Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Orang yang takut ditakluki pasti akan kalah
-- Napoleon Bonarpate

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 205
Ahli: 0
Jumlah: 205




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Aksi pemimpin di luar protokol


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Aksi pemimpin di luar protokol

Please Mendaftar To Post


Oleh Aksi pemimpin di luar protokol

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-11-09 10:23


Assalamualaikum

"SAYA tahu bahawa manusia dan ikan boleh hidup bersama dalam keadaan aman dan damai,". Kenyataan di atas jika diteliti kedengaran seperti ada yang tidak kena. Manusia dan ikan hidup bersama itu memang hakikat. Hidup "aman damai" macamlah sebelum ini manusia dan ikan pernah berperang.

Akhirnya perkara ini menjadi bahan lawak kerana ia berbentuk kenyataan yang mengarut.

Yang menjadi masalahnya jika orang biasa yang bercakap sedemikian, tidaklah menjadi masalah sangat. Tetapi kenyataan ini diucapkan oleh mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) George W. Bush dalam satu sidang media mengenai alam sekitar. Memanglah ia dilihat umpama mendedahkan kebodohan sendiri. Banyak lagi perkara lain yang boleh dinyatakan oleh beliau tetapi semua orang hairan Kenapa perkara mengenai ikan yang tidak berapa berkait yang di sebutkannya.

Namun hampir semua orang tahu Bush sememangnya sering bersikap dan terlepas cakap perkara yang tidak masuk akal.

Pernah sekali beliau menyatakan bahawa AS memerlukan anggota tentera yang "buah dada" dan bijak (breast and bright) untuk "tinggal" dan berkhidmat demi negara. Entahlah macam mana seorang pemimpin tertinggi negara besar seperti AS boleh terlepas cakap sebegitu rupa. Sepanjang perkhidmatannya sebagai Presiden AS lagaknya seperti seorang yang tegas dan berani melakukan sesuatu. Tetapi dengan semua kesilapan yang dilakukan ia menunjukkan Bush tidak ubah seperti seorang pemimpin "tin kosong" yang telah disediakan segalanya.

Dalam satu pertemuan dengan Ratu Elizabeth, Bush pernah menepuk bahu ratu tersebut selepas bersalaman. Mungkin kita tidak nampak sebarang kemusykilan di sini tetapi dari sudut diplomatik, ia dilihat sebagai sesuatu yang tidak elok. Menepuk bahu seorang ratu umpama mencalarkan imej negara tersebut apatah lagi beliau seorang pemimpin wanita. Mungkin bagi Bush yang berasal dari Texas, beliau beliau beranggapan boleh bertindak seperti koboi yang selalu berbuat sesuatu tanpa ada batasan atau mengikut protokol.

Memburukkan keadaan satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Bush hampir saja memusnahkan pasaran saham Jepun. Dalam satu lawatan ke negara matahari terbit itu, beliau telah menyatakan mata wang Yen akan berhadapan dengan penurunan nilai (devaluation). Beberapa jam kemudian selepas pasaran saham Jepun jatuh teruk, seorang pegawai Bush menerangkan apa yang dimaksudkan beliau ialah deflasi mata wang Yen dan bukan penurunan nilai.

Memalukan

Lebih memalukan, selepas memberikan ucapan di China boleh pula Bush memalukan diri kerana tersilap membuka pintu keluar. Kejadian ini yang berlaku menjelang hari-hari terakhir sebagai presiden benar-benar memalukan maruah dirinya sebagai ketua negara besar dunia.

Semua kejadian ini menunjukkan kebodohannya sendiri dan kita boleh menilai sendiri Kenapa beliau melancarkan serangan terhadap Iraq atas alasan negara tersebut mempunyai senjata pemusnah besar-besaran. Hakikatnya tidak wujud pun senjata yang dikatakan malah maklumat perisikan yang diperolehi ternyata silap. Kebodohan beliau akhirnya memakan diri dan ternyata rakyat AS tersilap memilih pemimpin sehingga mengakibatkan imej negara itu tercalar teruk di bawah kepimpinannya.

Selain dari Bush, Setiausaha Negara AS sekarang Hillary Clinton juga pernah mengucapkan perkara yang tidak sepatutnya. Sebagai contoh beliau pernah berucap dalam satu kempen untuk mengumpul dana pilihan raya, "Beri peluang kedua kepada Presiden Clinton, maka saya dan Al Gore akan memberi kelonggaran untuk melakukan apa yang kami mahu lakukan."

Kenyataan ini memberikan gambaran seolah-olah Hillary dan Al Gore terlalu berpengaruh di sebalik tabir.

Satu lagi kenyataan beliau yang turut mengundang kontroversi ialah, "Saya tidak akan membenarkan wartawan menyelongkar dokumen penting. Ini kerana kami adalah Presiden,". Kenyataan ini telah dikeluarkan berikutan para wartawan cuba mendapatkan dokumen kerajaan yang telah disepina.

Kenyataan beliau ini benar-benar menimbulkan kemusykilan adakah Hillary memainkan peranan penting di sebalik tabir. Ini kerana beliau merupakan Wanita Pertama AS ketika itu. Pastinya kenyataan sebegini mengundang kontroversi yang akan mengundang padah kepada dirinya.

Dalam kontroversi terbaru, gambar berita yang memaparkan Presiden Barrack Obama tunduk menghormati Maharaja Jepun, Akihito telah menimbulkan kemarahan pengkritik yang mengatakan pemimpin itu sepatutnya berdiri tegak ketika mewakili AS di negara luar.

Dalam kejadian yang berlaku pada 16 November lepas, golongan cerdik pandai Washington masih menimbang sama ada Obama telah mengaibkan negara mereka atau tidak.

Tindakan Obama ini telah menimbulkan kontroversi dan kekecohan sama ada apakah ia benar-benar perlu dilakukan memandangkan AS adalah sebuah kuasa besar dunia.

Kebanyakan mereka beranggapan tindakan itu sebagai tidak wajar sekali gus menunjukkan AS lemah dan terlalu bersikap terlalu hormat di bawah Obama.

Sesetengah pengkritik konservatif turut membandingkan gambar Obama dengan seorang bekas Naib Presiden AS, thingy Cheney, yang menyapa maharaja pada 2007 dengan berjabat tangan dan bukan menunduk.

Mencetuskan

Sesetengah pihak mengatakan bahawa tindakan Obama itu mencetuskan kritikan selepas beliau melakukan perkara serupa kepada Raja Arab Saudi, Raja Abdullah pada pertemuan Negara-Negara Kumpulan 20 (G20) April lalu.

Kelakuan Obama itu telah menyentuh ketegangan perasaan terutama di kalangan pengkritik Obama yang mengatakan beliau telah mempercepatkan kemerosotan AS sebagai kuasa terbesar dunia dengan bersikap terlalu memaafkan dan terlalu hormat semasa berurusan den gan pemimpin-pemimpin negara luar.

Ketika kebanyakan ulasan tentang tindakan menunduk Obama ditujukan secara negatif, sesetengah pemerhati politik seperti aktivis Demokratik Donna Brazile, mempertahankan Presiden itu.

"Saya rasa ia satu tindakan yang melambangkan kebaikan,'' katanya kepada CNN dengan menambah, tindakan menunduk itu menggambar kan rasa 'muhibah antara dua negara yang menghormati antara satu sama lain'.

Sementara itu, seorang pegawai pentadbiran kanan Obama yang enggan dikenali, memberitahu laman web berita Politico.com bahawa Presiden AS itu hanya mengikut protokol menghadap maharaja.


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09863 saat. Lajunya....