Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 03-08-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Never explain yourself to anyone, the one who likes you don't need it, the one who hates you won't believe it
-- -- Snickers (warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 138
Ahli: 0
Jumlah: 138




  Yang Masuk Ke Sini
izad: 14 hari yang lalu
the_brOtherz: 41 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: Menangisi Nasib diri


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» Menangisi Nasib diri

Please Mendaftar To Post


Oleh Menangisi Nasib diri

cahaya_hearty
Warga 3 Bintang
Menyertai: 03.01.2009
Ahli No: 36619
Posting: 72
Dari: nEgeri adAt pErpatih

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 13-12-09 10:38


salam..
erm masalah macam ni memang selalu terjadi kat wanita yang da meningkat umurnye.. :berfikir:
tapi tak apa kak ramai lagi yang kat luar tu yang senasib dan ada masalah persaan macam akak ni...
maybe esok lusa boleh umur saya da meningkat dan masih keseorgn, saya pun akan alami perasaan begitu juga..huhu
bahkan sekarang ni pun ramai rakan-rakan saya yang da bertunang dan kahwin di usia muda..
siap da ada anak lagi tu..huhu :roll:
advice saya..>
maybe akak boleh cuba try suruh mak ayah tolong carikkan ke..
mtak tolong kawan-kawan ke..
kalau tyme b0rink tu pergi lah keluar jalan-jalan kat shopping mall..beli buku..
ajk2 mbe2 yang same nasib pergi melancong..
bagi saya j0d0h akak ada di lua sana cuma lambat or cepat saja kan.. ;-)
maybe Allah bagi akak masa yang ada ni untuk tingkatkan diri jadi lebih solehah..baiki diri jadi lebih baik..siapkan diri untuk bina baitulmuslim..belajar masuk..menjahit..hehe(penting tu) :-D
andai kata rasa d0wn sangat-sangat, ingtlah..
" jike xpat cinta manusia,sesungguhnye cinta Allah tu sentiasa menanti kita.."

:bunga: :bunga: :bunga:


-----------------
Bangkitlah kembali...
Tabahkan hatimu..
Lembutkan hatimu..
Moga jiwamu lunak mendekati Allah..


Bookmark and Share

    


  Member Information For cahaya_heartyProfil   Hantar PM kepada cahaya_hearty   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 01:23


Pada 13-12-09 09:51 , nurkasih85 posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

Salam semua. Di sini saya ingin berkongsi perasaan saya dengan semua. Tak tau dimana ingin meluahkn perasaan yang terpendam. jadi, saya rasa disini lah saja ruangan yang sesuai untuk meluahkan nya.

semua ini bermula smlam, stelah mendengar berita seorang rakan sekolah yang telah bertunang. erm..saban hari, ada saja berita, kawan U dah bersalin, kawan sekolah rndah baru bertunang, 'jom pergi knuri kahwin ex classmate bulan depan', 'jom pergi wedding office mata next week'. mula-mula, rasa biasa saja. tapi lama kelamaan, rasa jelous, tension, sedih...macam 2 perassan negative lah datang...mula lah fikir bukan2..Kenapa lah aku still single. dari sekolah, masuk U dan sekarang dah kerja pun, tak ada org nak.
kadang-kadang rasa sunyi bila weekend terpaksa dok seorang kat rumah.waktu tu memang terasa sangat nak ada kwan yang boleh diajak berbual.
may be sebab saya ni jnis yang tak suka berkawan dengan lelaki. sebab tu tak ada org nak. huhu..

bagaimana ye...bagaimana nak mengubat kesedihan diri ini...mengisi kekosongan diri ini..saban waktu saya berdoa agar dijodohkan dengan seorang lelaki beriman...
kata ayah, bersabarlah...berdoalah...
kata hati, bersabarlah..berdoalah...
tapi, doa kan kena ada usaha...macam mana cara usaha tu?
tak kan nak jadi perigi cari timba agaknya??
ada org suggest, cari dalam internet. isk...tu pun macam perigi cari timba juga..lagi satu,ada ke website yang begitu?ada ke lelaki baik-baik join website macam tu?susah lah nak percaya kalau berkenalan dalam internet ni..huhu


kepada sahabat-sahabat sekalian, terima kasih kepada yang sudi tak. walaupun agak bosan tulisan ini.
diharap ada yang sudi berkongsi pendapat atau nasihat atau apa saja.
thanks a lot. jazakallahu khairan kathira


rasanya..
memang mengalami pun...
sabarla, seru tak sampai lagi...
nak buat macam mana...
usaha sajalah...

mungkin ada lah satu hari nanti...
usaha dengan doa sajalah...
kalau da jodoh sampai, adalah..
tak siapa yang halang..
ok?

