Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 25-10-2021  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Kadangkala kita boleh menang dengan mengurangkan kekalahan kita
-- Dari Drama"Phily"

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 57
Ahli: 0
Jumlah: 57




  Yang Masuk Ke Sini
wyd1014: 6 hari yang lalu
Daeng_Jati: 13 hari yang lalu
skater: 16 hari yang lalu
HIKAL: 35 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Wahai Muslimah kunci berada di tanganmu


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Wahai Muslimah kunci berada di tanganmu

Please Mendaftar To Post


Oleh Wahai Muslimah kunci berada di tanganmu

ummimq

Menyertai: 17.09.2003
Ahli No: 3613
Posting: 3616
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 20-02-09 15:38


Oleh
Muhammad Fakhruddin Ismail

http://www.addeans.blogspot.com/


Artikel sahabat saya alifazman “ Kenapa wanita suka mempromosi diri? ” membangkitkan permasalahan kaum wanita yang gemar bergambar di rangkaian portal sosial hingga menarik perhatian laki-laki untuk menatapnya. Saya setuju dengan pandangan tersebut. Disini saya akan cuba mengupas beberapa pemasalahan tersebut.

Allah berfirman:

Ertinya:Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).( Ali 'Imran: 14)




Dr. Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buthy menyatakan lelaki dan wanita itu sama-sama menempuh ujian, namun harta yang diujikan kepada wanita itu nampaknya sangat berat dan menentukan. Sebab, hawa nafsu itu dalam berbagai bentuk dan rupanya merupakan salah satu ujian yang sangat berat, yang dapat menggelincirkan pelakunya di muka bumi ini, dan wanita berdasarkan pernyataan Allah s.w.t merupakan salah satu unsur utama dan pertama dari hawa nafsu yang meluncurkan itu.

Allah s.w.t menempatkan wanita pada deretan pertama dan teratas diantara hawa kesenangan hidup di dunia. Kalau ia tidak benar-benar lebih penting dan berbahayanya dari yang lain, tentulah ia tidak ditempatkan di peringkat teratas. Nah, dengan demikian jelaslah bahwa wanita itu dalam kehidupan manusia merupakan ujian dunia yang paling berat dan paling berbahaya.

Benarlah apa yang di sabdakan Rasulullah saw:

Aku tidak meninggalkan fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki dari para wanita



Musuh-musuh islam telah mengetahui bahawa bermulanya kerosakan wanita bererti akan berlakunya kerosakan terhadap masyarakat . Mereka tidak perlukan senjata canggih untuk menghancurkan umat Muhammad tetapi cukuplah merosakkan wanita kerana itulah yang dapat mengelamkan umat Muhammad dengan hanya cinta wanita dan nafsu seks maka sebab itulah wanita merupakan aset utama yang menentukan jatuh bangunnya satu bangsa.

Jika kita lihat pada zaman kini maksiat tetap masih berleluasa malah semakin kritikal,para wanita keluar dengan pakaian merangsangkan jiwa lelaki , terbuka betis, lengan dan juga seolah-olah seperti tidak berpakaian. Sudah berapa ramai suara-suara golongan yang bertanggungjawab menyeru kepada pembaikan moral tapi tidak menghasilkan buahnya.

Saya tidak menuduh seratus peratus kesalahan pada wanita kerana memang tidak dinafikan banyaknya juga kerosakan pada laki-laki tetapi apabila anda membuka pintu kerosakan maka bertambahlah lagi kerosakan pada mereka. Jika bukan kerana lemah gemalaimu, pakainmu, aksi-aksi fotomu sama ada di majalah atau dirangkaian portal sosial yang membuka kepada lelaki untuk menatap dengan syahwatnya dan berbagai-bagai perkara maka parah dan rosaklah kaum Adam. Jika anda masih meneruskan perkara-perkara tersebut maka tanggunglah dosa anda sendiri yang semakin lama semakin membara.

NabI SAW bersabda:

Ertinya : Sesiapa yang melakukan sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.." ( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )

Termasuklah dalam erti hadis tersebut apabila seseorang itu melakukan perkara yang dilarang oleh syarak seperti contoh di atas maka lelaki yang melihatnya mendapat dosa tetapi si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang melihat. Jika andalah orangnya berapa banyak dosa anda yang perlu ditanggung lagi. Renungkanlah wahai wanita....

Berkata Syekh Ali Ath-Thathawi :

Benar bahawa lelakilah yang memulai langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, laki-laki itu tidak akan berani, dan andaikata bukan lantaran lemah gemalaimu , laki-laki tidak akan bertambah parah. Engkaulah yang membuka pintu, kau katakan kepada si pencuri itu : silakan masuk..ketika itu ia telah mencuri , engkau berteriak : pencuri…! Tolong…tolong…

Demi Allah …dalam khayalan seorang pemuda tidak melihat gadis kecuali gadis itu telah ditelanjangi pakaiannya..

