Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"A leader is a dealer in hope"
-- Napoleon Bonaparte

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 143
Ahli: 0
Jumlah: 143




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 15 jam, 14 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Jangan takut untuk turun berdemontrasi esok (Jumaat)


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Jangan takut untuk turun berdemontrasi esok (Jumaat)

Please Mendaftar To Post


Oleh Jangan takut untuk turun berdemontrasi esok (Jumaat)

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 15:20


Assalamualaikum.

Tidak boleh halang demo isu 'Allah': Najib
Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri.

Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta mengulas sama ada kerajaan mengamalkan sikap berbeza terhadap kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi.

Bantahan terhadap penggunaan kalimah 'Allah' dalam Herald The Catholic Weekly terus marak walaupun Najib sebelumnya menyeru semua pihak bertenang.

Kes tersebut kini di peringkat rayuan. Semalam, mahkamah menangguhkan perintah membenarkan mingguan itu berbuat demikian setelah dimohon oleh Kementerian Dalam Negeri.

Selain Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan bantahan di seluruh negara, sebuah lagi persatuan berpengaruh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) juga akan menganjurkan bantahan yang sama.

Bantahan dua NGO Melayu dijadual diadakan di Masjid Negara.

Dua badan Islam berpengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan berhimpun di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.

Pada 31 Disember lalu, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald berbuat demikian dalam penerbitannya, mengundang reaksi negatif masyarakat Islam.

Isu tersebut pada mulanya dijangkakan akan reda apabila perdana menteri meminta umat Islam bertenang dan tidak terlalu "memanaskan" isu sensitif tersebut kerana kerajaan akan menanganinya sebaik mungkin.

Sehari selepas arahan Najib dibuat, Pemuda Umno Selangor yang turut bercadang mengadakan perhimpunan besar-besaran esok menangguhkan hasrat tersebut. http://www.malaysiakini.com/news/121330

Sehubungan dengan itu saya menyeru sahabat-sahabat semua untuk kita sama-sama turun berdemonstrasi untuk membantah tindakan kerajaan Mesir yang menyulitkan misi bantuan kemanusiaan ke Palestin pada esok hari (8 Jan 2010, Jumaat) selepas solat jumaat, di Kedutaan Mesir, solat jumaat di masjid tabung haji


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 07-01-10 20:53


sesiapa rasa diri pengecut tapi nak rasa pengalaman demonstrasi, inilah peluangnya. Jarang2 boleh dapat demo tanpa risiko begini, dapat green light PM lagi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 21:07


hahha....sure tak ada sembur2 kan? teringat masa bersih dulu lintang pukang nyorok kat kedai kasut...akhirnya kena halau pasal bukannya nak beli kasut pun..hahaha


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 07-01-10 22:06


Bagus jugak ini,jarang2 semua pihak bersatu atas tiket yang sama. Masa ini boleh buktikan betapa kuat dan sensitifnya umat Islam apibla ada pihak cuba buat provaksi.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

pencinta_yesus
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.12.2009
Ahli No: 38598
Posting: 57
Dari: sabah.labuan, yogyakarta,bandung.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 22:31


Pada 07-01-10 20:53 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

sesiapa rasa diri pengecut tapi nak rasa pengalaman demonstrasi, inilah peluangnya. Jarang2 boleh dapat demo tanpa risiko begini, dapat green light PM lagi.
yang ikut demonstrasi dianggap pemberani ya?

demonstrasi sebab sebuah nama yang sejak zaman dulu sudah digunakan ..., lucu banget :lol:


-----------------
agamaku agama cinta, tiada kebencian yang ada hanya cinta. Aku tidak akan mengikuti agama yang mengajarkan kebencian dan permusuhan."islam, kristian, hindu


Bookmark and Share

    


  Member Information For pencinta_yesusProfil   Hantar PM kepada pencinta_yesus   Quote dan BalasQuote

pencinta_yesus
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.12.2009
Ahli No: 38598
Posting: 57
Dari: sabah.labuan, yogyakarta,bandung.

