Oleh |
anak luar nikah |
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 19-10-09 08:06
sebetulnya jika topik ini mengguris hati sesiapa saya mohon maaf.. tapi saya memang memerlukan pandangan kawan-kawan tentang perkara ini. baru-baru ini saya dan suami berkira2 untuk mengambil anak angkat.. kebetulannya tiba-tiba saya terjumpa dengan rintihan seorang gadis yang telah mengandung tanpa nikah...dia mengadu akan dihalau dari rumah sekiranya tidak berfikir untuk melakukan sesuatu.apa daya seorang kanak-kanak berumur 16 tahun nak survive on her own kan? begitu juga bapanya menjatuhkan hukum "aku tak mahu tengok anak haram dalam rumah ini" maka si gadis ini merayu sekiranya ada yang sudi mengambil bayinya yang akan lahir sekitar hujung november nanti.. baru-baru ini alhamdulillah remaja ini telah selamat diusahakan memasuki pusat perlindungan remaja.. harap-harap agar dia dapat belajar banyak perkara di situ. tentang anak itu, sekiranya dia menandatangani untuk proses anak angkat maka bayi itu akan diserahkan kepada keluarga yang telah memohon untuk mengambil anak angkat nanti.. persoalannya yang ingin saya tanya.. apa pendapat kawan-kawan sekiranya kita mengambil dan memelihara anak ini? anak ini tidak berdosa, ya benar.. walaubagaimana pun, janin ini membesar dalam keadaan yang bagaimana? ibunya pergi clubbing.. janin ini diperdengarkan perkara2 hampeh... sedangkan ketika mengandung kita perlu perbanyakkan bacaan al-quran untuk tumbesaran janin.. ada yang mengatakan, yang memelihara bayi ini harus peliharanya atau beri perhatian padanya lebih dari bayi sendiri... ada juga yang sedari awal menjatuhkan hukum..bayi itu nanti ketika besarnya sangat mudah untuk terjerumus ke arah yang bukan2 jika tidak dididik bersungguh2... sebagaimana hamba Allah yang lain-lain, tidak kira seorang ustazah, ustaz...tidak kira andai tudung selabuh lutut sekalipun.. tentu kita punya rasa kita ini masih belum cukup ilmu agamanya..(melainkan bagi kategori yang rasa diri dah cukup sempurna kealiman masing-masing) apakah sebenarnya situasi untuk kita semua,pasangan2 biasa yang memelihara anak ini? ini belum termasuk bagaimana nak menangkis pandangan serong ahli-ahli keluarga seperti atok nenek, makcik pakcik (orang-orang lama yang memang cukup anti dengan anak luar nikah ni..) ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 19-10-09 10:31
eni.. Pandangan saya, tiada masalah untuk memelihara anak luar nikah. Anak itu lahir sesuci kain putih, tidak langsung mewarisi dosa ibubapanya. Namun, ujian dan halangan memang berat seperti yang eni huraikan. Usah pedulikan pandangan masyarakat yang dah tak ada modal cerita lain dalam hidupnya. Ilmu agama memang tak akan pernah cukup, yang penting usaha kita untuk mencari ilmu dalam mendidik diri kita dan juga anak tersebut. Terdengar juga tentang kemungkinan anak akan mewarisi perangai ibubapanya. InsyaAllah didikan yang baik dan doa yang berterusan dapat membentuk anak menjadi insan beriman. Moga usaha murni tersebut akan dipermudahkan. Masalah lain yang timbul kelak adalah masalah aurat, masalah hati dan perasaan bila mengetahui dirinya anak angkat bahkan anak di luar nikah. Nak dengar juga pengalaman mana-mana warga Ukhwah yang mengambil anak angkat.. -----------------
Hargai semasa ada....
