Oleh |
Ya ALLAH, Mungkinkah dia jodoh aku?? |
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 23-01-10 08:28
Tertanya-tanya siapakah pasangan atau jodoh anda? Sudah sekian lama anda berkawan dengan seseorang, malah hubungan anda dengannya dirasakan sangat rapat. Namun, anda tidak pasti adakah dia benar-benar JODOH anda? Atau dia sekadar ‘teman tapi mesra’? Berikut ini saya kongsikan bagaimana mungkin anda mengenal jodoh anda yang sebenarnya. 1. Dia seorang yang menarik perhatian anda. Kali pertama anda berjumpa dengannya, memang anda telah terasa begitu tertarik dengan dirinya, samaada fizikal luarannya, sikapnya, perangainya atau tingkahlakunya. Pendek kata, dia sentiasa membayangi hidup anda. Anda berasa begitu serasi dengannya. Anda dan dia mempunyai chemistry. 2. Anda berasa bahagia bila bersama dengannya. Entah mengapa, hati anda akan berasa begitu senang dan tenang bila dia ada bersama dengan anda. Anda berasa dia adalah pelindung anda. 3. Dia suka apa saja yang anda miliki. Dia boleh terima pendapat anda, dan bersikap sangat terbuka dengan anda. Pendek kata, dia boleh menerima anda seadanya. 4. Anda tidak berasa letih atau tertekan bila berada disampingnya. Tidak kira masa anda keluar dengannya, atau duduk bersembang saja-saja, anda tidak jemu berbicara dengannya. 5. Anda boleh berkomunikasi dengannya secara bersahaja tanpa ada rasa janggal. Dia boleh terima pendapat anda, dan anda suka mendengar pendapan dan pandangannya. 6. Anda tahu apa yang dia suka, dan apa yang dia benci. Walaupun mungkin anda masih belum kenal dia sepenuhnya, namun anda sudah boleh mengagak apa minat dan kesukaannya. Anda faham kehendak dan kecenderungan hatinya. Anda tahu apa yang penting dalam bagi dirinya. 7. Dia sanggup bersusah dan berkorban demi anda. Tatkala anda ditimpa masalah, anda dilanda kemurungan, dia datang memberi bantuan. Dan dia tidak pernah mengungkit atau meminta apa-apa atas pertolongan yang dia berikan. 8. Dia meminta untuk datang berziarah ke rumah keluarga anda. Dia suka bertanya latar belakang diri dan keluarga anda. 9. Dia begitu caring atau ambil tahu tentang anda. Begitulah beberapa perkara yang mungkin anda boleh tanya pada diri sendiri. Adakah semua perkara-perkara yang disebutkan itu ada dalam perhubungan anda dengan dia? Kalau ya, Alhamdulillah, bincanglah dengan keluarga untuk buat apa yang patut. Kalau anda lelaki, berkira-kira lah untuk hantar rombongan merisik. Dan kalau perempuan, nyatakanlah pada pasangan anda bahawa, keluarga anda sudah ‘buka pintu’ dan bersedia menerima rombongan pada bila-bila masa saja. InsyaAllah, itulah jodoh anda. Menemui cinta sejati adalah paling membahagiakan dalam kehidupan seseorang. Ramai orang tertanya-tertanya dan tidak pasti, “Siapakah jodoh dirinya?”. “Bila lagi dirinya akan bertemu jodoh?”. Sebenarnya tidak kira siapa diri anda, berapa umur anda, dari mana dan bagaimana rupa anda, hakikatnya JODOH anda sudah ditakdirkan. Anda pasti akan menemui pasangan hidup anda nanti. Di mana pun si dia berada, akan datang satu masa nanti, anda pasti akan bertemu dengan si dia, jodoh anda itu. Bersabar dan teruskan berusaha mencari. InsyaAllah anda pasti bertemu jodoh yang terbaik buat anda.  ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
NurArisha
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.03.2005 Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL
|
Posting pada: 23-01-10 12:53
terima kasih atas nasihat ini..iyalah soal jodoh memang persoalan yang sukar tapi kita tetap yakin bahawa jodoh adalah dengan ketentuanNya.., dan berharap semuanya baik-baik..InsyaAllah.. ----------------- Assalalualaikum.. Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.
|
Putri_Cahaya
Warga 4 Bintang Menyertai: 15.06.2006 Ahli No: 24825
Posting: 335
|
Posting pada: 25-01-10 07:23
saya sangat terkesan dengan posting yang ni.. thanks!  ----------------- I'm a million different people from one day to the next..
