Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
"Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 173
Ahli: 0
Jumlah: 173




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 11 jam, 9 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: boleh ke nak buat ASB atau ASN?


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» boleh ke nak buat ASB atau ASN?

Please Mendaftar To Post


Oleh boleh ke nak buat ASB atau ASN?

noorul_02
Warga Rasmi
Menyertai: 16.02.2009
Ahli No: 37190
Posting: 8
Dari: utara malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 12:58


saya ada terdengar yang kita org islam ni tak boleh buat akaun ASB atau ASN sebab akadnya tak menepati syarak.. betul ke? :berfikir:


-----------------
Friends Myspace Comments



    


  Member Information For noorul_02Profil   Hantar PM kepada noorul_02   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 14:05


ye...ada juga dengar dulu...sebabnya pembahagian bunge tu adalah mengikut kadar faedah sms...tapi tak sure lah betul ke tak...ni pun abang bagitahu...dulu masa dia cakap pun tak pay atttention sangat...tapi sebab waswas sampai sekarang tak buka akaun asb or asn....huhu

Bookmark and Share

    


  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2006
Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 14:15


..isu ini dah lama sebenarnya ,disini ana lampirkan berita dan komen/ulasan dari ustaz zaharudin(UZAR) berkaitan hukum ASB dan ASN


Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa

KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Sumber



--------------------------------------------------------------------------------


ULASAN UZAR (USTZ ZAHARUDDIN)

Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' haji Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam.

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untukmembuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra'

Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.

Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.

Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-

أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)




Sekian

SUMBER:

http://www.zaharuddin.net/content/view/663/98/

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzahtulsakinahProfil   Hantar PM kepada izzahtulsakinah   Pergi ke izzahtulsakinah's Website   Quote dan BalasQuote

izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 28.11.2006
Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 14:24


pendapat saya pula,kalau boleh ia dielakkan lebih baik kita elak.

bila rezeki kita dr sumber yang betul-betul halal barullah akan lahirnya pejuang-pejuang islam yang berkualiti seperti imam ghazali.hayati kisahnya,insyaAllah kita akan faham pentingnya menjauhkan diri dr pelaburan yang tidak pasti ini.

Bookmark and Share

    


  Member Information For izzahtulsakinahProfil   Hantar PM kepada izzahtulsakinah   Pergi ke izzahtulsakinah's Website   Quote dan BalasQuote

akil78
Warga 4 Bintang
Menyertai: 28.01.2009
Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 15:32


ye betul tu..
ana pun rasa kalau kita rasa was-was takyahlanh masuk..
asb dan asb banyak yang langgar hukum syarak..
lebih baik tinggal dan cari yang bertul2 ikut islam..

Bookmark and Share

    


  Member Information For akil78Profil   Hantar PM kepada akil78   Pergi ke akil78's Website   Quote dan BalasQuote

nadia_khalit
Warga 4 Bintang
Menyertai: 09.06.2008
Ahli No: 33692
Posting: 163
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-02-09 15:35


erm..kalau macam tu..ada tak contoh bank yang boleh kita buat pelaburan??
maybank ok tak??
Sorry lah ye..bab-bab bank ni tak tau sangat ...

Bookmark and Share

    


  Member Information For nadia_khalitProfil   Hantar PM kepada nadia_khalit   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 16-02-09 15:46


Saya setuju dengan pandangan Izzahtulsakinah dan Akil78.
Walaupun Majlis Fatwa bertanggungjawab di hadapan Allah diatas fatwa mereka, sebagai hamba Allah kita juga turut bertanggungjawab.

Saya tidak mahu bercerita hukum dividen, faedah seperti yang diutarakan Ukhti Anshu. Itu cerita pasal keuntungan dah. tetapi saya nak perbincangkan adalah hukum perkongsian(syirkah) antara kita (sebagai pelabur) dan PNB(pengelola), apakah syirkah yang kita lakukan ini selari dengan hukum syirkah Islam.

