Oleh |
UMNO nak tubuhkan Dewan Ulama |
Al-Mashoori
WARGA SETIA Menyertai: 12.07.2006 Ahli No: 25170
Posting: 483
Dari: Bandar Baru Gaza
|
Posting pada: 16-10-09 18:00
Jumaat Oktober 16, 2009 Wujudkan Dewan Ulama Umno Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Umno Pulau Pinang mencadangkan supaya parti itu menubuhkan Dewan Ulama Umno serta mempergiatkan usaha untuk mendekati golongan agamawan. Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, langkah sedemikian perlu bagi memberi peranan yang khusus kepada golongan ulama Umno untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan hal-ehwal agama Islam. "Kita perlu dekati golongan agamawan, kalau perlu, kita wujudkan Dewan Ulama Umno," katanya. Jelas beliau, ulama Umno boleh memainkan peranan dalam soal keagamaan kerana agensi-agensi agama rasmi sedia ada mengambil sikap 'jalan selamat' dengan enggan mengulas mengenai beberapa isu yang ditimbulkan. "(Mursyidul Am PAS, Datuk Abdul) Nik Aziz (Nik Mat) dah merapu, agensi agama rasmi pula ambil jalan selamat kerana tak mahu komen atau jawab beberapa isu, maka perlulah diwujudkan Dewan Ulama Umno," katanya. Selain itu, Shabudin juga mencadangkan agar Umno memanfaatkan media alternatif untuk mendekati rakyat. ------------------------------------------------------------------------------ Hmmm.... Dewan Ulama UMNO? Adakah UMNO akan mengiktiraf peranan ulama dalam pemerintahan negara sekarang ini? Mungkin telah timbul kesedaran dalam kalangan pimpinan UMNO akan peri pentingnya peranan ulama dalam pentadbiran. Mungkin satu masa nanti hukum Islam secara menyeluruh akan dilaksanakan di bumi 1Malaysia ini. Tetapi melihat kepada situasi yang sedang berlaku pada umno sekarang ini, mungkin lama lagilah impian itu akan tercapai. Satu persoalan yang timbul. Apa niat sebenar UMNO ingin menubuhkan Dewan Ulama ini? Adakah benar-benar ingin memartabatkan Islam di negara ini ataupun sekadar ingin menarik sokongan pengundi lantaran kuatnya pengaruh ulama terhadap umat Islam Malaysia. Timbul pula persoalan yang lain. Bagaimana dengan fungsi Biro Agama UMNO? Adakah akan dimansuhkan atau dikekalkan ataupun dinaiktaraf menjadi Dewan Ulama ini? Andai kata perkara ini menjadi realiti adakah suara ulama dalam UMNO akan didengari? Maaf kata tetapi hakikatnya sekarang ini golongan agamawan dalam UMNO kurang kedengaran suara mereka dalam isu-isu yang besar. Entahlah mungkin ana ni terlepas pandang agaknya. Mungkin ada dalam kalangan sahabat yang tahu akan peranan sebenar Biro Agama UMNO. Adakah Dewan Ulama UMNO akan menandingi Dewan Ulama Pas? Bila diamati kata-kata Ustaz Shabudin Yahaya ternyata salah satu faktor utama penubuhan Dewan Ulama UMNO adalah sebagai suara 'terkuat' untuk membidas ulama-ulama Pas terutamanya Tuan Guru Nik Aziz disebabkan kurangnya suara agensi agama yang lain dalam membidas kata-kata TGNA yang dianggap menyeleweng. Entahlah, politik ni macam-macam. Apapun ana cuba jugak bersangka baik akan idea penubuhan Dewan Ulama UMNO. Semoga akan muncul ulama-ulama dalam UMNO yang berani menegur pemerintah. Janganlah cadangan ini sekadar bermain di mulut sahaja. almashoori- Siapalah agaknya ulama UMNO yang berani menegur sesiapa sahaja termasuk pemerintah. Adakah akan berulangnya sejarah di mana ramainya golongan agamawan dalam UMNO keluar parti untuk menubuhkan Pas? -----------------
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 16-10-09 21:18
bagus juga..adakan dewan ulama' umno..ana harap perkara pertama dia buat..betulkan tudung Shahrizat Jalil Ketua Wanita Umno..biar tutup semua..kemudian isteri PM supaya tutup kepala tu...dan isteri 2 bekas PM yang masih hidup supaya taat kepada perintah Allah.. yang kedua...tolong pesan kepada pimpinan UMNO supaya melaksanakan Islam secara Kaafah (sempurna) dan bukan tebuk2..ws ----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 16-10-09 21:54
tak perlu sebab umno memang langgar ulama pun.PAS pun asalnya dari dewan ulama umno juga yang mana mereka keluar dan membentuk PAS....... bak kata TGNA-------->pergi jahanam umno!!!!! ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
izad
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 66
Posting: 429
Dari: Wakaf Bharu
|
Posting pada: 16-10-09 22:07
baguslah kalau dah ada niat macam itu.... nampaknya seruan setiap golongan untuk kembali kepada Islam makin mendapat perhatian orang yang selama ini dilihat sekular.... Harapnya juga depa itu benar-benar ikhlas untuk menerapkan islam dalam parti cap keris itu..... -----------------
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 17-10-09 20:11
mereka dah minta kebenaran dari si tua yang akhirnya mengaku zalim pada polan bin si polan tu????  ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
simpLe_sHida
 Menyertai: 13.10.2003 Ahli No: 4313
Posting: 2504
Dari: greenland....