|
muslimin2303
Warga 3 Bintang Menyertai: 25.02.2005 Ahli No: 14727
Posting: 83
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 25-01-10 11:12
minta kebenaran untuk copy ye...boleh bagi kat kawan-kawan yang dah ada calon tapi masih waswas lagi...huhuhu
|
akhdanie
Warga 1 Bintang Menyertai: 21.07.2008 Ahli No: 34099
Posting: 28
|
Posting pada: 25-01-10 19:42
perkongsian yang boleh dimanfaatkan bersama....nampaknya pas ni hilanglah rasa waswas yang bersarang di jiwa....
|
ikhwan_islam
Warga 5 Bintang Menyertai: 05.02.2009 Ahli No: 37043
Posting: 360
Dari: KUIS Bangi
|
Posting pada: 26-01-10 00:26
Pada 23-01-10 08:28 , SNMA posting:!!! QUOTE !!! Tertanya-tanya siapakah pasangan atau jodoh anda? Sudah sekian lama anda berkawan dengan seseorang, malah hubungan anda dengannya dirasakan sangat rapat. Namun, anda tidak pasti adakah dia benar-benar JODOH anda? Atau dia sekadar ‘teman tapi mesra’?
Berikut ini saya kongsikan bagaimana mungkin anda mengenal jodoh anda yang sebenarnya.
1. Dia seorang yang menarik perhatian anda. Kali pertama anda berjumpa dengannya, memang anda telah terasa begitu tertarik dengan dirinya, samaada fizikal luarannya, sikapnya, perangainya atau tingkahlakunya. Pendek kata, dia sentiasa membayangi hidup anda. Anda berasa begitu serasi dengannya. Anda dan dia mempunyai chemistry.
2. Anda berasa bahagia bila bersama dengannya. Entah mengapa, hati anda akan berasa begitu senang dan tenang bila dia ada bersama dengan anda. Anda berasa dia adalah pelindung anda.
3. Dia suka apa saja yang anda miliki. Dia boleh terima pendapat anda, dan bersikap sangat terbuka dengan anda. Pendek kata, dia boleh menerima anda seadanya.
4. Anda tidak berasa letih atau tertekan bila berada disampingnya. Tidak kira masa anda keluar dengannya, atau duduk bersembang saja-saja, anda tidak jemu berbicara dengannya.
5. Anda boleh berkomunikasi dengannya secara bersahaja tanpa ada rasa janggal. Dia boleh terima pendapat anda, dan anda suka mendengar pendapan dan pandangannya.
6. Anda tahu apa yang dia suka, dan apa yang dia benci. Walaupun mungkin anda masih belum kenal dia sepenuhnya, namun anda sudah boleh mengagak apa minat dan kesukaannya. Anda faham kehendak dan kecenderungan hatinya. Anda tahu apa yang penting dalam bagi dirinya.
7. Dia sanggup bersusah dan berkorban demi anda. Tatkala anda ditimpa masalah, anda dilanda kemurungan, dia datang memberi bantuan. Dan dia tidak pernah mengungkit atau meminta apa-apa atas pertolongan yang dia berikan.
8. Dia meminta untuk datang berziarah ke rumah keluarga anda. Dia suka bertanya latar belakang diri dan keluarga anda.
9. Dia begitu caring atau ambil tahu tentang anda.
Begitulah beberapa perkara yang mungkin anda boleh tanya pada diri sendiri. Adakah semua perkara-perkara yang disebutkan itu ada dalam perhubungan anda dengan dia?
Kalau ya, Alhamdulillah, bincanglah dengan keluarga untuk buat apa yang patut. Kalau anda lelaki, berkira-kira lah untuk hantar rombongan merisik. Dan kalau perempuan, nyatakanlah pada pasangan anda bahawa, keluarga anda sudah ‘buka pintu’ dan bersedia menerima rombongan pada bila-bila masa saja. InsyaAllah, itulah jodoh anda.
Menemui cinta sejati adalah paling membahagiakan dalam kehidupan seseorang. Ramai orang tertanya-tertanya dan tidak pasti, “Siapakah jodoh dirinya?”. “Bila lagi dirinya akan bertemu jodoh?”.
