Oleh |
..:: akan adakah sinar itu ::.. |
rose_orkid
Warga Rasmi Menyertai: 13.10.2009 Ahli No: 37655
Posting: 19
Dari: N9
|
Posting pada: 22-11-09 23:15
kadangkala kita takkan mampu mengubah apa yang telah berlaku..cuma berharap agar ada sinar untuk menerangi hari2 yang kelam..kadangkala terasa begitu sukar meneruskan kehidupan yang mendatang..semakin kita cuba menjadi tabah tapi semakin kuat dugaan yang tiba..semuanya menguji kesabaran dan kewarasan..hanya yang mampu akan masih bertahan.. kadangkala sukar untuk membuat orang memahami hati yang ingin meluahkan..betapa payahnya menyatakan kebenaran yang menyakitkan..apabila kepercayaan dikhianati..apabila ketulusan dipersiakan..hanya Dia yang lebih mengerti kesengsaraan hati ini.. ya Allah..ku mohon kekuatan untukku terus berdiri di atas muka bumiMu..sungguh aku menyedari kelemahanku..ampunilah aku Ya Allah..izinkan aku mengecapi kebahagiaan di atas muka bumiMu..bantu lah aku Ya Allah..
|
jubah_hijau
WARGA SETIA Menyertai: 30.06.2006 Ahli No: 25035
Posting: 514
Dari: UTM SKUDAI
|
Posting pada: 22-11-09 23:20
zikir dan berfikir,senyum dan senyap, reda dan tabah....
|
indri_solehah
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.12.2008 Ahli No: 36470
Posting: 28
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 23-11-09 01:00
Pada 22-11-09 23:15 , rose_orkid posting:!!! QUOTE !!! kadangkala kita takkan mampu mengubah apa yang telah berlaku..cuma berharap agar ada sinar untuk menerangi hari2 yang kelam..kadangkala terasa begitu sukar meneruskan kehidupan yang mendatang..semakin kita cuba menjadi tabah tapi semakin kuat dugaan yang tiba..semuanya menguji kesabaran dan kewarasan..hanya yang mampu akan masih bertahan..
kadangkala sukar untuk membuat orang memahami hati yang ingin meluahkan..betapa payahnya menyatakan kebenaran yang menyakitkan..apabila kepercayaan dikhianati..apabila ketulusan dipersiakan..hanya Dia yang lebih mengerti kesengsaraan hati ini..
ya Allah..ku mohon kekuatan untukku terus berdiri di atas muka bumiMu..sungguh aku menyedari kelemahanku..ampunilah aku Ya Allah..izinkan aku mengecapi kebahagiaan di atas muka bumiMu..bantu lah aku Ya Allah.. kuatkan hati...dugaan diberikan tanda awak mampu hadapinya...DIA pasti maha tau..
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 23-11-09 07:07
macam frust saja.. Kenapa tu? nyway banyak2kan bersabar.. pastinya ada sinar lagi pada masa depan  ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 23-11-09 10:30
Sinar itu sentiasa ada.. Bersabar lah, kuatkan semangat dalam menjalani arus kehidupan.. Banyakkan berdoa, mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan.. Jangan hanya ingat, suram,sedih, susah itu ujian bahkan gembira dan senang juga ujian untuk kita.. Ujian untuk melihat sejauh mana kesyukuran kita terhadapNya.. Hakikatnya hidup ini ada pasang surut.. Itu pasti..
|
Alisha_Mardhiyah
Warga 3 Bintang Menyertai: 17.09.2009 Ahli No: 37512
Posting: 76
Dari: Terengganu-KL-Selangor
|
Posting pada: 23-11-09 11:15
bersabarlah dik... Allah hanya menguji insan2 terpilih... semoga kita lebih dekat pada-NYA... setiap yang berlaku ada hikmahnya... sentiasalah beranggapan baik dengan setiap ketentuan-NYA... kadang-kadang apa yang kita inginkan, tak tercapai... sebab itu bukan yang terbaik untuk kita... hanya Allah yang lebih Mengetahui... berdoalah dan pasrah pada-NYA... ----------------- http://semua-barangmurah.blogspot.com
|
rose_orkid
Warga Rasmi Menyertai: 13.10.2009 Ahli No: 37655
Posting: 19
Dari: N9
|
Posting pada: 23-11-09 16:18
terima kasih.. lega mendengar kata-kata yang menyejukkan hati.. memang betul..ujian ini datang dalam pelbagai bentuk.. sungguh..hanya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik.. bukan frust cuma kadangkala terfikir di mana pengakhirannya.. apapun..saya terima ketentuan yang berlaku.. kerana sesungguhnya saya hanyalah seorang hamba..
