Array
![]() |
![]() | Create An Account | Home · Topik · Statistik · Your Account · Hantar Artikel · Top 10 |
![]() | 18-01-2025 |
|
Suara Hatiku
|
Moderator: Administrator, zulman |
Please Mendaftar To Post |
Oleh | Luahan hatiku, seorang pesakit mental |
---|---|
isa777_musa ![]() ![]() |
![]() ![]() Aku tak tahu pada siapa nak diluahkan, segala yang terbuku di hati ini. Betapa pedihnya hati ini hanya Tuhan yang tahu. Aku telah menjalani rawatan pesakit mental semenjak tahun 2005 yang lalu. Masa itu secara tiba-tiba aku ditimpa kemurungan yang teruk. Aku menangis semahu2nya, hanya kerana sekecil2 perkara. Terkadang mengamuk dam memberontak bagaikan dunia ini aku yang punya. Sebenarnya, sebelum itu. Aku sangat menyintai seseorang. Dan kami telah berjanji untuk hidup bersama hingga ke taman syurga. AKu baru bekerja ketika itu, sebagai seorang guru di MRSM. Aku meluahkan niat di hati kepada ibuku agar meminang si dia yang selama ini mengganggu lena. Ibu menolak hasrat di hatiku. Katanya. Aku baru bekerja dan tidak mempunyai wang untuk semua itu. Aku merasa cukup kecewa dengan tindakkan dan kata-kata ibu. Semenjak itu, hari-hari ku bagaikan tidak bermakna lagi. Walaupun aku dan si dia tetap saling manyayangi, bagiku cara ibu bagaikan tidak merestui perhubungan ini. Hari demi hari, terus berlalu. Aku hilang minat untuk bekerja. Aku sering tidak hadir bertugas. Majikan ku sering memarahiku, tanpa bertanya apa masalah yang menimpa diriku. Semua ini membuat aku terus kecewa dan merana. Kemuncak kepada semua ini. Aku telah membawa diri entah ke mana. Ku bawa kenderaanku tanpa hala. Aku berhenti di tepi tasik di Bangi. Di sini aku sering melepaskan kekusutan hati. Aku tekad untuk menamatkan sisa hayat yang ada. Segala usaha dan cinta hanya sia-sia. Biarlah mereka merasa, betapa pedihnya sebuah derita. Kalau aku pergi dulu, mereka kan tahu bahawa niatku bukan untuk dipermainkan. Biar semua merana. Aku tak peduli. Ku renung ketenangan tasik permai itu. tiba-tiba ada satu suara yang entah dari mana, menyeru agar aku pulang. Pulang ke pangkuan keluarga. Tika itu sudah 2 hari aku pergi, tanpa di kesan sesiapa. Setelah mendengar suara itu. Aku pulang ke rumah. Tika itu, ibu dan seluruh isi keluarga sedang membacakan surah yassin dengan kuat dan lantang. Mereka berdoa agar aku segera pulang dan selamat dari segala bencana. Tidak semena2 suaraku bertukar. Aku tidak dapat mengawal diriku. Satu kuasa yang entah dari mana meresap menguasai diriku. Aku tidak dapat mengawalnya. Suaraku menjadi besar dan bercakap dengan slang dan bahasa Indonesia. Suara tersebut menyatakan bahawa, dia bangun dari pertapaan di Tanah Jawa. Aku tidak sedarkan diri. Dan segalanya diluar kawalanku. Setelah itu, kuasa itu terus mengusai diriku, pelbagai ikhtiar telah dilakukan, namun ia tidak juga ingin pergi. Akhirnya aku dibawa ke Hospital Pakar Psikatrik. Agaknya itulah jawapan bagi orang yang tidak siuman seperti aku. Semasa di hantar ke sana, kuasa itu mengamuk tak keruan, syiling hospital telah ditumbuk sehingga berlubang. Jururawat yang merawat diamuk tidak keruan. Akhirnya aku diberi suntikan, dan lena aku dari kekalutan. Aku disahkan mengidap penyakit ”Bipolar”. Sejenis gangguan mental. Pesakit akan mengalami kemurungan yang teruk dan kegembiraan yang mania. Ia penyakit mood. Mood pesakit akan naik turun tanpa kawalan. Aku diikat di wad psikatrik tersebut. Kedua-dua tangan dan kakiku diikat. Aku menangis, merayu namun tiada siapa yang mengerti. Lima tahun telah berlalu. Aku kini terus menerima rawatan. Setiap sebulan sekali. Aku ada temujanji dengan doktor pakar psikatrik. Yang terdekat 5 febuari 2009. Aku kini bekerja seperti biasa, namun ditukarkan di sekolah yang lebih dekat, bagi memudahkan urusan rawatan. Aku diberi tujuh ubat sehari, sudah 5 tahun aku memakannya. Kata doktor. Aku perlu mengambilnya hingga ke akhir hayat. Oh Tuhan. Aku pasrah dengan ketentuanmu. Memang syaitan akan mendekati orang yang kecewa dan ditimpa kesedihan, dan berbisik-bisik agar melakukan kejahatan. Ampunkanlah dosa dan kesilapanku. Buat rakan-rakan yang sedang membaca, buat ibu bapa yang sedang membaca, ingatlah, jangan menghalang niat mendirikan sebuah rumahtangga. Jangan mengecewakan hasrat murni anak-anakmu untuk menyunting si dia yang tercinta. Kelak segalanya akan binasa. Rezeki itu ditentukan Tuhan. Jangan lah takut mati kebuluran sekiranya mendirikan rumah tangga. "kau nak kasi makan pasir ke anak orang nanti???". MasyaAllah. Betapa ceteknya pemikiran dan rendahnya keyakinan terhadap janji dan rezeki dari Tuhan. Keruntuhan akhlak dan gejala sosial, maksiat dikalangan remaja, antara puncanya halangan untuk mendirikan rumahtangga dari ibu bapa. Aku ada seorang sahabat, ustaz, dia mendirikan rumahtangga semasa di IPT lagi, katanya rezeki urusan Tuhan. Dengan senyuman dia berkata, separuh daripada urusan agama selesai dengan berumahtangga. Dan dia begitu yakin dengan janji2 Tuhan. Mengapa tidak berlaku kepada diriku? Mungkin tak berlaku kepada rakan-rakan lain? Cinta dan kasih sayang adalah fitrah kita sebagai manusia. Mengapa nak di halang. Bernikah adalah tuntutan agama. Ia selari dengan fitrah manusia... Sampai di sini sahaja. Hanya meluah rasa. rasa dari seorang pesakit mental yang tidak siuman. Aku sedar diri ini bukannya sesiapa. Namun mempunyai hati dan perasaan untuk hidup bahagia seperti insan lain. Bukan meminta simpati, sekadar meluah yang terbuku di hati... ----------------- ![]() |
mimi_eniliana ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! Buat rakan-rakan yang sedang membaca, buat ibu bapa yang sedang membaca, ingatlah, jangan menghalang niat mendirikan sebuah rumahtangga. Jangan mengecewakan hasrat murni anak-anakmu untuk menyunting si dia yang tercinta. Kelak segalanya akan binasa. Rezeki itu ditentukan Tuhan. Jangan lah takut mati kebuluran sekiranya mendirikan rumah tangga. "kau nak kasi makan pasir ke anak orang nanti???". MasyaAllah. Betapa ceteknya pemikiran dan rendahnya keyakinan terhadap janji dan rezeki dari Tuhan. apa jua masalah yang timbul adalah dari kedua-dua pihak.. begitu juga dengan anak-anak muda... andai belum ada ikatan pernikahan yang sah.. elak2 kan lah bercouple.. kerana couple tidak wujud dalam Islam... dan kalau dah terjebak... jangan lah mencintai manusia lebih dari Allah swt... janganlah mencintai manusia separuh mati... kerana kalau tak dapat... memang hidup mu akan separuh mati nanti... |
yuhada ![]() ![]() |
![]()
BAGAIMANA MENGGUNAKAN AKAL DENGAN SELAMAT
Sebelum kedatangan Islam, sebelum lahirnya RSAW manusia terlalu memuja nafsu dan akal, dari orang besar hingga orang biasa sangat bertuhankan nafsu. Orang cerdik pandai bertuhankan nafsu dan akal. Sebab itu sebelum lahirnya RSAW, sebelum lahirnya Islam orang cerdik pandai ini terutama berlaku di Rom dan Parsi, lahir ahli-ahli falsafah atau filosof-filosof seperti Aristoteles, Socrates, Plato. Mereka ini sangat menggunakan akal fikiran, mereka ini menganggap akal fikiran itu Tuhan. Mereka sangat membesarkan akal, mereka menggunakan akal untuk menentukan baik buruknya sesuatu hal atau perkara. Itu bagi orang yang cerdik-cerdik. Tapi bagi orang-orang biasa dan orang bawah, mereka banyak menggunakan nafsu. Waktu itu banyak lahir ahli-ahli falsafah, terutamanya orang-orang Eropah, dimana falsafahnya sangat bersifat teori dan utopia, tak bersandar ke langit dan tak berpijak di bumi. Di zaman moden ini dari orang-orang Eropah lahir ahli-ahli falsafah juga tapi agak berpijak ke bumi, lahir saintis-saintis iaitu ahli-ahli sains. Teori-teori dari ahli-ahli sains ini sebahagiannya dapat diamalkan, dimanfaatkan oleh manusia. Tidak seperti ahli falsafah sebelum Islam dulu, dimana falsafahnya bersifat teori dan utopia. Nampaknya filosof-filosof dahulu kalau dikaitkan dengan Islam tak begitu bahaya. Kecuali orang yang bukan Islam. Tapi bila sampai zaman moden lahirnya filosof yang berpijak di bumi iaitu ahli sains, apa yang diterokai dapat dibuktikan dan dimanfaatkan manusia. Satu segi manusia dapat manfaat, orang Islam pun dapat manfaat sama. Tapi dari sudut lain sangat halus bahayanya bagi umat Islam. Kerana sains itu dapat sangat memberi manfaat pada manusia termasuk umat Islam maka falsafah ini sangat mempengaruhi umat Islam. Kalau tidak berhati-hati sangat merosakkan aqidah umat Islam. Memang dalam ajaran Islam, tidak menolak sama sekali akal. Tuhan pun banyak menyebut dalam Quran Mengapa kamu tak gunakan