Sebenarnya tidak kira siapa diri anda, berapa umur anda, dari mana dan bagaimana rupa anda, hakikatnya JODOH anda sudah ditakdirkan. Anda pasti akan menemui pasangan hidup anda nanti. Di mana pun si dia berada, akan datang satu masa nanti, anda pasti akan bertemu dengan si dia, jodoh anda itu.
Bersabar dan teruskan berusaha mencari. InsyaAllah anda pasti bertemu jodoh yang terbaik buat anda. 
bagaimana dengan anda (penulis)? kan dah ada pengalaman. betul tak semua tu?
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 26-01-10 06:02
Wawa kenal bekas suami tak sampai 20 hari sebab hari ke 20, kami terus bernikah. Ye, pandangan pertama Wawa, dia memang menarik sewaktu memberi tazkirah di JK apa entah, dah lupa. Bekas suami amat caring pada Wawa tapi bukan pada Wawa saja, rupa-rupanya dia caring dan penyayang pada semua org. Huwaaaaa... Hm, tak apa lah, perkara dah berlalu. ---------------- Ni kisah dulu-dulu, masa Wawa kerja MAS, D KLIA. Wawa suka sangat seorang senior 2. Senior 2 pula pernah call Wawa untuk berkenalan tapi Wawa marah2 dia. Masalahnya masa dia call, Wawa tak tahu dia org yang Wawa minati. Aduhhh.. frustnyaaa.. Masa annual dinner MAS d Hotel ShangRila, Wawa datang dengan pasangan lelaki (Imam muda Masjid Negara, sekarang kawan Wawa ni kerja Tutor d ILIM) Boleh pula ter'kantoi' dengan senior yang Wawa suka ni. Hm.. rupa-rupanya mereka rakan bisnes.. Aduhai Hati,..bukankah sudah berkali2 aku bilang, kemahuan itu usah dipeduli..walau ianya menyakiti hati..  Hm, best kan kalau ada seseorang yang kita admire. Apapun, jangan ikut jejak langkah Wawa. Kenal dulu hati budi secret admire anda tu betul-betul.. ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
raihan85
Warga Rasmi Menyertai: 06.10.2008 Ahli No: 35246
Posting: 6
Dari: Selangor
|
Posting pada: 26-01-10 11:47
jodoh........kita kena usaha untuk mencari jodoh yang sejati......bukan semua yang kita idam2kan itu akan kita perolehi sekarang tetapi cukuplah sekadar ianya tidak melampaui batas-batas yang ditetapkan oleh syarak.... Saya tidak layak untuk bercakap pasal jodoh tetapi sekadar untuk berkongsi idea dan pendapat dengan saudara semua.... tak salah kita mempunyai kemahuan tetapi kena berjaga-jaga kerana kita akan bersama-sama bukan untuk sehari dua tetapi untuk selama-lamanya....amin
|
silent_reader
Warga Rasmi Menyertai: 25.01.2010 Ahli No: 39139
Posting: 10
Dari: johor bahru
|
Posting pada: 26-01-10 12:17
..interesting info.. like me..suatu ktika dulu suka sangat kat seorang ni..but, kecewa bila tau dia dah brtunang... then, second.. suka kat seorang ni pula..but, frust again bila tahu dia dah kawin anak 3..huhu... Kenapa lah yang kita suka tu kepunyaan org dah ek?
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 27-01-10 06:37
1st attraction tu, silent_reader.. Maybe menarik agaknya? Hihi Wawa pun pernah tertarik pada suami org juga.. Mungkin kerana dia memahami Wawa dan Wawa suka cara pemikiran dia. 'Angau' jglah dibuatnya... setiap jam 00.30am selalu saja Wawa stanby kat hp, menunggu si dia call. tapi 2 lah..bila Wawa fikir akan kesedihan yang bakal ditanggung si isteri kepada org yang Wawa suka ni tadi, tiba-tiba naluri 'Taubat' 2 muncul, tak sanggup rasanya nak melukakan hati kaum sejenis.. Wawa amat faham perasaan seorang Isteri yang suaminya berkawan dengan perempuan lain. So, bagi Wawa, adalah 'kejam' jika seorang gadis/permpuan sanggup menghancurkan kebahagiaan org lain. dan jujur, perbuatan dia hanya membuat org menilai dia sebagai 'Perempuan murahan' sahaja. So, berfikirlah sebelum nak menggatal.. tak rugi kalau tak kahwin d dunia ni jika kita Redha, ALLAH SWT pasti bagi Pengganti yang 1juta lebih kali hebat dari org yang kita minati 2. ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
NurArisha
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.03.2005 Ahli No: 15005
Posting: 278
Dari: Wangsa Maju, KL
|
Posting pada: 02-10-10 20:23
Harap esok lebih baik..jumpa seseorang yang betul-betul ikhlas.. ----------------- Assalalualaikum.. Kejujuran adalah sebahagian dari insan yang cintakan Allah s.w.t.
