Oleh |
Aurat Di Hadapan Adik Ipar |
rimbabara
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 03.03.2006 Ahli No: 23151
Posting: 3640
Dari: Ipoh
|
Posting pada: 16-02-09 17:44
Soalan: Apakah boleh saya tidak menutup aurat di hadapan adik-beradik lelaki suami, atau di hadapan anak-anak saudara suami saya? Ada yang kata boleh, ada yang kata tidak, harap Dr. dapat beri penjelasan?. Kamariah, Kelang. Jawapan: Semoga Allah merahmati puan. Adik-beradik suami puan dan anak-anak mereka bukanlah mahram (lelaki-lelaki yang diharamkan berkahwin) puan. Justeru itu puan wajib puan menutup aurat di hadapan mereka sekalipun mereka itu daripada golongan yang warak dan dipercayai. Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31: (maksudnya) “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”. -----------------
|
ikrimah
Warga 4 Bintang Menyertai: 26.12.2008 Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu
|
Posting pada: 16-02-09 23:16
salam... ana nak kongsi juga pasal ni.. pasal ramai orang kita yang ambil remeh pasal aurat di hadapan ipar duai.. sama-samalah kita saling menjagai diri masing-masing
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 17-02-09 08:00
key point nya adalah BUKAN MAHRAM betul tak?
|
Violet-8
Warga 3 Bintang Menyertai: 03.12.2008 Ahli No: 36178
Posting: 74
|
Posting pada: 17-02-09 11:33
Alhamdulillah, setakat ini memang saya bertudung bila balik ke kampung mak mertua. Lagipun, suami saya adalah anak ke-12 dari 13 orang adik beradik. Kalau semua dah balik ke kampung pun dah macam kenduri nampaknya. Tapi masalahnya, ada juga biras dan ipar saya yang tak menutup aurat. Macam mana nak menegur secara baik, yalah kalau tegur dengan cara yang salah pulak masing-masing masam muka?
|
kumpulansenyum
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2006 Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM
|
Posting pada: 17-02-09 11:50
memang ramai yang xttp aurat depan ipar duai. sebab mereka rasa tak perlu tetapi. so, bagi yang dah tau, harap-harap dapat sampaikan pada yang tak tahu. tapi cara yang terbaik bagaimana ek?? maybe boleh btau kat adik beradik supaya sampaikan pada wife masing-masing
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 17-02-09 23:55
Masalahnya bila suami itu pun tak tahu Masalahnya bila yang tahu itu tak kisah
|
Abdullah
Warga 4 Bintang Menyertai: 16.05.2003 Ahli No: 261
Posting: 250
Dari: Malaysia
|
Posting pada: 18-02-09 10:23
 , Persoalan yang nampak remeh tapi banyak berlaku. Perkara yang kecil tapi boleh jadi besar. Mudah-mudahan kita dijauhkan dari menghampiri sumbang mahram, nauzubillah
|
rinn
Warga Rasmi Menyertai: 05.10.2009 Ahli No: 37605
Posting: 7
Dari: penang
|
Posting pada: 07-10-09 10:21
i2la pasal kan setengah org xth aurat dengan ipar duai..tapi yang tahu buat-buat xth bila tengok semua tak pakai tudumh mereka pun follow lah..xambik kisah sangat ,,
|
triptofana
WARGA SETIA Menyertai: 22.02.2005 Ahli No: 14611
Posting: 639
Dari: sElaNgoR
|
Posting pada: 17-02-10 08:36
adik yang bongsu selalu tanya, "Kenapa kakak pakai tudung bila abang ngah ada? " saya cakap "berdosa kalau tak pakai tudung depan abang ngah". Adik tanya lagi "lepas itu kak chik tak pakai tudung tu berdosa lah?" saya jawab "iya, berdosa". Memang susah nak tegur bab-bab tutup aurat walaupun adik sendiri. Mak dengan ayah pun tak tegur anak tak tutup aurat. Pendidikan agama dah diberi tapi anak tak anak patuh pada tuntutan agama, susah kan.... tapi kekadang saya pun terbabas juga dengan ipar ni, ingatkan dia belum balik lagi, saya pun keluar bilik tak pakai tudung, tiba-tiba dia lalu....alahai.... ----------------- Tengoklah dengan mata, Lihatlah dengan hati, Renunglah dengan akal, Fikirlah dengan iman.
