Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Air yang mengapungkan kapal, air juga yang menenggelamkan kapal
-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 170
Ahli: 0
Jumlah: 170




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 14 jam, 35 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Pengetahuan Am
Topik: Hukum Tarikan dan Husnuzzon


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Pengetahuan Am
    »» Hukum Tarikan dan Husnuzzon

Please Mendaftar To Post


Oleh Hukum Tarikan dan Husnuzzon

taalidi
Warga Rasmi
Menyertai: 25.10.2008
Ahli No: 35583
Posting: 18
Dari: Rawang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-11-09 17:48


[email protected]

Hukum Tarikan (Law of Attraction) merupakan satu hukum alam dari sudut Quantum Fizik. Kita umumnya pernah mempelajari tentang Hukum Graviti (Law Of Gravity) yang merupakan salah satu dari Hukum Alam yang diperakui dari segi sains dan diterima oleh Islam sebagai salah satu hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T, pencipta alam semesta. Didalam Hukum Graviti, apa jua akan tertarik kebumi oleh tarikan graviti. Tidak kira siapa kita, bangsa apa dan ugama apa, baik atau jahat, sekiranya anda terjun dari tingkat 10 menara KLCC, anda sudah pasti akan jatuh ke bumi. Ini adalah kerana Hukum Graviti sentiasa berlaku dan tidak pernah gagal menjalankan sistemnya yang telah ditetapkan oleh Allah. Kecuali didalam beberapa kes tertentu atas kehendak Allah, hukum graviti tidak berlaku seperti dalam peristiwa isra' dan mi'raj Rasulullah S.A.W ada diriwayatkan sebuah batu ingin mengikut Nabi ke langit, tetapi tidak diizinkan Allah, maka batu yang baru naik beberapa meter ke udara itu terhenti dan tidak jatuh kebumi semula. Ianya tetap disitu seolah-olah tergantung sehingga kini. Dari segi sains, jisim batu tersebut sudah terkeluar dari sistem tarikan graviti maka ianya logik untuk tergantung sehinggalah pada batas waktu yang ditetapkan Allah.

Manakala didalam Hukum Tarikan pula, prinsipnya ialah suatu cetusan fikiran akan menarik perkara yang sama dengan sesebuah cetusan fikiran itu. Dalam ertikata lain ianya boleh dimengertikan dengan tiga perkataan iaitu: Fikiran Menjadi Kenyataan (Thoughts Becomes Things). Para pengkaji Hukum Tarikan telah menyenaraikan banyak terjemahan pada prinsip ini seperti You Are What You Think You Are ( Diri anda merupakan apa yang anda fikirkan tentang anda), If You can See It In Your Mind, You Can Hold It In Your Hand (Jika anda boleh melihatnya didalam fikiran anda, tidak mustahil untuk anda memilikinya).

Umumnya, setiap hari manusia pasti akan berfikir, sama ada tentang masa lalu, masakini, masa depan, tentang urusan-urusan harian dan sebagainya. Terdapat pelbagai cetusan fikiran setiap hari yang dicetuskan oleh minda kita dari pelbagai arah tentang pelbagai perkara. Dari segi sains, otak normal seseorang manusia mampu mencetuskan lebih kurang 60,000 cetusan fikiran sehari. Menurut kajian fizik kuantum, setiap cetusan fikiran mempunyai gelombang (frekuensi). Otak manusia mengeluarkan frekuensi setiap kali manusia itu berfikir. Anda tidak dapat melihat frekuensi dari gelombang otak tetapi anda boleh mengambil contoh frekuensi telefon bimbit anda, atau frekuensi radio, yang mana juga tidak dapat dilihat oleh kita, tetapi kita amat menikmati faedah dari gelombang-gelombang radio dan telefon bimbit kita setiap hari. Bagaimanakah frekuensi telefon bimbit anda berfungsi? Ramai juga yang tidak tahu tentangnya tetapi amat bergantung pada penggunaannya. Apa yang kita tahu, jika kita dial nombor telefon rakan kita, satu frekuensi akan dihantar ke satelit dan satelit akan mengenal pasti nombor penerima dan menghantarkan isyarat pada telefon rakan kita dan dalam masa beberapa saat, anda sudah dapat berbual dengan rakan anda walaupun jaraknya beratus batu dari anda. Kesimpulannya, setiap frekuensi mempunyai isyarat untuk dihantar dan mampu diterima oleh sistem penerimaan yang tepat.

Persoalannya, kemanakah pula frekuensi yang dihantar oleh otak kita dan jenis frekuensi apakah yang kita hantarkan? Sebelum membincangkan hal ini dengan lebih mendalam, kita perlu memahami tentang kewujudan alam semesta ini.

Kita semua memahami bahawa setiap apa jua diseluruh alam semesta ini terdiri daripada tenaga yang dikenali dengan nama atom. Didalam alam semesta terdapat galaksi-galaksi, dan salah satunya adalah galaksi Bima Sakti dimana terdapat sistem suria kita, didalam sistem suria kita terdapat 9 planet didalam sistem orbit yang tersendiri dan salah sebuahnya adalah planet kita iaitu Bumi. Maka dibumi ini lah manusia ditempatkan dimana manusia pula terdiri daripada tubuh badan fizikal yang mempunyai sistem organ tubuh yang terdiri dari sel-sel badan, dimana sel-sel badan ini terdiri dari atom dan jelas sekali atom merupakan tenaga yang bergetar.Hakikatnya seluruh alam semesta ini adalah berasaskan atom atau tenaga. Oleh itu, sedar atau tidak, kita semua adalah berhubungan antara satu sama lain dalam bentuk tenaga. Kita bukanlah hanya terdiri dari daging, darah dan nyawa, tetapi melebihi dari itu. Manusia adalah penciptaan Allah yang sangat hebat.

