Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 01-02-2023  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Allah don't give us what we want, instead He gives us what we need
-- Spaghetigoreng (Warga Ukhwah.com)

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 58
Ahli: 0
Jumlah: 58




  Yang Masuk Ke Sini
MaMaT1505: 22 hari yang lalu
Iswadi: 28 hari yang lalu
Martyr: 28 hari yang lalu
kasih_kekasih: 33 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: 40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» 40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami

Please Mendaftar To Post


Oleh 40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 29-10-09 14:47


Subject: 40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami

Email Oleh : Insyira Arman

1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam-macam. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.

3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.

4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.

5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi, belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.

6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.

7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami mahu seks tiap-tiap malam dan suka liwat saya.

9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.

10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.

11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan. Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama jen is.

12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga apabila asyik bercinta dengan "maknyah".

13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar dalam saya... rupa-rupanya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya kerana menuruti kehendak emaknya.

14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik sahaja dilahirkan dahulu.

15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya. Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.

16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa dia suruh saya masak macam biasa. anak-anak keliru melihat gelagat bapa mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.

17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3 tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh..

18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 tak seminggu dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat mengandung..

19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami jemput, kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.

20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan anak kerana tidak memandu berhati-hati sehingga kemalangan dan merosakkan kereta kesayangannya.

21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau suami sanggup bergolok-bergadai semata-mata mahu penuhi hajat emaknya yang berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad. Terpaksalah saya menyara anak-anak.

22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata 'tak ada duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan saja gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.

23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yang mengena, 2-3 hari tak keluar bawa teksi.

24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari bomoh, lepas itu tanam macam-macam jen is tangkal, mesti dia nak pergi 'bersangkak' .

25. Sewaktu bercinta memang saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi.

26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri lain dan anak masih kecil. rupa-rupanya selama ini emak tahu arwah suka kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak menganggu hidupnya.

27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. kadang-kadang sampai setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya, dia kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan-kawan.

28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang dah ada tanda-tanda HIV.

29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi, saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling barang2 rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.

30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil. mula-mula cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2 ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya sara anak sementara dia di dalam penjara.

31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan. Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.

32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja kilang nak sara anak-anak.

33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati saya selama ini?

34. Kami memang miskin. Saya buat macam-macam benda untuk tambah pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang, upah sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga".. siang dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.

35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab. Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan cinta" perempuan lain di badannya.

36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang. Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang saya dan pihak hospital.

37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat, suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan-kawan macam orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah seorang diri terkial-kial menguruskan anak.

38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan. Dia sendiri pun tak pernah buat.

39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan-kawan apabila isteri hamil, dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan silap haribulan berendam airmata...

40.. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa-rasanya gelaran saya sudah berubah. Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik benar kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.


www.khai-azman. blogspot. com


p/s: macam- macam kisah dalam dunia ini


-----------------
Yang Mencari Keredhaan ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 15:03


lepas tu..kalau lelaki tu tak layak jadi suami..nak dijadikan istri erk..?he..he..


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 15:43


ada ke lagi lelaki yang bukan macam diatas ni?
kalau ada mana buktinye?

mungkin 1 dalam 100 orang
mungkin 500 orang

tapi orang perempuan ada yang tak kisah
sebab perkara begini lah ramai perempuan prefer tak kahwin dan agak memilih
nak kata tak elok kahwin, kena jugak kahwin

kalau dah tau perangai lelaki tahap cipan
baik perempuan uruskan diri sendiri dari terpaksa menyara suami
yang katanya lebih berkudrat dari perempuan? lebih banyak gunakan akal dari perempuan yang ada 9 nafsu? lebih layak jadi pemimpin dari perempuan dalam urusan rumahtangga?

suami isteri sama-sama bekerja
balik rumah, suami relax goyang kaki sambil baca paper kat sofa depan
isteri terus kedapur, masak, angkat kain, tengok keperluan anak-anak
lelaki lebih kuat dari perempuan?

gaji sama-sama ada
isteri simpan untuk anak-anak dan untuk beli barang masak
suami simpan untuk bola, joran, dll barang yang ada kaitan dengan diri sendiri saja
lelaki lebih layak jadi pemimpin rumahtangga dari perempuan?

jawabla sendiri lelaki-lelaki kat luar tu...