|
Posting pada: 17-10-09 22:13
salam alaik.. melihatkan pelbagai halatuju dan manhaj telah dikeluarkan oleh umno. waahh.. semangat sungguh pesiden melaungkan kalam dalam dewan tu. em.. UMNO tubuhkn dewan ulamak.. tampak dah meningkatkn isti'ab dakwah...ehhee.. wehdatul fiq...wehdatul ilm.. dll. agak-agak.. penubuhan dewan ulamak umno DUU ni.. untuk apa ye? erm.. cuba memikirkan hala tuju mereka yang adakah untuk menandingi.. mengatasi..me.me... status thingking.... ("?) -----------------  ::prAy hArd+wOrk sMarT:: bAraKalLahu Lakum..
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 17-10-09 22:20
apa kata kita buat pencalonan nak tak? boleh calonkan pemimpin, usul menyokong...hehehe saya cadangkan.......... ----------------- "Let Allah be the ruler over your hearts"
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 17-10-09 22:24
Pada 17-10-09 22:20 , alwalid posting:!!! QUOTE !!! apa kata kita buat pencalonan nak tak?
boleh calonkan pemimpin, usul menyokong...hehehe
saya cadangkan..........
tu anda cadangkan tapi si tua dalam gambar yang saya post tu bagi ke tak?????tu kan parti dia punya versi  ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 18-10-09 11:53
Islam Tulen Boleh Selamatkan Umno Disiarkan pada Oct 04, 2009 dalam kategori Dakwah | Oleh: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih dahulu akui bahawa saya bukan ‘orang politik’ untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO. Islam itu sebagai ad-din dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik. Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: “UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen!” UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera. Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan RasulNya, serta kepada kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.” (Surah al-Nisa, ayat 136). Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak! Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: “Allah ta’ala memerintahkan hamba-hambaNya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkannya, mengukuhkannya dan berterusan atasnya”. Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi. Islamisasi Program Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik. Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara ‘kampung’ sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit. Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: ‘anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar. Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fonomena umum. Saya jumpa ramai orang yang ingin kembali menghayati Islam, kebanyakan mereka tidak akan memilih UMNO. Sama ada mereka memilih organisasi atau gerak kerja Islam yang lain, atau pertubuhan politik yang lebih ‘mensepandukkan’ lambang Islamnya. Secara jujur, akuilah iklim dan suasana islamik tidak cukup kuat dalam UMNO untuk mereka yang ada semangat Islam rasa selesa boleh menumpang atau mengambil manfaat. Namun saya tidak menafikan UMNO juga ada membuka dan mengusahakan pelbagai ruang untuk Islam dalam kerajaannya. Itu kerajaan, namun di sudut parti jika ada program-program Islamik dalam UMNO ia amat terhad. Lebih menyedihkan lagi berputar sekitar ‘kenduri tahlil’, barzanji, kenduri arwah dan yang sewaktu dengannya. Di samping program-program itu boleh dipertikaikan sejauh manakah tuntutan Islam mengenainya, ia juga tidak memberikan impak yang dapat merubah peribadi atau meninggalkan kefahaman dan penghayatan seseorang individu muslim. Seseorang aktif dalam sesuatu pertubuhan atau organisasi atas dua kepentingan, sama ada untuk dirinya atau masyarakat. Atau, boleh juga disebut kerana ikhlas tanpa kepentingan atau ‘ada udang di sebaliknya mee’. Untuk