Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
If we don't succeed, we run the risk of failure
-- Dan Quayle

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 197
Ahli: 0
Jumlah: 197




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Rawatan Alternatif
Topik: Panduan Menggunakan Sunscreen atau Sun Tan


Carian Forum

Moderator: Administrator, Prof_Muslim
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Rawatan Alternatif
    »» Panduan Menggunakan Sunscreen atau Sun Tan

Please Mendaftar To Post


Oleh Panduan Menggunakan Sunscreen atau Sun Tan

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 27-01-09 22:42


Assalamualaikum

Panduan Menggunakan Sunscreen atau Sun Tan

Kulit muka dan tangan pedih dan rasa sakit, muka merah dan kulit menjadi kering, gelap, dan selang beberapa hari ia mengelupas. Tanda-tanda ini adalah kesan sunburn walaupun ianya akan berbeza mengikut individu. Bagaimana ianya berlaku dan apakah sebabnya? Bolehkah kesan ini dihindari? Malaysia pula beriklim tropika yang menerima banyak cahaya matahari sepanjang tahun dengan keadaan cuaca panas dan lembab.

Apa itu cahaya ultraviolet (UV)?
Cahaya matahari terbahagi kepada 3 baris frekuensi, infra-merah, yang boleh dilihat dan ultraviolet. Lapisan ozon bumi, yang menghalang 99% cahaya UV daripada sampai ke bumi, dikatakan semakin nipis dan berlubang yang meningkatkan potensi cahaya UV sampai ke bumi.

Cahaya UV yang sampai ke bumi terbahagi kepada dua jenis, Ultraviolet A (UVA) dan Ultraviolet B (UVB) dimana 99% daripadanya adalah UVA. Walaupun cahaya UV memberi kesan buruk, ia juga digunakan dalam pelbagai bidang perubatan, contohnya untuk rawatan penyakit kulit manakala UVB membantu pengeluaran vitamin D.

UV A tidak menyebabkan sunburn, tetapi ia mampu menembusi kulit (malah pada cermin kereta atau rumah) dan merosakkan kolagen, DNA dan keanjalan kulit, mengakibakan kesan-kesan penuaan yang lebih cepat. UVB pula adalah penyebab utama sunburn disamping mampu merosakan kolagen dan proses penuaan.

Reaksi kulit pada cahaya UV akan berbeza mengikut jumlah cahaya, jenis kulit dan sensitiviti kulit. Walaupun UVA tidak menyebabkan sunburn, tetapi ia mampu menembusi kulit dan merosakkan kolagen, sistem pertahanan badan dan membran sel kulit (membantut regenaration kulit baru). Semuanya menyebabkan kulit berkedut, dan proses penuaan yang lebih cepat serta risiko kanser kulit.

Bagaimana reaksi kulit ke atas UV?
Reaksi kulit terhadap cahaya UV berbeza-berbeza mengikut individu, selari dengan sensitiviti kulit, kegelapan warna kulit dan kandungan melanin. Kebiasaannya kulit menjadi gelap dengan mengeluarkan melanin tambahan dalam menyesuaikan pertahanan badan terhadap vahaya UV.

Apa berzanya orang yang berkulit gelap dan yang berkulit cerah?
Kandungan Melanin, pigmen semulajadi pada kulit, rambut atau anak mata adalah yang membezakan antara individu yang berkulit gelap (lebih melanin) dengan yang cerah (kurang melanin). Bilamana terdedah kepada matahari, kulit akan mengeluarkan melanin yang akan menyerap dan memantul sebahagian cahaya UV. Tetapi tidak bermakna orang berkulit gelap tidak akan mendapat sunburn atau kanser kulit. Pada hakikatnya risiko mereka lebih rendah daripada yang berkulit cerah

Benarkah cuaca yang mendung atau berlindung dibawah payung atau pokok masih boleh mendapat sunburn?
Ya, sebab walaupun hari mendung, 80 hingga 88% cahaya UV masih mampu sampai ke bumi. Pasir, batu atau air laut pula mampu membiaskan cahaya UV.

Apa yang dimaksudkan dengan sun block, sunscreen dan suntan?
Secara ammya, nama-nama mereka adalah sama dan sering disebut oleh pengguna. Sebenarnya suntan adalah proses tindakbalas semulajadi kulit yang menjadi lebih gelap bilamana terdedah kepada matahari. Sunscreen dan sunblock adalah produk yang didapati dipasaran.

Mana satu persediaan sunblock yang paling sesuai untuk saya?
Buat pemilihan mengikut keperluan. Lebih cerah kulit, lebih tinggi SPF yang diperlukan. Bagi orang Malaysia, kaum cina perlukan yang SPF lebih tinggi (contohnya SPF 30 ke atas) manalaka orang Melayu dan India perlukan SPF yang lebih rendah. (SPF 15 ke atas). Tiada halangan untuk mengguna produk SPF yang lebih tinggi dari yang disyorkan. (kerapkali dipromosikan begitu hebat)

Bagaimana sunblock bertindak?
Ian bertindak dengan cara yang berlainan untuk melindungi kulit, mengikut jenis produk, sama ada memantul atau menyerap cahaya UV.

Apakah maksud SPF dan nombornya
Ia merujuk kepada Sun Protection Factor (SPF) yang menjelaskan faktor perlindungan kepada cahaya matahari. SPF hanya memberikan perlindungan terhadap UVB sahaja (yang menyebabkan sunburn). Di pasaran, nilai SPF yag dijual boleh bermula dari 1 sehingga 60, walaupun tidak semua dijual julat SPF di farmasi.