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 15:52


masih ada..saya masih nampak ramai...
beberapa orang sahabat-sahabat saya yang sudah menikah..alhamdulillah...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84

Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 16:03


Pada 29-10-09 15:03 , wildan85 posting:

!!! QUOTE !!!

lepas tu..kalau lelaki tu tak layak jadi suami..nak dijadikan istri erk..?he..he..



layak jadi gombal saja suami macam tu..



Bookmark and Share

    


  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 16:08


nila realiti kehidupan...sama-sama lah kita ambil iktibar..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

Hanan

Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 4
Posting: 3991

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 16:09


Pada 29-10-09 16:03 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!



layak jadi gombal saja suami macam tu..



gombal tu apa cik soleha..


-----------------



Hargai semasa ada....


Bookmark and Share

    


  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 29-10-09 16:35


Pada 29-10-09 16:08 , nurhaziqah posting:

!!! QUOTE !!!

nila realiti kehidupan...sama-sama lah kita ambil iktibar..


Ini realiti kehidupan tempat aku. Mungkin tak kena pada setengah org, tapi cerita ini memang lazim untuk kawasan aku dan kawasan tempat aku kerja.

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

aqil
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.08.2005
Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 17:22


saya pun banyak jumpa kes2 ni kat tempat saya
dan juga dari pembacaan juga pemerhatian saya
mungkin juga pengalaman

kalau saya jumpa lelaki macam sahabat wildan tu mungkin saya akan ubah pandangan saya

Bookmark and Share

    


  Member Information For aqilProfil   Hantar PM kepada aqil   Quote dan BalasQuote

myway
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.07.2006
Ahli No: 25327
Posting: 291

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 17:38


macam-macam rupanya.hihi.
sesetengah kes tu rasa nak gelak pun ada.
tapi itulah realitinya.
diri kita pula macam mana?

Bookmark and Share

    


  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 23:30


Memang realiti, saya pernah tengok masa kerja dulu.... Wa'allahu a'lam...
mungkin ada, mungkin tak ada..
yang ada tambahan, suami ada yang nak ugut atau menganggu melalui psikologi isteri...
nak ugut bunuh atau bakar isteri sedangkan dah berpuluh-puluh tahun berkawin sebab panas baran dengan tak sembahyang dengan ikutkan nafsu...
punca sikit saja.. Sebagai pengajaran saja..

ada juga siisteri yang over, "I want show u police report"
bukan tak paham, saja buat tak paham, layan saja...
sekali itu, "saya nak poligami"...
menyelinap darah, sabar-sabar, kalau dia ADIL, teruskan..
sekali tu, siisteri menangis-nangis, anak-anak nak makan dengan sekolah, suami dah lama tak balik... sebab perempuan lain...

Ada yang tinggalkan isteri sebab perempuan lain, apa cerita ni?????BERTANGGUNGJAWABLA agaknya nak kawin sampai 4 pun...
terkapai-kapai isteri dengan anak-anak nak hidup sebabkan perempuan lain...
Perempuan tu pun agak-agak lah...
kalau nak kawin sampai 4 pun, ADIL lah...
BERKEMAMPUAN DARI SEMUA ASPEK...

kadang-kadang, pelik, dah bertahun-tahun kawin dengan anak-anak yang ramai... tak tahu nak cakap macam mana...kita tak tahu...