akal, Mengapa kamu tak berfikir. Itu menunjukkan Islam menyuruh manusia menggunakan akal juga. Tapi kalau tak berhati-hati, akal itu diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, tak bertunjangkan iman, mungkin boleh membawa pada syirik, syirik moden. Kalau sembah berhala, sembah patung, itu syirik kuno. Ulama-ulama pun faham memang itulah ilmunya. Tapi syirik moden ini ramai yang tidak faham. Padahal syirik moden ini umat Islam sudah terperangkap. Tapi ulama-ulama tak faham jadi mereka anggap itu tak syirik, tak sesat. Ulama-ulama sekarang hanya nampak syirik kuno saja. Apa jalan keluar bagi umat Islam agar tidak menolak akal dan dapat menggunakan akal dan selamat, tidak syirik. Jangan pula takut sangat dengan falsafah, langsung akal ditutup, Umat Islam nanti jadi jumud, jadi beku. Tapi kalau akal dibesarkan sangat ataupun diguna secara sendiri tanpa bertunjangkan Tuhan, nanti jadi syirik. Apakah jalan selamat bagi kita umat Islam menggunakan akal tapi Islam juga dapat dipertahankan? Kita akan bahaskan secara falsafah. Bagi umat Islam yang tak dapat elak gunakan akal, supaya dia amalkan ajaran Islam itu maju, terbuka, tak jumud, kalau kita hendak gunakan akal, hendak jadi filosof atau minat dengan falsafah ada beberapa syarat atau panduan yang kita kena tempuh iaitu; 1.Fahami dan perlu mahir tentang tauhid, syariat dan akhlak Sesiapa yang ada akal, hendak menggunakan akal secara semaksimum mungkin, mesti mendalami Islam dulu sama ada usuluddin, syariat atau ilmu akhlak. Supaya kita mahir dan faham tentang pantang larang dalam hal tauhid, feqah, dan akhlak. Ini sebagai neraca untuk dapat kita mengimbangi ilmu falsafah. Supaya kita gunakan falsafah, gunakan akal tak tersesat. Kalau 3 hal ini tak faham, tak selesai maka kita akan rosak. Akal akan jadi Tuhan. 2.Fahami bahwa akal itu mahkluk, akal itu lemah Mesti kita faham akal itu mahkluk. Bila dikatakan mahkluk, ia ciptaan Tuhan. Bila ciptaan Tuhan artinya bukan Tuhan. Kalau dia bukan Tuhan, Allah itu Tuhan, takkan setanding. Takkan kita sama-kan akal dengan Allah. Kalau begitu, akal itu lemah. Yang tak lemah itu Tuhan, Allah. Kalau lupakan bahawa akal itu lemah, manusia akan rosak. 3.Fahami bahawa kemampuan akal terbatas Rupanya akal itu kalau ibarat lautan nampak tak bertepi. Itu menurut mata lahir. Yang sebenarnya akal itu bertepi, cuma mata lahir tak nampak. Kalau orang yang puja akal, dia anggap akal itu luas tak bertepi. Sebenarnya akal itu bertepi seperti laut. Ibarat laut ada tepi, tapi mata tak nampak. Kalau ada tepi mestilah ada border. Kalau orang yang pakar laut. Agak-agak dapatkah dia teroka laut semua? tentu tidak. Sudahlah laut itu bertepi, kalau teroka pun dapat kerang dapat ikan saja, tak semua khazanah laut dapat. Sudahlah laut itu sempit, yang diperolehi juga lagilah sempit. Jadi kalau begitu, kalau laut itu bertepi, orang pakar laut cari khazanah lautpun dapat sikit. Begitu juga orang yang guna akal. Sudahlah akal itu bertepi, kalau orang guna akal saja pun dapatlah sedikit. Boleh hanya dapat ikan dan kerang saja. Jadi akal sudahlah bertepi, jika gunakan akal saja, sikit saja boleh dapat. Jadi tak mungkin manusia boleh bertuhankan akal, tak mungkin manusia dapat gunakan akal untuk tentukan mana yang baik dan mana yang tak baik. 4.Konsep sebab akibat bercanggah dengan konsep Islam Mengikut sistem akal, atau sistem ilmu falsafah, untuk menentukan betul atau tidak, adalah melalui sistem sebab dan akibat. Bila ada sebab, ada akibat. Bila lahirkan sebab ada natijahnya. Bila lahirkan sebab ada hasilnya. Itulah dia konsep sebab dan akibat. Inilah yang dipakai ilmu falsafah, bila ada sebab ada akibat. Contohnya; i.bila orang itu jaga badan, makan ubat, exercise selalu, makan benda yang berzat, makan ikut time untuk jaga kesihatan. Akibatnya tentu jawabannya sihat. Tapi realitinya banyak orang tak sihat. Berapa orang yang jaga kesihatan tapi tak sihat. Nampaknya teori falsafah itu ternafi, sistem itu ternafi. ii.orang yang rajin belajar baca buku mentelaah, tok gurunya pun mendampinginya. Itu sebab sahaja menjadikannya pandai. Tapi berapa banyak yang tak pandai. Cuma biasanya pandai. Tapi tak mutlak, sistem ternafi. Sistem sebab akibat itu bukan Tuhan, bukan penentu. Jadi kalau kita ceritakan sebab lalu dia mesti jadi begian, sebenarnya tidak. iii.yang banyak bekerja adatnya kaya. Tapi kenyataannya berapa orang yang gigih bekerja tapi tak kaya. Kalau begitu nampak oleh kita usaha itu seolah-olah kita ada daya, seolah-olah itu perbuatan kita. Padahal tidak demikian. Tuhanlah yang tentukan. Sebab usaha itu juga Tuhan yang tentukan. Sebab itu ada yang gagal ada yang berjaya. Kita fikir usaha kita dan tenaga kita dan hasilnya dari kemampuan kita. Sebenarnya bukan begitu. Yang sebenarnya usaha itu sendiri Tuhan yang aturkan. Sebab itu ada yang berjaya ada yang tak. Kadang-kadang ada yang usaha sikit, tapi kaya dan yang usaha banyak pula papa. Itu menunjukan usaha itupun dari Tuhan. Kita rasa manusia ada daya. Sebab itu usaha itu tak mutlak, ada yang berjaya ada yang tak berjaya. Sebab itu menurut keyakinan umat Islam, Tuhan suruh usaha yang halal dengan niat kerana Tuhan, untuk diberi pahala oleh Tuhan. Bukan untuk hasil. Bukan usaha itu mutlak dapat hasil 100%. Tuhan suruh itu untuk dapat pahala saja. Jadi ertinya usaha dan keupayaan itu dari Tuhan. Contoh, walaupun seseorang ingin sangat berusaha, tapi kerana dia sakit, maka dia tak boleh buat usaha. Jadi ada waktu-waktu usaha kalau Tuhan tak bagipun kita tak boleh buat. 5.Taqwa adalah usaha bersifat maknawi Disinilah Tuhan menetapkan kita usaha untuk lahirkan sebab. Walaupun gigih sampai tak tidur malam, usaha lahir bernilai 10%. Taqwa itu kebanyakan umat Islam tak anggap sebagai usaha. Tapi disisi Tuhan Taqwa adalah usaha yang bersifat maknawi, bersifat tesirat, bernilai 90%. Gabungkan dengan usaha 10% supaya jangan tak guna akal langsung supaya umat Islam tak jadi beku. Tapi umat Islam tak anggap taqwa itu usaha, Ulama pun kata bukan usaha. Ulama pun sudah jahil, dia anggap hanya guna tangan itu usaha. Taqwa adalah usaha maknawi rohaniah yang mendatangkan bantuan besar dari Tuhan. Kalau usaha lahir mana boleh lawan Amerika. Yang 90% dia dah buang, tinggal 10%, bagaimana boleh mendapat kejayaan? 6.Bersandar hanya dengan akal, menjadikan manusia tak tahan uji sama ada ahli falsafah kuno mahu pun moden, ahli sains yang gunakan akal sahaja, ertinya tak bermasyarakat tapi orang tak pernah komen tak mainstream tapi kerana dipuja orang, tak cacatlah, sebenarnya mereka duduk sahaja guna akal. Apa terjadi? ahli sains sudahlah tak mainstream, dia gunakan akal, dia anggap hidup tak ada ujian, dia anggap bila guna akal, akal dapat ditajamkan, semua boleh selesai dengan akalnya. Tapi dia tak fikir dalam hidup ini ada ujian-ujian. Kadang-kadang sakit, kadang-kadang orang kata, kadang-kadang bencana alam, dan lain-lain. Bila bencana alam, dia akan gunakan akal untuk fikir bagaimana supaya tidak berlaku, bila sakit dia fikir bagaimana supaya baik. Fikir, duduk termenung saja (tak bertindak, tak cari ubat) sebab itu banyak ahli falsafah akhirnya jadi bodoh, akhirnya kecewa berhadapan dengan keadaan, akhirnya putus asa, bunuh diri. Jadi itulah panduannya, ilmu ini umat Islam mesti ada terutama ulama. Kalau ada ilmu dan amalkan panduan-panduan ini, Islam akan nampak sangat cantik. Umat Islam akan jadi progresif dan tak syirik dengan Tuhan, tapi hari ini ulama-ulama pun apa-apa hal gunakan akal. Hal dadahpun gunakan akal, hingga timbul isu kondom, jarum, seolah-olah akal adalah segala-galanya yang boleh selesaikan masalah |
ladylolida_aina ![]() |
![]()
Pada 28-01-09 11:36 , mimi_eniliana posting:
!!! QUOTE !!!
cintailah ALLAH lebih dari segala-galanya, Insyaallah selamat dunia akhirat. ----------------- ![]() |
rdwira ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! AKu baru bekerja ketika itu, sebagai seorang guru di MRSM. Aku meluahkan niat di hati kepada ibuku agar meminang si dia yang selama ini mengganggu lena. alasan yang kukuh dari seorang ibu demi melihat anaknya akan hidup bahagia tanpa dibebani hutang dan dicemuh oleh org lain ----------------- http://sukatolong.wordpress.com/ |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
Aku mendirikan rumahtangga di tengah-tengah kekalutan itu. Tarikh 28 05 2005. Aku bernikah dengan orang yang tersayang. Kehidupan selepas itu bertambah baik, tidaklah sampai dibebani hutang dan dicemuh orang ramai.