|
sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku
|
Posting pada: 17-02-10 09:36
di rumah mertua saya, kalau abang-abang ipar nak masuk rumah, mesti mereka bagi signal dulu..lucu pula kadang-kadang bila semua adik perempuan ada di rumah, jadi riuh cepat-cepat pergi pakai tudung.. ----------------- dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8
|
mimi_eniliana
WARGA SETIA Menyertai: 27.10.2008 Ahli No: 35619
Posting: 766
Dari: ipoh kl melaka
|
Posting pada: 17-02-10 11:46
husband ada 10beradik dengan 7 darinya adalah lelaki.. manakala adik saya semuanya perempuan.. bila suami ada dikampung saya masa baru berkawin dulu, ketiga2 adik memakai tudung.. kemudian bila kerumah suami, saya fikir kalau adik-adik aku yang kecil tu pun tak merungut, sedangkan masing-masing masih bersekolah..takkan aku yang dah siap jadi bini org ni nak buat gila? hehehe... bersyukur mempunyai adik-adik begini..  ----------------- the key is ignorance to negativity..
|
ziyah
WARGA SETIA Menyertai: 22.09.2006 Ahli No: 26503
Posting: 477
Dari: negeri beradat
|
Posting pada: 15-03-10 16:19
Pada 17-02-09 23:55 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! Masalahnya bila suami itu pun tak tahu
Masalahnya bila yang tahu itu tak kisah kadang-kadang sepupu pun kurang paham juga... hmmm... sikit-sikitlah ubah... mintak2 dapat suami yang memahami... sikit-sikit ubah...
|
amna_liana
Warga 4 Bintang Menyertai: 12.08.2005 Ahli No: 18062
Posting: 155
Dari: ipoh
|
Posting pada: 16-03-10 07:16
Pada 17-02-10 09:36 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! di rumah mertua saya, kalau abang-abang ipar nak masuk rumah, mesti mereka bagi signal dulu..lucu pula kadang-kadang bila semua adik perempuan ada di rumah, jadi riuh cepat-cepat pergi pakai tudung..
hehehe....samalah pulak....lepas itu anak-anak buah yang kecil-kecil pun pandai saja bila nampak papa mereka balik dr surau ke dr mana-mana ke,mereka pun kecoh.......siap tolong ambikkan tudung lagi..hehehehe
|
nadia_khalit
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.06.2008 Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 16-03-10 10:30
huhuu..tau tak mengapa... dolu2 time sek dulu..saya seorang saja pakai tudung kat kg..lepas itu saya nasihatkan adik saya..memandangkan kami sek yang same..aliran agama...dia pun ikut cakap...yang tinggal kakk saya saja....bila tengok adik dia kedua-duanya paai tudung..adush...segan agaknya...alhamdulillah..kakk pun pakai jugak... ----------------- Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..
|
nadia_khalit
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.06.2008 Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 16-03-10 10:34
memang saya jarang pergi rumah kakk saya...tapi pernah sekali sebelum saya nak balik kl balik..kakak saya suruh saya salam abang ipar saya...aduii..saya geleng kepala tanda tak nak....then kakak saya suruh adik saya pulak salam...erm..nasib baik adik saya pun macam saya...tak nak jugak...dah akhirnya cuma adik kecik saja yang salam..huhuhhu erm,saya tak tau lah...tak paham pun ada..kakak kami bukan baru kenal kami dua..tak tau lah..harap-harap lepas ni tak ada lagi macam ni... INSYAALLAH..... ----------------- Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..