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 23-11-09 17:47
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Thabrani daripada Abu Umamah, Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hambaKu. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya." "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3). Rasulullah SAW pernah bersabda: "Ujian yang tiada henti-hentinya menimpa kaum mukmin baik lelaki atau wanita yang mengenai diri, harta dan anak-anaknya, tetapi dia bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa." (hari At-Tirmidzi)  ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
indri_solehah
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.12.2008 Ahli No: 36470
Posting: 28
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 24-11-09 11:51
Pada 23-11-09 17:47 , Meow posting:bahaya penyampaian ni. hadis yang xjelas..ayat ni pula xberkaitan dengan ni.mentafsirkan ayat dengan ro'yun neraka tmptnya
|
miftahul_jannah
Warga 3 Bintang Menyertai: 14.09.2008 Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM
|
Posting pada: 24-11-09 16:59
sentiasa beristighfar setiap mas untuk menyucikan hati.semoga ALLAH memberi sinar buat kita... ----------------- ^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^
|
nisa_iman
Warga 4 Bintang Menyertai: 13.01.2008 Ahli No: 32305
Posting: 341
Dari: sintok..>>..bangi
|
Posting pada: 24-11-09 19:43
sabar adalah penyelesaian terbaik... cuba memuhasabah diri...insyaAllah ketenangan akan datang dengan sendirinya.... mengadulah pada DIA...sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap permasalahan hambaNya...  ----------------- ISLAM is my life, my life is for ISLAM.... takbir!!! ALLAHUAKBAR
|
Meow
 Menyertai: 09.12.2004 Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam
|
Posting pada: 24-11-09 21:30
Pada 24-11-09 11:51 , indri_solehah posting:!!! QUOTE !!! Pada 23-11-09 17:47 , Meow posting:bahaya penyampaian ni. hadis yang xjelas..ayat ni pula xberkaitan dengan ni.mentafsirkan ayat dengan ro'yun neraka tmptnya Amboi sedap bahasa.. mentang2 lah rasa ada ilmu lebih sikit dari org lain.. ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~
|
taisir
Warga 4 Bintang Menyertai: 01.05.2005 Ahli No: 16233
Posting: 264
Dari: planet bumi...
|
Posting pada: 25-11-09 08:18
salam alaik... selagi boleh sabar, bersabarlah dan kuatkanlah hati dengan pergantungan hidup pada Allah..insyaAllah akhirnya Allah akan bagi jalan keluar biarpun perit ujian yang menimpa... Allah takkan uji jika kita tidak mampu menghadapinya... life must be go on ukhtie...walaupun ujian yang Allah hadirkan 1001 keperitannya... wa Allah hu a'lam...
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 09-02-10 00:28
Jika bersedih, mengadulah sebanyak2nya kepada Allah, kerana Dia tak akan pernah jemu mendengar rintihan kita ... jangan diharap sangat kebahagiaan didunia ... sebab dunia ini adalah bangkai (penuh dengan maksiat, nikmat dunia tak kekal) ... Berdoalah, "Ya Allah berikanlah aku kebahagiaan didunia dan diakhirat, tapi jika tidak Kau beri aku kebahagiaan didunia ini, berikanlah aku kebahagiaan diakhirat yang kekal abadi" .... "Bantulah aku supaya kuat dalam menghadapi kehidupan ini, sesungguhnya aku, hamba Mu yang lemah ...."
|
tero_1809
Warga 2 Bintang Menyertai: 14.10.2005 Ahli No: 19818
Posting: 56
Dari: negeri sembilan
|
Posting pada: 11-02-10 23:16
lah tahzan......... selain daripada mendekatkan dan berdoa kepada Allah swt. banyakkan memabca buku ilmiah keagamaan. ini dapat memberi kekuatan kepada kita. jiwa kita perlukan makanan dan ilmu itu salah satu daripadanya... saya galakkan bacalah buku lah TAHZAN..... ----------------- berani kerana benar, takut kerana salah.. http://namaakusiti.blogspot.com/
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 12-02-10 08:20
salam , kalau ada masalah harap bersabar dan yang penting cuba selesaikan..jangan hanya redho sahaja. hidup mesti diteruskan..lihatlah dunia yang Allah ciptakan ini. buka diri anda.. tinggalkan persoalan yang kurang penting. cumanya adakah masalah ini penting bagi kehidupan anda? kalau tak penting lupakan ia.. ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
SNMA
Warga 5 Bintang Menyertai: 08.12.2009 Ahli No: 38572
Posting: 379
Dari: SELANGOR
|
Posting pada: 12-02-10 23:10