Kerana yakin dengan janji-janji Tuhan. Aku yakin rezeki ada di mana-mana. Aku tetap dengan pekerjaanku sebagai seorang guru. Aku dan isteri membuka perniagaan dengan membuka pusat tuisyen. Selain itu aku juga mempunyai kemahiran sebagai jurulatih seni mempertahankan diri, dan menjadi jurulatih di 6 buah gelanggang sekitar Klang dan Shah Alam. Jalan bagi rezeki Tuhan memang tak terbatas. Rezeki kami bertambah baik. Isteri juga berkerja sebagai seorang guru kerana itu bidang yang kami sama-sama ambil semasa di IPT. Hutang PTPTN yang sepatutnya habis 10 tahun pun telah aku habis jelaskan. Kami dianugerahkan dua orang cahaya mata. Aiman dan Aleya. Kami membeli sebuah rumah dengan harga RM 180 ribu dan membeli 2 buah kereta. Waja dan Viva. Untuk memudahkan urusan kami sehari-hari. Biasalah, beli dengan bank. Mudah-mudahan mempu terus membayarnya hingga selesai. Terbukti Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Tiada siapa yang mencemuh, bahkan keluarga berbangga dengan kejayaan kami. Walaupun 28 05 2005 aku baru mula bekerja, begitu juga isteri, kehidupan kami tetap mencukupi. Syukur yang tidak terhingga kepada Tuhan Yang Maha Esa. Tiada apa lagi yang ku hajati. Segalanya tertunai sudah. Gembira bersama anak dan isteri tersayang. Biarpun terus menerima rawatan sebagai seorang pengidap penyakit mental. Ampun maaf pada semua. Sekadar meluah rasa... Agar hati ini tenang sentiasa... |
syemarly ![]() ![]() |
![]()
tak paham lah cerita saudara isa777musa ni..
kata tadi kat atas start kemurungan dan di sahkan sakit mental since 2005..tapi sejak bila lah saudara kawin dan bahagia degn keluarga ek? sedankangkan pada masa tu saudara kecewa kerana ibu 'baga tak merestui' anda dan teman wanita anda.. aik..takkan tetiba boleh ada peganti? atau smemangnya ibu saudara memang da ada org untuk saudara pada waktu itu?..erm...cerita ni macam tak bkronologi lah.. erk..anda ok ke ni? |
maisarahlisa ![]() |
![]()
Salam
Mungkin posting yang pertama tu sekadar flashback..yang membawa kepada tekanan mental kepadanya... tapi apa yang penting disini saudara kita tadi dah bahagia dan menjalani kehidupan yang aman damai.. p/s mungkin ada sedikit kekeliruan.. tapi biarlah yang empunya diri memperjelaskan... |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
tak cari pengganti, walau takdirestui... tetap bernikah dengannya juga. sekarang jadi isteri saya.
start januari 2005 yang frust tu. pas dah ok sikit, 28 05 2005 kami pun bernikah. masih tak sihat sangat masa tu, nasib baik tok kadi tak tanya macam-macam... setakat tanya rukun nikah saja. lepas kawin tu lah ok, tapi tak 100% sihat. masih ada gangguan. tapi bahagia dah bersama isteri tersayang. rawatan diteruskan hingga sekarang. kejayaan ditempa perlahan-lahan lah, dalam tempoh 4 5 tahun tu. bukannya serentak... perlahan-lahan... kumpul duit pun perlahan-lahan... sampai lah sekarang. sorry lah cerita agak melompat2. mana yang ingat, tu yang taip. sekadar meluah rasa... |
awan_biru85 ![]() ![]() |
![]()
saudara sekarang di Jarkata, indonesia ke? Kenapa lokasi saudara di multiply tertulis Jarkata, Indonesia.....sekadar bertanya
|
ANSHU ![]() ![]() |
![]()
lah...saya pun agak pening baca...tapi tak apa lah...kena paham kondusi saudara isa777 musa...kiranya sekarang ni da bahagie lah ek...tujuan meluah rasa ialah side effect bilemane ibu tak restui bila saudara cakap nak kwen...walopun pada hakikatnye saudara da pun bekawin still tak boleh nak hilangkan kekecewaan tu...hm...sampai begitu sekali kesannye...mungkin saudara ni jenis yang memendam rasa agaknya..susah nak kongsi dengan org lain...
saya agak simpati dengan saudara..tapi tak bermakne saya katakan ibu saudara salah...bagi saya dia buat apa yang dia rasa patut sebagai seorang ibu..kasih syang ibu ni unik...kita tak mudah nak paham..tapi kita cuma mampu merasainye...harap saudara tak salahkan ibu lagi...ibu anugrah Allah pada kita...segala saket getir yang saudara suffered selama ni adalah ujian Allah..namun Allah datangkan bersebab...alangkah bagus kalau saudara boleh berfikiran positif segala yang berlaku ada hikmah..yakinlah dengan janji Allah... ![]() |
kapten06 ![]() ![]() |
![]()
Pada 28-01-09 15:07 , Addey posting:
!!! QUOTE !!! ala...perkara kecik pun nak ambil hati... betul lah kata mak, kumpul duit dulu, ni tidak, gaji belum masuk dah nak menikah... lain org lain perangai nya..mungkin bagi addey ianya perkara biasa tapi bagi isa tidak.. .....sekadar pendapat.. ----------------- ![]() |
awan_biru85 ![]() ![]() |
![]()
saya rasa isa ni jenis terlalu pendiam....atau pun di panggil tingkah laku pasif ..........
di mana - Ketidakupayaan individu menyatakan apa yang ada dalam fikirannya - Tingkahlaku begini disebabkan terlalu sensitif terhadap idea, perasaan dan keperluan orang lain. Mereka ini tidak tegas dan selalu mengeluarkan pendapat dengan cara yang berhati-hati serta takut. - -Adakalanya orang yang tidak tegas ini cuba berkeras cuba berkeras, tetapi gagal kerana sikap mereka terlalu mengalah setiap orang Allah ciptakan ada keunikkan masing-masing. Munkin betul cakap ANSHU, Isa ni jenis memendam rasa, famili cakap tak bagi terus sedih sesedihnya.....sampai lah berterusan menerima rawatan sebagai seorang pengidap penyakit mental ye? Tapi sekarang alhamdulilah famili Isa pun dah dapat terima kan? malah tadi Isa nyatakan famili berbangga dengan kejayaan Isa sekarang...walau pada mulanya tak berapa nak restu... Hidup mesti terus.....think positif...... Isteri pun boleh bantu agar Isa tak defaulter ubat2 yang 7biji/perday tu...... ----------------- ![]() MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
mula-mula tu memang lah kecewa dengan cara ibu... tapi dulu lah... sekarang tak lagi. semua dah memahami. rakan-rakan di sini pun memahami. terima kasih saya ucapkan. betul kata rakan-rakan sekalian, kasih ibu kasih sejati. ibu tak nak anaknya susah dan merana di kemudian hari.
blog web multiply tu tertulis Jakarta, Indonesia. salah satu gejala penyakit "bipolar" ialah kita mengalami dua personaliti. semasa saya mula-mula menulis multiply tersebut, dalam keadaan separa sedar. saya sebenarnya dari klang, selangor. cuma kadang-kadang bila penyakit datang, saya merasakan bahawa saya dari Tanah Jawa dan ingin membina sebuah empayar agung dalam sejarah ketamadunan umat manusia. macam tu lah kalau tak sihat... macam-macam yang mengganggu. bloh web multiply tu lah tempat saya meluah apa yang terbuku. kadang-kadang saya tak sedar apa yang tertulis. bila dah sedar, agak-agak yang melampau, saya akan delete balik. kalau dulu lagi teruk kandungannya. sekarang dah bertapis dah. memang saya seorang yang pendiam dan perasa. apa yang orang katakan, akan saya kenang2. dan saya cukup berhati-hati bila mengeluarkan kata-kata. banyak hanya terbuku di hati. di sinilah segalanya terluah. sekadar meluah rasa... --------------------------- http://isa777.multiply.com |
Addey ![]() ![]() |
![]()
Pada 28-01-09 13:16 , isa777_musa posting:
!!! QUOTE !!! Aku mendirikan rumahtangga di tengah-tengah kekalutan itu. Tarikh 28 05 2005. Aku bernikah dengan orang yang tersayang. Kehidupan selepas itu bertambah baik, tidaklah sampai dibebani hutang dan dicemuh orang ramai. luahlah pada Allah.... jangan terlalu gembira.... ujian akan datang bagai air mengalir |
maisarahlisa ![]() |
![]()
betul kata Addey...ujian akan datang bagai air mengalir..maaf berkata.. ujian ditentang untuk tidak berkahwin oleh ibu mungkin tidak sebesar mana... banyak lagi ujian yang lain.. (yang mungkin lebih kuat & lebih hebat)... oleh itu kuatkan iman & diri.. (buat peringatan pada diri sendiri juga)
ps... kasihan dengan saudara kat kg,.. tak tau apa ilmu dia tuntut sampai gila jadinya.... kataorg gila Isim... hurmmm |
awan_biru85 ![]() ![]() |
![]()
sebab tu kita di ajar supaya rela dengan takdir
bila kita suka sangat sesuatu benda dan kita tak dapat benda tu jangan ingat kita dah terlepas pada benda yang terbaik jadi kita kena redha dengan takdir dalam doa istikharah.... ![]() Apa yang di takdir oleh Allah itu lah yang terbaik.... ----------------- ![]() MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia |
Meow ![]() ![]() |
![]()
jangan risau isa.. anda tak perlu makan ubat tu sepanjang hayat.. suatu hari nanti doktor akan cuba kurangkan dos ubat anda.. perlahan-lahan.. dan bila anda betul-betul stabil tanpa bantuan ubat, anda akan dicuba untuk berhenti makan ubat tu..