|
nadia_khalit
Warga 4 Bintang Menyertai: 09.06.2008 Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur
|
Posting pada: 16-03-10 10:41
KESIMPULANNYA...kita kena teguh berpegang pada ajaran agama islam tak kira pada siapa2 atau pada mana-mana situasi yang sepatutnya...walaupun kadang-kadang terpaksa mendengar leteran atau sindiran sesiapa pun....tak kira lah parents kew...kakak ke abang kew...sepupu..sdare kew.. selagi kita yakin...BERPEGANG TEGUH lah.... ----------------- Setiap yang berlaku ada hikmahnyer..Fikirkanlah..
|
ana_okra
Warga Rasmi Menyertai: 17.03.2010 Ahli No: 39492
Posting: 2
|
Posting pada: 17-03-10 10:18
salam...saya ingin memberi respon mengenai tajuk ini...suami saya mempunyai 10 orang adik beradik dan hanya dua beradik perempuan ...yang selebihnya ipar saya semuanya lelaki....jadi setiap kali berkunjung ke rumah mertua.. saya bertudung...biras (perempuan) ...tidak menutup aurat...dengan alasan semua sdah seperti adik beradik dan dalam satu krluarga...sampaikan ajak saya buka tudung...katernyer kalau berdosa pun hanya dosa kecil-kecil sahaja....saya hanya tersenyum dan memberi alasan saya selesa begini.Bagaimana saya hendak menegur mereka secara berhikmah?Silap tegur mengundang pergaduhan pula...last saya hanya berdoa dalam hati sahaja....
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 17-03-10 10:48
Pada 17-03-10 10:18 , ana_okra posting:!!! QUOTE !!! salam...saya ingin memberi respon mengenai tajuk ini...suami saya mempunyai 10 orang adik beradik dan hanya dua beradik perempuan ...yang selebihnya ipar saya semuanya lelaki....jadi setiap kali berkunjung ke rumah mertua.. saya bertudung...biras (perempuan) ...tidak menutup aurat...dengan alasan semua sdah seperti adik beradik dan dalam satu krluarga...sampaikan ajak saya buka tudung...katernyer kalau berdosa pun hanya dosa kecil-kecil sahaja....saya hanya tersenyum dan memberi alasan saya selesa begini.Bagaimana saya hendak menegur mereka secara berhikmah?Silap tegur mengundang pergaduhan pula...last saya hanya berdoa dalam hati sahaja.... saya hadapi masalah yang lebih kurang sama di awal perkahwinan dulu....ada biras yang mengatakan dia akan migrain jika pakai tudung. Tak banyak yang saya cakap namun teruskan menutup aurat dirumah mertua....saya tunjukkan saya selesa, bertudung di dalam rumah adalah biasa serta tak mengganggu kerja-kerja dirumah. Alhamdulillah....lama-lama mereka sendiri terikut-ikut bertudung di rumah. perkara yang sama untuk anak-anak perempuan saya. Bertudung sudah menjadi ikutan kepada sepupu2 depa sekalipun ketika bermain-main di luar rumah... ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 17-03-10 15:26
Ya Allah hambamu ini masih daif tentang perkara ini. Ana akan cuba bertanya dan minta pendapat para sahabat di ukhwah.com Thanks 4 info  -----------------
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 17-03-10 15:29
Kalau abang ipar ada datang di rumah untuk menziarah, Wajib tutup aurat ke? -----------------
|
myhoney
WARGA SETIA Menyertai: 05.06.2008 Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia
|
Posting pada: 17-03-10 16:02
Pada 17-03-10 15:29 , Awani posting:!!! QUOTE !!!
