Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Jika seseorang kena tipu, yang bersalah bukan yang menipu tetapi yang tertipu
-- Peribahasa India

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 150
Ahli: 0
Jumlah: 150




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 16 jam, 20 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: isteri solehah? lelaki soleh ?


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» isteri solehah? lelaki soleh ?

Please Mendaftar To Post


Oleh isteri solehah? lelaki soleh ?

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 11:50


Apa persepsi anda tentang isteri solehah, lelaki soleh ...
just curious to know...deep from your heart..
kalau ikut "ustaz google" ada 18 kriteria...itu kalau ikut "ustaz google" lah ,kalau anda bagaimana...

cuba pejam mata dan bayangkan sebentar serta coretkan disini...bermula dari segi pemakaian dan tingkahlakunya bagaimana ya? adakah anda terpengaruh dengan bayangan yang secantik atau sekacak didalam "drama2 islamic" dan video klip nasyid?

silalah coretkan persepsi jujur anda dengan sejujurnya ..


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

hafiz_along_83

Menyertai: 28.08.2003
Ahli No: 3139
Posting: 772
Dari: cheras

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 12:15


masing-masing mempunyai akhlak yang baik sama ada di depan atau di belakang pasangan masing-masing.. :-)


-----------------
SENYUMLAH SELALU.. SENYUM ITU SEDEKAH.. :-)


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafiz_along_83Profil   Hantar PM kepada hafiz_along_83   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 05-01-10 12:28


suami soleh > yang menjadikan isterinya sebagai amanah terbesar untuk dia bimbing ke arah keredhaan Allah. Kerana matlamat itulah dia perlu menerima segala kekurangan dan kelemahan yang ada pada isterinya.

isteri solehah > yang menjadikan suaminya sebagai suatu alat menuju Allah dan bukannya matlamat utama dalam kehidupannya. Lantas, kerana itulah dia perlu mempersiapkan diri untuk menjadi yang terbaik dan menggunakan peluang hidup bersama suami untuk mencapai matlamatnya itu.

orang-orang (suami soleh/ isteri soleh) yang mampu melihat matlamat hidupnya dengan jelas akan cuba mempersiapkan diri dahulu sebelum mencari yang soleh/solehah.

wallahu'alam...
saya nak yang soleh@ http://ainatulsholehah.blogspot.com/2009/12/saya-nak-yang-soleh.html


-----------------
“muslimah sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam berbicara,tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam menutur kata”


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 08:07


Tertarik dengan isu ni sebab pernah tertipu dengan penampilan dan tutur kata org yang Wawa fikirkan "soleh" "solehah"..

Sekadar memetik kata-kata seorang teman yang sangat-sangat Wawa kagumi.. Peringatan kepada kawan-kawan, bwehati2 ye..

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Sebelum anda mula membaca, saya ingin nyatakan disini, sesetengah dari kalian mungkin akan ‘terasa’…dan sesetengah lagi mungkin akan terkejut dengan konotasi-konotasi yang saya gunakan. Ah! Apabila berbicara tentang hal ini, tak perlu lagi bersantun, seorang muslim mesti menunjukkan ketegasan!

Begini Kisahnya…

Dengan takdir Allah saya telah ditemukan dengan seorang insan yang mengaku dirinya pendakwah dan pencinta agama. Perawakannya, subhanallah sangat islami dan warak. Bila berjalan kepalanya sering tertunduk, mp3 yang mengalunkan kalimah-kalimah suci hampir tidak pernah lepas dari corong telinganya. Didalam beg yang dikendong, sentiasa terkandung mushaf Al-qur’an yang sudah lusuh dan zipnya rosak. Kalau dilihat dengan mata kasar memang sangat memikat…namun disebalik semua ‘kesucian’ itu, tidak ada sesiapa yang tahu, bahawa rupanya insan itu punya sisi hitam yang tidak pernah terbayangkan.

Jangan tanya bagaimana saya boleh tahu, nanti masuk cerita lain pula. Kalau dikisahkan boleh dapat satu lagi entry barangkali. Insan yang disebutkan diatas, sememangnya dikurniakan mulut semanis gula batu. Sesiapa yang mendengar bicaranya tentang agama dan cinta tuhan pasti tertawan, kalau berhujah tentang agama dan hukum-hakam, jarang ada yang menang.

Tapi sayang…bakat yang Allah kurniakan telah disalahguna. Kemahirannya digunakan untuk memutar-belit Al-qur’an dan hadith. Malah pendapat saya ini dipersetujui oleh orang lain yang terlibat dan mengetahui hal ini secara langsung mahupun tidak langsung, dan mereka yang menilai bukanlah calang-calang orang macam kita…pakar-pakar semuanya. Insan yang diperkatakan tadi, rupa-rupanya indah khabar dari rupa, dan agama menjadi topengnya.