![]() ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
saya pun harap begitu Meow. dos yang diberi agak kuat juga, membuat saya sering mengantuk, lebih-lebih lagi masuk jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. waktu itu waktu kerja. ada juga beritahu doktor tentang masalah ni. katanya, memang suruh rehat.
buat masa ni boleh kawal lagi lah. terima kasih awan biru. saya pasrah dan redha dengan ketentuanNya. semoga hari2 yang mendatang memberi sesuatu yang lebih bermakna dalam hidup ini. ------------------------ http://isa777.multiply.com |
ANSHU ![]() ![]() |
![]()
hm...saya baca respon isa pun still dapat rasa isa sedang beduke lare...ni nak share sikit firman Allah surah al-ankabut ayat 2:
apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan "kami telah beriman",sedangkan mereka tidak diuji lagi? sedangkan nabi2 sebelum kita pun diuji...walaupun mereka dijanjikan syurga firdausi...jadi saya harap isa jangan selalu besedey ye...isa Boleh dikategorikan sebagai betuah...punya keluarga...bisnes...kerjaya...sedangkan ada hambe Allah yang lain masih lagi berfikir2 bagaimanakah mereka harus mencari sesuap makanan untuk hari esok...saya doakan isa tabah...Allah ada di dalam diri..tapi kita harus mencari... ![]() |
Meow ![]() ![]() |
![]()
Pada 28-01-09 21:27 , isa777_musa posting:
!!! QUOTE !!! saya pun harap begitu Meow. dos yang diberi agak kuat juga, membuat saya sering mengantuk, lebih-lebih lagi masuk jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi. waktu itu waktu kerja. ada juga beritahu doktor tentang masalah ni. katanya, memang suruh rehat. Yang penting adalah jangan sekali-kali label diri sendiri sebagai org sakit mental.. in medical world we treat u as normal patient.. nothing more nothing less.. jangan letak persepsi buruk terhadap diri sendiri.. anda bukan gila or sakit otak.. Ingatlah.... ALLAH swt berfirman di dalam sebuah Hadith Qudsi: “Sesungguhnya Aku, manusia, dan jin berada dalam perbezaan yang sangat besar. Aku telah menciptakan mereka, tetapi mereka menyembah selain Aku. Aku memberi mereka rezeki, tetapi mereka berterima kasih (bersyukur) kepada selainKu. KebaikanKu. Aku berikan kepada hamba-hambaKu, tetapi kejahatan mereka tujukan padaKu. Aku mengharap kasih sayang kepada mereka - dengan kasih sayangKu - walau Aku tak memerlukan itu, tetapi mereka malah mengharap murkaKu dengan bermaksiat - padahal mereka sangat berharap apa yang selalu ada padaKu. Orang-orang yang selalu mengingatKu, merekalah yang sedang bersanding denganKu. Maka, barang siapa yang berharap untuk dapat bersanding denganKu, ingatlah kepadaKu. Orang-orang yang selalu taat kepadaKu, merekalah yang Aku cintai. Sedangkan mereka yang selalu bermaksiat kepadaKu. Aku pun tidak akan pernah memutus dari mereka akan kasih sayangKu. Jika mereka bertaubat dan kembali ke jalanKu, maka Akulah kekasih mereka. Jika mereka enggan, akulah yang akan menyembuhkan mereka, akan Ku peringatkan mereka dengan berbagai bencana, agar mereka bersih dari segala cela. Satu kebaikan mereka di sisiKu, akan Aku balas sepuluh kali lipatnya, dan akan Aku tambah lagi. Sedangkan bagi satu kesalahan mereka, akan aku balas dengan balasan setimpal, dan Aku pun akan mengampuninya.” “Demi Keagungan dan KeluhuranKu. Jika mereka memohon ampunan atas kesalahan-kesalahan itu, maka Aku pun akan mengampuninya. Barang siapa yang datang kepadaKu untuk bertaubat, maka akan aku sambut dia sejak dari kejauhan. Sedangkan barang siapa yang berpaling dariKu, maka akan Aku panggil dia dari dekat. Dan, akan Aku bisikkan kepadanya, ‘Kemanakah engkau hendak pergi? Apakah kalian memiliki Tuhan selain Aku?” Subhanallah... betapa sayangnya Allah kepada kita... ![]() ----------------- ~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~ |
alifmimyanun ![]() |
![]() |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
terima kasih pada semua... saya bersyukur dengan segala yang ada.
---------------------------- http://isa777.multiply.com |
shimaku ![]() ![]() |
![]()
Kuatkan diri...tabahkan hati..semoga dapat melalui hidup ini dengan sabar dan penuh iman di dada...insyaAllah...
|
amilyn ![]() |
![]()
salam
saya paham kondisi en.isa kerana seorang kawan saya juga menghidap bipolar dan pada mlm dia sakit,saya dan kawan-kawan yang lain menjaganya sehingga ke pagi.nasihat saya jangan tak makan ubat langsung kerana sakit kawan saya datang kerana dia tidak makan ubat langsung dan selang seli. cubalah berubat secara tradisional dan juga sentiasa berfikiran positif.Terima kekurangan dan kelebihan yang ada,,jangan sering menyalahkan diri dan belajar menyayangi diri. Percayalah bahawa satu hari Saudara boleh sembuh cuma saudara kena belajar menyayangi diri sendiri dulu dan terima semua dugaan dengan redha |
Farishah ![]() |
![]()
salam isa...isa kata dikatakan sakit bipolar kan...tapi farishah tak nampak pula contoh mania dalam cerita isa tu...isa boleh bagi contoh bila gejala mania datang dan tak dapat ditangani..?
ps: hanya ingin tahu..terima kasih. ----------------- strong minds talk about ideas, weak minds talk about people. |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
gejala manianya berlaku apabila saya mengamuk tak keruan. tika itu saya tak sedarkan diri. saya lupa banyak perkara. tu pun cuma mak ayah yang ceritakan kembali.
video ni saya upload, ok tak? http://www.youtube.com/watch?v=JM3PQlyIcI0 |
Farishah ![]() |
![]()
Pada 09-02-09 00:51 , isa777_musa posting:
!!! QUOTE !!! gejala manianya berlaku apabila saya mengamuk tak keruan. tika itu saya tak sedarkan diri. saya lupa banyak perkara. tu pun cuma mak ayah yang ceritakan kembali. erm....mengamuk tak keruan dikirakan sebagai mania juga ye?sebab apa yang saya tahu, kalau saya tak silap, gejala mania adalah bila seseorang tu rasa sangat happy daripada biasa, sebagai contoh, akan pergi shopping spree ataupon cakap tanpa henti kerana terlalu happy. bila isa pergi hospital, memang doktor yang diagnose sebagai bipolar ye?ke atau ada banyak lagi sakit yang overlapping? sorie kalau saya banyak sangat tanya...tapi interested nak tau..dan terima kasih sebab sudi berkongsi pengalaman. ----------------- strong minds talk about ideas, weak minds talk about people. |
azzak ![]() |
![]()
rupanya aku ngak keseorangan... moga ukhwah terjalin wahai isa..
biarpun itu adalah fitrah manusia berkelakuan sedemikian, turutilah perintah yang bertentangan dengan fitrah tersebut.. sabar, be strong, dont be sad. |
lailasuhaila ![]() ![]() |
![]()
setiap penyakit pasti ada ubatnye...semoga berbahagia ya isa777_musa..
----------------- http://www.dapatwang.com/?id=laila82 |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
haaa betul tu farisha... doktor ada juga cakap macam tu. 6 bulan lepas saya buat loan rm50k dan tak tau perabis buat apa. tapi dalam macam tu, guna buat buka pusat tuisyen juga. ni tengah jalan pusat tuisyen tu. beli tv, beli mesin jahit, beli komputer untuk kedai, untuk anak buah. betul lah tu gejala manianya. ni buat loan lagi rm55k. buat 4 bisnes serentak. hakikatnya memang suka bisnes, tapi bila disahkan ada sakit ni, orang pun kata lah gejala mania. ataupun memang tengah mania sekarang ni. beli aircond untuk kedai. beli 80 lagi kerusi untuk kedai, untuk ceramah bisnes nanti. belikan wife pakaian cantik2, saya pun beli jugak untuk saya.
tapi semua2 tu dalam kira-kira an. dalam bajet yang dah dikira dan difikir sedalamnya. mudah2 han bisnes terus sukses dan menjadi. farisha pun tau ni penyakit ni... tak apa lah tanya. saya lega luahkan di sini. ramai kawan-kawan bagi komen-komen dan nasihat-nasihat yang baik-baik. terima kasih banyak. azzak pun sama ke? bipolar juga? ------------------------------------------------------ http://isa777.multiply.com |
Farishah ![]() |
![]()
Pada 10-02-09 22:04 , isa777_musa posting:
!!! QUOTE !!! haaa betul tu farisha... doktor ada juga cakap macam tu. 6 bulan lepas saya buat loan rm50k dan tak tau perabis buat apa. tapi dalam macam tu, guna buat buka pusat tuisyen juga. ni tengah jalan pusat tuisyen tu. beli tv, beli mesin jahit, beli komputer untuk kedai, untuk anak buah. betul lah tu gejala manianya. ni buat loan lagi rm55k. buat 4 bisnes serentak. hakikatnya memang suka bisnes, tapi bila disahkan ada sakit ni, orang pun kata lah gejala mania. ataupun memang tengah mania sekarang ni. beli aircond untuk kedai. beli 80 lagi kerusi untuk kedai, untuk ceramah bisnes nanti. belikan wife pakaian cantik2, saya pun beli jugak untuk saya. erm, saya ni student saja encik isa..belajar pun sikit-sikit saja...masih belum boleh nak diagnose org lagi...erm pada pendapat saya lah kelakuan encik isa membeli barang2 tu mungkin sebab keperluan encik isa untuk buka tuition center.tapi mungkin kalau da beli terlalu banyak dan tak ada keperluan yang penting memang lah boleh dikatakan shopping spree..dan selalunya org yang shopping spree ni dia akan beli tanpa berfikir, dia main beli saja walaupon dia tknk guna sangat pun benda tu... dan boleh tak saya tau, slain beli barang, ada apa lagi ke gejala mania? dan encik isa ada sebut ada multiple personality kan, sometime rasa from jawa but ekceli malaysian, dan doktor ada tak terangkan pasal tu?or doktor cakap tu 1 of the bipolar symptoms? sorie banyak tanya lagi.. ----------------- strong minds talk about ideas, weak minds talk about people. |
azzak ![]() |
![]()
Pada 10-02-09 22:04 , isa777_musa posting:
!!! QUOTE !!! haaa betul tu farisha... doktor ada juga cakap macam tu. 6 bulan lepas saya buat loan rm50k dan tak tau perabis buat apa. tapi dalam macam tu, guna buat buka pusat tuisyen juga. ni tengah jalan pusat tuisyen tu. beli tv, beli mesin jahit, beli komputer untuk kedai, untuk anak buah. betul lah tu gejala manianya. ni buat loan lagi rm55k. buat 4 bisnes serentak. hakikatnya memang suka bisnes, tapi bila disahkan ada sakit ni, orang pun kata lah gejala mania. ataupun memang tengah mania sekarang ni. beli aircond untuk kedai. beli 80 lagi kerusi untuk kedai, untuk ceramah bisnes nanti. belikan wife pakaian cantik2, saya pun beli jugak untuk saya. ha'ah.. sebelum ni major depression kat hospital terendak.. pergi PPUM katanya bipolar.. saya pun asal klang jugak,.. |
awan_biru85 ![]() ![]() |
![]() !!! QUOTE !!! Buat rakan-rakan yang sedang membaca, buat ibu bapa yang sedang membaca, ingatlah, jangan menghalang niat mendirikan sebuah rumahtangga. Jangan mengecewakan hasrat murni anak-anakmu untuk menyunting si dia yang tercinta. Kelak segalanya akan binasa. Rezeki itu ditentukan Tuhan. Jangan lah takut mati kebuluran sekiranya mendirikan rumah tangga. "kau nak kasi makan pasir ke anak orang nanti???". MasyaAllah. Betapa ceteknya pemikiran dan rendahnya keyakinan terhadap janji dan rezeki dari Tuhan. …pernah dengar satu ceramah fasal situasi macam ni,…….pihak lelaki perlu jelaskan pada ibu ………perlu buat perbincangan,kalau tak setel dengan ibu, cara yang lain yang di galakkan adalah melalui ayah, tak setel melalui ayah, boleh melalui pak cik, datuk ke, nenek ke.untuk memujuk ibu …………selalu kita lihat kaum kelurga tu tak boleh terima hakikat anaknya menikah awal…..untuk mengatasi masalah ni boleh gunakan kawan yang terapat atau siapa sahaja yang boleh memujuk dan memberikan buah fikiran pada keluarga tersebut……..sebenarnya masalah halangan kelurga tu masalah halangan kecil…...banyakkan lah berdoa, ibu bapa kita memang sayangkan kita dan sukakan kita..banyakkan berserah pada Allah…insyaAllah masalah tersebut akan terurai........ ![]() ----------------- ![]() MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia |
ummimq ![]() ![]() |
![]()
Apa kabar anakanda isa. Semoga anakanda teruskan makan pil ya dan ikut arahan doktor. Disamping itu banyaklah solat taubat. InsyaAllah solat taubat akan membuka hijab antara kita dengan Allah SWT selain solat sunat lain seperti tahajud, dhuha dan witir.