Demi Allah …begitulah jangan engkau percaya apa yang dikatakan laki-laki , bahawa ia tidak akan melihat gadis kecuali akhlak dan budi bahasanya. Ia akan berbicara kepadamu sebagai seorang sahabat.

Demi Allah… ia telah bohong! Senyuman yang diberikan pemuda kepadamu , kehalusan budi bahasa dan perhatian, semua itu tidak lain hanyalah merupakan perangkap rayuan! Setelah itu apa yang terjadi? Apa? Cuba kau fikirkan!

Itulah kerosakan sebahagian kaum Adam.Entah berapa ramai laki-laki yang dapat memelihara pandanganya melainkan hanya segelintir sahaja kerana fitrah laki-laki nafsunya hanyalah satu iaitu pada wanita tetapi apabila tidak dikawal maka rosaklah mereka.Malah akan bertambah rosak lagi jika kaum wanita tidak memainkan peranan yang sepatutnya .

Jika dilihat berbagai kaedah dan jalan dalam memperbaiki masalah ini dan tidak ada caranya melainkan kaum wanita yang perlu bertindak segera kerana kunci kepada kebaikan berada di tanganmu..Anda tidak perlu mengubahnya secara drastik tetapi ubahlah setapak demi setapak seperti mana anda melakukan kerosakan sedikit demi sedikit.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya islam muncul dalam keadaan asing dan akan kembali kepada asing seperti permulaanya , maka beruntunglah orang-orang yang asing, Rasulullah ditanya : siapa mereka wahai Rasulullah ? Rasulullah menjawab: mereka yang mengadakan pembaikan ketika manusia rosak “



Wallahua'lam

http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=146839&mode=thread&order=0&thold=0


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Nurizmi
WARGA SETIA
Menyertai: 28.10.2005
Ahli No: 20156
Posting: 539
Dari: utara...

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 20-02-09 16:13


Bismillah...

teringat bait-bait indah dari syeikh Ali Tantawi buat kita..

... Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha untuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik...

subhanallah...

syukran ummimq atas tazkirah yang cukup bermakna ini...

kadang-kadang kita tahu ianya silap....tapi disebabkan tindakan yang songsang itu kita sering amalkan, atau dah jadi rutin ia takkan nampak sebagai satu kesilapan...bagai dah tak ada hijab dari melihat kebenaran....

na'uzubillah....
semoga kita semua terhindar dari menjadi wanita yang digusarkan oleh Rasulullah bahawa pada akhir zaman, wanita lah yang akan menjadi fitnah terbesar kepada lelaki....

namun, bila dah tersasar xbeerti kita tak layak untuk berpatah balik dan berusaha membaiki diri..kan ummi?

Bookmark and Share

    


  Member Information For NurizmiProfil   Hantar PM kepada Nurizmi   Pergi ke Nurizmi's Website   Quote dan BalasQuote

kayu_Manis86
Warga 2 Bintang
Menyertai: 14.11.2008
Ahli No: 35876
Posting: 65
Dari: Johor

Johor  


posticon Posting pada: 20-02-09 18:26


Terima kasih ummimq atas tazkirah ni..membuat saya insaf..cuba untuk memperbaiki diri dari segala aspek,InsyaAllah..:-)

Bimbinglah daku Ya Allah menuju jalan ke daerah CintaMu yang nan abadi..
Abadan Abada..

Bookmark and Share

    


  Member Information For kayu_Manis86Profil   Hantar PM kepada kayu_Manis86   Quote dan BalasQuote

ayu_humaira
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.01.2009
Ahli No: 36948
Posting: 39
Dari: bumi ciptaan Allah

Perak  


posticon Posting pada: 20-02-09 20:22


Na'uzubillah..
manusia sekarang makin lalai dengan ksr0n0kn duniawi sehingga terlupa akan akhirat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayu_humairaProfil   Hantar PM kepada ayu_humaira   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-02-09 09:26


salam..
sama-samalah kita fikir dan berdoa semoga Allah beri taufik dan hidayah kepada mereka yang sudah lali dalam agama .....
bila kita membantu Allah, kitayakin pasti Allah akan bantu kita
firman Allah yang bermaksud :'Hai orang2 yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul, dan ulil amri di antara kau. kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah(Al-Quran) dan Rasul(Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian yang demikian itu lebih utama bagimu dan lebih baik akhlaknya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.098438 saat. Lajunya....