Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Selalunya, bila kita berusaha menenggelamkan kapal orang lain, kita lupa untuk mengawal kapal kita sendiri. Kapal kita tenggelam terlebih dahulu.

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 255
Ahli: 0
Jumlah: 255




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Nampak saja kuat agama


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Nampak saja kuat agama

Please Mendaftar To Post


Oleh Nampak saja kuat agama

rimbabara
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 03.03.2006
Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-10-09 10:35


DR. Mohd Asri ZainUl Abidin ialah bekas mufti perlis.

Untuk membuat penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil bukanlah mudah. Dalam kehidupan ini ramai orang selalu membuat kesimpulan daripada penampilan atau faktor luaran yang mereka lihat semata. Penilaian yang seimbang atau kesimpulan yang adil berbeza dengan sangkaan baik. Umpamanya, apabila kita melihat mereka yang kuat bersolat, atau berpuasa maka sudah pasti kita wajar bersangka baik terhadapnya. Namun dalam masa yang sama kita tidak akan membuat kesimpulan bahawa dia adalah pasti ahli syurga, atau pasti orang yang kuat berpegang dengan agama, atau seorang yang soleh. Ini kerana solat dan puasa memanglah amalan yang baik dalam Islam, tetapi Islam bukan sahaja berkaitan soal solat dan puasa, sebaliknya Islam merangkumi pelbagai sudut kehidupan. Jika dia kuat solat dan puasa, tetapi dalam masa yang sama kuat memaki dan mencerca orang, atau menderhakai ibubapanya, atau tidak amanah, atau menzalimi orang lain dan seumpamanya, maka dia bukannya orang yang soleh dalam ertikata sebenar dalam Islam. Tidakkah kita selalu membaca hadis: Tahukah kamu siapakah orang yang muflis? Jawab mereka: "Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta". Sabda baginda: "Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka (Riwayat Muslim).

Dalam hadis lain Nabi SAW menceritakan tentang akhir zaman ada para pembaca al-Quran kerana hendak dapat untung. Ini dapat kita lihat dalam negara kita mereka yang memakai 'pakaian agama' dan mengutip wang daripada orang ramai kononnya kerana hendak membuat penghantaran pahala kepada si mati. Mereka membuat untung yang besar saban tahun atas nama al-Quran dan orang menganggap mereka melakukan kebaikan sedangkan Nabi SAW menyindir perbuatan ini dengan sabdanya: Bacalah al-Quran dan mintalah daripada Allah (pahala), kerana selepas kamu akan ada kaum yang membaca al-Quran dan meminta (upah) daripada manusia (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani). Dalam sejarah ramai mereka yang menampil watak 'agama' tetapi sebenarnya penjenayah agama. Antara yang terkenal ialah Abu 'Ismah Nuh bin Abi Maryam yang mencipta hadis-hadis dusta kononnya kerana ingin mendapat pahala dengan diadakan hadis-hadis fadilat itu dan ini khususnya tentang surah-surah al-Quran. Dia digelar Nuh al-Jami' bermaksud Nuh yang menghimpunkan. Ini kerana dia menghimpunkan ilmu daripada berbagai tokoh-tokoh besar. Namun al-Hafiz Ibn Hibban menyatakan: "dia menghimpunkan segalanya, kecuali cakap benar". (lihat: al-Sayuti, Tadrib al-Rawi, 185, Beirut: Dar al-Fikr). Pada zahirnya, dia tokoh agamawan namun pada hakikatnya dia sebenarnya pendusta agama. Bukan sedikit orang yang sepertinya dalam sejarah pengumpulan hadis. Kata seorang tokoh pengkaji hadis, Dr. Hammam Sa'id: "Telah zahir golongan ahli ibadat, zuhud dan nussak (penumpu penuh ibadah). Kejahilan dan kebodohan mereka telah membawa mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam fadhilat-fadhilat amal, fadhilat surah-surah al-Quran dan solat-solat sunat, untuk menggalakkan orang ramai beramal. Seperti juga mereka mencipta hadis-hadis palsu dalam menakut orang ramai terhadap maksiat. Mereka menyangka mereka telah membela Islam. Golongan yang jahil ini tidak tahu bahawa pendustaan ke atas Rasulullah SAW boleh menurunkan mereka ke dalam tingkatan-tingkatan yang paling bawah dalam neraka jahannam" (Hammam 'Abd al-Rahim Sa'id, Al-Tamhid fi 'Ulum al-Hadith, m.s. 140, Jordan: Dar al-Furqan). Ini kerana tindakan mereka telah menipu atas nama Nabi SAW dan merubah wajah asal agama. Jika dilihat atau dinilai pada zahir ibadah dan pakaian mereka, tentu kita menyangka mereka golongan yang soleh, tetapi di sisi agama mereka adalah para pendusta yang termasuk dalam sabda Nabi SAW: Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam sejarah pertelingkahan umat Islam kelompok yang paling kuat dan awal menggunakan isu agama untuk mengkafirkan orang Islam yang lain ialah puak Khawarij. Kelompok ini Nabi SAW sifatkan seperti berikut: ...Seseorang kamu akan merasa lekeh solatnya dibandingkan solat mereka, merasa lekeh puasanya dibandingkan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran, namun al-Quran itu tidak melebih halkum mereka. Mereka tersasar keluar dari agama seperti anak panah tersasar dari sasarannya... (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Inilah Khawarij yang kelihatan hebat dalam ibadah dan pidato agama mereka dengan menggunakan nas-nas al-Quran. Mereka mengkafirkan orang Islam yang melakukan maksiat, juga mengkafirkan orang Islam yang tidak mengikut kumpulan mereka. Puak Khawarij ini mengangkat slogan: "Tidak ada hukum melainkan hukum Allah". Slogan yang kelihatannya berteraskan al-Quran, tetapi dengan tujuan yang buruk. Kata Saidina Ali bin Abi Talib kepada mereka: "Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil". (Al-Khatib al-Baghdadi, Tarikh Baghdad, 304/10, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah). Dengan slogan al-Quran Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir. (Surah al-Maidah, ayat 44). maka mereka melancarkan kempen mengkafirkan dan memerangi orang Islam. Atas andaian yang tipis maka dengan mudah seseorang dijatuhkan hukuman murtad dan kafir. Hasilnya, pertumpahan yang dahsyat berlaku pada zaman pemerintahan Saidiyyida Ali bin Abi Talib. Selepas zaman Ali pun, pemikiran Khawarij meresap ke dalam berbagai kumpulan dan organisasi. Hasilnya, kita mendengar isu kafir mengkafir muncul di pelbagai zaman dan tempat di seluruh pelusuk dunia Islam. Pada zahirnya puak ini berwajah agama, namun pada hakikatnya Nabi SAW menyebut tentang mereka: Mereka itu berucap dengan ucapan sebaik-baik makhluk. Mereka tersasar keluar dari Islam seperti anak panah tersasar dari sasarannya. Iman mereka tidak melebihi halkum mereka. Di mana sahaja kamu temui mereka maka bunuhlah mereka kerana sesungguhnya membunuh mereka itu ada pahala pada Hari Kiamat. (Riwayat al-Bukhari). Demikian getirnya kelompok ini. Sekalipun dengan ungkapan dan nas agama di mulut mereka, namun Nabi SAW memerintahkan agar pemerintah Islam membunuh mereka kerana mereka mengkafirkan bahkan sesetengah kelompok mereka seperti al-Azraqiyah membunuh orang Islam, anak kecil dan wanita yang tidak mengikut kumpulan atau jemaah mereka.