Dan seringlah puasa kerana puasa itu membenteng dari melakukan dosa. Wallahuta'ala a'lam bissawab |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
terima kasih ummi...
betul lah juga kata rakan-rakan... perbincangan banyak menyelesaikan masalah yang melanda. semoga lepas ni ada apa-apa dapat dibincangakan sebaiknya. betul tu farishah... kadang-kadang terasa ada dua personaliti. rasa dari malaysia, kadang-kadang rasa dari indonesia. bila dikuasai perasaan atau mood indonesia, pelbagai perkara yang tak perlu pun difikir dan dibuat. pernah semasa dikuasai mood personaliti indonesia, merasakan penggabungan malaysia dan indonesia membentuk sebuah gagasan. dan macam-macam perkara yang mengarut. farishah sendiri tau akan timbul idea2 yang meloncat2 tak keruan. antara yang timbul Piagam Tanah Melayu, Piagam Tanah Jawa, Raden Tanah Jawa, Ringgit Gagasan (RG) dan sebagainya. GTMDTJ akan menggagarkan seluruh dunia dan melumpuhkan sistem ekonomi dunia seketika, sebelum diganti dengan sistem Yang Esa. inilah yang mengganggu fikiran, kan elok semua ni tak mengganggu. setakat ni boleh kawal lagi lah... cuma bila bersendirian, macam-macam bisikan yang datang. entahlah... Tiada yang abadi hidup di dunia ini, di sana yang menanti kehidupan hakiki, ambilah peringatan mulakan perubahan, kembali teman kepada Tuhan... Khilafah : The Man From The East http://www.youtube.com/watch?v=qOvqxu1tVR4 Gagasan Tanah Melayu dan Tanah Jawa (GTMDTJ) http://www.youtube.com/watch?v=JM3PQlyIcI0 Sajak Panji Hitam Dari Timur http://www.youtube.com/watch?v=GhDxZL0Pzwc ----------------- ![]() |
awan_biru85 ![]() ![]() |
![]()
Kemudi Cinta ~ Zafran
Sekian lama hidup di kegelapan teraba-raba tanpa tujuan Akal dan budi seakan tak berfungsi ke mana kah diri Apa di turut kehendak yang meronta menyiksa badan membakar jiwa Syaitan dan nafsu meracun dalam diri Renungkanlah ini Kita sekadar di persinggahan Pasti kembali pada yang menciptakan Ombak dan badan lumrah kehidupan insani Jangan mengalah jangan berputus asa Insaflah semuanya dari NYA jua Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia Pada Ilahi bantuanNya menanti Iman dan takwa yang sejati Itu lah bekalan diri lagu ni khas buat isa.... dulu masa student saya suka dengar lagu ni....tak tahu Kenapa.. kalau nak download boleh singgah kejab ke multiply saya.... ![]() ----------------- ![]() MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia |
NoZaBiZz ![]() |
![]()
hmmm... Kenapa kat blog en isa itu ada gambar bersama anak dan isteri? kiranyer sekarang dah mnikah lah ek..
|
Mulya ![]() |
![]()
maha suci ALLAH dari segala kesilapan dan kesalahan..
subhanallah..luar biasa kisah perjalanan hidup anda... satu hal yang perlu anda fikirkan wahai saudara,...betapa ALLAH menyayangimu...DIA berikan apa yang engkau perlu..DIA membimbingmu kejalanNYA...engkau juga telah diberikanNYA cahaya mata penyejuk jiwa.. sekarang apa lagi yang ditunggu..bersyukurlah dengan syukur yang sedalam2nya...balaslah kebaikan ALLAH...berusahalah.. ALLAH menyayangimu wahai sahabat...rajin2lah baca alqur'an..alqur'an tu ubat..yakinlah akan kekuasaan ALLAH.. |
norman26 ![]() |
![]()
Bismillah..
Saya juga menghadapi maslah anxiety, tapi tidak serious kerana mendapat rawatan awal. nmun akibatnya agak terasa.. Kurang kosentrasi dan selalu perlukan teman. Saya faham En Isa..org yang tak rasa mungkin tak faham.. otak bercakap lebih laju dpd mulut.. sedih yang mlmpau tiba-tiba..air mata klua macam air terjun.. Semua datang tak diundang.. Tips yang saya lakukan sekarang... 1.AlQuran..startla dengan Alfatihah.. Air yasin tu smpan dan bka setiap kali baca..mnum dan tambah lagi.kata doktor saya,bla da banyak kali yasin,ia akan jadi wangi..dan boleh jadi ubt pelbagai penyakit.. 2. Menulis diary tentang perkara yang lucu dan m'gembirakan.. Pabila menulis,bacalah semula apa yang tertulis lepas.. ia m'aktifkan hormon untuk mngeluarkn jus baik untuk badan.. 3.Menangislah swktu solat dan mengadu pada Allah.. sedih dan sikit tu akan mengalir sprt air mata tu.. 4.Sminggu sekali, berjalan perlahan2 sekitar taman atau tasik atau mana-mana tempat riadah bersama keluarga..pgglah tangan isteri.. 5.Selalu bercakap dan berdiskusi dengan tman.Bagi En Isa,Isteri lah tman terbaik..slpas solat,swktu berjalan ditaman..dan mungkin slpas bersama.. Dan last paling penting... Senyum.. Semoga Allah memberi kekuatan pada En Isa.. sama-samalah kita berjuang untuk sihat.. wasalam... |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
terima kasih di atas nasihat sahabat-sahabat sekelian. rasa lega.
memang sekarang ni sudah berkahwin, dan mempunyai seorang cahaya mata. aiman, 3 tahun. 10 oktober 2008 lepas anak kedua meninggal. namanya aleya, umur dah 6 bulan, meninggal sewaktu dia tidur. tau2 pagi dah tak ada... Oh Tuhan... minggu lepas, dapat berita pula wife keguguran anak ke 3. baru 2 bulan dalam kandungan. kecik lagi... tinggallah dengan aiman dan wife. kat web multiply tu memang gambar dengan wife dan anak... begitulah kehidupan, ada sedih ada gembira... ada duka ada ceria... ----------------- ![]() |
ummimq ![]() ![]() |
![]()
by Rudyard Kipling
(Born December 30, 1865, Died January 18, 1936) If you can keep your head when all about you Are losing theirs and blaming it on you; If you can trust yourself when all main doubt you, But make allowance for their doubting too; If you can wait and not be tired by waiting, Or, being lied about, don't deal in lies, Or, being hated, don't give way to hating, And yet don't look too good, nor talk too wise; If you can dream - and not make dreams your master; If you can think - and not make thoughts your aim; If you can meet with triumph and disaster And treat those two imposters just the same; If you can bear to hear the truth you've spoken Twisted by knaves to make a trap for fools, Or watch the things you gave your life to broken, And stoop and build 'em up with wornout tools; If you can make one heap of all your winnings And risk it on one turn of pitch-and-toss, And lose, and start again at your beginnings And never breath a word about your loss; If you can force your heart and nerve and sinew To serve your turn long after they are gone, And so hold on when there is nothing in you Except the Will which says to them: "Hold on"; If you can talk with crowds and keep your virtue, Or walk with kings - nor lose the common touch; If neither foes nor loving friends can hurt you; If all main count with you, but none too much; If you can fill the unforgiving minute With sixty seconds' worth of distance run - Yours is the Earth and everything that's in it, And - which is more - you'll be a Man my son! http://www.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=59473.html#59473 |
ahmed_abduh01 ![]() ![]() |
![]() |
Nur_Din ![]() |
![]() ![]() simpati dan takziah buat keluarga en. musa atas kehilangan orang tersayang.. kuatkan semangat dan banyakkan bersabar dengan ketentuanNya.. |
mulukhiyyah ![]() ![]() |
![]()
sebagai manusia yang di kurniakan akal,maka kita kenalah kawal dan bajai akal kita dengan kalimah2 zikir,agar akal kita sentiasa ingat pada allah...
|
Dr_Iman4u ![]() ![]() |
![]()
suatu hari yang cerah dengan sinaran matahari,tiba-tiba didatangi mendung dan hujan.puas diri ini menangis,mengharap agar matahariku muncul semuala.tatkala aku sedar bahawa sang matahri tidak juga muncul,allah menghadiahkan aku pelangi nan indah.
dan begitu aku sedar,kehilangan itu ada kebaikan pada diriku yang kini lebih mengecapi kebahagiaan. |
ummimq ![]() ![]() |
![]() |
laili ![]() |
![]()
salam..
just nak bertanya pada rakan sekelian.. cerita sama dengan si pencerita ini.. cuma ibu bapa tak bagi sebab lelaki itu kerja xttp bukan kerja kerajaan.. apa yang perlu dilakukan oleh pasangan in agar dapat bersama juga? macam mana nak dapatkan restu ibu bapa? |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
salam...
saya baru berjumpa doktor pakar, untuk temujanji kali yang entah ke berapa... kemurungan atau penurunan mood berlaku ketika itu... doktor memberi cuti rehat selama 2 minggu. Aku mahu bekerja seperti biasa. tapi dilarang oleh doktor yang merawat. dikhuatiri akan lebih memudaratkan. doktor suruh aku berehat di rumah sahaja... setelah 2 hari... kini, mood aku pula naik. timbul pemikiran2 yang tak sepatutnya aku fikirkan. semangat kini berapi2. bagai isi dunia mampu di duga... Kalau di Malaysia, susunak PM menurut ramalannya ialah RAHMAN, tunku abdul RAHMAN, tun ABDUL razak, tun HUSSEIN onn, MAHATHIR dan terakhir NAJIB tun razak... hanya ramalan yang aku dengar sejak di zaman sekolah lagi... jika benar NAJIB menjadi PM ke 6, benarlah ramalannya, jika tidak, meleset lah ramalan tersebut... maaf... bersambung... anak ajak main-main di taman... ------------------ http://isa777.multiply.com |
ardani ![]() ![]() |
![]()
saya tengok blog, seorang pesilat ek....hurm..sejauh mana ek ilmu kegayungan itu awak dalami ye? daripada thread awal....sampai datangnya pertapaan....
|
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
ya, saya seorang pesilat... ilmu gayong tak sejauh mana didalami, masih mencari... dan terus mencari...
