Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-01-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Saya tidak sanggup menghapuskan kegelapan tetapi saya sanggup meneranginya.
-- John Newton

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 50
Ahli: 0
Jumlah: 50




  Yang Masuk Ke Sini
Martyr: 45 hari yang lalu
Muslim1987: 52 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: 3 Soalan dengan 1 jawapan.....


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» 3 Soalan dengan 1 jawapan.....

Please Mendaftar To Post


Oleh 3 Soalan dengan 1 jawapan.....

ctmariani
Warga 2 Bintang
Menyertai: 02.02.2009
Ahli No: 37008
Posting: 51
Dari: bentong

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-02-09 13:21


...Buat Renungan Bersama....

            Ada seorang pemuda yang lama sekolah di luar
            negeri, kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia
            meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang guru
            agama, kiyai atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab 3
            pertanyaannya. Akhirnya orang tua pemuda itu
            mendapatkan orang tersebut, seorang kiyai.

            Pemuda: Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan
            saya?

            Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
            pertanyaan anda.

            Pemuda: Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang
            yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

            Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

            Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan:-

            1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan wujud Tuhan
            kepada saya
            2. Apakah yang dinamakan takdir
            3. Kalau syaitan diciptakan dari api Kenapa dimasukan ke neraka yang
            dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan. Sebab mereka
            memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh
            itu?

            Tiba-tiba kyai tersebut menampar pipi pemuda tadi
            dengan keras.

            Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda marah kepada saya?

            Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah jawaban saya atas 3
            pertanyaan yang anda ajukan kepada saya.



            Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.
            Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
            Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.
            Kiyai : Jadi anda percaya bahwa sakit itu ada?
            Pemuda: Ya!
            Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!
            Pemuda: Saya tidak boleh.
            Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita semua
            merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat
            wujudnya.
            Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar
            oleh saya?
            Pemuda: Tidak.
            Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah
            tamparan dari saya hari ini?
            Pemuda: Tidak.
            Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.
            Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar
            anda?

            Pemuda: Kulit.
            Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?
            Pemuda: Kulit.
            Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?
            Pemuda: Sakit.
            Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan neraka juga terbuat
            dari api, jika Tuhan menghendaki maka neraka akan menjadi tempat
            yang menyakitkan untuk syaitan.


-----------------
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan: 'kami beriman' sedangkan mereka tidak diuji lagi... (al- Ankabut:2)


Bookmark and Share

    


  Member Information For ctmarianiProfil   Hantar PM kepada ctmariani   Quote dan BalasQuote

Luqiem
Warga 4 Bintang
Menyertai: 22.08.2008
Ahli No: 34587
Posting: 155
Dari: Jerantut Ke Jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 12-02-09 14:48


Pang... kena tamporr... :-o :-o


-----------------
Dunia Hanya Sementara, Akhirat Kekal Selama-Lamanya
http://www.luqiem.my-ads4bucks.com


Bookmark and Share

    


  Member Information For LuqiemProfil   Hantar PM kepada Luqiem   Pergi ke Luqiem's Website   Quote dan BalasQuote

setanggi_syurga83
WARGA SETIA
Menyertai: 10.03.2006
Ahli No: 23348
Posting: 517
Dari: Negeri Sembilan-bumi Allah

NegeriSembilan  


posticon Posting pada: 12-02-09 16:08


Lempang laju-laju,lepas tu baru bagi jawapan..ehehehe..(tkeluar dari tajuk forum pulok..)..Betapa Allah menyuruh kita supaya menjadi orang-orang yang berfikir :-)


-----------------
-StaIrWays To HeaVen-http://nurfazilah.hadithuna.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For setanggi_syurga83Profil   Hantar PM kepada setanggi_syurga83   Pergi ke setanggi_syurga83's Website   Quote dan BalasQuote

Meshaal
Warga 1 Bintang
Menyertai: 26.10.2008
Ahli No: 35602
Posting: 40
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-02-09 16:30


hmm, seperti dalam novel karya Ramlee Awang Murshid :berfikir:

"Hijab Sang Pencinta"

petikan m/s 110 dan 111:

"Di selat sunda, ada gunung api yang dipanggil..Karaktoa. Setan-setan akan mati di sana," cerita Gimbaran lagi.

"Adakah gunung api itu tempat pembunuhan syaitan?" Saifuddin semakin tertarik. Selama ini pun, dia memang bertarung dengan manusia-manusia syaitan terkutuk.

"Setan yang memang setan, akan mati bila dihumban ke dalam kawah Krakatoa," tegas Gimbaran. Dia berhenti mengunyah. Sisa makanan masih ada di mulutnya. "Tuan keliatannya tertarik," lanjut Gimbaran lagi.

"Ya... manusia itu diciptakan ALLAH daripada tanah... manakala iblis dan konco-konconya daripada api. Manusia akan kembali kepada tanah..."

"Dan setan akan kembali kepada api!" Belum selesai Saifudin menyudahkan tuturannya, Gimbaran mencelah dengan cepat.

"Apa mungkin Krakatoa yang membuak lahar berapi itu bisa membunuh syaitan?" Saifuddin sekadar menguji tahap akal Gimbaran yang kadangkala sukar diduga.

Gimbaran tersenyum-senyum. Mengunyah dan menelan makanan yang masih berbaki di mulut. Dan secara tiba-tiba dia menghayunkan tangan ke muka Saifudin. Laksamana Sunan (gelaran Saifudin) lekas menangkis. Kecepatan yang sukar dikalahkan Gimbaran. Kemudian tangan yang satu lagi dilunjurkan ke hadapan, tepat ke muka Saifudin. Sekali lagi cubaan itu digagalkan.

"Apa maksud perbuatanmu, saudaraku?" Muka Saifudin panas.

"mahu menyakiti tuan," Jawapan yang berterus terang.
"Pasti coba memberi satu jawapan," jangka Saifudin.
"Tuan diciptakan daripada tanah. Aku juga daripada tanah. Apabila tanah bertemu tanah, dihempap... dihentak keras, maka pasti akan terasa sakit. Begitu juga dengan api." Gimbaran tersengih-sengih. Ternyata dia bukan sembarangan orang.

"Kamu benar, saudaraku." Saifudinj mengangguk dan tersenyum.


----------------------

sekadar berkongsi.. :-D


http://islamictazkirah.blogspot.com/


-----------------
Jana Wang USD dengan blog anda di http://pakej-jana-wang-adsense.com/


Bookmark and Share

    


  Member Information For MeshaalProfil   Hantar PM kepada Meshaal   Pergi ke Meshaal's Website   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA SETIA
Menyertai: 23.03.2007
Ahli No: 29304
Posting: 486
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 12-02-09 18:33


fuhh... kalau saya tak berani nak tampar... huhu....

Bookmark and Share

    


  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

Mulya
WARGA SETIA
Menyertai: 10.09.2007
Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN

indonesia  


posticon Posting pada: 12-02-09 19:45


almarhum ayah saya pernah menantang seorang yang mengatakan bahwa tuhan tu tak ada..
ayah saya katakan pada rakan-rakan orang tu.."kalau dia nak kenal siapa ALLAH..,bawa dia jumpa aku..biar aku perkenalkan dia dengan ALLAH tu.."dengan nada agak tinggi dan emosi...sejak saat tu..,orang2 tu dah tak berani main-main tentang ALLAH dah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For MulyaProfil   Hantar PM kepada Mulya   Pergi ke Mulya's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.10476 saat. Lajunya....