Firman Allah: Sesungguhnya manusia itu diciptakan dengan sebaik-baik kejadian.

Oleh itu, seluruh alam semesta ini terdapat banyak tenaga. Berbalik kepada persoalan kita tadi, frekuensi yang dikeluarkan oleh otak manusia akan terpancar keseluruh alam semesta dan akan menarik tenaga yang ada dipersekitaran ruanglingkup alam balik kepada penghantar isyarat frekuensi tadi iaitu manusia yang berfikir tadi. Jenis tenaga yang ditarik bergantung kepada jenis frekuensi yang dihantar. Mengikut kajian sains, hanya terdapat 2 jenis frekuensi yang dikeluarkan oleh otak iaitu:

1. Frekuensi Positif

2. Frekuensi Negatif

Oleh yang demikian, tenaga yang ditarik juga adalah dalam bentuk Tenaga Positif atau Tenaga Negatif. Jika kita mengeluarkan frekuensi negatif, maka yang tertarik kepada kita adalah perkara-perkara negatif juga sebagai contoh, pada pagi anda bangun tidur, anda bangun dengan marah-marah kerana lewat bangun dan maki hamun ahli keluarga atau rakan yang tidak bangunkan anda dari tidur, di sini anda telah mengeluarkan frekuensi negatif, apabila frekuensi ini telah terpancar dari anda sendiri sebagai pemancarnya, maka, selepas itu akan berlaku lagi perkara-perkara negatif yang lain seperti tertinggal bas, di marahi bos, di rompak dalam perjalanan ke tempat kerja atau yang lebih dahsyat lagi mungkin di buang kerja. Jika anda bangun pagi dalam keadaan yang tenang dan positif walaupun lewat, anda akan menarik tenaga-tenaga positif kepada anda, anda mungkin tidak akan di marahi bos, dapat sampai ke pejabat tepat pada waktunya, tidak tertinggal bas dan sebagainya.

Sekarang kita telah memahami konsep hukum tarikan itu sendiri dan bagaimana tenaga itu akan di manesfeatasikan kepada kita dan tenaga apa yang akan di pantulkan kepada kita. Dalam menjalani kehidupan seharian, kita juga kadang-kadang tidak sedar yang fikiran kita telah mengeluarkan tenaga positif dan negatif. Ini kerana fikiran itu tercetus di luar kawalan kita dan lama-kelamaan fikiran itu menjadi dominan di dalam benak kita. Fikiran yang dominant ini akan menghasilkan tenaga yang sangat kuat dan akan menarik fikiran dominant itu kepada kita. Sebagai contoh, di dalam benak anda, selalu terlintas di dalam benak tanpa kawalan anda yang anda tidak mahu gagal.Apabila, anda selalu mengatakan yang anda tidak mahu gagal berulang-ulang kali di dalam benak anda, maka apa yang akan terjadi?Apa yang akan anda tarik kepada anda? Mesti anda akan mengatakan yang anda tidak akan gagal,kan? Tetapi yang terjadi adalah sebaliknya. Kenapa? Ini juga anda harus ingat dan faham. Anda harus mengatakan yang anda ingin berjaya dan bukanlah tidak mahu gagal kerana perkataan gagal itu sendiri adalah negative dan anda sebenarnya mengeluarkan frekuensi negative.Jika anda mengatakan anda ingin berjaya, anda telah menghasilkan pemikiran positif yang sangat dominant dan berkuasa di dalam minda anda.

Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dalam penggunaan perkataan yang sesuai atau yang lebih tepat lagi jika ingin sesuatu yang positif, maka perkataan-perkataan yang positif harus digunakan. Demikianlah hukum tarik-menarik berkerja seperti firman Allah dalam hadis Qudsi:

“Aku bersama sangkaan hambaku padaku, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.”

Kita lihat pula dari persepsi Islam, Allah sendiri telah menjanjikan begitu di dalam hadis qudsiNYA, jika kita berprasangka baik atau positif, Allah jua akan bersangka baik pada kita, sama juga jika kita berfikiran positif, maka yang positif jua datang kepada kita, ini kerana yang positif itu adalah sangkaan positif Allah pada kita. Hukum tarikan ini adalah mencerminkan sifat Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang lagi Maha Memakbulkan permintaan dan doa umatNYa. Allah telah menciptakan tubuh badan kita yang terdiri daripada sel-sel dan kemudiannya menjadi molekul-molekul yang akhirnya membentuk tenaga yang akan kita pancarkan kepada alam semesta. Sebab itu kita mampu memancarkan tenaga positif dan tenaga negatif seta menarik tenaga-tenaga tersebut.Inilah hukumnya.


Wallahuaklamubissawab

[email protected]

Bookmark and Share

    


  Member Information For taalidiProfil   Hantar PM kepada taalidi   Pergi ke taalidi's Website   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 14-11-09 12:06


cuba sajikan dengan lebih ringkas, mudah, dan menarik?
insyaallah akan lebih berguna


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10117 saat. Lajunya....