"Kini aku telah dewasa, Pulang ke kampung halaman tercinta, Namun diseru SEBUAH KUASA, Agar menggegar sebuah dunia, Yang sedang dalam noda dan dosa..." ID Yahoo Messenger saya : gayong6 ---------------------------------------------- http://isa777.multiply.com |
simpLe_sHida ![]() ![]() |
![]()
** hati-hati bilamana masuk alam persilatan ni..
erm.. ada unsur yang boleh meyimpang andai tidak betul aplikasi dan praktikkalnye. kalau yang belum dan rasa-rasa nak join.. ana syor.. katakan TIDAK untuk join..hehe.. joinlaa teakwando...wushu.ke..hehee.. maza... kenapa? boleh rujuk ustaz..tanya asbabnye.. wallahu'alam.. **jangan berkecil hati ya pesilat-pesilat di luar.. ana memberi hujah yang naif sahaja.. hujah yang tanpa points yang kukuh etc.. sebab dah ngntuk nak taip ni..hehehe.. |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
Terima kasih kepada Shida...
Walaubagaimanapun, berikut ialah Garis Panduan Silat yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sebagai garis panduan kepada pengamal silat... Semoga kita sentiasa mendapat petunjuk... GARIS PANDUAN SILAT MENURUT ISLAM 1. TUJUAN 1.1. Garis panduan ini disediakan untuk dijadikan panduan kepada umat Islam khususnya mereka yang terlibat dengan amalan seni mempertahankan diri tradisional (silat) supaya terhindar dari amalan yang bertentangan dengan akidah dan syariat Islam yang sebenar. 2. PENDAHULUAN 2.1. Islam amat menitikberatkan soal-soal akidah dan syariah. Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber asal Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias adalah ditolak. Kepercayaan-kepercayaan dan amalan-amalan tertentu dalam masyarakat Islam di Malaysia sedikit sebanyak ada hubungkaitnya dengan pengaruh fahaman Anamisme, Dinamisme, Hindu, Buddha dan Syiah (Ghulu) yang sebahagiannya telah menjadi darah daging kepada pengamal suci mempertahankan diri tradisional (silat). Oleh itu gari panduan ini perlu dijadikan asas dan panduan supaya dapat mengelakkan diri dari terjerumus ke dalam penyelewengan akidah dan syariat Islam. Allah berfirman dalam surah Yunus, ayat 106: ولا تدع من دون الله ما لا ينفعك ولا يضرك فان فعلت فانك اذا من الظالمين (سورة يونس : 106) Bermaksud: “Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak memberi manfaat dan tidak (pula) memberi mudharat kepadamu selain Allah; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang zalim”. 2.2. Dalam sejarah Islam memang wujud pahlawan-pahlawan yang tekemuka di kalangan para sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka telah berjuang menentang Musyrikin Quraisy dan penentang-penentang ajaran Islam dari kalangan Munafikin. Antara sahabat berkenaan ialah Saidina Ali, Khalid Ibnu Walid, Amru b. As-As, Abu Ubaidah b. Al-Jarrah, Saad b. Abi Waqas dan lain-lain lagi. Di dalam Al-Quran didapati banyak ayat-ayat yang menunjukkan bahawa perlunya umat Islam mempersiapkan diri dan kelengkapan senjata serta kemudahan-kemudahan yang perlu untuk mempertahankan agama, diri dan negara. Antaranya ayat 61 surah Al-Anfaal: وان جنحوا للسلم فاجنح لها وتوكل على الله انه هو السميع العليم (الانفال : 61) Bermaksud: “Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. 2.3. Di dalam ilmu persilatan terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sama ada ketika hendak masuk silat, setelah masuk atau selepas tamat dan diijazahkan. Di antara syarat-syarat tersebut: (a) menyediakan pengeras seperti pulut kuning, limau purut, kain putih, bayaran pengeras dan sebagainya. (b) mandi dengan air mandian tertentu sebagai lambang membersihkan segala kekotoran zahir dan batin. (c) tidak boleh meninggalkan sembahyang. (d) Tidak boleh banyak bertanya ketika guru sedang mengajar atau mempersoalkan sebarang tindakan guru. (e) Melakukan gerak silat membuka atau menutup gelanggang setiap kali memula atau menamatkan latihan silat. 2.4. Guru memainkan peranan penting di dalam menyampaikan sesuatu ilmu bagi menjamin kesahihan dan kesempurnaan ilmu tersebut. Di dalam ilmu persilatan, guru adalah lambang kesempurnaan. 2.5. Sesuatu seni mempertahankan diri tradisional (silat) itu perlulah didasarkan kepada garis pandua berikut bagi mengenalpasti ianya terhindar dari perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam: (a) Asal Usul Silat (b) Syarat-Syarat Silat (c) Guru Silat (d) Ikrar Sumpah dan Taat Setia (e) Pantang Larang (f) Adab (pergi) Gerak Langkah (h) Amalan Dalam Silat (i) Pengijazahkan (j) Matlamat Silat 3. GARIS PANDUAN SILAT DAN SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 3.1. Asal-Usul Silat 3.1.1. Demi menjaga kesucian akidah Islam, beberapa perkara perlu diambil perhatian iaitu setiap individu atau kumpulan tidak boleh mendakwa bahawa: (a) Silat mereka bersumber dari Nabi Muhammad s.a.w. para anbia atau diambil dari Al-Quran dan Hadis atau berasal dari amalan para sahabat Nabi s.a.w. (b) Teknik atau pergerakan persilatannya berasal dari ibadat-ibadat tertentu seperti rukun-rukun sembahyang. (c) Seni silat mereka bersumberkan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. atau para anbia yang lain atau para sahabat serta ulama. 3.2. Syarat-syarat Silat 3.2.1. Bagi mempastikan syarat-syarat di dalam ilmu persilatan tidak bercanggah dengan ajaran Islam maka: (a) Semua perkara yang wajib dilakukan atau ditinggalkan oleh seorang Islam, yang mukallaf tidak boleh dijadikan syarat di dalam silat seperti sembahyang, puasa, jangan durhaka kepada ibubapa, sehingga mendatangkan anggapan bahawa perkara wajib tersebut menjadi wajib hanya apabila dijadikan syarat. (b) Tidak boleh mengaitkan sesuatu pengeras dengan suatu akibat yang dipercayai boleh merosakkan pegangan akidah. (c) Tidak boleh percaya kepada sial seperti mandi membuang sial atau mandi-mandi tertentu yang dikaitkan dengan persilatan. (d) Tidak boleh melakukan gerak silat atau bacaan tertentu yang mengandungi unsur-unsur meminta izin atau bantuan dari kuasa-kuasa makhluk “ghaib” dalam acara “gerak membuka atau menutup gelanggang”, “’ayat kebal” atau “pukulan angin maut” atau sembelih ayam dalam gelanggang. (e) Tidak boleh mentaati guru atau seseorang pada perkara-perkara yang jelas bercanggah dengan akidah dan syariat Islam. (f) Sebarang syarat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan akhlak Islam. 3.3. Guru Silat 3.3.1. Guru silat yang beragama Islam hendaklah bukan terdiri daripada: (a) mereka yang melakukan perkara-perkara syirik, sama ada melalui perkataan, perbuatan atau iktikad. (b) mereka yang melakukan maksiat/jenayah dan yang bertentangan dengan moral. (c) pemecah belah masyarakat. (d) Mereka yang mentafsir ajaran agama Islam mengikut hawa nafsu. 3.3.2. Jika seseorang guru silat hendak melibatkan diri dalam hal agama hendaklah mengetahui asas-asas agama Islam sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah seperti rukun Islam, rukun Iman, cara mengerjakan sembahyang dan sebagainya. 3.3.3. Guru silat dilarang memasukkan atau menggunakan unsur-unsur yang bercanggah dengan Islam seperti sihir dan ilmu kebal di dalam ilmu persilatan. 3.4. Ikrar Sumpah Dan Taat Setia 3.4.1. Sumpah tidak dibolehkan sebaliknya hanya ikrar. 3.4.2. Murid-murid tidak boleh taat secara membuat tuli kepada guru. Mereka hendaklah mengikut perintah guru selama tidak bercanggah dengan perintah Allah. 3.4.3. Sumpah tidak boleh digunakan kepada perkara-perkara yang telahpun diwajibkan di dalam Islam seperti bersumpah akan taat kepada ibubapa, bersumpah akan taat kepada Allah dan Rasul dan sebagainya. 3.4.4. Bacaan-bacaan, amalan dan ikrar yang terdapat di dalam sumpah hendaklah mengandungi perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan akidah dan syariat Islam seperti memuja dewa, atau nama berhala. 3.4.5. Di dalam upacara sumpah dan bye’ah sama ada dari segi fizikal atau mental hendaklah tidak mempunyai unsur-unsur yang mensyirikkan Allah dan menjatuhkan maruah seseorang sebagai umat Islam. 3.5. Pantang Larang 3.5.1. Suatu pantang larang hendaklah bukan daripada perkara-perkara yang jelas diwajibkan di dalam Islam seperti tidak meninggalkan sembahyang, jangan berkelahi sesama ahli dan sebagainya. 3.5.2. Suatu pantang larang tidak boleh dikaitkan dengan unsur-unsur pemujaan, meminta izin, perlindungan atau bantuan daripada makhluk-makhluk ghaib seperti larangan berludah kerana ditakuti tidak menjadi. 3.5.3. Tidak boleh memenuhi kehendak pantang larang sehingga melakukan perkara-perkara yang ditegah di dalam Islam seperti meninggalkan tanggungjawab sebagai suami atau isteri dan sebagainya. 3.5.4. Perkara-perkara yang harus dan halal tidak boleh dihukumkan haram. 3.6. Adab 3.6.1. Adab Murid Dengan Guru: (a) Guru tidak boleh menganggap dirinya yang paling mulia dan tidak pernah bersalah. (b) Guru hendaklah mengelakkan diri dari dianggap orang yang perlu ditaati secara mutlak. (c) Guru tidak boleh menganggap orang lain lemah dan lekeh. (d) Guru hendaklah melarang murid-muridnya memuja, mengagung dan taksub kepadanya. 