Oleh |
WaRGa UkhWaH, JoM KiTa BeRTaUBaT. |
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 25-01-10 10:21
TAUBAT bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan syarat2 tertentu. Dengan sifat Allah yang Maha Pengampun dan MAha Penyayang, kita sebagai hamba diberi peluang untuk bertaubat setelah melakukan dosa. Firman Allah swt yang bermaksud: “dan mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani”. (surah Muzammil:20) Syarat2 taubat: 1.Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan 2. Menyesal atas segala dosa yang telah dilakukan 3. Bercita-cita tidak mengulanginya lagi 4. Mengembalikan hak-hak makhluk yang telah dizalimi 5. Mengerjakan perakra-perkara fardhu yang telah ditinggalkan selama melakukan dosa Sudah fitrah manusia yang dijadikan Oleh Allah ke dunia ini tiada yang sempurna sepenuhnya. Kita pasti akan melakukan dosa dan ada kesilapan sama ada secara sedar atau tidak. Hanya para Nabi dan Rasul sahaja yang bersifat ma’sum atau terpelihara dari melakukan dosa. HIKMAH TAUBAT : 1. Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa 2. Mendekatkan diri dengan Allah swt 3. Membenteras tipu daya syaitan selama ini 4. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah swt dalam kehidupan di dunia dan akhirat 5. Hubungan baik sesama manusia dapat dikekalkan 6. Membersihkan kekotoran hati DOA MEMOHON TAUBAT: ” Ya Allah , janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau memberi Pertunjuk dan berikanlah rahmat kepada sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau yang Maha banyak memberi pemberian. ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 25-01-10 11:31
ye segeralah bertaubat. sementara nyawa masih ada... ** ...lain macam saja signature di bawah tu.... macam menuju kepada aku saja tu...hahahhahahha ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 25-01-10 12:20
Pada 25-01-10 11:31 , rdwira posting:!!! QUOTE !!! ye segeralah bertaubat. sementara nyawa masih ada...
** ...lain macam saja signature di bawah tu.... macam menuju kepada aku saja tu...hahahhahahha
wakaka.. signature ni eh? "Kadangkala gersang di jiwa, tertekan dengan isu propaganda, Ada yang mengaku 'Wira', tapi sebenarnya 'GiLa'~~copy paste the signature sebab it's gonna last just few days or maybe just maybe few hours before it change into another song lyrics~~ kasihan abam wira ku... siapa yang cipta baris kata tu ek? kalau yusri, norman dengan edry yang cipta..agak-agak mereka kata kat u ke? wakakaka... tapi memang betul pun isi kandungan lirik tu... ramai saja di dunia ini (tidak dituju kepada sesiapa, harap yang makan cili pedas sendiri2 saja lah ye.. jangan menyalak2 seterusnya menampakkan andalah tokei cili tersebut...hahaha) yang mengaku macam bagus..(walaupun ada yang memang bagus), macam hebat..dan macam habis alim dah.. bagi fatwa, ceramah, nasihat itu ini "walaupun cuma copy paste" tapi sebenarnya dia lah kepala penipu, pengklentong, dan pemfitnah .... sadis kan? oh , semuanya.. termasuk tokei cili tersebut dan diri sendiri.. marilah kita bertaubat ya? ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 25-01-10 17:18
Kak Eni, ampun maaf Kak.. Wawa tukar sekarang.. Ampun.. ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 25-01-10 19:29
hahaa... org gurau saja ma.. tukau jadi britney pulak eh? ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
ikhwan_islam
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.02.2009 Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi
|
Posting pada: 26-01-10 00:08
Pada 25-01-10 10:21 , SNMA posting:!!! QUOTE !!! TAUBAT bermaksud kembali daripada keburukan kepada kebaikan dengan syarat2 tertentu.
Dengan sifat Allah yang Maha Pengampun dan MAha Penyayang, kita sebagai hamba diberi peluang untuk bertaubat setelah melakukan dosa.