|
masz
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.07.2005 Ahli No: 17165
Posting: 96
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 02-10-10 22:35
amin..inysa Allah..kena terus berusaha dan berdoa kepadanya
|
masz
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.07.2005 Ahli No: 17165
Posting: 96
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 02-10-10 23:12
Alhamdulillah..kak Wawa dipermudahkan urusan dalam bertemu jodoh..betul tu masing-masing ada jodoh yang telah ditetapkanNya..tapi kena juga berusaha mencari siapakah jodoh kita..dan berdoa selalu.. Moga Allah permudahkan segala urusan..amin  giliran saya..hurm..kena teruskan usaha
|
masz
Warga 3 Bintang Menyertai: 09.07.2005 Ahli No: 17165
Posting: 96
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 02-10-10 23:18
Pada 26-01-10 12:17 , silent_reader posting:!!! QUOTE !!! ..interesting info..
like me..suatu ktika dulu suka sangat kat seorang ni..but, kecewa bila tau dia dah brtunang...
then, second.. suka kat seorang ni pula..but, frust again bila tahu dia dah kawin anak 3..huhu...
Kenapa lah yang kita suka tu kepunyaan org dah ek? pernah juga admire org dalam diam..but when know d true, tak ada kecewa sangat sebab si dia pun tak tahu..just keep it in d heart..lama-lama dah lupa kisah silam  silent reader..lah tahzan ya, ada sebab Kenapa Allah tak bagi apa yang kita suka..sebagai renungan bersama  yakinlah dengan perancangan Nya yang lebih baik untuk kita...teruskan usaha ya, moga dipertemukan dengan jodoh yang jauh lebih baik..inysa Allah
|
aiNa85
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2009 Ahli No: 38304
Posting: 94
Dari: negeri jelapang padi
|
Posting pada: 03-10-10 20:10
tak tahu macam mana lagi nak berusaha selain berdoa dan cuba luaskan pergaulan..dari dulu sampai sekarang masih macam ni..tak ada perubahan sedangkan rakan-rakan lain ramai yang dah berkeluarga dan mempunyai anak.. saya risau, susah hati sangat-sangat.. saya sukakan seseorang tapi saya sedar..bukan senang nak tawan hatinya..  ----------------- -PermataAyahBonda-
|
nilam3_6
Warga 2 Bintang Menyertai: 19.04.2007 Ahli No: 29649
Posting: 53
|
Posting pada: 05-10-10 12:18
salam. Jika nak berdasarkan kepada info untuk kenal jodoh tersebut, saya rasa sampai sekarang saya masih keliru lagi, sebab kebanyakan ciri-ciri tersebut boleh juga jadi ciri-ciri yang menunjukkan 'dia' itu hanyalah sahabat baik kepada anda dan bukan jodoh anda. bagi adik-adik diluar sana, berhati2la dalam bergaul dan membuat penilaian sebab takut kita yang frust nanti. Ada yang sememangnya hanya ingin berkawan baik dengan kita...dan ramai yang diluar sana tu yang mungkin hanya ingin test market, so berkawanlah seadanya sahaja. Bila nak test market ni, berkemungkinan besar semua ciri kat atas tu akan ada pada dirinya, dan maklumlah sebagai perempuan yang lembut jiwanya, tentu sedikit sebyk akan terusik hati. Mungkin juga ada yang memang ikhlas dengan anda, so tengoklah bebtol amalan agamanya. Bagi saya tak salah berkawan berlainan jantina dengan syarat ianya terbatas (no dating,no ayat2 jiwang dan seumpamanya) supaya kita boleh membuat pilihan yang terbaik. jangan hadkan pilihan anda selagi belum ada ikatan rasmi. Berikan masa yang cukup untuk dia dan anda mengenali diri. Sebaiknya tanyalah Allah (istikharah) dan tanyalah diri anda sendiri, siapakah yang anda yakin boleh melindungi anda di dunia dan di akhirat. berkongsi pengalaman, saya pilih suami sebab dia pilihan Allah dan hanya dia sahaja yang tidak akan mengikut cakap saya jika perkara tersebut salah disisi agama (saja test untuk tengok tahap agamanya  ).Dari situ, saya yakin suami boleh melindungi saya dan anak-anak. ----------------- indahnya hidup ini jika semuanya kerana ALLAH