Pengetahuan tentang hukum perkongsian perniagaan Islam suatu yang sangat mustahak, kerana ramai diantara kita yang melakukan perkongsian perniagaan. Saya pernah tulis berkenaan hukum ini sebelum ini tetapi tiada respon langsung. sama ada semua dah faham atau semua tak ada buat syirkah.

sebagai asas perbincangan untuk hukum ASB dan ASN ini, saya petik sebahagian dari tulisan tersebut. Penulisan lengkapnya boleh didapati di blog saya.

------------------------------------------------------------------------

Pandangan Mazhab Fiqih tentang Syirkah

Mazhab Hanafi berpandangan ada empat jenis syirkah yang syari’e iaitu syirkah inan, abdan, mudharabah dan wujuh. ( Wahbah Az Zuhaili, Al Fiqh al Islami wa Adillatuhu)
Mazhab Maliki hanya 3 jenis syirkah yang sah iaitu syirkah inan, abdan dan mudharabah.
Menurut mazhab syafi’e, zahiriah dan Imamiah hanya 2 syirkah yang sah iaitu inan dan mudharabah.
Mazhab hanafi dan zaidiah berpandangan ada 5 jenis syirkah yang sah iaitu syirkah inan, abdan, mudharabah, wujuh dan mufawadhah.

Ada pun perkongsian boleh sama ada berkongsi hak milik (syirkatul amlak) atau/dan perkongsian aqad
Syeikh Taqiuddin AnNabhani dalam kitabnya Sistem Ekonomi Alternatif Perspektif Islam berijtihad terdapat 5 jenis syirkah yang syari’e sama seperti pandangan mazhab hanafi dan zaidiah


wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-02-09 12:35


!!! QUOTE !!!

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.


Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)




AlhamdulilLah..

Saya pun ada saluran asb & medical investment..
Ini masa saya jahil.. tak tau hukum..

Pelaburan ASB ni dikira sebagai pelaburan berteras riba'..?
Harap sesiapa ada maklumat berkongsi dengan saya..


Terima kasih.



Syukran jazilan..

HambaNYA yang jahil,
-- Muddathsir


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

Muddathsir787
WARGA SETIA
Menyertai: 20.10.2007
Ahli No: 31449
Posting: 943
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-02-09 12:38


Pada 16-02-09 15:35 , nadia_khalit posting:

!!! QUOTE !!!

erm..kalau macam tu..ada tak contoh bank yang boleh kita buat pelaburan??
maybank ok tak??
Sorry lah ye..bab-bab bank ni tak tau sangat ...



Pelaburan macam mana..? Matawang kita sendiri bersandar pada currency.. Kalau nilai matawang kita jatuh.. tak ada beza dengan kertas kosong yang tak bernilai..

Cuba survey.. Ar-Rahnu ada matawang dinar dan perak.. ikut paten sama dengan matawang zaman Saidina Umar Al-Khattab ra.

Nak simpan pula ada bank di wisma central..
Zakat jangan lupa, insya-ALLAH..

Ini berdasarkan maklumat yang saya dapat dari sahabat-sahabat.. Saya pun masih survey.. Banyak matawang ala dinar sekarang.. seperti matawang kijang emas (maybank)..

Tapi sebaiknya kita ikut yang paten seperti saidina Umar Al-Khattab ra.. Insya-ALLAH.. :)

Insya-ALLAH USD jatuh, bon jatuh, unit trust jatuh.. inflasi naik..

Insya-ALLAH matawang dinar & perak tak akan jatuh..
Tolong betulkan kalau saya tersilap..

Sesiapa yang dapat maklumat boleh berkongsi sama-sama..

Insya-ALLAH..


HambaNYA yang jahil,
-- Muddathsir


-----------------
.: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


Bookmark and Share

    


  Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.107322 saat. Lajunya....