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 22:33


Pada 07-01-10 22:06 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Bagus jugak ini,jarang2 semua pihak bersatu atas tiket yang sama. Masa ini boleh buktikan betapa kuat dan sensitifnya umat Islam apibla ada pihak cuba buat provaksi.
:lol:
aku hanya mampu tertawa dengan semua sikap2 ini...
takut tertukar tuhantuhantu mereka... :-D


-----------------
agamaku agama cinta, tiada kebencian yang ada hanya cinta. Aku tidak akan mengikuti agama yang mengajarkan kebencian dan permusuhan."islam, kristian, hindu


Bookmark and Share

    


  Member Information For pencinta_yesusProfil   Hantar PM kepada pencinta_yesus   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 07-01-10 22:36


Pada 07-01-10 22:33 , pencinta_yesus posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 07-01-10 22:06 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Bagus jugak ini,jarang2 semua pihak bersatu atas tiket yang sama. Masa ini boleh buktikan betapa kuat dan sensitifnya umat Islam apibla ada pihak cuba buat provaksi.
:lol:
aku hanya mampu tertawa dengan semua sikap2 ini...
takut tertukar tuhantuhantu mereka... :-D



Ketawa dan bersuka lah kamu selagi mampu masih ada masa untuk kamu. :malu:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

nur_ashikin
Warga 4 Bintang
Menyertai: 16.11.2006
Ahli No: 27359
Posting: 256
Dari: shah alam

malaysia  


posticon Posting pada: 07-01-10 22:51


eh..afsal pencinta_yesus ni menyebok kat sini. pergi main jauh-jauhlah.hati gelap!


-----------------
nur_ashikin


Bookmark and Share

    


  Member Information For nur_ashikinProfil   Hantar PM kepada nur_ashikin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 00:07


dalam lagu negeri selangor ada sebut nama Allah dan semua kaum dinegeri saya ni menyanyi dan menyebut tanpa ada masalah pun Kenapa nak jadi isu pula????


sedangkan sebelum islam atuk nabi pun yang belum islam tapi sebut nama Allah bila kaabah nak dihancurkan oleh abrahah


lah ni tiba-tiba nak demo pula?????lagipun demo ni anuuran orang pernah mengejek hukum Allah.sejak bila ada ramai yang cuba jadi hero dalam isu ini?????pelik-pelik orang melayu ni......hukum Allah selalu pula langgar


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 02:23


Pada 08-01-10 00:07 , Rashdin posting:

!!! QUOTE !!!

dalam lagu negeri selangor ada sebut nama Allah dan semua kaum dinegeri saya ni menyanyi dan menyebut tanpa ada masalah pun Kenapa nak jadi isu pula????


sedangkan sebelum islam atuk nabi pun yang belum islam tapi sebut nama Allah bila kaabah nak dihancurkan oleh abrahah


lah ni tiba-tiba nak demo pula?????lagipun demo ni anuuran orang pernah mengejek hukum Allah.sejak bila ada ramai yang cuba jadi hero dalam isu ini?????pelik-pelik orang melayu ni......hukum Allah selalu pula langgar



che din .... esok ni depa nak demo depan kedutaan Mesir....bukan demo bantah penggunaan nama Allah....

!!! QUOTE !!!

Sehubungan dengan itu saya menyeru sahabat-sahabat semua untuk kita sama-sama turun berdemonstrasi untuk membantah tindakan kerajaan Mesir yang menyulitkan misi bantuan kemanusiaan ke Palestin pada esok hari (8 Jan 2010, Jumaat) selepas solat jumaat, di Kedutaan Mesir, solat jumaat di masjid tabung haji



-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 08:15


PAS seru ahli sertai bantah Mesir esok, bukan demo lain

Nazri Abdullah & Salmah Mat Hussin    

KUALA LUMPUR, 7 Jan: PAS mengingatkan seluruh ahlinya agar tidak terlibat dalam mana-mana demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah yang dianjurkan pihak tertentu di masjid-masjid atau di mana-mana tempat selepas solat Jumaat esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, penganjuran demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah esok, bukan pendirian PAS namun yakin ianya adalah perancangan pihak tertentu khususnya Umno.

