Oleh |
Ayat kedua yang menyakitkan hati |
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 19-12-09 09:48
Pertama OK, ayat kedua K.O. Dalam menjalani kehidupan sehari-hari, tanpa sedar atau tidak kita juga pernah berkata "ayat kedua" yang tidak perlu. Kata-kata yang hanya menghadirkan duka di jiwa, bukan penawar yang menyembuhkan luka. Walaupun perkataan yang keluar itu berunsur nasihat dan ingatan, namun jika terselit "ayat kedua" tadi ia tetap membekas di dalam hati umpama parut dari luka yang telah sembuh. "Puan, kami dah terima surat permohonan (berhenti kerja) Puan. Sayang ye puan berhenti kerja pada zaman orang lain berebut-rebut mahu bekerja makan gaji," sinis bicara seorang pekerja di Kementerian Pelajaran. "Aslina, Kenapa adik awak menangis tiba-tiba ni. Gila ke?" Kata seorang guru lelaki kepada adik kembar saya ketika kami masih berusia 8 tahun. "Saya nasihatkan isteri awak dapatkan rehat secukupnya. tiap-tiap tahun beranak, awak tak sayang isteri ke?" ujar seorang doktor perempuan kepada sepasang suami isteri. Yang Pertama dan Kedua Dialog dan situasi di atas sekadar contoh yang mana mungkin dilakukan oleh kita ketika berkata-kata. Tiada manfaat daripada kata-kata seumpama itu, sekadar melambangkan hati yang masih perlu dirawat dan dicuci dengan bisikan zikrullah dab peringatan Ilahi. Tulisan Norhaslina Jusin Majalah solusi isu no 14 Patutlah macam pernah baca..dari penulis blog ( http://ummuhusna99.blogspot.com/) jadi penulis dalam majalah solusi ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
adab
Warga 1 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16492
Posting: 32
Dari: kedah
|
Posting pada: 19-12-09 11:32
bla drenung-renung balik, memang selalu juga alami benda ni...dan yang paling mnyedihkn, mulut kita sendiri yang keluarkn pnytaan macam tu...astaghfirullah~
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 19-12-09 13:03
jenis ayat ini juga salah satu teknik menyindir.. lurus hati kerana lurus iman lurus lidah kerana lurus hati semoga sama-sama perbaiki diri..hijrah ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
sanada_yukimura
WARGA SETIA Menyertai: 03.04.2004 Ahli No: 8184
Posting: 419
Dari: negeri matahari terbenam ( kedah )
|
Posting pada: 19-12-09 20:27
betul-betul... memang tak perlu. Peringatan yang sangat bagus. Ada tak saya ter cakap begitu ek...? Hmm..
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 20-12-09 11:17
adakala kita yang terlalu perasa sedangkan tiada maksud apa-apa. atau mungkin kita memang terasa kepedasan cili tersebut = ayat kedua yang memang menyakitkan hati -----------------
|
sayang_semuanya
WARGA SETIA Menyertai: 23.03.2007 Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 20-12-09 17:36
semoga kita lebih berhati hati dalam setiap perkataan yang kita ucapkan di kemudian hari ----------------- Setiap yang hidup pasti akan pergi.. Sentiasa lah bermuhasabah diri setiap hari
|