abang Zulman, macam pepatah ni lah .. "Pentingkan perkara yang terpenting kerana perkara yang terpenting lebih penting daripada perkara yang penting.. "  Secara pribadi, Wawa berpendapat kesedihan/ujian yang menimpa rose_orkid ni, petanda bahawa ALLAH SWT sedang menguji iman awak..  Betul, ibtila' 2 sunnatullah.. Ingat! Buktikan pada ALLAH SWT yang DIA ada lah perkara terpenting dalam hidup awak. jangan hilang waras hanya kerana insan yang bergelar 'hamba' ok..? Wawa dah lalui macam-macam, bukan nak ego/tinggi diri tapi memang gembira jika kita berjaya mengatasi dugaan ALLAH SWT beretemankan 'iman'..  Berusaha tau..?? ----------------- ~~Wonder Mom to be~~ "Aku akan tetap melayanmu dengan baik, kerana aku tak mahu kebaikanku hilang kerana sikap burukmu itu" - ReMiNDeR -
|
annuur_syifa
Warga Rasmi Menyertai: 12.12.2009 Ahli No: 38630
Posting: 15
Dari: Kulai, Johor
|
Posting pada: 13-02-10 00:55
Adakalanya Allah mengeluarkan petir yang membuatkan kita berasa sedih dan takut..tapi siapa sangka,selepas dr itu Allah menganugerahkn pelangi yang indah dan membuat kita tersenyum semula...  Tabahkn hati,kuatkan semangat ye...  ----------------- "Allah tidak menetapkan qadha' bagi seorang hamba-Nya kecuali qadha' itu baik baginya" ~Al-Musnad karya Imam Ahmad~
|
Addey
WARGA SETIA Menyertai: 13.03.2005 Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu
|
Posting pada: 14-02-10 12:00
Pada 22-11-09 23:15 , rose_orkid posting:!!! QUOTE !!! kadangkala kita takkan mampu mengubah apa yang telah berlaku..cuma berharap agar ada sinar untuk menerangi hari2 yang kelam..kadangkala terasa begitu sukar meneruskan kehidupan yang mendatang..semakin kita cuba menjadi tabah tapi semakin kuat dugaan yang tiba..semuanya menguji kesabaran dan kewarasan..hanya yang mampu akan masih bertahan..
kadangkala sukar untuk membuat orang memahami hati yang ingin meluahkan..betapa payahnya menyatakan kebenaran yang menyakitkan..apabila kepercayaan dikhianati..apabila ketulusan dipersiakan..hanya Dia yang lebih mengerti kesengsaraan hati ini..
ya Allah..ku mohon kekuatan untukku terus berdiri di atas muka bumiMu..sungguh aku menyedari kelemahanku..ampunilah aku Ya Allah..izinkan aku mengecapi kebahagiaan di atas muka bumiMu..bantu lah aku Ya Allah.. sedikit masa lagi...
|
FAZIMY
Warga Rasmi Menyertai: 16.02.2010 Ahli No: 39291
Posting: 10
Dari: johor
|
Posting pada: 17-02-10 09:54
SOONER OR LATER, IT WILL COME. Banyak-banyakkan bersabar. Bersangka baik dengan pencipta. Segala apa yang berlaku, ada hikmah yang kita tidak tahu. Tidak dinafikan, kadang-kadang apa yang berlaku itu boleh membuatkan diri kita dihina, dikutuk tetapi, percayalah, jika kita lalui semua itu dengan kesabaran, Allah akan meningkatkan martabat kita di sisiNya. Anggaplah apa yang berlaku ini adalah dugaanNya untuk kita kerana Allah tidak akan menurunkan dugaan yang tidak termampu dipikul oleh hambaNya. dan semoga dengan dugaan ini, akan mendekatkan diri kita denganNya. Mungkin, selama ini, kita terlalai. Hinanya diri kita di mata manusia, mulianya kita di sisiNya andainya kita redha dengan dugaanNya. Banyak-banyakan mengingatiNya. "Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku atas musibah ini dan gantikanlah yang terbaik untuknya."
|
hajime_kindaichi
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 17-02-10 09:59
sinar uv sangat bahaya jike terkena pada kulit.. sinar tak pun bahaya jike terlalu lama terdedah padanya.. sinar cahaya putih yang sangat selamat..
|
zaujahustazalias
Warga Rasmi Menyertai: 24.02.2010 Ahli No: 39342
Posting: 17
Dari: bumi waqafan
|
Posting pada: 27-02-10 13:27
ingatlah.. setiap apa yang allah bagi kat kita tu..DIA tahu kita mampu hadapi semua ni..tenang ya..ingatlah..dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang! ----------------- berkorban tak perlu terkorban.. Usah dipersoal Kenapa..tapi sama-sama kita cari bagaimana..
|
sakinah283
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.10.2006 Ahli No: 26864
Posting: 260
Dari: Ampang-Bangi
|
Posting pada: 27-02-10 18:18
Pada 23-11-09 16:18 , rose_orkid posting:!!! QUOTE !!! terima kasih.. lega mendengar kata-kata yang menyejukkan hati.. memang betul..ujian ini datang dalam pelbagai bentuk.. sungguh..hanya Dia yang maha mengetahui apa yang terbaik.. bukan frust cuma kadangkala terfikir di mana pengakhirannya.. apapun..saya terima ketentuan yang berlaku.. kerana sesungguhnya saya hanyalah seorang hamba.. walau apa pun masalah awak,moga segalanya dimudahkan Allah... em...saya pun kadang-kadang ada perasaan macam tu.... semua org ada dugaan sendiri,cuma masing-masing berbeza..... huhu....  ----------------- "The way to love anything is to realize that it might be lost"
|