"Kita menyeru seluruh ahli PAS agar tidak terheret sama dalam demonstrasi yang didalangi Umno itu," katanya ketika menghubungi Harakahdaily.

PAS, jelasnya telah membuat pendirian jelas berhubung perkara itu melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas menyuarat khas lajnah politik parti itu, Isnin lalu.

Selain itu, katanya PAS telah membuat keputusan untuk menyatakan bantahan terhadap tindakan zalim kerajaan Mesir yang telah menghalang kemasukan pasukan konvoi Viva Palestina ke Gaza.

Sehubungan itu, semua ahli PAS diminta turun ke perhimpunan aman tersebut di hadapan bangunan Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur, selepas solat Jumaat esok dan bukannya menyertai demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah.

"PAS telah putuskan untuk membuat bantahan rasmi terhadap kerajaan Mesir esok, jadi kita seru seluruh ahli kita untuk bersama dalam himpunan di Kedutaan Mesir esok, bukan di tempat-tempat lain," katanya.

Dalam perkembangan sama, masyarakat bukan Islam turut diajak menyertai perhimpunan menyerah memorandum bantahan kepada kedutaan Mesir di Kuala Lumpur petang esok.

Program tersebut dianjurkan Dewan Pemuda PAS Pusat bersama beberapa badan bukan kerajaan (NGO).

Ketuanya, Nasaruddin Hassan berkata, tindakan kerajaan Mesir tersebut membuktikan negara berkenaan tidak berperikemanusiaan dan kurang berminat membebaskan rakyat Palestin daripada terus dizalimi Israel.

“Dewan Pemuda akan menubuhkan Jawatankuasa Bertindak Bebaskan Palestin tidak lama lagi bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada mereka,” katanya di sini.

Oleh itu beliau berharap semua anggota masyarakat yang prihatin penderitaan umat Islam di Palestin turut sama membantah tindakan kerajaan Mesir.


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 08-01-10 09:06


Kali ini kita tengok pulalah badut-badut UMNO berdemo, dulu Hishamudin sendiri yang menyatakan demo ni tindakan bodoh, tapi sekarang nampaknya mereka menjilat kahak mereka sendiri. hihi... bukan selalu boleh tengok UMNO demo, cuma pastinya kita tak dapat melihat melihat adegan FRU sembur air gatal.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 09:15


yang duduk area KL tu turunlah bagi sokongan untuk perhimpunan depan kedutaan mesir ni.....

jangan dok kutuk UMNO saja ....turun sama wehh

tapi tak 'thrill' lah tak ada sembur sembur ni....ngeh3.... saja saja..


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 10:11


kalau berani demo depan gereja pulak....tengah fikir apa kata para menteri dan najib sekiranya orang kristian buat demo besar-besaran macam ni...boleh bagi green light tak? atau red light?


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

lidah-penghunus
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 17.05.2003
Ahli No: 407
Posting: 1306
Dari: Parlimen Kapar, Dun Meru.

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 11:07


Assalamualaikum.

Gereja hangus dibaling bom petrol
Jan 8, 10 10:56am

Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Sekurang-kurangnya empat lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran NGO utama Islam. http://www.malaysiakini.com/news/121443

Saya mengutuk sekeras-keras tindakan yang boleh menambahkan ketegangan ini. Kita tidak bermusuh dengan penganut agama lain. Isu ini hanya melibatkan pihak akhbar Herald, bukannya semua penganut agama kristian.

Walau bagaimanpun demonstrasi bagi membantah kerajaan Mesit tetap diteruskan selepas solat Jumaat ini di Kedutaan Mesir.


-----------------
Hunusan lidah itu lebih berbisa daripada hunusan keris sang pendekar


Bookmark and Share

    


  Member Information For lidah-penghunusProfil   Hantar PM kepada lidah-penghunus   Pergi ke lidah-penghunus's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 11:16


Pada 08-01-10 11:07 , lidah-penghunus posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum.