Firman Allah swt yang bermaksud: “dan mohonlah kepada Allah, sesungguhnya Ia Maha Pengampun Lagi Maha Mengasihani”. (surah Muzammil:20)
Syarat2 taubat:
1.Meninggalkan maksiat atau perkara dosa yang dilakukan
2. Menyesal atas segala dosa yang telah dilakukan
3. Bercita-cita tidak mengulanginya lagi
4. Mengembalikan hak-hak makhluk yang telah dizalimi
5. Mengerjakan perakra-perkara fardhu yang telah ditinggalkan selama melakukan dosa
Sudah fitrah manusia yang dijadikan Oleh Allah ke dunia ini tiada yang sempurna sepenuhnya. Kita pasti akan melakukan dosa dan ada kesilapan sama ada secara sedar atau tidak. Hanya para Nabi dan Rasul sahaja yang bersifat ma’sum atau terpelihara dari melakukan dosa.
HIKMAH TAUBAT :
1. Menenangkan jiwa yang resah kerana dosa
2. Mendekatkan diri dengan Allah swt
3. Membenteras tipu daya syaitan selama ini
4. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah swt dalam kehidupan di dunia dan akhirat
5. Hubungan baik sesama manusia dapat dikekalkan
6. Membersihkan kekotoran hati
DOA MEMOHON TAUBAT: ” Ya Allah , janganlah Engkau sesatkan kami setelah Engkau memberi Pertunjuk dan berikanlah rahmat kepada sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau yang Maha banyak memberi pemberian.
ya, - "kaburokmattan indallah, antuquulu ma lah taf'alun" -"أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلاَ تَعْقِلُونَ (2:44Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 26-01-10 06:15
Perlu ke org yang bertaubat bagitahu pada seluruh alam "Wei, anda semua.., aku dah bertaubat ni...". Wawa fikir 2 urusan ALLAH SWT, Hubungan kita dengan ALLAH SWT rasanya tak perlu nak diheboh2kan pada manusia. Bimbang timbul bisikan syaitan dan jadi Riak, lastly sia-sia saja amalan kita. Na'uzubillah.. Wawa amat2 jahil tentang agama, Wawa tak berani nak cakap lebih-lebih, Wawa ulang lagi sekali, Wawa bukan budak baik, Wawa bodoh/jahil agama. Tapi Wawa percaya, setiap org pasti ada naluri yang ingin menjurus mereka ke arah kebaikan. Ampun maaf dipinta, minta halal makan minum ye.. ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
silent_reader
Warga Rasmi Menyertai: 25.01.2010 Ahli No: 39139
Posting: 10
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 26-01-10 13:07
jom kita sama-sama insafkan diri nak... dah banyak dah peringatan dr Allah yang kita buat derk saja selama ni.. persoalan: perlu ke bagitahu semua org yang kita dah brtaubat..hehe, tak perlulah..tapi rasanya elok kalau kita bertaubat then ajak org lain sm2 brtaubat...kan?..
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 26-01-10 20:45
Wawa teringinlah .. kita buat program Qiamullail.. Mengaji ramai-ramai..tapi 2 lah, Wawa nak bawa anak-anak ke Program impian 2.. Hm.. mudah-mudahan diberi kesempatan, dan adalah yang sudi jagakan anak-anak Wawa semasa Wawa tumpukan pada belajar Agama.. Rugi sangat tak manfaatkan usia remaja untuk belajar Agama.. dah tua2 ni barulah sibuk nak cari ilmu .. Aduhai ... ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
pausputih
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.09.2009 Ahli No: 37466
Posting: 63
|
Posting pada: 27-01-10 02:23
Bagi yang melalui pasti dapat menggambarkan, Bagi yang menggambar pasti dapat merenungkan, Bagi yang merenung pasti dapat memikirkan, Dan bagi yang memikir pasti dapat menilaikan.... Namun Allah jualah Hakim di atas segalanya... ----------------- Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik....
|
ikhwan_islam
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.02.2009 Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi
|
Posting pada: 27-01-10 06:26
Pada 26-01-10 20:45 , SNMA posting:!!! QUOTE !!! Wawa teringinlah .. kita buat program Qiamullail.. Mengaji ramai-ramai..tapi 2 lah, Wawa nak bawa anak-anak ke Program impian 2.. Hm.. mudah-mudahan diberi kesempatan, dan adalah yang sudi jagakan anak-anak Wawa semasa Wawa tumpukan pada belajar Agama..
