Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Raja yang setia pada dayang2 yang hanya inginkan kerusi empuk di singgahsana bukan sahaja akan meruntuhkan seluruh istana bahkan seluruh takluk jajahannya...
-- Hanan

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 232
Ahli: 0
Jumlah: 232




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 5 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Kaki Jiwang Karat!!
Topik: Khas untuk wanita :D


Carian Forum

Moderator: Administrator, syemarly
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Kaki Jiwang Karat!!
    »» Khas untuk wanita :D

Please Mendaftar To Post


Oleh Khas untuk wanita :D

jebat_86
Warga 3 Bintang
Menyertai: 31.10.2008
Ahli No: 35674
Posting: 121

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 17:12


Nisaa’,
Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta dari tulang rusuk adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya untuk diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lanaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bias menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. Adakah semudah itu kau menyerahkan diri pada sang kumbang?

Renungkanlah pada keindahan bunga mawar yang unggul terjaga berpagarkan duri sebagai bentengnya. Dari kejauhan harumannya mencuri perhatian. Kilauan warna yangnya yang memancar indah menjadi tarikan. Namun, lantaran pagar duri yang berbisa itu, sang kumbang tertunduk kagum terhadap keindahan yang terjaga sehinggakan ia berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.

Nisaa’,
Akuilah hakikat kejadian dirimu ini yang menjadi pelemah keimanan lelaki. Seandainya pakaian malu kau tinggalkan daripada tubuhmu dan perbatasan aurat kau pandang sebarangan, jadilah dirimu hanya sekuntum bunga yang indah tapi sayang tak berduri.Kau tidak layak lagi dimahkotakan sebagai si mawar berduri.
Sesungguhnya utusan Allah ada menyatakan tentang bahaya dirimu, ‘tidak ada fitnah yang lebih besar selepas wafatku selain daripada fitnah yang berpunca daripada wanita’. Adakah kau mahu menjadi penyabab terhumbannya lelaki ke neraka?

Ingatlah wahai Nisaa’ku sayang;
Ingatlah behawa cirri-ciri wanita solehah ialah apabila dia tidak melihat lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanyakecuali atas urusan yang diizinkan. Sesuatu yang tertutup itu lebih indah dan berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah. Yang tertutup itu indah! Alangkah baiknya jika kau memelihara keindahan dirimu sebagai hadiah yang kudus, suci, mahal, dan berharga buat kumbang terpilih yang dijanjikan Allah buatmu.

Indahnya hidup ini andai melayarinyadengan bernaungkan keadaan Allah, betunjang ilmu dan kebenaran, bersulam akhlaq penuh menawan. Sesungguhnya wanita solehah menjadi idaman setiap insane soleh bernama Adam. “Wanita yang baik itu adalah untuk lelaki yang baik…”

Ya Allah, jadikanlah kami bidadari syurga yang abadi….
(adaptasi dari novel Tautan Hati)

Bookmark and Share

    


  Member Information For jebat_86Profil   Hantar PM kepada jebat_86   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 02-02-09 17:15


KASIHNYA TUHAN KEPADA WANITA

Petikan:
" Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim.
Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud Maha Penyayang. Kemuliaan dan ketinggian darjat seseorang di sisi Tuhan bergantung kepada taqwanya , sama ada lelaki atau perempuan. "

Kasihnya Tuhan kepada wanita!
Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan layanan istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan ada mana-mana ajaran, ideologi, ism atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang dikenakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita. Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam.

Contohnya, dalam soal lalu lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang manusia buat seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka.

Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Tuhan kepada wanita, sama ada secara langsung atau pun tidak.

1. Gelaran bagi isteri di dalam Al Quran
Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri adalah dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah husband manakala perkataan untuk isteri ialah wife. Dalam bahasa Perancis, perkataan untuk suami ialah mari manakala femme untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza zaujuh dan zaujati. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu zaujuh yang bermakna pasangan. Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanitanya . Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap mereka setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al Quran, mereka disebut imraah, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau penutup kepada suaminya

2. Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam.

Antaranya:-
a. Syurga di bawah telapak kaki ibu.
Apakah wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini? Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan di bawah telapak kaki dan bukan di dalam tangan atau di sisi seorang ibu? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat). Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. Orang yang paling baik dari antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.

c. Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina perempuan-perempuan melainkan orang yang hina. (Hadis riwayat Ibnu Asakir)

d. Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

e. Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang ia suka. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang yang mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

3. Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama Yang Mulia
Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim . Perkataan ini diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud Maha Penyayang . Sudah tentulah Tuhan tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Tuhan akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan tidak berikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Tuhan dan memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan kepentingan rahim untuk kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di sisi Tuhan.