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 19-10-09 10:39
terima kasih kak.. masalah bab aurat ni..insyaAllah akan dipermudah kan sebab suami memberi syarat jika mahu mengambil anak angkat ni.. ambilah yang masih bayi kemudian susukan bayi tersebut(menggunakan khidmat doktor untuk penghasilan susu badan) dengan itu masalah aurat ini dapat di atasi.. cuma itulah...bagaimana nanti nak bermain dengan emosi anak yang tahu tentang statusnya, restu keluarga kedua-dua pihak (pihak suami dan pihak saya), kalau keluarga dah restu sanak saudara punya pandangan lain macam nanti bagaimana nak tepis, banyak yang bermain di minda... hingga ada ketika seperti mahu serender... entah lah..ada orang kata..bila nak buat baik.. memang macam-macam halangan muncul... itu belum termasuk diri sendiri nak kena repair lagi untuk bagi contoh yang baik pada anak...iskkk ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 19-10-09 10:39
betul juga...ingin mendengar pengalaman2 mereka yang pernah melalui situasi ini.. ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
hafeezzul
Menyertai: 07.03.2004 Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN
|
Posting pada: 19-10-09 11:24
Nabi juga ada seorang anak angkat yang Nabi sangat sangat sayang..pernah Nabi ingin menukar nama anak angkat tersebut kepada Zaid b Muhammad tapi Allah melarang 'bin' bapa angkat dan akhirnya namanya dibiarkan menjadi Zaid B Harithah. Sedikit kisah Zaid B Harithah... ZAID BIN HARITHAH
Zaid bin Harithah orang yang ke-3 memeluk Islam .Beliau adalah anak angkat Nabi s.a.w yang pertama , kemudian barulah Nabi s.a.w mengambil Ali sebagai anak angkat yang ke 2 . Zaid adalah orang luar tidak seperti Ali .Ali adalah sepupu dan kerabat Nabi s.a.w yang terdekat .
Zaid anak kepada Harithah bin Syarahil ,berasal dr penduduk Yathrib . manakala ibunya bernama Sa'da binti Tha'labah .
Berikut adalah bagaimana Zaid menjadi anak angkat nabi . Zaid adalah seorang yang merdeka ,kemudian dia telah dicolek oleh perompak kemudian dia dijual dipasar Ukaz di Mekkah . Hakim bin Nizam yang kebetulan membeli belah di pasar Ukaz tertarik dengan kecerdikan dan ketangkasan Zaid lalu membeli Zaid .
Kemudian Hakim menghadiahkan Zaid kepada sepupunya iaitu Khadijah buat Khuwailid yang pada ketika itu belum berkahwin dengan Nabi s.a.w
Nabi s.a.w menganggap Zaid sebagai anaknya sehingga Nabi s.a.w mengistiharkan bahawa Zaid bin Muhammad , akan tetapi Allah melarang perbuatan tersebut . Nabi s.a.w sangat menyayangi Zaid ,buktinya Nabi s.a.w menikahkan Zaid dengan sepupunya yang sangat jelita iaitu Zainab bin Jahasyi. Ibu Zainab adalah Birrah bin Abdul Mutalib .
Walaubagaimanapun atas sebeb -sebab tertentu Zaid bercerai dengan Zainab . Kemudian Zaid bernikah dengan ibu angkat Nabi s.a.w yang sudah tua bernama Ummu Aiman . daripada perkahwinannya itu lahirnya cucu angkat yang dikasihi nabi s.a.w iaitu Usamah bin Zaid . Inilah cucu angkat yang paling dikasihi selepas Hassan dan Hussin .
Kemudian nabi s.a.w mendirikan kerajaan Islam di Madinah . Tiba-tiba Zaid muncul sebagai panglima perang yang banyak memimpin tentera Islam . Ternyata firasat Nabi dan Hakim itu benar-benar terjadi dan menjadi kenyataan.
Dia akhirnya terkorban di dalam peperangan Mutah pada tahun ke 8 Hijrah ketika itu dia memimpin tentera Islam melawan tentera Romawi yang bergabung dengan tentera Arab Ghassan .
|
halesolurun_84
Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 19-10-09 13:46
Anak luar nikah kat Malaysia ni dah macam cendawan tumbuh selepas hujan. Semakin hari semakin ramai,semakin hari semakin meningkat bilangannya. Moga usaha kak eni dan suami untuk mengambil anak angkat dipermudahkan. Bukan senang dan bukan semua orang boleh menjaga anak luar nikah ni. Dan bukan semua boleh menerima status "luar nikah" ni. Bagi pandangan saya, sebagai ibubapa terpulang pada kita untuk mencorak anak tersebut. Kalau bulat acuannya,maka bulatlah bentuknya. Usah dipeduli tentang kisah-kisah dan sejarah lalu. Asalkan dididik dengan cara baik,maka InsyaAllah baiklah hasilnya.