Gereja hangus dibaling bom petrol
Jan 8, 10 10:56am

Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Sekurang-kurangnya empat lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran NGO utama Islam. http://www.malaysiakini.com/news/121443

Saya mengutuk sekeras-keras tindakan yang boleh menambahkan ketegangan ini. Kita tidak bermusuh dengan penganut agama lain. Isu ini hanya melibatkan pihak akhbar Herald, bukannya semua penganut agama kristian.

Walau bagaimanpun demonstrasi bagi membantah kerajaan Mesit tetap diteruskan selepas solat Jumaat ini di Kedutaan Mesir.



ada musang yang tengah jadi bapak ayam sekarang ni..jadi provocator..cuba memancing kemarahan penganut kristian... nak masuk syurga apa kalau macam ni..saya maca kenal siapa musang ni, tapi biarlah polis siasat dulu, buat confirmation dulu .. nanti sub judis pulak hehe


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 12:00


Pada 08-01-10 11:07 , lidah-penghunus posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum.

Gereja hangus dibaling bom petrol
Jan 8, 10 10:56am

Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya terbakar, kata sumber gereja.

Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.

Sekurang-kurangnya empat lagi gereja di Lembah Kelang dipercayai turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.

Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran NGO utama Islam. http://www.malaysiakini.com/news/121443

Saya mengutuk sekeras-keras tindakan yang boleh menambahkan ketegangan ini. Kita tidak bermusuh dengan penganut agama lain. Isu ini hanya melibatkan pihak akhbar Herald, bukannya semua penganut agama kristian.

Walau bagaimanpun demonstrasi bagi membantah kerajaan Mesit tetap diteruskan selepas solat Jumaat ini di Kedutaan Mesir.



dah jangkakan....akan timbul kes-kes yang saja nak kasi 'naik hangin'.

saya bimbang ini bukan kerja orang-orang Islam....tapi 'percaturan' kristian yang sengaja nak timbulkan ketegangan agama dan huru hara.
Isu penggunaan nama Allah mungkin mukaddimahnya...


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 14:28


hasil pemerhatian di masejid negara

hanya tak lebih 100-150 orang yang berhimpun.
sebelum solat saya suka melihat ramai "muka2 baru" bersolat di masejid negara..ingatkan ada himpunan besar besaran...tapi jangkaan saya meleset.. mungkin kah muka baru tu "SB" dari bukit aman?


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 08-01-10 14:37


Di Masjid Besar Daerah Pontian, UMNO turut mengadakan demo. Ramai orang mula berkumpul. Maka syabab HT mengambil kesempatan mengedarkan Shoutun Nahdhah. Orang yang membaca akhirnya meninggalkan demo sehingga tinggal 5 orang pendemo.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 08-01-10 14:39


Pada 08-01-10 12:00 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!



saya bimbang ini bukan kerja orang-orang Islam....tapi 'percaturan' kristian yang sengaja nak timbulkan ketegangan agama dan huru hara.
Isu penggunaan nama Allah mungkin mukaddimahnya...



Orang Kristian tu cuma jadi scapegoat saja, dalangnya UMNO.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 14:47


buktikan...
kata-kata yang keluar mudah dilancarkan..
tapi membuktikan tak semudah kata-kata yang dilancarkan..

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 08-01-10 15:01


Pada 08-01-10 14:47 , Firdaus_Azimi posting:

!!! QUOTE !!!

buktikan...
kata-kata yang keluar mudah dilancarkan..
tapi membuktikan tak semudah kata-kata yang dilancarkan..