3.6.2. Adab Sesama Murid Seperguruan: (a) Seseorang murid tidak boleh memberikan hak secara khusus kepada murid seperguruannya sahaja, seperti memberi ucapan salam, tidak boleh bergaduh sesama ahli dan sebagainya. (b) Seseorang murid tidak boleh menanam atau mengapi-apikan perasaan bangga diri dan taksub kepada kumpulannya sehingga memandang hina dan negatif kepada orang lain. 3.6.3. Adab Murid Dengan Orang Lain (a) Seseorang murid tidak boleh mengutamakan guru silat dan murid-murid seperguruannya sehingga mengabaikan hak dan kewajipannya kepada ibubapa, suami, isteri, anak dan ahli keluarga. (b) Seseorang murit tidak boleh memandang rendah dan hina terhadap orang bukan dari kalangan ahli silatnya. (c) Seseorang murid yang beragama mesti menjalinkan ikatan persahabatan sama ada sesama ahli atau orang lain. 3.7. Gerak Langkah (a) Gerak langkah silat tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah dan sifat-sifat-Nya atau merupakan maksud di sebalik kalimah atau nama-nama Allah atau sifat-sifatNya. (b) Gerak langkah silat tidak boleh diertikan sebagai maksud yang tersirat daripada ahli atau jasad Rasulullah s.a.w., para malaikat, nabi-nabi dan orang soleh. (c) Gerak langkah silat tidak boleh dimaksudkan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama Islam atau perlakuan-perlakuan ibadat yang tertentu seperti dua kalimah syahadah dan sembahyang. 3.8. Amalan Dalam Silat (a) Tidak boleh memuja dan memperhambkan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang boleh mendatangkan nasib baik atau buruk kepada seseorang seperti hantu, dewa, keramat, kubur, keris, busut dan sebagainya. (b) Tidak boleh menggunakan tangkal dan azimat yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami, objek-objek tertentu dan bercampuraduk dengan ayat Al-Quran. (c) Tidak boleh mengamalkan bacaan-bacaan tertentu yang tidak difahami maknanya dikhuatiri mengandungi kata-kata pemujaan kepada berhala, iblis, syaitan atau nama berhala orang kafir serta bercampur aduk dengan ayat al-Quran. (d) Tidak boleh meninggalkan ibadat-ibadat wajib yang dituntut di dalam Islam seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadan ketika melakukan amalan silat. 3.9. Pengijazahan (a) Tidak boleh melakukan isyarat sembah atau gerak tubuh yang melambangkan ketundukan yang menyamai atau melebihi ketundukan yang hanya layak kepada Allah sahaja seperti tidak sembah kepada guru. (b) Tidak boleh melakukan upacara-upacara yang mengandungi unsur-unsur penyembahan, pemujaan, memohon bantuan atau memperhambakan diri kepada kuasa-kuasa atau tenaga-tenaga ghaib seperti mempersembahkan sedulang makanan, menyembelih ayam dan sebagainya. 3.10. Matlamat Silat (a) Matlamat silat hendaklah matlamat yang baik seperti untuk kesihatan tubuh badan, mendisiplinkan diri, hidup bermasyarakat, untuk mempertahankan diri dari bahaya dan sebagainya. (b) Matlamat silat tidak boleh: (i) Untuk membalas dendam, menuntut bela, membuat aniaya, menakut-nakutkan dan mengugut orang lain. (ii) Untuk menanam sifat berani yang keterlaluan sehingga hilang hormat kepada ibubapa, guru, ahli keluarga dan lain-lain. (iii) Untuk memupuk sentimen perkauman atau taksub golongan/kumpulan ekstrim agama yang melampau di kalangan ahli. 4. PENUTUP Dengan mengikut garis panduan ini diharapkan para pengamal silat dan seni mempertahankan diri supaya dapat menghindarkan diri menyimpang daripada ajaran Islam yang benar, agar hidup sentiasa dirahmati Allah S.W.T. "Para pejuang kebenaran, Apuhkan keyakinan pada Tuhan Yang Esa, Serulah kebaikan walau di mana jua, Tegakkan keadilan, Perangi kezaliman, Ikatkan persaudaraan TEGUHKAN KEKUATAN, Kembali pada Al-Quran dan Sunnah, Aturkan langkahmu maralah tanpa gentar, Nur Islam kan pasti gemilang..." - Soutul Mujahidin (KISAS) - ----------------------------------- http://isa777.multiply.com |
muhrizs ![]() ![]() |
![]()
Semoga diberi Allah kekuatan pada dirimu. Ingat ALlah, hati kan tenang kembali. Ingatan di sini bukan bermakna mengingati Allah dalam keadaan lalai, tapi hadirkan hati untuk penuhinya dengan zikir kepada Allah. Setiap penyakit mempunyai ubat, dan ingatlah tiada satu pun makhluk di dunia ini mampu memberi mudharat dan manfaat!
|
isa777_musa ![]() ![]() |
![]() ![]() Lama sungguh menanti kemunculan semula ukhwah.com. Alhamdulillah sekarang semua dah kembali normal. Sekadar nak menyambung luahan hati. Saya seorang guru dan dua minggu lepas dan minggu lepas dijemput berjumpa kaunselor Jabatan Pelajaran Selangor (JPS). Hidup ini bagai mendapat sinaran baru. Banyak nasihat-nasihat yang menjadi pedoman. Lepas ni saya akan di "pool" kan (tak tau ejaannya betul ke tak). Guru pool ni satu jawatan seperti guru juga. Cuma tidak diberi bebanan tugas yang berat. Tugas akan diganti oleh seorang guru khas yang lain. Yang penting hadir bertugas seperti biasa. Tempohnya dua tahun. Dan sekiranya perlu disambung, maka disambung. Sekiranya tidak, maka akan diberi tugas dan menjalankan tugas seperti biasa kembali. Syukur kepada Allah. Semua pihak memahami apa yang dialami. Semalam kaunselor JPS tu datang ke sekolah untuk melawat. Saya dilayan dengan baik dan penuh kasih sayang. Sebak sampai menitiskan air mata. Begitu tingginya nilai kasih sayang sesama insan. Terima kasih atas doa, dorongan dan nasihat rakan-rakan di ukwah.com. Semoga kita semua dalam keadaan sejahtera dan mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin... ----------------- ![]() |
Princess-Shida ![]() ![]() |
![]() |
Daeng_Jati ![]() ![]() |
![]()
Pada 01-03-09 02:07 , simpLe_sHida posting:
!!! QUOTE !!! ** hati-hati bilamana masuk alam persilatan ni.. Kenapa nak beri generalisasi umum kepada semua aliran silat? kata mudahnye pukul sama rata saja... kalau hujah naif, tak perlulah bagi inferensi ekstrim....! ----------------- ![]() |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
MISI GLOBAL 2012 – 2020 : AKU INGIN MENYAMBUNG PENGAJIAN.
Aku ingin menyambung pengajian. Itu yang kini bermain di fikiran. Febuari 2003 hingga September 2003 aku bertugas di sebuah MRSM dia negeri Johor. Tempat bertugas pertama setelah menampatkan pengajian di UKM (1999-2002). Selepas itu aku bertugas di sebuah sekolah dibawah KPM di Kuala Lumpur (16 September 2003 – 31 Disember 2008). Seterusnya, bermula 1 Januari 2009 hingga kini aku bertugas di sebuah sekolah di Klang, Selangor Atas nasihat Kaunselor Jabatan Pelajaran. Aku dimohonkan Jawatan Pool. Kalau diterima, pada 2010 dan 2011. Aku akan mendapat jawatan tersebut. Dalam tempoh dua tahun ini. Aku dinasihatkan agar berehat dan menumpukan sepenuh perhatian untuk memulihkan kembali kesihatan. Mungkin saudara mara, rakan-rakan dan yang rapat atau mengenali diriku ini, sudah lama tahu apa yang aku alami. Sejak 2004 hinggalah sekarang. Banyak pengalaman pahit. Aku tempohi sepanjang tempoh itu. Biarlah semua jadi pengalaman dan bekal untuk menghadapi kehidupan yang mendatang. Kini semangatku kembali pulih, malah kian membara. Aku bercita-cita untuk meyambung pengajianku ke peringkat Master dan seterusnya PHD. Sesuatu yang aku impikan selama ini. Menjadi ”seseorang”. I will be somebody. Seseorang yang berjaya dalam hidup dan dapat berbakti kepada masyarakat. Aku yakin. Aku dilahirkan untuk lebih daripada ini. Umur 30 tahun : Tahun (2010) : Bertugas seperti biasa di sekolah. Umur 31 tahun : Tahun (2011) : Bertugas seperti biasa di sekolah. Umur 32 tahun : Tahun (2012) : Memulakan Misi Global 2012. Umur 33 tahun : Tahun (2013) : Menyambung pengajian peringkat Master. Umur 34 tahun : Tahun (2014) : Menyambung pengajian peringkat Master Umur 35 tahun : Tahun (2015) : Menyambung pengajian peringkat Master Umur 36 tahun : Tahun (2016) : Menyambung pengajian peringkat Master. Umur 37 tahun : Tahun (2017) : Menyambung pengajian peringkat PHD. Umur 38 tahun : Tahun (2018) : Menyambung pengajian peringkat PHD. Umur 39 tahun : Tahun (2019) : Menyambung pengajian peringkat PHD. Umur 40 tahun : Tahun (2020) : Memulakan Misi Global 2020. Tempoh pengajian peringkat Master tidak sampai 4 tahun. Tapi aku akan menggenggamnya selepas berumur 36 tahun. Tempoh 4 tahun diberi agar perancangan rapi dapat dilakukan sebelum perkara ini dilaksanakan. Tempoh tiga tahun pula aku peruntukkan untuk peringkat PHD. Kesimpulannya, sebelum mencecah umur 40 tahun. Aku bercita-cita dan berusaha mencapai impianku. Sebelum ini, bidang yang aku ceburi ialah Pendidikan Sukan dan Rekreasi. Namu aku amat meminati bidang ICT, IT dan Internet dalam Pendidikan. Itulah bidang yang akan ku pilih sekiranya berjaya menyambung pengajian nanti. Mudah-mudahan cita-cita kan jadi kenyataan suatu hari nanti. Amin... ----------------- ![]() |
suci_jiwa ![]() ![]() |
![]()
mudah-mudahan berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan..sesuai dengan tugas kita sebagai hambaNya dan khalifah di muka bumi....ameen
|
isa777_musa ![]() ![]() |
![]() |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
Menemui sahabat-sahabat ukhwah yang dikasihi...