BAHAGIAN MASING-MASING...
sebab tu, jangam sedih terlampau bila ditinggalkan oleh buaya friend atau
gila friend... sementara saja tu... tapi syukur lah... awal-awal dah kesan apa yang tak sesuai...

pun, juga jangan sangat-sangat sedih bila nak berkawin, pasangan yang nak kawin lari sebabkan buaya atau gila friend...
Alhamdulillah, dia tak lari bila da kawin... bersyukurla...
baru-baru ni, jadi kat anak buah saya, tunang lari ikut laki lain, seminggu lagi nak kawin...

CAKAP MEMANG SENANG... Macam ANGIN...
Bila dah rasa, BARU TAHU LANGIT TU TINGGI ATAU RENDAH...
Wa'aallahu 'alam... maaf, kalau berlebih-lebih... teremosi...

Semua bahagian masing-masing
Dah ketentuan jodoh masing-masing,
cepat, lambat, lama, sekejap, bahagia, derita, semua kita tak tahu....
bukan pengetahuan kita, diluar batasan kita...
berserah pada yang Berhak....
Allah Maha Mengetahui..
Wa'allahu 'alam...

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 03:14


Pada 29-10-09 16:03 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 29-10-09 15:03 , wildan85 posting:

!!! QUOTE !!!

lepas tu..kalau lelaki tu tak layak jadi suami..nak dijadikan istri erk..?he..he..



layak jadi gombal saja suami macam tu..

ni "gombal "bahasa jawo k?kain lap..kain buruk untuk lap..?
==================================
sebagian orang berpandangan pada pihak lelaki..namun tentu ada juga yang memandang pada pihak perempuan..kedua-duanya sama...

ada suami pukul istri...ada jugak istri yang pukul suami...

ada suami yang curang...ada jugak istri yang curang..

ada suami suami yang berhubung dengan istri orang...ada juga istri yang berhubung dengan suami orang..

ada suami yang ceraikan istri..ada juga istri yang minta diceraikan..

semua sama saja..lelaki dan perempuan...sama saja..
ada yang salah dan ada yang benar..ada yang menyalahkan..ada yang disalahkan...

sama saja semuanya...

yang penting..jadikan semua tu sebagai pengajaran..


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 08:29


entah di mana silapnya...tapi tu lah lumrah manusia.. semoga bakal suami kelak tidak tergolong dalam kalangan apa yang di atas...


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 31-10-09 02:07


HATI SEORANG ISTERI….

Hargailah seorang wanita yang bergelar isteri…
Bangga baru dapat isteri cun macam “Barbie” dan comel macam “Teddy Bear”…
Isteri bukan lah “Teddy Bear” dan “Barbie” teman di kala tidur,
Dimarah dan diherdik seduka hati,
Dipukul, dipukul-pukul dan ditendang-tendang macam “Bola” bila dah tak suka…
Isteri bukan “Hotel Lima Bintang” sebagai tempat persinggahan…

Isteri bukan “Game” main bila boring…
Isteri bukan “Kereta” yang boleh dibuat koleksi…
Tapi cari yang lain, bila dah ada yang Baru…
Isteri bukan “Anak Patung” sebagai perhiasan yang tiada perasaan…

Isteri bukan main “Pondok-Pondok” dan “Rumah-Rumah”…
Isteri bukan “Restauran”, main order-order nak makan apa-apa, komplain bila tak sedap…
Isteri bukan main “Masak-masak”
Isteri bukan main “Anak Patung” dalam mendidik anak-anak si suami,
Isteri sering diuji dengan ragam dengan karenah anak-anak….keluarga si suami…mertua...ipar duai...

Sekali si isteri mendapat jawatan gelaran “Isteri”,
Cukup majikan bergelar “Suami”, “Ketua” dan “Pemimpin”...
Isteri faham “Senarai Tugas” yang dibuat...
Isteri rela ambik “Overtime” untuk suami dan anak-anak...