Dengan ini menyedarkan kita semua, di samping kita bersangka baik kepada golongan yang menzahirkan ciri-ciri agama, kita sayangkan mereka dan menghormati mereka, namun kita juga mestilah berhati-hati dengan tindakan setiap individu dan kumpulan. Janganlah penampilan zahir menyebabkan kita membuta mata atau memandulkan akal daripada membuat penilaian yang matang dan seimbang. Apa yang baik kita kata baik, apa yang salah tetap dinilai salah tanpa mengira dari mana dan siapa kesalahan itu datang. Namun jika golongan tertentu menzahirkan ciri-ciri agama dan memegang prinsip agama dalam seluruh perjalanan mereka, maka merekalah golongan yang kita cinta dan kita bela dengan sepenuhnya.

www.drmaza.com


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For rimbabaraProfil   Hantar PM kepada rimbabara   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-10-09 13:52


Bismillah....

Syukran atas perkongsian ini...

ya..dalam dunia ni kita tak boleh nak judge seseorang itu brdasarkan pandangan pertama...kerana muslim sejati itu datangnya berpakej...Salimun aqidah (aqidah yang sejahtera) ..Sahihul Ibadah (ibadah yang soheh)..Matinul Khuluk (Akhlak yang mantap).

kadang-kadang..kita suka suka nilai seseoarng itu sempurna hanya kerana dia bertudung labuh contohnya..sampai satu saat ditakdirkan Allah, orang yang disangka baik itu kurang elok akhlaknya...akhirnya kita cepat sahaja mrumuskan 'alah..org bertudung labuh bukannya baik pun'..org yang bertudung labuh jugak yang dipersalahkan..nampak macam betul..tapi di satu sudut, jelas bermula dari persepsi kita yang mudah benar menyimpulkan peribadi seseorang...

siapa antara kita semua yang terlepas dr buat kesilapan? sehebat mana pun kita berusaha untuk kelihatan 'sempurna' dimata org..takkan dapat menyempurnakan kehendak sesiapa pun.

so..
ambiklah masa untuk menilai seseorang...bukan sekali jumpa terus beranggapan..