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 07:24


Salam

nurkasih85 berumur 24 tahun ke?
kalau 24 tahun masih muda lah tu..
janganlah bersedih sangat atas sebab yang dinyatakan

saya pun jenis tak sosial dengan lelaki,
dari dulu sampai sekarang
saya ada ramai saja kawan perempuan yang menjaga pergaulan dengan lelaki tapi dapat kahwin awal
saya pun sehingga 24 tahun "single"
pada umur yang sama itu kenal dengan seorang lelaki terus dapat kahwin masa umur 25 dengan lelaki yang sama :)
jodoh yang tidak dirancang dan tidak disangka
memang pun segala gala tentang jodoh itu Allah yang tentukan
tapi usaha kenalah buat
semudah mudah usaha adalah DOA
tak perlu bergaul rapat atau cuba menarik perhatian daripada lelaki :jangan:

Jangan disedihkan sangat masa single
sebaliknya isi lah masa itu dengan amalan2 yang baik
masa itu terlalu singkat untuk bersedih
isilah masa dengan sebaiknya

Percayalah, jodoh itu pasti akan tiba suatu hari nanti, insyaAllah
jadi sekarang tumpukanlah untuk mengisi masa yang ada dengan amalan2 baik
dah kahwin nanti memang lainlah dah kisah hidup kita
menyesal nanti kalau mengisi masa itu dengan kesedihan dan perasaan kekosongan
kerana jodoh itu pasti tiba, insyaAllah, cuma kita tak tahu bila
yang dah ada "teman lelaki" sekarang pun belum tentu itu jodoh mereka
jadi sekarang tumpukanlah untuk mengisi masa yang ada
penting untuk wujud dalam hati mencari cinta Allah lebih dari segalanya :)


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

nurkasih85
Warga Rasmi
Menyertai: 15.10.2003
Ahli No: 4379
Posting: 8
Dari: ampang

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 08:04


Terima kasih atas semua nasihat yang dihulurkan....insaf dengan diri sendiri...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurkasih85Profil   Hantar PM kepada nurkasih85   Quote dan BalasQuote

ulfah_widad
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25325
Posting: 301
Dari: Kedah - Perak - Johor

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 08:30


salam adik nurkasih...
akak dah lalui zaman adik..sedih, rasa maca2 lah sama macam adik cakap..alhamdulillah, sedikit kesabaran akhirnya berbuah juga kesabaran kita tu...sedikit sebanyak kita memang kena usaha..doa juga salah satu usaha...tambahan kita ni yang tak berapa pandai nak kawan dengan lelaki...nasihat akak..yang pertama, doa kita panjatkan kepada Allah, mohon dimudahkan jodoh kita.buatlah banyak kali..kalau ikut akak dulu lagi lah..sampai rasa jodoh akak ni mungkin dah tak ada tapi takdir tuhan nak jadikan sesuatu sekelip mata..perancangan Allah lagi Maha Hebat..bertepatan dengan masa yang sesuai, sampailah jodoh kita...

selepas tu kita berkawan dengan ramai orang ..kalau berkawan dengan lelaki ni, jaga batas.....kita berkawan niat cari ilmu..ramai orang yang berkawan niat nak cari calon..bab tu kita serahkan pada Allah...kalau nak jadi, sekelip mata saja...kadang-kadang dalam ramai-ramai tu kita tak tahu yang mana satu jodoh kita...

alhamdulillah akak bertemu jodoh di akhir 20an..lambat bagi setengah orang tapi pada akak Allah lagi Maha Mengetahui setiap yang Dia aturkan...jangan putus asa..Allah sentiasa mendengar doa hambaNya...moga dipertemukan dengan jodoh yang soleh buat adik...

