Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 10-08-2022  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan seseorang untuk menyambut datangnya kesempatan.
-- Benjamin Disraeli

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 29
Ahli: 0
Jumlah: 29




  Yang Masuk Ke Sini
wakjaman: 10 hari yang lalu
muslimiman: 15 hari yang lalu
tornado: 35 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Mulianya Hati Pemain Bolasepak Profesional


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Mulianya Hati Pemain Bolasepak Profesional

Please Mendaftar To Post


Oleh Mulianya Hati Pemain Bolasepak Profesional

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 30-01-09 11:39


Assalamualaikum

Frederic Kanoute, 31 dalam perlawanan antara Seville vs Deportivo lah Coruna telah menyatakan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan menyelak jersinya dan menayangkan perkataan "PALESTINA" setelah menjaringkan gol kedua bagi pasukannya, Seville. Perlawanan bolasepak tersebut telah diadakan pada 8/1/2009.

Dikhabarkan bahawa dalam perlawanan menentang Osasuna (4/1/09), beliau juga memakai baju yang sama tertera perkataan "PALESTINA". Tetapi tidak ditunjuk kerana beliau tidak dapat menghasilkan gol pada ketika itu.

Namun, pada saat keunggulan beliau telah menjaringkan gol pada perlawanan menentang Deportivo lah Coruna; Pada saat semua kamera menumpukan fokus kepada beliau; Pada saat ribuan manusia bersorak kepada beliau; Pada saat ribuan pasang mata menonton kejayaan beliau; Pada saat itulah, Frederic Kanoute memilih untuk menayangkan sokongan beliau kepada PALESTIN dengan cara yang tersendiri.

Sungguh pandai dan sungguh bijak. Alhamdulillah .

Hasil dari perbuatan tersebut, beliau telah dilayangkan dengan kad
kuning. Namun, beliau menerimanya dengan redha dan bertanggungjawab dengan tindakannya itu.


Adakah itu sahaja sumbangan beliau?

Beliau malah telah menyelamatkan sebuah bangunan yang dijadikan
masjid oleh penganut ISLAM di Seville. Bangunan tersebut telah
dibuat keputusan untuk dijual kerana kontrak penggunaan bangunan tersebut sebagai tempat solat telah tamat. Namun, Frederic Kanoute telah tampil menyelamat dengan membeli bangunan tersebut dengan harga 510,860 euros (iaitu $700,000 USD). Harga tersebut menyamai setahun pendapatannya. (Baca lanjutan di Islamonline. net)

Beliau juga telah membuktikan bahawa berpuasa pada bulan Ramadhan tidak melemahkan ummat ISLAM. Frederic Kanoute telah dimahkotakan dengan penjaring gol terbanyak liga iaitu 20 gol, mengalahkan Ronaldinho. Bukan setakat BOLEH bermain bolasepak di arena profesional, malah CEMERLANG walaupun sedang berpuasa. Semenjak itu, kelab yang beliau wakili tidak lagi memberi tekanan kepada beliau untuk menjalankan rutin sebagai seorang muslim. (Baca lanjutan di Islamonline. net)

Sebagai seorang muslim, beliau juga menolak untuk memakai jersi bolasepak kelab beliau yang tertera nama sebuah syarikat internet perjudian. Kelab beliau telah menyediakan jersi khas untuk beliau pakai.

Beliau juga telah mewujudkan sebuah yayasan untuk membantu anak-anak yatim di Mali dan lain-lain kebajikan agama yang saya percaya ia menjadi dambaan setiap muslim.

SubhanALLAH, insan seistimewa Frederic Kanoute ini telah membuat suatu yang sangat bernilai di sisi ISLAM. Walaupun baru 10 tahun memeluk ISLAM, sumbangan beliau telah mengalahkan sebahagian kita, terutama sayaaduh, cemburunya.

Semoga kisah Frederic Oumar Kanoute ini bisa memberikan kita
keinsafan dan dapat kita ambilnya sebagai iktibar.

wAllahu ta'ala a'lam.

Sumber: http://muzir. wordpress. com/2009/ 01/20/frederic- oumar-kanoute-
menjulang-palestin/


p/s: Alhamdulilah pengajaran kepada diri sendiri. Kalaulah player popular ada sumbangan untuk Islam. Takkan lah yang banyak masa ini tak ada sumbangan untuk Islam. Fikir-fikirkan lah. Marilah kita pertingkangkat sumbangan kita umtuk ISLAM


-----------------
Yang Mencari Keredhaan ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 11:49


Frederic Kanoute bakal berdepan hukuman daripada Persatuan Bola Sepak Sepanyol....

Dalam pada itu, Duta Israel di Madrid, Raphael Schultz menganggap tindakan Kanoute adalah sesuatu yang tidak wajar sebagai seorang pemain profesional.

Sementara itu, pegawai Kedutaan Palestin di Madrid, Mahmoud Aluanen pula menganggap Kanoute sebagai seorang individu yang cukup berani.

"Ahli sukan juga manusia biasa. Mereka juga mempunyai hak untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap apa yang telah berlaku," kata Mahmoud


-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....


Bookmark and Share

    


  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

ummusafiah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.11.2004
Ahli No: 12428
Posting: 2520

chad  


posticon Posting pada: 30-01-09 11:59


Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat!!

Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.

Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.

Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.

Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan " Sympathize With Gaza". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel. Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.

Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra, Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian. Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza, berani berseorangan menegakkan kebenaran.

Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.



Selain peristiwa "Sympathize with Gaza", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark. Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.

Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.

Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama. Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline. net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam "..merupakan pendakwah Islam", menurut Mufti Congo, Sheikh Abdullah Mingala Lwaba

Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.

Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!

Kenapa saya suka sangat peristiwa "Sympathize with Gaza"? Kerana ia satu mesej dari seorang insan kerdil tapi berjiwa besar yang mencabar Israel, "perencana" perjalanan dunia hari ini. Ia satu mesej yang mengajak dunia peka dan mempersoalkan "kuasa" yang kebanyakan negara tunduk kepadanya. Aksi Aboutreika yang menyeru agar dunia peka terhadap Gaza merupakan peristiwa yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah, walaupun ada pihak yang cuba memadamkannya. Carilah di Youtube atau apa web video, sukar untuk anda menemui video kejadian tersebut. Namun, ada video atau tidak, ada gambar atau tidak.. Pada bangsa Arab, Mohamed Aboutreika adalah wira. Pada gerakan Islam, beliau memberi inspirasi. Pada umat Islam, beliau merupakan tokoh. Pada rakyat Palestin, beliau adalah pejuang.

Semoga Allah SWT memberkati dan menerima amalan beliau dan mengurniakan kesudahan yang baik buatnya

Sumber: Emel (tetapi boleh d google juga..huhu)

Bookmark and Share

    


  Member Information For ummusafiahProfil   Hantar PM kepada ummusafiah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.103217 saat. Lajunya....