Dalam tempoh dua minggu yang lepas saya kembali mengalami kutub hiper dan hampir kepada maniak. Saya tidak tidur atau hanya tidur sejam dua dalam sehari. Saya habiskan masa dengan duduk di hadapan komputer dan menghasilkan video melalui "movie maker". Kemudian upload ke dalam Youtube. Ada antara video yang saya hasilkan diharamkan di beberapa buah negara iaitu "He Man : The Most Powerful Muslim In The Universe". Banyak yang dihasilkan. Yang saya rasa sekarang ialah, kemampuan untuk menyusun negara dan memberi idea2 untuk kesejahteraan sejagat. Antaranya : 1. Tujuh Pemimpin Besar Negara Indonesia dan Malaysia. 2. A Global Call : Call For Rised Black Banner Video pertama berkaitan cita-cita dan impian saya untuk melihat kesejahteraan Negara Indonesia dan Malaysia. Namun saya hanya manusia biasa yang amat cetek pengetahuan agama dan bukan dari latar belakang agama. Saya berlatarbelakangkan bidang Pendidikan Sukan dan Rekreasi UKM. Video ke-2 berkaitan seruan mengibar panji-panji hitam. Sebelum ini ia telah mendapat perhatian dan siasatan pihak berkuasa. Mereka tahu saya mengalami sakit mental dan sedang menerima rawatan pakar. Sekadar mengadu dan meluah apa yang terbuku dihati. Petunjuk dan pimpinan Ilahi sentiasa dipohon agar hidup ini dalam keredhaan dan keampunanNya. Amin... Baru-baru ni saya diminta berjumpa seorang Ustaz di Kuang. saya telah menghubungi beliau. Beliau akan menghubungi kembali seminggu sebelum membuat rawatan. Mudah-mudahan saya sembuh seperti sediakala dan dapat menjalani kehidupan dengan tenang dan sejahtera. Terima kasih sahabat semua kerana sudi membaca... Harap dapat memberi nasihat dan dorongan. http://isa777.multiply.com ----------------- ![]() |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
Mengalami sedikit kemurungan. Tak banyak aktiviti yang dilakukan. Mencari sinar2 dalam kesamaran.
Hari tu salah satu ubat di hospital telah kehabisan stok. Perlukan 1 kotak, untuk stok sebulan. Pihak hospital minta supaya beli di farmasi. Perlu tempah, dan harganya... Wow... RM 500 sekotak. Seminggu selepas itu, stok ubat ada balik di hospital... Alhamdulillah... Satu lagi, murung juga ketika bekerja. Malas dan tiada semangat. Kalau ikutkan hati, nak saja pulang ke rumah. Tapi perlu mencari rezeki... Untuk anak dan isteri tercinta. Agar mereka bahagia... http://isa777.multiply.com ----------------- ![]() |
hafeezzul ![]() |
![]()
Pening jugak aku baca cerita ini. Tapi layan jugak lah..ehehhe
Aku rasa sebab musabab hang kena makan ubat sebab pergi bertapa kat tasik tu agaknya. Masa tengah sedih, kesempatan itu lah digunakan untuk menyerang. Elakkan lah diri bersedih. Dunia ini terlalu singkat untuk bersedih dalam hal ehwal dunia. Lebih baik bersedih dan menangis atas dosa2 kecil mahupun besar kerana ada ganjaran di akhirat kelak. |
tero_1809 ![]() ![]() |
![]()
kan kawin juga........tu lah tak sabar sikit time itu........kalau jodoh tak kemane.............hehehehehehe
tahniah atas kejayaan....keep it up........semoga berbahagie bersama orang tersayang..... kalau ada masalah dishare tak payah nak bertape lama kat sungai ke tasik ke.....berdoa pas solat lama-lama lagi bagus.........tol tak.....kita kan ada pendengar yang paling setia iaitu pencipta kita sendiri....... peringatan...jangan panggil diri itu pesakit mental atau yang seumpama dengannya....da macam doala pulak....kang makin teruk baru tau ![]() ----------------- berani kerana benar, takut kerana salah.. http://namaakusiti.blogspot.com/ |
SiNaRaBaDi ![]() ![]() |
![]()
Pada 11-02-10 21:43 , tero_1809 posting:
!!! QUOTE !!!
Salam., betul kata kawan ni.. SUBHANAALLAH, sedih pun ada baca kisah antum ni. Ada juga masalah sebigini ye. lain-lain manusia lain ujian yang diberi, yang merasai saja yang mengetahui., yang mendengar hanya mampu mengatakan dan the rest, depands on individu (betul ke ni) apapun, first thing is kenalkan diri kepada pencipta, mengingatiNYA dan sentiasa berzikir padaNYA, jangan tinggal walau 1 masa pun samaada ketika suka mahupun duka. Yakinlah bahawa DIA Lebih Mengetahui, Maha Mendengar dan Maha Melihat. ALHAMDULILLAH, dah lihat blog enta.. bahagia kelihatan diwajah anak beranak..semoga ianya berkekalan hingga ke SYURGA. AMin. Jadi start from now., perlu tanam azam dalam diri untuk apa perlu ditakuti dan gelisah atau bersedih, dunia ini tiada apa bandingannya jika nak dibandingkan dengan PenciptaNYA (ALLAH SWT). seperti ada kawan kita cakap mungkin ini juga dipengaruhi sedikit dari ilmu persilatan dan tempat tuju anda (tasik). 2 ini perlu selalu.. diambil berat. banyak kes yang berlaku dihadapan ana, punca dr 2 ni. Ana sarankan untuk kurangkan perkara ini dalam kehidupan enta. boleh kan. Perlu enta ingat.. tasik adalah satu tempat yang mempunyai penunggu, di IPT ana memang ada student berhadapan dengan perkara ini, dan lagi satu,, ilmu persilatan.. masa ana dulu ada juga ambil sekejap, lepas tu fikir tak boleh nak bawa dan tak yakin boleh pegang pada syarat dan apa yang dipelajari, maka ana tarik diri dari awal..kerana pada masa tu pun, memang macam-macam yang menghantui, nak tidur tak dapat, nak buat apa pun serba tak kena.. Ana pernah juga berhadapan situasi begini, lantas dengan ucapan zikir yang tak henti dan pengabdian jiwa padaNYA yang menyelamatkan ana dari melakukan perkara yang tidak disedari. syukur. sebagai pengalaman, pokok pangkalnya sejauhmana ilmu agama yang ada dalam diri untuk dijadikan titian yang kukuh untuk melalui kehidupan adalah keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kepada ALLAh SWT. ALHAMDULILLAH, semuanya berakhir apabila ayah ana beri doa amalan harian dan ayat kursi amalkan setiap hari dan sebanyak mungkin, InsyaALLAH, akan dijauhkan diri daripada gngguan. sebaik-baiknya usahakan diri untuk dekat kepadaNYA, InsyaALLAH segala gangguan dapat dihalang dengan mudah. rajinkan diri untuk ke masjid, baca surah Al-Mulk sebelum tidur mlm., sentiasa berwudhuk, kerana wudhuk yang sempurna boleh menjauhkan diri daripada sebarang gangguan dan perkara yang tidak disedari, sebagai perisai dan pertahanan agar diri dilindungi ALLAH. hanya berbekalkan keyakinan antum kepda ALLAH dan pergantungan diri kepadaNYA sahaja dapat mengatasi segalanya. lagi satu, penting untuk antum memikirkan suatu yang baik buat diri dan kehidupan antum. jangan sesekali menyerahkan keadaan diri kepada gngguan makhluk halus. selalu lah baca Al-Quraan dan memperdengarkan azan didalam rumah setiap kali waktu solat dan menjelang malam. InsyaALLAH, harap sedikit sebanyak dapat membantu. Wallahua'lam, JazakaALLAH. |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
Salam...
Lama tak buka web ukhwah.com ni. Terlupa pula nak buka... Terima kasih atas nasihat sahabat-sahabat semua. Semoga kita semua mendapat keredhaan Allah serta berjaya di dunia dan akhirat. Amin... Saya dah update weblog saya. Sudi-sudikanlah berkunjung... http://isa777.multiply.com ![]() ----------------- ![]() |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
Luahan terkini...
Mood penyakit tengah naik. Banyak benda-benda yang diluar kawalan dibuat. Hasilkan video2... Upload pula di youtube... Sebarkan pula ke e-mail Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , Web Rasmi Kerajaan Malaysia, BERNAMA TV, RTM, Jawa Pos dan lain-lain... Saya sangat-sangat mengharap bantuan dari rakan-rakan di ukhwah... Video 1 : A Global Call : Call For Rised "Black Banner" http://www.youtube.com/watch?v=BewobW9yY44 Video 2 : Tangisan Pejuang : Iswan Basro http://www.youtube.com/watch?v=b0Vw4GWrS8M Video 3 : MALAYSIA + INDONESIA http://www.youtube.com/watch?v=byeAcHeM_ak http://isa777.multiply.com ----------------- ![]() |
nurman ![]() ![]() |
![]()
Salam ukhwah.. bipolar disorder tu bukan psikotik ke?still makan ubat tu lagi ke?ada kena inject tak?saja nak tahu sebab pernah kerja di psikiatrik..hehehe
----------------- Be a good Muslim or die as Syuhada! |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
Ya... 2 biji pagi, 8 biji mlm. ada 4 jenis ubat. wife yang tolong ingatkan untuk makan ubat. inject dah tak kena. dulu ada di inject, sekarang tak...
----------------- ![]() |
nurman ![]() ![]() |
![]()
Alhamdulillah...kira btambah baikla ya?dulu inject pakai ubat apa?fluanxol?clopixol?modecate/monasan?heloperidol or risperdal consta?
----------------- Be a good Muslim or die as Syuhada! |
isa777_musa ![]() ![]() |
![]()
tak tau pula inject ubat apa... tak tau namanya. tapi badan macam kejang2 saja masa tu. sekarang dah ok...
----------------- ![]() |
Member Messages |
Forum Search & Navigation |
---|---|
Log in to check your private messages |