Ah qaf 29

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).Al An ‘am 130

Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! (Al Jin :1)

TIDAK DI LIHAT BUKAN BUKTI TIDAK WUJUD

Sifat kejadian makluk ini tidak dapat di lihat dengan mata kasar dan bukan bermakna ianya tidak ada, mari kita melihat satu contoh seperti aliran elektrik tidak kelihatan pada wayar namun apabila di sentuh ia akan memberikan reaksi, begitu juga dengan angin, udara, bau-bauan dan sebagainya.

CARA KELAHIRAN DAN PEMBIAKAN JIN.

Jin berbeza dengan manusia di mana, apabila di sentuh alat kelamin jin lelaki dengan alat kelamin jin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil perhubungan kelamin jin dan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin. Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula yang kembali beriman kepada Allah.

AGAMA.

Kebanyakkan Jin adalah kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.Islamnya jin seperti juga manusia biasa, islam mereka seperti islamnya manusia, ada yang berfahaman qadariah, syiah, ahli sunnah, ahli bidaah dan sebagainya,ada yang taat ada yang maksiat.Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.
Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.


RUPA BENTUK

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, ada pula yang cantik dan ada pula yang hodoh.Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.Jumlah Jin terlalu ramai sehingga menurut sesetengah pendapat bilangannya ialah jumlah semua manusia daripada Nabi Adam hingga ke hari kiamat di darab dengan haiwan-haiwan, di darab dengan batu-batu, di darab dengan pasir-pasir dan semua tumbuh-tumbuhan. Itu pun baru satu persepuluh daripada jumlah keseluruhan Jin.

WAKTU URUSAN JIN DAN SYAITAN

Sebab itulah orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap rumah mesti di tutup, supaya tidak dimasuki oleh Syaitan dan Iblis.
Sebagaimana sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
" Apabila kamu menghadapi malam atau kamu telah berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumahmu serta sebutlah nama Allah, padamkan lampu-lampu mu serta sebutlah nama Allah, ikatlah minuman mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ( ketika menutupnya ) "


MANUSIA BOLEH MELIHAT JIN.
Pada prinsipnya Jin tidak boleh di lihat, di sentuh dan di dengar oleh manusia dalam bentuk yang asal sebagaimana ianya diciptakan, kecuali dalam keadaan-keadaan tertentu.
1. Jin juga boleh di lihat oleh manusia dalam keadaan mengamalkan sihir, di sihir atau ketika meminum air sihir
2. Melalui kemahuan Jin itu sendiri untuk memperlihatkan dirinya
3. Manusia yang Khawas dan Khawasil-Khawas, nabi-nabi dan Rasul.
4. Di akhirat manusia mukmin yang ahli syurga boleh melihat Jin manakala Jin yang Khawas dan Khawasil-Khawas sahaja yang boleh melihat manusia.
Contoh dalam peperangan Badar, Iblis telah menampakkan dirinya seorang lelaki dari Bani Mudlij dan Syaitan pula dalam rupa Suraqah bin Malik yang datang membantu tentera musrikin memerangi tentera Islam. ( Iblis dan Syaitan adalah juga merupakan sebahagian daripada golongan Jin ).

ADAKAH BINATANG MAMPU MELIHAT JIN DAN SYAITAN?.

Rasulullah bersabda:
إِذَا سَمِعتُم نَهِيقُ الحِمَار فَتَعُوذُوا بِاللهِ مِنَ الشَّيطَانِ فَإنَّهَا رَأَت شَيطَانَا, وَإِذَا سَمِعتُم صِيَاحَ الدِيكَةِ فَسأَلُوا اللهَ مِن فَضلِهِ فَإِنَّهَا رَأَت مَلَكًا.
Apabila kamu mendengar suara nyaring keldai hendaklah kamu berlindung dengan Allah dari syaitan kerana ia melihat syaitan, apabila kamu mendengar suara kokokkan ayam maka berdoalah kepada Allah sesungguhnya ia melihat malaikat.

JENIS-JENIS JIN

Diriwayatkan dari sebuah hadis oleh Tha' labah .a berkata, bahawa rasulullah s.a.w bersabda

الجِنُّ ثَلاثَةُ أَصنَافٍ: فَصِنفٌ لَهُم أَجنِحَةٌ يَطِيرُونَ فِى الهَوَاءِ, وَصِنفٌ حَيَاتٌ وَكِلاَبٌ, وَصِنفٌ يَحِلُّونَ وَيَظعَنُونَ
Jin itu mempunyai 3 jenis:
-satu jenis mempunyai sayap yang berterbangan di udara,
-satu jenis yang berupa ular dan anjing,
-dan satu jenis yang berpindah randah.
Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam berbagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan sebagainya.

KUMPULAN JIN
Sama seperti manusia Jin juga terdiri dari pada berbagai jenis atau bangsa, antara yang terkenal ialah :-
1. Iblis: ketua, bapa dan pujaan kepada semua jenis Jin, Iblis dan Syaitan.
2. Asy-Syaitan: Syaitan-syaitan.
3. Al-Maraddah: Peragu-peragu ( pewas-was ).
4. Al-Afrit: Penipu-penipu.
5. Al-A’waan: ;Pelayan-pelayan.
6. Al-Tayyaaruun: Penerbang-penerbang.
7. Al-Ghawwaasuun: Penyelam-penyelam.
8. At-Tawaabi Pengikut-pengikut ( pengekor ).
9. Al-Qurana: Pengawan-pengawan.
10. Al-Ummaar: Pemakmur.

GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG MELAYU.
Antara Jin-Jin yang popular di kalangan orang-orang Melayu ialah :-
Hantu Raya, Hantu Pontianak, Hantu Polong, Hantu Toyol, Hantu Langsuir, Hantu Penanggal, Hantu Pelesit, Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu Kubur, Hantu Pari, Hantu Punjut, Hantu Jerangkung, Hantu Laut, Hantu Bawah Tangga, Hantu Galah, Jin Tanah, Hantu Kum-Kum,Hantu Bungkus, Hantu Pocong, Hantu mati di bunuh, Hantu Bidai, Hantu pari-pari, Hantu Kopek ( Tetek ), Harimau Jadian, Jembalang Tanah, Hantu Tengelong.

KERAJAAN-KERAJAAN JIN.

Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri. Antara Raja Jin alam bawah yang kafir seperti Mazhab, Marrah, Ahmar, Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit (Jin yang paling jahat) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan ShughalRaja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail, Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama Thothamghi Yam Ya Li. Manakala Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang bergelar Qutbul Jalalah


KETUA BALA TENTERA
Antaranya:
1. Thubar- Merasuk manusia yang di timpa musibah.
2. Daasim- Menceraikan ikatan silatulrahim, rumah tangga, keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-‘Awar- Merasuk manusia agar tidak berakhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi dan sebagainya
4. Zalanbuur-Menghidupkan api permusuhan dan pembunuhan.


ANTARA JIN, IFRIT DAN SYAITAN SERTA IBLIS.
Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan ghaib. Pengetahuan mereka amat luas dan sangat panjang usianya. Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah. Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka,pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :

" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."


Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abiddan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliauyang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir kemudian di namakan Iblis.Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan/hasutan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu:

Melalui Kejahatan السوء : iaitu suka melakukan dan maksiat zahir dan batin.
Kekejian الفحشاء : suka melakukan kejahatan yang melampau.contohnya berzina di bulan ramadan.
Melalui pembohongan dan cuba menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan niat.


TEMPAT TINGGAL JIN
Antaranya:
Mengutamakan tempat yang sunyi jauh dari manusia.
Tempat yang gelap seperti lubang kecil, gua dan lain-lain.
Mengutamakan tempat kotor seperti tandas dan tempat sampah.
Tinggal di air dan di atas batu.
Tinggal bersama-sama manusia.
Menurut hadis yang di riwayatkan An nasa’ bahawa nabi s.a.w bersabda “jangan kencing di atas batu, lalu sahabat bertanya kepada Qatadah, Qatadah menjawab, nabi bersabda ianya adalah tempat tinggal jin”.
Jin kafir juga mengutamakan tempat-tempat yang kotor berlainan jin islam yang mengutamakan tempat yang bersih dan baik sepertimana manusia juga.

ADAKAH JIN MAKAN DAN MINUM?.
Hadis yang sohih menceritakan bahawa mereka makan dan minum.
Antaranya:
Tulang.
Saki baki makanan manusia.

ADAKAH JIN MUKALLAF?
Firman Allah taala :
Yang bermaksud :Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu) dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu) dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (Bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari(apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu)

HUKUM MEMINTA PERTOLONGAN DARIPADA JIN.

Ayat al Quran jelas menyatakan bahawa hukumnya adalah haram dan berdosa,
Firman Allah taala:
وَإِنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِن الإِنسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِن الجِّنِ فَزَادُوهُم رَهَقًا

“Terdapat beberapa orang lelaki dari kalanngan manusia meminta pertolongan daripada jin, maka jin-jin tersebut menambah bagi mereka dosa dan kesesatan”.
(Al jin: 6)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Firdaus15
WARGA SETIA
Menyertai: 26.12.2003
Ahli No: 5978
Posting: 805
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 26-02-10 14:24


pendedahan yang menarik... jin & syaitan ni 2 makhluk yang berbeza ke atauoun syaitan ini sejenis jin

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus15Profil   Hantar PM kepada Firdaus15   Pergi ke Firdaus15's Website   Quote dan BalasQuote

sakinah283
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.10.2006
Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-02-10 06:49


alhamdulillah....article yang menarik...minta izin ye, saya nak copy & paste....saja nak buat simpanan sendiri....


-----------------
"The way to love anything is to realize that it might be lost"


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinah283Profil   Hantar PM kepada sakinah283   Pergi ke sakinah283's Website   Quote dan BalasQuote

risya_liyana
Warga 2 Bintang
Menyertai: 31.12.2005
Ahli No: 21575
Posting: 52
Dari: utara

malaysia  


posticon Posting pada: 27-02-10 22:05


syukran jazilan..artikel yang menarik, sebelum ni saya pernah juga baca tentang biodata jin dan syaitan, tapi sikit saja maklumat, banyak perkara baru yang saya dapat dalam artikel ni..nak mintk izin copy & paste..nak buat simpanan & bagi kongsi dengan kawan boleh??

Bookmark and Share

    


  Member Information For risya_liyanaProfil   Hantar PM kepada risya_liyana   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.084572 saat. Lajunya....