|
wildan85
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2009 Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor
|
Posting pada: 27-10-09 14:31
salam.. izinkan saya memberikan pandangan... sebaiknya..jika ingin mengambil anak tu sebagai anak angkat, ambillah ibunya sekali sebagai adek angkat...jangan ambil anak saja... kenapa ambil dengan mak dia sekali?? ini agar anak dapat kasih sayang ibu kandungnya...dan siibu agar terjaga dan tidak melakukan hal yang sama lagi... kalau anak tu diambek dan ibunya pergi macam tu saja...besar kemungkinan ibunya akan bebas, dan merasa tak ada beban...besar kemungkinan akan mengulang hal yang sama..(maaf, bukan tuduhan..tapi hal yang dikhawatirkan..) tentang keadaan anak tu, sama sekali tidak ada masalah...yang penting, didik dia setelah dia lahir...tentang apa yang terjadi sebelum dia lahir..serahkan sepenuhnya pada yang maha menciptakan yang telah mengatur segalanya.. kalau nak ambil anaktu, ambil dengan ibunya sekali... ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang
|
nurhaziqah
WARGA SETIA Menyertai: 09.04.2005 Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm
|
Posting pada: 28-10-09 08:16
tak ada salahnya ambil anak tu jadi anak angkat. dia suci, yang salah ibu bapanya, bukan dia. tapi, sebelum tu, saudari terpaksa fikir pasal masa depan dia. pastinya ada saudara-mara mimi_eniliana yang tak setuju bila dapat tau yang baby tu out of wedlock. rancang and pujuklah mereka baik-baik agar family saudari dapat terima baby tu. kalau family saudari tak suka, ditakuti sampai besar nanti baby tu jadi bahan cemuhan sanak saudara. dulu pakcik saya ada pelihara anak angkat (tapi dia diambil jadi anak angkat masa umur 7-8 tahun, bukan baby). budak tu orang kampung, hidup susah. jadi tak pernah nikmati kesenangan. pakcik dan makcik saya sayang sangat kat dia, hidup dia senang dan mewah dengan keluarga baru but unfortunately ada saudara-mara yang tak suka dan tak layan dia dengan baik. kasihan kat dia sebab dapat layanan buruk bila ziarah rumah saudara mara tadi. budak tu pula ada masalah sikit. dia budak baik sebenarnya, tapi entah mengapa dia kadang-kadang mencuri duit pakcik makcik saya. agak banyak juga diambilnya. mungkin dia tak pernah rasa hidup semewah itu sebelum ni. jadi lama kelamaan pakcik makcik saya hantar dia semula pada keluarga asalnya di kampung even though di hati mereka sangat sayangkan budak tu. kisah ni memang berbeza dengan saudari mimi_eniliana tapi sesetangah saudara mara, even datuk dan nenek sekalipun kadang-kadang tak dapat terima anak angkat ni. kisah sepupu saya lain pula. beliau pelihara anak luar nikah sebagai anak dia tapi keluarga dia dan saudara-mara tak ada masalah dan dapat terima budak tu sebagai sebahagian dari keluarga mereka. pengajarannya, saya rasa adalah penting untuk dapatkan restu family saudari terlebih dahulu, paling penting ibu dan bapa saudari.
|
ummimq
Menyertai: 17.09.2003 Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor
|
Posting pada: 28-10-09 15:43
Iman tidak diwarisi begitu juga sebaliknya. Jadi peliharalah sekiranya anak itu diberi pada anakanda ya. WA
|
wildan85
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2009 Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor
|
Posting pada: 28-10-09 16:08
ambil anak tu dan ibunya sekali... ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang
|
aieyda
WARGA SETIA Menyertai: 02.04.2004 Ahli No: 8177
Posting: 1241
Dari: jurassic park naungan puteri cik siti wan kembang
|
Posting pada: 28-10-09 19:24
pada pendapat saya,kalau kak eni nak ambil anak tu sebagai anak angkat memang baik.. saya dulu pernah juga dapat ofer dr sowng akak yang sedang sarat mengandung masa prektikel kat hospital tahun lepas..siap bagi num tipon lagi..dia cakap dia orang susah suami tak peduli dia dan anak-anak.. pasal baby yang status macam tu,kalau boleh tak perlu agaknya bagitahu status baby tu pada sanak saudara,cukupla kalau kak eni dan suami saja tahu.. ----------------- -biar orang mengatakan kebaikan kita bukan mengutuk kejahatan yang kita lakukan -
|
Hanan
Menyertai: 13.05.2003 Ahli No: 4
Posting: 3991
|
Posting pada: 28-10-09 20:56
Jumaat ni 30 Oct dalam rancangan Semanis Kurma TV9 bincang pasal "Anak Angkat". Mungkin ada sentuh pasal isu ini.. -----------------
Hargai semasa ada....