menjadikan seseorang ikhlas, bagi muslim agama adalah faktor penting. Apabila kita merasakan gerakerja itu ibadah, jika tiada keuntungan pun kita akan buat, harta sanggup berikan, nyawa sanggup kita taruhnya. Inilah kekuatan organisasi Islam. Sekalipun sebahagian yang bernama Islam itu pada hakikatnya tidak Islamik, namun apabila mereka berjaya mencetuskan suasana yang Islamik, ramai yang tertarik. UMNO hendaklah jujur terhadap Islam zahir dan batin. Hidupkan program-program Islam dalam UMNO. UMNO kena galakkan pengajian dan suasana ilmu dalam UMNO. Hidupkan pendekatan Islam yang tulen, matang dan progresif. Sehingga setiap yang masuk akan terasa perubahan diri, sikap, pemikiran dan akhlaknya. Jadikan ibubapa akan rasa seronok jika anaknya aktif UMNO kerana nanti nilai-nilai ketinggian budi, kematangan pemikiran, keutuhan ilmu akan terzahir pada kehidupannya. Tokoh-tokoh pemikir yang baik, jujur dan progresif hendaklah dijadikan tonggak pengisian UMNO. Jangan paksa atau ajak ulama masuk UMNO, tetapi ambillah pendapat dan cadangan yang baik daripada para ulama yang ikhlas, progresif dan tidak berkepentingan. Jika hal itu dapat digarabkan ke seluruh pelusuk masyarakat melayu, penghayatan Islam akan meningkat, secara tidak langsung mudah-mudahan Allah memberikan kebaikan kepada niat yang jujur ini. Jika pun UMNO tidak menang pilihanraya, UMNO boleh menang pahala mengajak masyarakat menghayati Islam dan persepsi negatif akan dapat dikikis. Imej UMNO sering dikaitkan dengan kurang islamik. Di sudut kefahaman UMNO dikatakan kurang faham Islam. Walaupun sebahagian pihak yang mendakwa itu, kefahaman mereka belum juga tentu betul dengan Islam tulen yang dibawa oleh Nabi s.a.w. Sebaliknya sebahagian mereka yang mendakwa itu sekadar memahami Islam berdasarkan rekabentuk atau rupa paras yang dicorakkan oleh organisasi atau parti mereka. Tafsiran mereka berdasar tuntutan semasa politik mereka. Namun apapun, imej Islam itu dikaitkan dengan mereka sama ada ia benar atau disalahgunakan. Tidak dengan UMNO, sedangkan ruang menonjolkan Islam yang tulen serta progresif begitu diperlu oleh umat manusia terutama dalam negara kita ini. Bukan semesti pemimpin UMNO kena tukar jadi ulama. Banyak organisasi dakwah atau Islam tidak dipimpin oleh mereka yang bertaraf ulama, tetapi diakui nilai islamik mereka. Jangan UMNO takut kehilangan undi bukan Islam, itu satu kesilapan. Islam jika ditonjolkan secara adil dan bijaksana ia akan menarik hati semua pihak. Masyarakat ingin melihat nilai akhlak dan budi yang baik. Dalam soal Islam, UMNO mestilah bebas dari unsur kemelayuan, kerana Islam agama sejagat. Jika Islam yang universal itu ditonjolkan, bukan sahaja boleh memikat perasaan mereka, bahkan mungkin menjadi dakwah untuk mengajak mereka kepada Islam. Mungkin ada yang menganggap mustahil hal ini boleh berlaku dalam UMNO. Walaupun saya secara peribadi bukan ahli UMNO, namun pernah cuba membaiki dan menguatkan pegangan Islam dalam Kerajaan UMNO Perlis ketika saya menjadi Mufti Perlis. Alhamdulillah, saya melihat ada kesannya yang bukan sedikit. Ramai pemimpin ketika itu yang menjadi peminat pengajian ilmu sehingga program-program wakil rakyat dipenuhi dengan pengisian ilmu. Lantas, perjalanan kerajaan pun ditekankan soal penghayatan Islam. Orang kampong keluar berduyun-duyun tanpa dipaksa apabila saya dan kepimpinan kerajaan pergi ke masjid-masjid atau majlis untuk berucap. Hubungan hati antara kerajaan dan rakyat menguasai suasana. Maka, kesan tidak langsung ketika itu rakyat tidak membuang UMNO di Perlis, walaupun disingkirkan di Kedah yang bersebelahan dengannya. Namun, bukanlah agenda saya untuk memenangkan UMNO dalam pilihanraya, tapi agenda saya ialah dakwah. Saya inginkan