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 05-10-10 13:59
Pada 05-10-10 12:18 , nilam3_6 posting:!!! QUOTE !!! salam. Jika nak berdasarkan kepada info untuk kenal jodoh tersebut, saya rasa sampai sekarang saya masih keliru lagi, sebab kebanyakan ciri-ciri tersebut boleh juga jadi ciri-ciri yang menunjukkan 'dia' itu hanyalah sahabat baik kepada anda dan bukan jodoh anda. bagi adik-adik diluar sana, berhati2la dalam bergaul dan membuat penilaian sebab takut kita yang frust nanti. Ada yang sememangnya hanya ingin berkawan baik dengan kita...dan ramai yang diluar sana tu yang mungkin hanya ingin test market, so berkawanlah seadanya sahaja. Bila nak test market ni, berkemungkinan besar semua ciri kat atas tu akan ada pada dirinya, dan maklumlah sebagai perempuan yang lembut jiwanya, tentu sedikit sebyk akan terusik hati. Mungkin juga ada yang memang ikhlas dengan anda, so tengoklah bebtol amalan agamanya. Bagi saya tak salah berkawan berlainan jantina dengan syarat ianya terbatas (no dating,no ayat2 jiwang dan seumpamanya) supaya kita boleh membuat pilihan yang terbaik. jangan hadkan pilihan anda selagi belum ada ikatan rasmi. Berikan masa yang cukup untuk dia dan anda mengenali diri. Sebaiknya tanyalah Allah (istikharah) dan tanyalah diri anda sendiri, siapakah yang anda yakin boleh melindungi anda di dunia dan di akhirat.
berkongsi pengalaman, saya pilih suami sebab dia pilihan Allah dan hanya dia sahaja yang tidak akan mengikut cakap saya jika perkara tersebut salah disisi agama (saja test untuk tengok tahap agamanya ).Dari situ, saya yakin suami boleh melindungi saya dan anak-anak.
Nice advice and good sharing. Jazakillah ya ukhti. Pada 03-10-10 20:10 , aiNa85 posting:Bismillah  Ukhti aiNa85, Buat mereka yang sering kecewa dan dalam keadaan kekeliruan hati & perasaan. "Pelayaran hati kita ini..kita yang mengemudinya. Bila kita tewas dengan gelombang yang datang..selalu biarkan badai itu terhakis...tanpa keteguhan jiwa..memang rasa nak nangis, berduka itu sajalah yang akan menemani. Perlu untuk bangkit keluar dari kegelisahan & kegundahan itu dengan mendekatiNya dan penuhi seluruh ingatan padaNya." Nasihat ini untuk ana juga buat sahabat yang faham situasi ini. Tabahlah..usah layankan rasa itu. Semua itu ada ganjaran disisiNya. Tenanglah Wahai hati.
|
hanisahani
Warga 4 Bintang Menyertai: 23.02.2006 Ahli No: 22928
Posting: 203
Dari: negeri aman damai
|
Posting pada: 06-10-10 16:05
Pada 03-10-10 20:10 , aiNa85 posting:never give aina85...insya Allah..da sampai masa bertemu lah jodoh nanti..kena positif selalu...mungkin Allah mkbulkn doa-doa ukhti dengan jauhkn dr bencana..pnyakit berbahaya @ digantikan dengan sesuatu yang lebih baik yang kadang-kadang kita tak sedar & yang bukan kita minta.. terus berusaha ,,Allah merancang yang terbaik untuk hamba2Nya
|
ayattulhussna
Warga Rasmi Menyertai: 06.10.2010 Ahli No: 40353
Posting: 20
Dari: bumi ALLAH
|
Posting pada: 06-10-10 19:14
hehehhe... bukan senang dan mudah jth cinta...itulah saya...tapi sejak pts cinta yang pertama...saya jth cinta buat kali yang kedua...hmmm... dia seorang yang sgttttt baik....dan sekarang...saya dan dia dah bertunang... insyallah,taun pan saya kawin...sedikit sebanyak apa yang dpostkn dalam ini memberi impak yang sangat mdalam...saya yakin dia jdh yang terbaik...doakan kami ya....
|