-----------------
“muslimah sejati bukan dilihat dari sifat ramahnya dalam berbicara,tetapi dilihat dari sejauhmana ia bisa menjaga kehormatan dirinya dalam menutur kata”


Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

zulman

Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 13229
Posting: 2786
Dari: dunia ini hanya sementara

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 09:42


Boleh baca buku Islam Ekstrem nuklan Dr Yusuf Qardawi mengenai bagaimana kesilapan dan kekurangan dalam memahami ilmu dan kesilapan beramal, serta gagal memahami fiqh keutamaan merupakan antara sebab terjadinya perkara "nampak sahaja kuat agama".

Dan bukannya nak menyalahkan teknologi tetapi dewasa ini kehadiran Ustaz google dan ustazah yahoo serta budaya malas bertanya, malas menyelidiki serta budaya hanya memberatkan kepala hanya dengan junkfood hiburan yang melalaikan dan telah menyemarakkan budaya ini.


-----------------
Permudahkan dan jangan menyukarkan,gembirakan dan jangan menyusahkan, bersepakat dan jangan berpecah belah.


Bookmark and Share

    


  Member Information For zulmanProfil   Hantar PM kepada zulman   Quote dan BalasQuote

ctmariani
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.02.2009
Ahli No: 37008
Posting: 51
Dari: bentong

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 21-10-09 09:56


dont judge the book by its cover.


-----------------
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: 'kami beriman' sedangkan mereka tidak diuji lagi... (al- Ankabut:2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmarianiProfil   Hantar PM kepada ctmariani   Quote dan BalasQuote

ziyah
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2006
Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-10-09 20:12


Salimun aqidah (aqidah yang sejahtera) ..Sahihul Ibadah (ibadah yang soheh)..Matinul Khuluk (Akhlak yang mantap).

sedap lah ayat ni...
terpulang pada penilaian Allah bukan manusia

Bookmark and Share

    


  Member Information For ziyahProfil   Hantar PM kepada ziyah   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 11:54


Pada 21-10-09 09:56 , ctmariani posting:

!!! QUOTE !!!

dont judge the book by its cover.



sebab kalau cover saja tengok memang lah lawa...sebab cover buku memang lawa pun..hehe :-o


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-10-09 12:28


Pada 21-10-09 09:42 , zulman posting:

!!! QUOTE !!!

Boleh baca buku Islam Ekstrem nuklan Dr Yusuf Qardawi mengenai bagaimana kesilapan dan kekurangan dalam memahami ilmu dan kesilapan beramal, serta gagal memahami fiqh keutamaan merupakan antara sebab terjadinya perkara "nampak sahaja kuat agama".

Dan bukannya nak menyalahkan teknologi tetapi dewasa ini kehadiran Ustaz google dan ustazah yahoo serta budaya malas bertanya, malas menyelidiki serta budaya hanya memberatkan kepala hanya dengan junkfood hiburan yang melalaikan dan telah menyemarakkan budaya ini.



sebenarnya kita banyak rugi berhabisan masa melayan khilaf antara kita....sedang perkara yang ada persamaan kita tak layan pun.

Amar maa'ruf nahi mungkar tidak betul-betul kita turunkan tenaga kerana kita lebih teruja untuk 'pulun lawan berhujah' membuktikan kebenaran kita.... islam itu tak mungkin 'kuat' pada hujah semata.

Kadang sedih juga ... 'besarnya' permusuhan kita sehingga menjadikan kita 'kecil' di peta dunia ... apatah lagi di peta Malaysia ... jangan harap ada 'kekuatan' jika kita lebih senang berbeza pandangan daripada 'meraikan' sungguh-sungguh persamaan dan rasa persaudaraan.


-----------------
orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 29-10-09 16:13


Teringat saya kata-kata Ketua Dewan Ulama' Hizbut Tahrir Indonesia, ustaz Hafidz Abdurrahman, yang mana beliau berkata terkadang manusia itu mencari malaikat dikalangan manusia. Maksud beliau, ada manusia yang mencari susuk peribadi yang membuat mereka percaya bulat-bulat hingga mereka percaya spenuhnya. Hakikatnya, manusia tetap manusia, bukan malaikat. Terkadang manusia itu berlakon dengan tutisan air mata, kelembutan bicara, jubah serta jubah untuk buat manusia lain teruja lalu menyanjungnya. Hingga apa yang dikata dinggap tinggi nilainya walaupun sebenarnya bathil. Apatah lagi ramai hari ini yang tidak pandai membezakan antara khilaf dan tanakut.

Susah juga nak memahamkan yang mana satu khilaf dan mana satu tanakut. Sampai ada yang tak boleh membezakannya, semuanya dibantai khilaf.

Apakah orang Islam dibenarkan masuk parti kufur, juga khilaf?

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.110929 saat. Lajunya....