Islam itu subur dalam semua organisasi termasuklah UMNO. Dakwah ini merentasi sempadan parti dan organisasi. Justeru itulah saya menasihati UMNO. Nabi s.a.w pernah menghantar surat Hercules berbunyi: “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, daripada Muhammad Pesuruh Allah kepada Hercules Pembesar Rom, salam sejahtera kepada sesiapa yang mengikut petunjuk. Seterusnya. Aku menyeru kamu dengan seruan Islam, terimalah Islam nescaya kamu selamat. Allah akan memberikan kamu dua ganjaran. Jika kamu enggan, kamu menanggung dosa rakyat bawahanmu..(Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Menjejaki sunnah itu, maka saya katakan kepada UMNO, lakukan proses islamisasi politik secara bersungguh-sungguh, nescaya kamu selamat! sumber: http://drmaza.com/home/?p=738-----------------
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 18-10-09 12:04
|
sailormoon
WARGA SETIA Menyertai: 20.07.2005 Ahli No: 17423
Posting: 2621
Dari: Application Layer^__^
|
Posting pada: 18-10-09 12:15
Benda ni isu lama...Cadangan ni dah wujud masa zaman Allahyarham Ustaz Fadzil Noor lagi... -----------------  DUNIA INI INDAHNYA SEBELUM DI TANGAN...
|
alwalid
WARGA SETIA Menyertai: 19.12.2004 Ahli No: 13142
Posting: 1229
Dari: seri iskandar
|
Posting pada: 18-10-09 12:17
Pada 18-10-09 12:15 , sailormoon posting:!!! QUOTE !!! Benda ni isu lama...Cadangan ni dah wujud masa zaman Allahyarham Ustaz Fadzil Noor lagi...
cadangan hanya tinggal cadangan... janji hanya tinggal janji.... ----------------- "Let Allah be the ruler over your hearts"
|
ibnushahabudin
Warga 1 Bintang Menyertai: 07.10.2009 Ahli No: 37618
Posting: 35
|
Posting pada: 18-10-09 19:35
 , bersangka baik saja lah kawan-kawan. kita tengok keberkesanan dewan ini. Andai kata dewan ulama UMNO ni mampu memberi hujah dan memperjuangkan ISLAM, automatic dengan sendiri nya mereka mampu menilai mana yang hak dan yang batil. akhirnya semua akan kembali kepada Islam juga. Moga cita-cita nak tegakkan hukum Allah kat malaysia ni tercapai, wallahuAlam... ----------------- maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertahta...
|
izdham
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 14
Posting: 1521
Dari: german
|
Posting pada: 19-10-09 10:03
Pada 17-10-09 22:13 , simpLe_sHida posting:!!! QUOTE !!! salam alaik.. melihatkan pelbagai halatuju dan manhaj telah dikeluarkan oleh umno. waahh.. semangat sungguh pesiden melaungkan kalam dalam dewan tu. em.. UMNO tubuhkn dewan ulamak..
tampak dah meningkatkn isti'ab dakwah...ehhee.. wehdatul fiq...wehdatul ilm.. dll.
agak-agak.. penubuhan dewan ulamak umno DUU ni.. untuk apa ye? erm.. cuba memikirkan hala tuju mereka yang adakah untuk menandingi.. mengatasi..me.me...
status thingking.... ("?)
betul seperti cik shida katakan tu.. umno masih tak ada hala tuju, masih lagi carca merba...rakyat dah mula bangkit masa PRU12 baru sibuk balik nak tawan hati rakyt.. habis selama ni mereka buat apa?? tidur?? cuba tengok setiap kali phimpunan mereka saja macam-macam laungan yang bsemangat untuk bangsa dan agama tapi semua tu masa tu saja habis phimpunan tu habis semua saja.. sejauh mana mereka dapat mertabatkan bangsa melayu dan agama Islam. dah 52 tahun memerintah pun tak boleh menaikkan taraf bangsa dan agama.. nak berapa tahun lagi baru tercapai ???? ni nak tubuh dewan Ulama umno pula, bagus bukan tak bagus, cuma betulkan dulu MT2 tu ikut tuntutan ajaran islam .....
|
zulman
 Menyertai: 22.12.2004 Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara
|
Posting pada: 20-10-09 11:52
saya bersetuju dengan pandangan Dr Maza...UMNO kena kuatkan semula program islamisasi mereka demi rakyat . ----------------- Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.