bab berkawan melaui internet ni, carilah channel yang betul nak berkawan..nak kata tak boleh percaya, akak pun kenal suami melalui internet..masa nak bertunang dulu ada juga yang cakap boleh percaya ke tapi kita perlu ambik masa jugalah sebelum percaya orang..jangan kenal baru sebulan dua , setahun dah percaya bulat2...lelaki yang baik dia tahu jaga batas hubungan dia dengan kita..

kalau dah serius, dah mula ada rasa bibit perasaan tu, cepat-cepat lah usul pada keluarga..akak pun masa dah nak ikat hubungan, semua kawan dan keluarga terkejut..tak tahu pun tup2 dah nak kahwin..perancangan Alllah..semuanya dimudahkan walaupun akak rasa macam tak percaya...mudahnya bila laluan kita tu diberkati Allah...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ulfah_widadProfil   Hantar PM kepada ulfah_widad   Quote dan BalasQuote

Nadiena
Warga 2 Bintang
Menyertai: 18.05.2007
Ahli No: 29973
Posting: 69
Dari: KL

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 08:36


Salam,
Muda sangat lah adik untuk terlalu memikirkan pasal jodoh yang tak kunjung tiba, akak sendiri dan over 30 dan masih single :)

Adik bersabar dan terus yakin dan usaha ya.. betul cakap adik cahaya itu, masa terluang itu cari and bacalah buku bacaan yang berfaedah.

Akak doakan adik akan mendapat jodoh yang baik suatu hari nanti. :)

Jangan bersedih ya.



Bookmark and Share

    


  Member Information For NadienaProfil   Hantar PM kepada Nadiena   Quote dan BalasQuote

limah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 26.10.2009
Ahli No: 37835
Posting: 149

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 10:07


Assalamualaikum nur kasih akak nak mencelah sikit ya. nur kasih akak pun macam ulfah pernah juga mengalaminya. akak berkahwin usia 35 tahun selama 15thn tengok org berkahwin dan bersalin. akak nasihatkan jangan sesekali menyesali apa yang berlaku kerana ini boleh memudaratkan kita. akak ada 2 org yang bersikap begini iaitu kerap memikirkan soal kawin. tau tak apa jadi kerja semua tak ok. lepas tu tension lepaskan kat orang. dan mula cakap seorang-seorang. so kalau tak nak jadi demikian nasihat akak kita kena ramai kawan dan jangan sesekali bila berkawan dengan lelaki u dah mula nak anggap dia special...BAHAYA. angap sahaja mereka kawan sehingga mereka sendiri yang luahkan perasan pada u dan jangan sesekali memilih konon u lepasan universiti kena cari org yang setaraf so.......susahlh. ok. dekatkn diri pada ALLAH. sentiasa berdoa kepada nya. ya

Bookmark and Share

    


  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

usop79
Warga 4 Bintang
Menyertai: 12.07.2004
Ahli No: 9983
Posting: 171
Dari: Kedah - Teluk Intan - Muar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 12:10


salam adik nurkasih85

saya sokong apa yang dikatakan ulfah widad tu...
jodoh ni semua Allah dah tentukan...
tapi kita perlu berusaha... yang dimaksudkan usaha itu
tak semestinya perigi cari timba... cukup lah sekadar kita
mudah bergaul dengan orang ramai, maksudnya kalau ada kenduri kendara pergi lah... jangan duduk kat rumah saja... tapi yang penting kita
tahu batasanya.

Islam tu mudah sebenarnya... dan selain tu juga kita kena lah banyak berdoa dan bersolat hajat... kerana usaha itu perlu diiringi dengan doa kepada Allah... dalam memilih jodoh ni kita jangan terburu-buru, biar lah lambat pun tak pa yang penting jodoh kita tu memang yang terbaik dan sesuai untuk kita... setiap kejadian tu ada hikmahnya....

Insyaallah pasti akan ada jodoh nanti... waallahualam...


-----------------
http://senikatalagu.blogspot.com/
http://selokamelayu.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For usop79Profil   Hantar PM kepada usop79   Pergi ke usop79's Website   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 17:53


bukan anti saja...
ramai kawan-kawan saya termasuk saya juga merasa...
tak apa...
Allah tahu kita belum bersedia lagi...
pasti akan datang jodohnya...
Insya Allah... Amin3x...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.092403 saat. Lajunya....