Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
More care, less hate
-- Dari Filem Reading Room

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 149
Ahli: 0
Jumlah: 149




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: APAKAH ITU BAHAGIA?


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» APAKAH ITU BAHAGIA?

Please Mendaftar To Post


Oleh APAKAH ITU BAHAGIA?

amir_azrin
Warga Rasmi
Menyertai: 15.01.2010
Ahli No: 39071
Posting: 3
Dari: japan

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-10 18:42


Assalamualaikum


APAKAH ITU BAHAGIA?

Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, maka sudah tentu dia tidak siuman lagi kerana bahagia itu merupakan fitrah semula jadi setiap manusia. Tidak ada manusia yang tidak inginkannya. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.

•Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu.

Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya.
Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.

•Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)?

Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka.

Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?

•Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah:
“Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar. Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali.

John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya. Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.

•Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang.

Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.

•Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak!

Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu? Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.

Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.

•Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi. Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur.

Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya. Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang.

Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.

•Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran. Firman Allah:
“Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al ra’du 28.

Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda:
” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)

Rasulullah S.A.W bersabda lagi:
” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada.

Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot


-----------------
pengemis cinta ilahi
pemburu syahid abadi


Bookmark and Share

    


  Member Information For amir_azrinProfil   Hantar PM kepada amir_azrin   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 28-01-10 06:31


Bab kata sahabat kesayangan Wawa, Bahagia tika memaafkan .. :-)seperti yang di copy paste dari blog dia...

"Hikmah kemaafan Zahrana"

Lama saya termenung didepan laptop. Bukan kekeringan idea, tapi saya tidak dapat membuat keputusan tentang bagaimana harus saya coretkan cerita yang satu ini. Wajarkah kegalauan hati ini saya kongsi dilayar lebar…mungkin ada insan diluar sana yang dapat memberi saranan, permasalahan yang sama pernah saya bawa ke pengetahuan murabbiyah, namun intinya masih belum dapat saya rungkaikan. Namun untuk bercerita terus pastilah saya malu, sesuai dengan fitrah wanita yang seharusnya memang begitu. Mungkin lebih mudah kalau saya sampaikan dalam bentuk cerpen. Dalam hati saya yakin pembaca pasti mengerti isi hati saya. Perlahan-lahan saya hanyut lagi dalam dimensi frasa dan hikayat modern.


-------------------------------- PROLOG -----------------------------

Bagi Zahrana, kemaafan adalah kata yang indah namun sukar diterjemah. Kata kemaafan itu terus berlegar-legar dalam benak dan fikirannya demi menuntut sebuah pengertian. Saban hari hidup Zahrana seumpama perjalanan penuh kebingungan yang tiada sudahnya. Dimana konflik ini bermula? Kata orang masa pengubat segalanya. Masakan dua tahun tidak cukup untuk Zahrana memaafkan seorang pesalah? Ataukah pesalah itu seorang pendosa yang pernah berdosa terhadap dirinya tapi tidak pernah mahu meminta maaf atas dosanya? Kadang-kala dia terfikir, pentingkah bagi seorang hamba bernama Zahrana untuk memberikan kemaafan? Bukankah Allah itu Al-‘Afuww maka kemaafanNya saja sudah cukup? Isunya disini bukan terletak pada sebuah keengganan untuk memaafkan, tapi Zahrana sudah tidak tahu bagaimana lagi cara untuk dirinya memberikan kemaafkan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

“Tolong buat istikharah…lagi sekali…” terputus-putus suara lelaki itu dihujung talian.

Zahrana terpana tanpa kata, yang mampu dia lakukan hanyalah terperosok dibawah meja dengan deraian air mata yang tiada surutnya. Hatinya luluh mendengarkan permintaan itu. Keluarganya telah diberitahu tentang urusan peminangan, tapi kini bagaimana mahu diterangkan pada keluarganya tentang situasi yang sedang melanda. Padahal penerimaan terhadap lamaran adalah tanda pertunangan yang sah disisi islam, dan Zahrana sudah menerima lamaran itu sebagai janji. Zahrana enggan mengalah. Tiba-tiba dia teringatkan seorang perempuan yang sering disebut-sebut lelaki itu. Zinnirah, perempuan yang baru dikenali lewat kunjungan di kedai buku. Zahrana nekad, firasatnya merasakan sesuatu yang tidak enak.

‘Salam ukhti, jika ada seorang lelaki menghubungi ukhti dengan niat melamar, ketahuilah bahawa dirinya sudah melamar saya terlebih dahulu dan pihak keluarga sudah mengetahuinya.’ Message sent.

Ayat yang dihantar hanya berpandukan kata hati dan emosi semata-mata, seolah-olah sinar harapan sudah sirna dari hidupnya. Diluar jangkaan subuh itu Zahrana beroleh balasan dari pesan yang dihantar, meminta untuk bertemu seberapa segera. Atas dasar keterdesakan dia akur dengan permintaan itu dan paginya Zahrana pergi hanya dengan berjalan kaki. Menapak dengan tekad yang kuat untuk menyelamatkan situasi tanpa dia sedari apa yang Tuhan telah simpankan untuk dirinya. Hatinya sudah dibutakan dengan segunung harapan untuk lelaki yang belum miliknya. Pada lelaki itu segala cinta Zahrana tumpahkan.