Rugi sangat tak manfaatkan usia remaja untuk belajar Agama.. dah tua2 ni barulah sibuk nak cari ilmu .. Aduhai ...
kenapa pula nak beramai-ramai?qiaumullail tu afdolnya sendiri2. solat sunnah ramai-ramai tu lagi besar riya'nya. atau sekadar nak tunjuk2 saja.
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 27-01-10 10:12
Nak beramai2 sebab nak kongsi ilmu lah.. Tak terlintas langsung d hati ni nak menunjuk-nunjuk, lagi pula Wawa ni bodoh ilmu agama. Apa yang Wawa ada untuk menunjuk-nunjuk? Kebodohan? Kejahilan? ikhwan_islam, kalau nak menunjuk-nunjuk, better Wawa solat Tahajjud dan posting kan kat Youtube saja.. Lagi glamour..! kan? ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
silent_reader
Warga Rasmi Menyertai: 25.01.2010 Ahli No: 39139
Posting: 10
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 27-01-10 10:28
ish..akak...jangan melenting... biar apa org nak cakap... bukan ke akak sekarang tengah buka topik yang baik-baik.. so kalau melenting begini..macam tak kena saja..iya tak? ajak org bertaubat..kita kenalah kuat dulu... dr hati..biarlah sampai ke hati... kalau sekadar di mulut sahaja..sampai bila-bila pun takkan sampai maksd kita nak bawa org sama-sama ke arah kebaikan.. hehe..beringat untuk diri sendiri jugak..^_^
|
sadiqah
Menyertai: 14.04.2005 Ahli No: 15800
Posting: 684
Dari: Tawau_KL_tawau_pjaya
|
Posting pada: 27-01-10 15:48
Pada 27-01-10 02:23 , pausputih posting:!!! QUOTE !!! Bagi yang melalui pasti dapat menggambarkan, Bagi yang menggambar pasti dapat merenungkan, Bagi yang merenung pasti dapat memikirkan, Dan bagi yang memikir pasti dapat menilaikan....
Namun Allah jualah Hakim di atas segalanya...
.. Pernah menerima mesej sebegini dari seorang sahabat. Erm, memang terkesan sungguh dihati dengan kata-kata ini. ----------------- hIdUP mEsTi TeRuS..
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 27-01-10 16:01
Ayoyo..ngaak lah.. guwe nggak marah2 lho.. Cakap dalam hati saja.. Wawa tak marahlah, betul apa yang ikhwan_islam cakap tu.. Bila baca, baru Wawa perasan yang keinginan Wawa 2 salah.. thank you ikhwan_islam, thank you Silence_reader .. ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
pausputih
Warga 2 Bintang Menyertai: 09.09.2009 Ahli No: 37466
Posting: 63
|
Posting pada: 28-01-10 02:47
Pada 27-01-10 15:48 , sadiqah posting:!!! QUOTE !!! Pada 27-01-10 02:23 , pausputih posting:!!! QUOTE !!! Bagi yang melalui pasti dapat menggambarkan, Bagi yang menggambar pasti dapat merenungkan, Bagi yang merenung pasti dapat memikirkan, Dan bagi yang memikir pasti dapat menilaikan....
Namun Allah jualah Hakim di atas segalanya...
..
Pernah menerima mesej sebegini dari seorang sahabat. Erm, memang terkesan sungguh dihati dengan kata-kata ini.
jangan cerita dengan ore or kecek kekuat sangat deh perihal insan/sahabat tu....hehe anyway dah tahu,dah kenal,dah ingat tu sesamalah kita kongsikan apa yang mampu membuka,mengasah,mematangkan lagi akal dan minda kita dalam meningkatkan kefahaman,pengalaman dan pengertian... ----------------- Sesungguhnya yang baik itu belum tentu benar,namun sesungguh-sungguhnya yang benar itu sememangnya baik....
|