Kalau abang ipar ada datang di rumah untuk menziarah, Wajib tutup aurat ke?
wajib ----------------- orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka & apabila dibacakan pada mereka ayat-ayatNya, bertambah keimanan mereka. (Al-Anfal :2)
|
kumpulansenyum
Warga 4 Bintang Menyertai: 17.05.2006 Ahli No: 24414
Posting: 305
Dari: UKM
|
Posting pada: 17-03-10 16:04
Pada 17-03-10 15:29 , Awani posting:!!! QUOTE !!!
Kalau abang ipar ada datang di rumah untuk menziarah, Wajib tutup aurat ke?
Wajib lah...abang ipar bukannya mahram.. ----------------- Jom masuk syurga...
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 17-03-10 16:57
Pada 17-03-10 16:04 , kumpulansenyum posting:!!! QUOTE !!! Pada 17-03-10 15:29 , Awani posting:!!! QUOTE !!!
Kalau abang ipar ada datang di rumah untuk menziarah, Wajib tutup aurat ke?
Wajib lah...abang ipar bukannya mahram..
Thanks untuk makluman sahabat sekalian. Saya amat menghargainya  -----------------
|
nurkamar
:WARGA AWAL BERJASA: Menyertai: 14.05.2003 Ahli No: 35
Posting: 1798
|
Posting pada: 22-06-10 09:40
setakat ni saya memang takkan buka tudung mlainkan depan mak ayah & adik beradik sahaja. kami bukanlah dari keluarga yang berlatar agama namun memang tu di wajibkan sejak kecil. -----------------
|
fatin3
WARGA SETIA Menyertai: 11.07.2003 Ahli No: 2246
Posting: 476
Dari: bandar saujana putra
|
Posting pada: 22-06-10 11:07
bagaimana? ye? Kalau suami saya memang tak suka balik kg sebab kat kg kebanyakan anak buah memang seksi-seksi belaka.. waktu solat pun buat tak tau saja, nak tegur pun, makbapaknya tak kisah.. yang isteri orang pun, selamba jawab suaminya pun tak marah, kita pula sibuk-sibuk nak tanya... nampaknya kita kena giatkan usaha dakwah.. sebar-sebarkan setakat yang mampu.. insyaAllah..
|
Awani
Warga 4 Bintang Menyertai: 21.10.2009 Ahli No: 37709
Posting: 256
Dari: Land Below The Wind
|
Posting pada: 23-06-10 20:32
Pada 17-02-09 23:55 , sakinahazzahra posting:!!! QUOTE !!! Masalahnya bila suami itu pun tak tahu
Masalahnya bila yang tahu itu tak kisah Makanya suami haruslah tahu dan mengambil berat mengenai soal ini.  Mungkin sedikit nasihat boleh dikongsi bersama-sama. Semoga golongan golongan yang memandang remeh mengenai perkara penting ini akan mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah S.W.T untuk menutup aurat yang disarankan oleh Islam. -----------------
|
izaisa
Warga Rasmi Menyertai: 09.07.2012 Ahli No: 42379
Posting: 1
|
Posting pada: 09-07-12 11:33
As salam, mohon sedikit nasihat dan pendapat. saya baru saja berhijrah, dulu memang bertudung, tapi bak kata org cuma bertudung bukan menutup aurat. Pakai tudung tapi baju berlengan pendek atau berseluar ketat. Alhamdullilah sekarang Allah telah m'buka hati saya untuk menutup aurat sepenuhnya. sekarang yang saya risau aurat saya dengan ipar duai. sebelum ini kalau saya balik kg suami, saya memang tak bertudung dalam rumah. Macam mana nak bagi keluarga suami tak terkejut dengan perubahan ni? Mak mertua bukan jenis warak, takut dia kata saya ni da kena sampuk. Cara elok nak elak ipar duai salam kita? Kalau boleh saya tak hendak perubahan saya ni akan buat org kecik hati atau tersinggung. Mak mertua mesti tersinggung kalau saya bertudung dalam rumah or ipar duai mesti terasa kalau saya tolak salam mereka. Mohon kongsi cara yang baik untuk saya praktikkan.
|