|
aqil
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.08.2005 Ahli No: 17966
Posting: 162
Dari: PAHANG
|
Posting pada: 28-10-09 22:24
pandangan saya..akak patut ambil anak tu sebagai anak angkat sebab kita tak tahu apa yang Allah janjikan pada anak tu setiap anak ada rezkinya masing-masing tentang cadangan wildan untuk ambil ibunya sekali tu saya tak berapa sokong pasal emosi anak akan celaru, mana satu mak dia yang patut dia sayang mungkin juga dia akan bertanya macam mana perangai yang patut dia ikut ikut mak angkat dia o mak betul dia? kalau lah akak ditakdirkan ada anak lain nanti dia akan keliru mungkin akak pun akan keliru nak sayang yang mana.. elok rahsiakan dulu perkara2 yang xsedap didiklah dia dengan corak pergi akak dan suami nak moga emosi dia stabil sekadar pendapat
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 09-11-09 07:20
terima kasih semua kepada yang memberi pandangan dan pendapat.. tersentuh hati bila membaca artikel dari saudara hafeezul, semoga diberi kemampuan untuk mendidik anak itu sehingga menjadi manusia yang cemerlang. solehah: memang betul dik, akak pun risau penerimaan namun nampaknya, kami mungkin akan merahsiakan status kanak-kanak itu dari umum yang tahu maybe cuma ibu bapa kami... kepada yang lain kita cuma akan sebut membantu ibu yang tidak mampu... wildan: yang sebenarnya perancangan asal adalah ibu itu tinggal bersama kami sehingga melahirkan dan berpantang...kemudian dia boleh pulang ke rumah orang tuanya dan boleh kerumah2 kami bila-bila masa sahaja... namun atas sebab2 undang-undang, wanita itu perlu dimasukkan ke pusat penjagaan.. insyaAllah hubungan kami akan seperti saudara kerana saya tidak mahu anak itu nanti tertekan apabila tiba-tiba mengetahui siapa beliau..saya mahu dia kenal dengan ibu kandungnya dari kecil lagi..dan wanita ini saya layan seperti adik kandung sendiri.. cuma untuk tinggal bersama adalah agak sukar memandangkan dia dan suami bukan muhrim.. nurhaziqah: benar, keluarga saya..makcik pakcik dan sebagainya punya pesepsi sendiri.oleh itu kami tidak akan mendedahkan status out of wedlock ini kecuali ibubapa kami..insyaAllah.. ummimq: insyaAllah ummimq, anak ini akan lahir sekitar raya haji nanti.. dan saya akan memelihara nya sesudah ibu itu selesai berpantang (kerana mahu bayi ini menerima susu ibu sebanyaknya jika dapat) aeiyda: terima kasih, ya kami akan menyimpan rahsia status bayi itu kecuali kepada ibu bapa kami masing-masing... mereka juga akan sama-sama merahsiakannya kak hanan: terima kasih kak hanan, banyak yang dapat dari program tersebut aqil: terima kasih aqil, ada benarnya kata aqil, takut kekeliruan juga...namun kami tetap akan meluangkan masa untuk ditemukan dengan ibu kandungnya, cuma tidaklah kami tinggal sebumbung nanti takut juga jika dah besar baru tahu, anak ini akan memberontak dan tidak dapat menerima hakikat... ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 09-11-09 07:22
jika tiada aral 80% mungkin kami akan pelihara anak ini.. (jika ia lahir dengan selamat, jika ibunya tidak berubah fikiran dan sebagainya) jika segalanya selesai maka tahun baru ini kami ada baby..hehehe ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
QistinaHumaira
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.08.2005 Ahli No: 18078
Posting: 156
Dari: di bumi Allah
|
Posting pada: 10-11-09 08:35
semoga Allah permudahkan usaha murni enie dan suami...
|
triptofana
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR
|
Posting pada: 10-11-09 14:33
mimi....jagalah anak angkat dengan baik jangan guriskan perasaannya dan jangan beza-bezakan kasih sayang dengan anak sendiri jangan mengungkit statusnya jika berlaku sesuatu bila dia sudah dewasa saya pernah mendengar luahan anak angkat yang dibezakan kasih sayang dan diungkit apa jasa yang dibalas setelah membesarkan dia... sedih sangat.... ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman.