Ada satu lagi keanehan…Kenapa rata-rata yang didakwahkannya terdiri daripada lawan jantina? Sedang dia sendiri pernah mengaku, nafsunya seumpama kuda liar. Tidakkah dia mengerti bahawa iman sendiri itu lebih penting untuk diselamatkan? Setelah disiasat, modus operandinya sama sahaja. Mula-mula berdakwah, kemudian berkasih, mula-mula berbual dan makan di café, kemudian berjumpa di tempat gelap, lalu bila zina terjadi, dia meletakkan kesalahan 100% kepada si ‘mad’u’. Ingin saja saya jeritkan ke mukanya…lebih baik beruzlah daripada berdakwah tapi akhirnya terjerut di rantai Si Malik penjaga neraka!

Kadang-kadang apabila terkenang kembali semua perbuatannya, hati rasa terbakar…berapi jerrr! Kalau kayu dah lama hangus tak berarang. Dalam kepanasan, hati bersuara keras…

“who do you think you are?!! Rasulullah susah-payah menyebarkan islam sampai berdarah-darah kena baling dengan batu! Sampai wajahnya yang mulia dibaling dengan najis! Kau sedap-sedap saja baling najis pada agama sendiri?!! HOW DARE YOU!!!”

“who do you think you are?!! Rasulullah menyampaikan dakwah dengan akhlak yang paling terpuji, tapi kau selamba saja mencemarkan islam dengan akhlak yang langsung tak layak dengan martabat kau as human?!! HOW DARE YOU!!!”

“who do you think you are?!! Rasulullah susah-susah menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi sampai nak kena bunuh, sampai terpaksa berhijrah meninggalkan tanah air yang dia paling cinta, kau sesuka hati putar-belit Al-qur’an dan hadith! For what?!! Personal interest?!! Nafsu?!! Paling tak boleh terima bila kau putar-belit hukum supaya kau terlepas daripada maksiat yang kau dah buat!!! HOW DARE YOU!!!”

“who do you think you are?!! Konon bertaubat berkali-kali tapi tak pernah serik nak ulang dosa yang sama!!! Mana keazaman?!! Mana Keinsafan yang konon dibangga-banggakan?!! Kau bajet kau ahli sufi ke boleh bertaubat banyak kali?!! Come on lah…jangan jadi orang yang melampaui batas!!! Bentak si hati berkali-kali.

“Semoga kemarahanku ini bukan angkara syaitan Ya Tuhan, nauzubillahi min zaalik…” Getus hati lagi.


Situasi sebegini sebenarnya menguji sejauh mana sensitiviti iman kita. Seorang muslim yang imannya tertancap kuat pasti tidak redha menyaksikan Allah dan rasul tega diperbudakkan, Al-qur’an dan As-sunnah dijadikan umpama ‘playdough’ yang boleh diubah bentuk mengikut kesukaan, atau paling kurang apabila matanya terjamah kemaksiatan, pantas pandangannya dialihkan mencari panorama lain. Hatinya tidak akan rela melihat karikatur Muhammad SAW memakai serban berbentuk bom, atau melihat seorang kafir memakai kemeja-T dengan cetakan Rasul kita sebagai kambing gurun yang berjanggut, berjalan keliling pasaraya.

Tujuan entry ini ditulis bukan untuk mengaibkan sesiapa, jauh sekali menunjuk-nunjuk bahawa iman saya kononnya sangat ampuh. Tidak! Iman saya juga ada pasang-surutnya. Namun sebagai muslimah yang dididik dengan dakwah dan tarbiyyah, hati mana yang tahan melihat semua penghinaan ini? tambah perit bila mengenangkan saudara seiman sendiri yang membuat onar. Lebih baik menjadi seorang hanif daripada menjadi seorang pendakwah tapi menyelewengkan agama dan membuat dosa besar.


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 08:38


Saya da pandangan sendiri yang mungkin agak radikal..

pada saya semua pengetahuan , ilimu, dan kefahaman seseorang mengenai ugama ini saya anggap ianya merupakan "skill" atau kepandaian sahaja..

sebab saya sudah berjumpa berapa ramai yang mempunyai "skill" yang tinggi ini. tetapi kehidupannya tidak sejalur dengan "skill" yang ada.

sama ada ilmunya membimbing seseorang itu itu atau tidak, menjadikan ianya warak atau meningkatkan imannya atau tidak, itu kena tengok balik.

walaupun tidak semua...dan ada yang umpama "kitab bergerak" konsisten "skill" dan kehidupannya...


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

SNMA
Warga 5 Bintang
Menyertai: 08.12.2009
Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-01-10 08:53


Bertuahkan siapa yang ada skill berdakwah ni? jika digunakan dengan cara yang betul, kelask bila mati, INSYA ALLAH, pahalanya tak putus-putus dek kerana ilmu yang dimanfaatkan kepada org lain.

..Ampun, terkeluar tajuk.. Hihi :-D


-----------------
~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -


Bookmark and Share

    


  Member Information For SNMAProfil   Hantar PM kepada SNMA   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098293 saat. Lajunya....