|
gezerg
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak
|
Posting pada: 31-10-09 23:29
kalau betul...oklah untuk berubah. mulakan satu persatu then terus jalankan ISLAM (guna semua saluran yang Melayu kuasai untuk aktiviti dakwah) amien Ya ALLAH. ----------------- Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 01-11-09 09:39
umno hanya layak pergi ke liang lahad saja hahahahahahahaha tak pun tinggal di guantanamo bay cuba tu...banyak sel kosong boleh pakai untuk pimpinan umno ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
faried
Warga 3 Bintang Menyertai: 04.09.2006 Ahli No: 26185
Posting: 150
Dari: kedah
|
Posting pada: 01-11-09 14:26
salam...saya setuju sangat UMNO nak tubuhkan dewan ulama'. tapi biar lah dewan ulama' yang di tubuhkan tu benar-benar berfungsi . tak nak nanti ahli dewan ulama' di isi ulama yang cintakan dunia. ISLAM way of life... -----------------
|
syed
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 29.10.2003 Ahli No: 4767
Posting: 1804
Dari: Ardhullahi Wasi'atun
|
Posting pada: 01-11-09 21:20
bukan demi rakyat tetapi demi Islam yang tercinta...الأسلام يعلو ولا يعلى عليه ----------------- "kullu amm waentum bikhair". Allah didahulukan Nabi Muhammad menjadi ikutan..
|
gezerg
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak
|
Posting pada: 01-11-09 22:50
Pada 01-11-09 14:26 , faried posting:!!! QUOTE !!! salam...saya setuju sangat UMNO nak tubuhkan dewan ulama'. tapi biar lah dewan ulama' yang di tubuhkan tu benar-benar berfungsi . tak nak nanti ahli dewan ulama' di isi ulama yang cintakan dunia. ISLAM way of life...
ya, guna saluran dan buat sebetul2 nya...insya-ALLAH ---Rasulullah S.A.W bersabda: Barangsiapa dari kamu melihat kemungkaran, di ubah dengan tangannya, apabila tidak kuasa (mampu) ubahlah dengan lidahnya, jika tidak kuasa ubahlah dengan hati. Demikian itu adalah selemah2 iman. (riwayat Muslim) Moga saya yang bercakap hari ini akan ikut Ad Din ISLAM seluruhnya insya-ALLAH. Sebarkan...... ----------------- Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 02-11-09 19:37
UMNO hanya mahu tubuhkan dewan ulama diketuai oleh macam calon yang sepak peti undi tu haahahahahahahaha ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
wildan85
WARGA SETIA Menyertai: 12.10.2009 Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor
|
Posting pada: 02-11-09 19:43
INIlah yang disebut.."menggunakan islam untuk politik.." ----------------- Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 02-11-09 21:17
|
gezerg
Warga 5 Bintang Menyertai: 21.09.2006 Ahli No: 26477
Posting: 382
Dari: Perak
|
Posting pada: 02-11-09 23:07
Pada 02-11-09 21:17 , mdfakhri posting:!!! QUOTE !!! DEWAN ULAMA'???? LOGIK ke untuk UMNO?
jangan cakap macam tu. kot2 ada usaha, insya-ALLAH sempat bertaubat lagi Moga penulis ini sihat dan kekal dalam ISLAM insya-ALLAH. Amien Ya ALLAH ----------------- Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Salallahu'alaihi Wassalam (SAW), Ahli Keluarga, Para Sahabat Baginda dan Umat Islam seluruhnya
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 03-11-09 19:43
UMNO hanya tubuhkan dewan ULARMAK UMNO hahahahahaha ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
mdfakhri
WARGA SETIA Menyertai: 25.03.2006 Ahli No: 23701
Posting: 1082
Dari: Terengganu Darul Iman
|
Posting pada: 05-11-09 16:54
Pada 02-11-09 23:07 , gezerg posting:!!! QUOTE !!! Pada 02-11-09 21:17 , mdfakhri posting:!!! QUOTE !!! DEWAN ULAMA'???? LOGIK ke untuk UMNO?