Saya kira jika kita cerdik sedikit pun sudah cukup untuk membaca permainan politik desperado UMNO. Tersepit dengan isu Enjin F5-E dan situasi politik yang lebih menyebelahi Pakatan Rakyat, pelbagai cara digunakan UMNO. Dari isu kepala lembu hingga ke kini penggunaan nama Allah. Kenapa tiba-tiba UMNO mempertikaikan undag-undang yang mereka sendiri benih, beranakkan dan diternak hingga hari ini?Mereka berpura-pura memperjuangkan nama Allah tetapi hukumnya mereka pijak-pijak. Apa yang saya utarakan adalah bacaan politik yang dibangun oleh fakta yang lihat depan mata. saya kira IQ yang sederhana sudah cukup untuk memahami makar politik ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 15:05


Pada 08-01-10 14:37 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Di Masjid Besar Daerah Pontian, UMNO turut mengadakan demo. Ramai orang mula berkumpul. Maka syabab HT mengambil kesempatan mengedarkan Shoutun Nahdhah. Orang yang membaca akhirnya meninggalkan demo sehingga tinggal 5 orang pendemo.


Alhamdulillah...

saya doakan SN tak jadi risalah yang UMNO haramkan nanti


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 08-01-10 16:09


Pada 08-01-10 15:05 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-01-10 14:37 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Di Masjid Besar Daerah Pontian, UMNO turut mengadakan demo. Ramai orang mula berkumpul. Maka syabab HT mengambil kesempatan mengedarkan Shoutun Nahdhah. Orang yang membaca akhirnya meninggalkan demo sehingga tinggal 5 orang pendemo.


Alhamdulillah...

saya doakan SN tak jadi risalah yang UMNO haramkan nanti



Ameen.
SN hanya beberepa keluaran terakhir ini mendapat permit dari KDN. Sebelum ini buat sekian lama SN diedarkan tanpa permit hingga menyebabkan beberapa siri tangkapan kepada syabab HT yang mengedarnya terutama di Masjid Selepas solat Jumaat. Namun disebalik tangkapan SN terus disebarkan. Mungkin sebab itu KDN mengambil keputusan membenarkan SN dengan harapan dapat mengawal isi kandungan SN. Apa pun semoga ia terus ia mendapat kebenaran KDN bagi memudahkah urusan.

Cerita dari Pontian, ramai juga Polis2 yang datang, termasuk yang banyak paku. Tapi akhirnya mereka lepak2 dengan pendemo yang tinggal 5-6 orang. Sepatutnya setiap kali demo, kalau pihak berkuasa beginikan bagus.

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 16:50


wuzaraa,ada tak syabab HT pernah dibawa ke kem kamunting sebelum ni?????jika ada berapa ramai dan atas tuduhan apa????


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 18:38


ni gambar demonstrasi tengah hari tadi

demonstrasi



demonstrasi2

demonstrasi3


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 08-01-10 20:34


tengok gambar-gambar tu raai pula..tapi pasal apa ada yang kata dia tengok kat majd negara sekitar 150 saja?


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

Firdaus_Azimi
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 16.05.2003
Ahli No: 288
Posting: 1705
Dari: menara condong

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-01-10 19:03


hehehehe....
kita boleh mengatakan apa saja...
tapi kita tak layak untuk menuduh sesuatu yang kita sendiri tak tahu usul asalnya....
menyalahkan lebih mudah dr membetulkan...

isu ini sebenarnya dan akhirnya membenamkan umno hingga ke dasarnya..
ianya menyebabkan bn menjadi kucar kacir...
jadi fikir-fikirkan lah....
takkan pemikir2 dalam umno dengan semudah itu mahu menerima cadangan yang sebegini...

jika terjadi pun....
bagi saya inya bukan ditujukan untuk para pembangkang...
tapi satu lagi peperangan antara orang-orang atasan kalangan pimpinan umno sendiri...
sekadar pandangan...

p/s.. didalangi oleh satu puak lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For Firdaus_AzimiProfil   Hantar PM kepada Firdaus_Azimi   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-01-10 05:21


Pada 08-01-10 20:34 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

tengok gambar-gambar tu raai pula..tapi pasal apa ada yang kata dia tengok kat majd negara sekitar 150 saja?



eh ni bukan demonstrasi kat masjid negara. :-D


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 11-01-10 09:21


Pada 08-01-10 20:34 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

tengok gambar-gambar tu raai pula..tapi pasal apa ada yang kata dia tengok kat masjid negara sekitar 150 saja?



tu gambor kat mana tu cuba selidik dulu hehe...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.229211 saat. Lajunya....