Pernahkah si suami terfikir letih isteri, tidak terbilang “Bonus” untuk isteri...
Tak hilang “Posisi” Suami Kalau menolong si Isteri dalam kerja-kerja rumah…
“Orang Rumah” saya kuat membebel, dah “Tuan Rumah” macam itu…
Isteri mana yang nak dilucutkan jawatannya, Isteri nak jawatan yang “Tetap”…
Bukan “Kontrak” walaupun tiada “Pencen”…
Isteri tidak perlu “Pembantu Tambahan” atau “Pesaing”
Isteri
Isteri tetap setia mengharapkan “Kebahagian” anak-anak walaupun nyawa dipertaruhkan...
Isteri tidak minta “Award” cuma hargailah “Tugas Isteri”….

KESIMPULAN...
Suami jangan main “Kejar-kejar” atau “Nyorok-nyorok” dalam menjalankan tugas sebagai suami... atau bekas suami....
tetap ada tanggungjawab mewalikan anak-anak dalam pernikahan...
tetap ada tanggungjawab... Islam itu cantik...

andai, suami yang melahirkan anak, sisuami tahu lah macam mana pergorbanan isteri yang sebenar ...
wa allahu 'alam...
a'sif jiddan2 jika teremosi.. a'sif jiddan2..







:-D :-D :-D

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 31-10-09 02:26


hidupni memang macam tu...jngn merasa pelik...
orang perempuan"lelaki xtanggungjawab.."orang lelaki pulak kata,,"perempuan tak tahu adab.."hhmm..macam-macam ada....

dengar kr orang ni..dia burukkan orang ni..dengar yang ni pulak, dia burukkan kaum ni pulak...yang tahu tu kan yang berada diposisi tu..

mungkin ada sebab2 yang tersembunyi kenapa perempuan macam tu.dan kenapa pulak lelaki macam tu..

hal itu lah yang perlu kita pelajari dan kita jadikan pengajaran..bukan bahan gosip...

yang pasti..jangan percaya sebelag pihak saja..

kaum lelaki dan kaum perempuan..,dua2nya sama..ada kesalahan...ada kebaikan..


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 31-10-09 03:05


harimau yang masyhur dengan keberaniannya pun akan lari dari hutan yang dikuasainya...
apakah akan kita katakan bahwa harimau itu penakut macam kucing..??
kita tidak tahu..mengapa dia lari dan bersembunyi..
tidak mungkin dia bersembunyi jika tiada sebab yang kuat untuk dia bersembunyi...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

alwalid
WARGA SETIA
Menyertai: 19.12.2004
Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 31-10-09 11:13


Pada 29-10-09 14:47 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Subject: 40 KES Lelaki Tidak Layak Jadi Suami

2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.




ni kes takkan nak salah pihak lelaki saja???
lagi satu macam mana boleh gaduh pasal duit hantaran....kan ke dah setuju masa tunang dulu....

oh betul juga, duit hantaran yang nak kawin rupanye......

p/s: laki tu pun satu, duit rokok cukup belaka, duit hantaran cicir tak tentu hala......


-----------------
"Let Allah be the ruler over your hearts"


Bookmark and Share

    


  Member Information For alwalidProfil   Hantar PM kepada alwalid   Pergi ke alwalid's Website   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 31-10-09 14:46


sekadar pengajaran saja apa yang lihat dulu, masa bekerja dulu...
jaga kaunter sekejap saja bahagian nikah, cerai dengan rujuk...
lepas itu saya dah berhenti...
macam-macam yang jadi....
perempuan ada juga yang menggunakan ilmu hitam atau memperbodohkan suami sendiri... macam-macam...
sekadar pengajaran..... baca saja... jangan ikut...

jangan salahkan orang, sedangkan masing-masing pun salah juga..
masing-masing ada kelemahan....
tak kisah lah lelaki ke perempuan ke...
sama saja... ini lah realiti kehidupan yang saya nampak...

hanya sekadar pengajaran...
itu saja...hehehe

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.334056 saat. Lajunya....