jangan cakap macam tu. kot2 ada usaha, insya-ALLAH sempat bertaubat lagi
Moga penulis ini sihat dan kekal dalam ISLAM insya-ALLAH. Amien Ya ALLAH
ok,Kalau ada usaha,bagus lah...sekarang ada ke org yang mampu nak ubah tu semua?ulama kat dalam umno? bekas imam ustz firdaus,ustazah mashitah? Kalau ada,Alhamdulillah,.,saya sokong....350% ----------------- http://www.zazizukeropok.blogspot.comSeKalI AnDa TeRjAtUh,jaNgAn JatUh uNtuK BeRkaLi-KaLi
|
wuzaraa
WARGA SETIA Menyertai: 20.02.2008 Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara
|
Posting pada: 06-11-09 08:52
hmmm... kalau dapat ajak Dr Mohd Asri Zainal Abidin lagi power. Beliau ada banyak dalil untuk menyatakan ini pemerintahan Islam Sunni yang sah.
|
rdwira
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2007 Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL
|
Posting pada: 06-11-09 09:35
macamana pulak dengan ustaz Hakim pula ek..kalau da masuk joint Dewan Ulama Umno.. Insya Allah dia akan dapat menerapkan sistem khalifah didalam UMNO sedikit demi sedikit..Insya Allah... ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 06-11-09 09:54
ustaz asri saya rasa takkan join umno sebab umno adalah UMNO--------------->UNTUK MANUSIA NO OTAK hahahahahahaha ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
acok_86
WARGA SETIA Menyertai: 29.06.2006 Ahli No: 25020
Posting: 565
Dari: tawau,SABAH BAH
|
Posting pada: 07-11-09 12:22
untuk manusia no otak..hahaha..lucu kamu..tapi biarkan lah mereka buat dewan ulama..org pas tak perlu risaupun.. Allah akan tunjukkan juga akhirnya,,org yang menggunakan islam untuk tujuan mendapatkan kepentingan sendiri PASTI akan hancur.. PAS pun,,kalau ahlinya ada yang mahu mendapatkan kepentingan diri sendiri sahaja pun pasti akan di hancurkan oleh Allah swt..
|
Rashdin
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 31.03.2004 Ahli No: 8143
Posting: 7873
Dari: dekat pada PC
|
Posting pada: 07-11-09 12:29
Pada 07-11-09 12:22 , acok_86 posting:!!! QUOTE !!! untuk manusia no otak..hahaha..lucu kamu..tapi biarkan lah mereka buat dewan ulama..org pas tak perlu risaupun..
Allah akan tunjukkan juga akhirnya,,org yang menggunakan islam untuk tujuan mendapatkan kepentingan sendiri PASTI akan hancur..
PAS pun,,kalau ahlinya ada yang mahu mendapatkan kepentingan diri sendiri sahaja pun pasti akan di hancurkan oleh Allah swt.. acok....PAS ni asalanya dari dewan ulama UMNO tapi lihat apa jadi pada PAS??????kena tendang macam anjing kurap saja.......TGNA sampai sekarang saya lihat masih marah dengan tindakan UMNO tu..... ----------------- "It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln
|
panglima_garang
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.12.2009 Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 24-12-09 02:15
Pada 02-11-09 19:37 , Rashdin posting:!!! QUOTE !!! UMNO hanya mahu tubuhkan dewan ulama diketuai oleh macam calon yang sepak peti undi tu haahahahahahahaha
Bagi saya pula saudaraku rashdin, apabila ditubuhkan saja dewan ulama' UMNO, saya harapkan ulama'2 UMNO ini bangun dan menggesa kerajaan UMNO terapkan syariat Islam 100%, tukarkan sistem demokrasi dengan sistem pemerintahan Islam, bubarkan parlimen..Kerajaan haramkan parti2 yang berideologi selain daripada Islam.. Mampukah dewan ulama UMNO berbuat seruan demikian?  ----------------- "MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"
|
panglima_garang
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.12.2009 Ahli No: 38628
Posting: 154
Dari: KEDAH
|
Posting pada: 24-12-09 02:21
Pada 06-11-09 09:35 , rdwira posting:!!! QUOTE !!! macamana pulak dengan ustaz Hakim pula ek..kalau da masuk joint Dewan Ulama Umno.. Insya Allah dia akan dapat menerapkan sistem khalifah didalam UMNO sedikit demi sedikit..Insya Allah...
Ustaz Hakim taknak masuk UMno kalau nak terapkan sistem khilafah dalam UMNO sikit demi sikit.. Ustaz Hakim dan anak-anak buahnya mahukan perubahan secara taghyir iaitu merubah segala hukum kufur yang ada secara menyeluruh..bukan secara tadarruj iaitu sedikit demi sedikit.. ----------------- "MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH"
|
cendana
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.08.2008 Ahli No: 34379
Posting: 184
|
Posting pada: 24-12-09 14:42
setuju pada yang hak dan benar sahaja...
|