Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bukanlah kerja yang membunuh manusia, sebaliknya rasa risau, bimbang, khuatir.
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 294
Ahli: 0
Jumlah: 294




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Mayat tak diterima bumi


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Mayat tak diterima bumi

Please Mendaftar To Post


Oleh Mayat tak diterima bumi

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-09 09:54


ASSALAMMUALAIKUM...                                                    
                                                                        
"Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun

1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.                                                        
                                                                        
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut . Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana
setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.                                                            
                                                                        
Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.                                                            
                                                                        
Salleh cubamengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang    
lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.                                                                
                                                                        
Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warnatanah.                                                                    
Tiba -tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.    
                                                                        
Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya. Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.        
                                                                        
Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orangkampung.                                                                
                                                                        
Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cubahendak melelapkan mata dia terbau seperti bau                    bangkai di dalam biliknya. Dia cubamembuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.                                        
                                                                        
Salleh cubamenjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cubamembaca ayat suci yang diingatinya. Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.                                                                
                                                                        
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap..        
                                                                        
Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh Salleh bersiap2 untuk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan    
bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.                
                                                                        
Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.    Tiba-tiba dia terdengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.    
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.                                            
                                                                        
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut, Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar. Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas
tol :                                                                    
1-800-88-88-88                                                            
                                                                        
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus                                    
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus                                    
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus                                        
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus                                    
                                                                        
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai
perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan. UBI...... UBI... siapa NAK    
BELI UBIIIII.. ( hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)    
                                                                        

kah..kah..kah...                    
-jangan MARAH..DEN SAJO LOTAK ARTIKEL NI DALAM BOARD NI...BARU THRILL    
SIKIT....
:lucu: :lol:


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-11-09 11:20


nak kena ini .....heh hehe hehe hehe hehe hehe....oooo yeyeye saja aku baca.....memang buat pasal betul.......

:lucu: :lol: :cry:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

adekuwan83
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.11.2007
Ahli No: 31792
Posting: 189
Dari: seremban

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 25-11-09 11:49


saya nak beli ubi tu.. :-| :-|

Bookmark and Share

    


  Member Information For adekuwan83Profil   Hantar PM kepada adekuwan83   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 25-11-09 19:21


huh..memang den terkona kali ni..huhu.. ishk..kurang asam!


-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 26-11-09 11:00


huhu.. macam-macam daaa...

p/s: ada ke jual kerepek ubi mentah? :sopan:



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-11-09 07:19


Pada 25-11-09 19:21 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

huh..memang den terkona kali ni..huhu.. ishk..kurang asam!



hehe..jangan marah ..nanti kena jual...

:lol:


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 30-11-09 15:15


Fuhh nasib baca kat akhir dulu, kalau baca dr awal sure terkena jugak eden..ehehhe

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 06-12-09 17:24


ingatkan apa tadi..da tkena pula..hehhe nasib baik baca sampai habis.


-----------------
http://www.dapatwang.com/?id=laila82


Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

hafieza25
Warga 3 Bintang
Menyertai: 12.11.2009
Ahli No: 38215
Posting: 133
Dari: USJ

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-12-09 07:41


Pada 30-11-09 15:15 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Fuhh nasib baca kat akhir dulu, kalau baca dr awal sure terkena jugak eden..ehehhe


owh main tpu..baca dr ujong pulak.. :-?


-----------------
Fieza


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafieza25Profil   Hantar PM kepada hafieza25   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.108095 saat. Lajunya....