4. Diberi Pahala Yang Berterusan
Wanita disebut kurang dari sudut agama , tetapi ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas . Namun, oleh kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Tuhan tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan kerenah anaknya pula, makin banyaklah pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita. Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Tuhan berikan kepada seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun sudah terlampau banyaknya

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

ayu_humaira
Warga 1 Bintang
Menyertai: 29.01.2009
Ahli No: 36948
Posting: 39
Dari: bumi ciptaan Allah

Perak  


posticon Posting pada: 02-02-09 22:49


sem0ga ramai wanita menjadi mawar berduri..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ayu_humairaProfil   Hantar PM kepada ayu_humaira   Quote dan BalasQuote

yuhada
Warga 3 Bintang
Menyertai: 13.10.2006
Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 03-02-09 08:01


WANITA MUKMINAH : CONTOH PERJUANGAN

Siapakah yang tidak kenal dengan khalifah Umar bin Abdul Aziz? Beliau adalah cicit dari Sayidina Umar Al Khattab menjadi khalifah Bani Umayyah yang ke-lapan dan mujaddid kurun pertama dan lebih dikenali dengan sebutan ‘Umar kedua’.

Tokoh politik yang berjiwa sufi dan tangkas dalam mengendalikan urusan negara. Terkenal dengan kepimpinannya yang adil lagi amanah. Dan di sisinya ada seorang yang dapat menjadi pendorong dan memahami tugas-tugasnya yang berat dan dapat memberikan inspirasi bagi membantu perjuangannya. Itulah Fatimah isteri beliau, cucu khalifah Abdul Malik yang kaya-raya.

Pengorbanan Fatimah dalam perjuangan Islam waktu itu begitu besar. Dia rela mengorbankan semua harta yang dimilikinya untuk diserahkan ke jalan Allah. Dengan begitu ia akan lebih memudahkan dirinya untuk lebih dekat dengan Allah, mendapatkan cinta dan redha dari Allah SWT.

Fatimah juga memainkan peranan penting dan besar dalam membantu perjuangan suaminya. Sebagai isteri dia sanggup berkorban apa saja demi melayani, mentaati dan mendorong suaminya untuk menegakkan keadilan. Bukan hanya harta yang dikeluarkannya tetapi juga tenaga, fikiran, waktu, kesenangan hingga berkorban jiwa dan perasaan.

Semuanya diserahkan untuk Allah dan suaminya. Seorang yang ingin berjuang maka dia harus sanggup berkorban. Pernah suatu hari khalifah Umar berkata kepadanya,
“Wahai isteriku Fatimah. Aku kini telah diangkat dan diamanahkan untuk menguruskan umat Muhammad. Tanggung jawabku terhadap rakyat semakin hari semakin besar dan kerana itulah aku tidak dapat memberikan sepenuh waktuku untuk bersamamu dan anak-anak. Aku takut aku tidak dapat menunaikan tanggung jawabku terhadap keluarga dan memberikan hak suami terhadap isterinya. Oleh itu pilihlah ingin terus bersamaku dalam keadaan susah atau izinkan aku berpisah denganmu agar engkau dapat bebas dan tidak terikat serta mendapat kesenangan.”

Dan jawapan yang diberikan oleh Fatimah bukan atas dasar dorongan nafsu tapi kerana ketaqwaan dan keimanan yang tinggi kepada Allah.
“Suamiku yang dikasihi. Aku lebih rela untuk tetap bersamamu walau dalam keadaan apapun. Asalkan kita dapat terus bersama meneruskan perjuangan agung yang sedang engkau jalani ini.”

Ketaatan yang kuat terhadap suami dan kecintaannya yang besar terhadap Islam yang menjadi pendorong kuat untuk Fatimah berjuang dan berkorban. Jawatan suami baginya bukan segala-galanya.

Malah tidak mengambil sebagai peluang untuk memperkaya diri seperti yang biasanya berlaku hari ini, tapi bahkan dia korbankan segalanya demi mendokong amanah Tuhan yang diletakkan di atas bahu suaminya.

Bookmark and Share

    


  Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.09324 saat. Lajunya....