Zahrana dan Zinnirah, jasad dua wanita yang ditemukan angkara kecelaruan Si Adam yang tidak kenal diri. Dibawah pondok kawasan penginapan dua wanita itu berbicara hati ke hati, berkongsi duka dan airmata, menyinsingkan gerhana permasalahan yang hadir tanpa undangan dalam hidup mereka. Pecahlah pekung yang selama ini disimpan kemas oleh seorang lelaki. Jika Allah berkehendakkan, maka akan dilindungi keaiban seorang hamba, dan jika dia mengkehendaki, akan dibongkarkan keaiban seorang hamba sehingga hamba itu tidak akan ada ruang lagi untuk berjalan diatas bumiNya. Rupanya si lelaki hanya mahukan pernikahan atas desakan fitrah kejadian dan ketertarikan. Wanita bagi lelaki itu hanya trofi yang membanggakan kalau dapat dimenangi. Pada mata kasar Zahrana, Zinnirah sememangnya wanita yang jauh lebih sempurna akhlak dan agama berbanding dirinya, dari sudut itu sahaja dia sudah kalah. Justeru wanita sebaik ini tidak pantas untuk lelaki serendah itu, bisik hati kecilnya. Resolusi dari pertemuan itu ialah, sama ada Zahrana mahupun Zinirah tidak akan menikahi lelaki bermasalah itu.

Namun hikayat walang Zahrana tidak tamat sampai disitu. Tidak sampai sebulan selepas itu, Zahrana mendapat perkhabaran dari Zinnirah bahawa si lelaki akan menikah dengan wanita lain. Luka itu masih bernanah rupanya. Ujian Allah dirasakan sangat kejam menindas hatinya. Tidak sempat sisa cinta dibuang dari relung jiwa, datang pula kabar lain yang mencabar ketabahannya. Dan kali ini penderitaan itu sangat jelas memamah jasad Zahrana. Lelaki itu hilang tanpa sebarang berita, jauh sekali memohon maaf atas keterlanjuran perbuatannya.

-------------------------------- EPILOG ------------------------------

Dua tahun sudah peristiwa itu berlalu. Jasadnya sudah sembuh, begitu juga luka hatinya. Zinnirah kini sahabatnya dunia akhirat. Maha Suci Allah, perkahwinan lelaki itu hanya bertahan tak sampai tiga bulan. Lelaki itu sendiri sudah menggelarkan dirinya menjadi pencinta jesus, Allah telah menyelamatkan akidah seorang Zahrana. Perhatian Zahrana tertumpah pada sebuah buku yang tak berusik diatas beg seorang akhawat. Diminta izin pada tuan punya untuk melihat-lihat buku itu, ‘Hati Sebening Mata Air- Amr Khalid’. Setelah puas membelek, akhirnya buku itu hanya dipandang sepi.

“Aduhai Hati, mengapa kau tidak sebening mata air…”

Hati Zahrana tidak sebening mata air yang hening, suci lagi menyucikan. Dia merasakan hatinya terlalu sarat dengan kekotoran. Terlalu kontra dengan frasa pada kulit buku itu. Walau dibasuh dengan air telaga Kautsar sekalipun, tetap masih ada noda yang terpalit, noda kemaafan yang tidak mampu Zahrana hulurkan. Sudah habis dikerah segenap keikhlasan dalam hatinya. Untuk seketika Zahrana yakin dia sudah berjaya memaafkan pesalah itu, namun ketika hanya nama sang pesalah menusuk lohong telinganya, darahnya mula berderau semula. Mujur saja sang pesalah tidak muncul didepan mata, kalau tidak mahu saja dibunuhnya!

Sudah penat dia mengasuh hati. Zahrana kepinginkan hati yang tenang. Episode itu dilupus dari kitab hidup, begitu juga halnya tentang kenangan…sudah dipinggir jauh-jauh, diambilnya Al-Quran dan Hadith untuk renungan, namun ternyata parutnya masih terbekas didasar nurani Zahrana yang paling dalam. Kini persepsi Zahrana tentang lelaki sudah berpusing 360 darjah. Pada Zahrana siapa yang berkenan dihatinya sudah tidak penting lagi, segala tentang jodoh diserahkan bulat-bulat pada Allah untuk memilih siapakah gerangan suaminya, dan menunggu petunjuk bila tiba waktunya. Saban waktu seusai ibadah wajib Zahrana memohon agar dihadirkan ketenangan dalam hidupnya, tatkala amarah itu bertandang, yang mampu Zahrana lakukan hanyalah menzahirkan istighfar dihujung lidah yang basah. Zahrana tahu, marah itu api yang ditiupkan oleh syaitan. Kebuntuan ini sememangnya hanya untuk Tuhan leraikan, namun dimana harus Zahrana cari perantaranya, penyebab kepada leraian….dan mencari hikmah dibalik sebuah kemaafan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Saya kembali ke dunia nyata. Saya tekan keypad laptop lambat-lambat, menghabiskan ayat penghabisan. Inilah percubaan paling tidak waras yang pernah saya lakukan semata-mata untuk mencari secebis nasihat. Telah lama saya peram entry yang satu ini. Ini bukan canangan dari hal peribadi, ini adalah warkah hati seorang muslimah yang mendesak untuk hatinya dibersihkan, ‘desperate attemp’… Dalam sedar saya masih menimbang-nimbang wajarkah cerpen yang tidak sepertinya ini disiarkan dalam laman sesawang…akhirnya


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.114247 saat. Lajunya....