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 10-11-09 15:08
nak kata rezeki ke apa entah..tapi kalau jadilah, khamis ni ada lagi seorang baby bakal menghuni di rumahku nanti...anak kawan sendiri yang nak pergi mencari kerja dan tak mampu nak besarkan dia.... doakan kami agar mampu mendidik mereka.. ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 10-11-09 17:44
Pada 28-10-09 16:08 , wildan85 posting:!!! QUOTE !!! ambil anak tu dan ibunya sekali...
wow....... tak terbayang di fikiran aku kalau wildan buat gini..... aku memang tak boleh..... nak bela anak tu memang lah susah, ni nak bawa maknye sekali.... anda biar betul wildan.... perang saudara kang.... ----------------- "Let Allah be the ruler over your hearts"
|
norasmiyah
Warga Rasmi Menyertai: 31.10.2009 Ahli No: 37987
Posting: 13
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 10-11-09 23:22
dan tahniah kepada saudari dan suami kerana prihatin kepada mereka yang terinaya.anak itu tidak bersalah dan berdosa jangan kita hukum mereka di atas kesalahan orang lain.di sini saya ingin berkongsi pengalaman.Mak saudara saya ada memelihara anak seperti ini dan sekarang dah besar tapi dengan didikan yang sempurna dan ajaran islam yang di terapkan Alhamdullilah dia sudah pun berjaya sekarang sebagai seorang jurutera.masa dia kecil kami semua sayang pada dia dan tidak sekali-kali menyisihkan dia,kerana selagi kita bergelar manusia kita tidak akanterlepas dr melakukan dosa.Oleh itu mereka juga berhak hidup sebagaimana orang lain.jadi sayangi dan bentuklah mereka dengan seadanya dan penuhkan ilmu agama di dada mereka InsyaAllah.
|
Saudagar_Senja
Warga 2 Bintang Menyertai: 14.04.2007 Ahli No: 29585
Posting: 58
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 12-11-09 12:55
salam...andai ana ada harta macam jutawan billionaire Robert Kuok tak pun Ananda Krishnan..rasa2 untuk anak-anak istimewa ni memang ana akan asuh dan beri kemudahan yang first class,biarpn masyarakat lain pandang hina ...Yang penting ganjaran yang akan kita peroleh di akhirat kelak bila memelihara anak-anak ni..! Andai lah ada sikap ihsan pada insan2 jutawan ni..dah ramai nasib anak-anak ini akan dibela..
|
hajime_kindaichi
WARGA SETIA Menyertai: 24.12.2003 Ahli No: 5955
Posting: 575
Dari: Bumi Allah
|
Posting pada: 18-11-09 10:33
em kasihan anak-anak tersebut tidak mengenali erti kehidupan dengan sempurna.. syukurlah kita yang dilahirkan beribubapa yang sah
|
lily_mawar
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.11.2007 Ahli No: 31741
Posting: 125
Dari: Kebun bunga
|
Posting pada: 15-02-10 22:46
Salam ... Pada saya, anak ini tidak haram tapi yang haram itu adalah perbuatan ibu/bapa nya ... Kalau ikhlas nak menjaga, pada saya tidak salah ... cuma jika anak itu anak perempuan semasa nak bernikah, biarlah berwalikan hakim ... berterus terang kepada anak itu ...
|
SiNaRaBaDi
WARGA SETIA Menyertai: 07.02.2010 Ahli No: 39229
Posting: 621
|
Posting pada: 22-05-10 14:52
Bismillahirrahmanirrahim Salam Jumaat, 21 mei 2010.. rancangan Al-Kuliyyah.. Ada penonton yang bertanya apakah status seorang anak tidak bertaraf (anak luar nikah) untuk mendoakan ibubapa mereka maka dijawab oleh ustaz hasrizal.... jika anak ini diambil, dijaga & diasuh dari kecil dengan didikan agama yang baik..diberi ilmu agama..dan akhirnya menjadi insan yang mukmin/mukminah.... maksudnya yang soleh/solehah.. mereka layak mendoakan hanya untuk ibunya sahaja. Bagaimanapun.. doa kepada pelaku (lelaki/bapa) tersebut... adalah seumpama doa seorang muslim kepada muslim yang lain.. kerana dianggap bahawa lelaki itu sebagai (batu).. ini kesan daripada perlakuannya.. ianya jauh sekali untuk dianggap 'bapa' atau 'ayah'. Keistimewaan hanya kepada ibu. Berkenaan anak ini untuk diambil jadi anak susuan, tiada menjadi masalah..dibolehkan, secara langsung aurat ibu dan anak tersebut sebagai ibususuan. Maka tak batal air sembahyang. Wallahua'lam.
|