Namun, beberapa bahan telah ditambah seperti zinc oxide, avobenzone atau titanium dioxide dalam sunscreen bagi dikatakan mampu memberikan perlindungan daripada UVA. Bagaimanapun, ramai pakar-pakar masih meragui tahap perlindungan yang diberikan dan sesetengah pakar mengakui banyak produk pasaran tidak memberi perlindungan mencukupi terhadap UVA. Bagaimanapun, ianya lebih baik daripada jika tidak menggunakan langsung!

SPF diukur dengan mengira masa, berapa lama kulit yang disapu dengan sunscreen akan “terbakar” berbanding dengan kulit yang ditidak disapu. Contohnya, bagi SPF 15 bermakna ia akan mengambil 15 kali lebih lama untuk “terbakar” jika mengguna sunscreen. Bagaimanapun, ianya tidak memberitahu kita, berapa lama kita boleh berjemur di bawah cahaya matahari. Ingat, SPF hanya memberi perlindungan dari UVB, dan tidak melindungi dari cahaya UVA

Apakah jenis-jenis sunblock dipasaran?
Ada dua jenis yang utama:

§ Jenis kimia: diserap kedalam kulit dan bertindak menyerap cahaya UV dari merosakan lapisan dalaman kulit.
Panggilan umum: Sunscreen
Ciri-ciri: tidak kelihatan sesudah digunakan
SPF bernilai 2 atau lebih tinggi
Kandungan utama: para amino benzoic acid dan sebagainya

§ Jenis fizikal: lapisan nipis yang disapu bagi memantulkan cahaya matahari. Biasanya berwarna (putih)
Panggilan umum: sunblock
Ciri-ciri: akan kelihatan lapisan putih bila digunakan
SPF bernilai 12 atau lebih tinggi
Kandungan utama: Zinc Oxide, Titanium Dioxide dan sebagainya.

Ada juga Produk sunblock juga boleh mengandungi campuran
kedua-dua diatas

Sunscreen lebih popular berbanding sunnblock dan boleh dibeli dalam bentuk krim, lotion atau gel. Ia menyerap UV dan bila sapu, tidak mudah dilihat pada kulit, yang menyebabkan secara kosmetiknya lebih digemari.

Sunblock pula menghalang UV dengan memantulkannya semuala dan akan kelihatan warna putih pada kulit penggunanya. Bagaimanpun, kemajuan teknologi membolehkan sebahagian produk terbaru dipasaran kini tidak bewarna.

Selamatkah jika digunakan selalu?
Kebanyakannya selamat digunakan, kecuali kepada individu yang mempunyai kulit yang sensitive kepada PABA (para-aminobenzoic acid) atau bahan-bahan kimia lain yang terdapat dalam persediaan sunscreen. Banyak persediaan terbaru kini tidak lagi mempunyai PABA.
Jika ada pengguna mengalami kesan-kesan alahan (gatal, ruam, kulit meradang, dll) sila laporkan kepada Biro Pengawalan Farmeseutikal Kebangsaan melalui www.bpfk.gov.my secara online.

Bagaimana boleh diketahui kita mengalami alahan pada sunblock atau sunscreen?
Selepas digunakan, kulit mengalami kegatalan atau meradang (rash), gatal, meradang, kemungkinan ini adalah tanda-tanda anda mengalami alahan pada produk.

Biasanya badan berpeluh dalam cuaca panas. Perlukah menyapu semula?
Kebanyakan sunscreen atau sunblock hanya dapat bertahan untuk selama 4 jam. Jika badan berpeluh, adalah digalakan untuk memakai semula selepas 2-3 jam.

Bagiamana cara menggunakan dengan betul?
Teknik sapuan dan kaedah penggunaannya memainkan peranan penting dalam memastikan pengguna memperolehi perlindungan yang diperlukan.

Ia bergantung kepada 2 faktor utama:
§ Jenis kulit
§ tempoh masa akan terdedah kepada cahaya matahari

Pastikan kulit kita kering sebelum disapu. Jika ada kulit yang melecet, kudis atau luka, tutup lapisan berkenaan dengan plaster atau kapas yang sesuai.

Aplikasi yang tidak betul tidak akan memberikan perlindungan daripada UV. Sapu antara 15 hingga 30minit sebelum aktiviti luar bermula, gunakan sekurang-kurangnya 30ml setiap sesi, dan sebaiknya disapu semula selepas 2-3 jam. Sapuan perlulah rata, menyeluruh dan kenakan sedikit tekanan pada kulit sewaktu menyapu sunblock atau sunscreen.

Walaupun ada produk baru dipasaran yang dikatakan mampu memanjangkan tempoh perlindungan sehingga 4-6 jam, ianya lebih mahal dan keberkesananya masih dipertikaikan. Lagipun, gunakan produk yang lebih diyakini dan telah digunakan jutaan pengguna.


Panduan memakai:
Mula dengan
§ sapuan dimuka (termasuk hidung, bibir, telinga dan dagu serta tengkuk)
§ kemidian Tangan dan bahu
§ Bahagian depan dan belakang badan (memerlukan rakan untuk membantu)
§ Keseluruhan kaki dan termasuk bahagian atas tapak kaki

Sebahagian pengguna akan ulang sapuan 2 atau 3 kali, dengan menyapu sedikit-sedikit dahulu, dibiarkan kering sebelum diulang sapu sehingga berpuashati dan penuh yakin.

Berapa lama kesan boleh bertahan?
Biasanya mampu bertahan untuk 2-3 jam sebelum perlu disapu semula.

Saya ingin berenang, bolehkan saya guna sunblock?
Boleh, tetapi perlu memilih jenis water resistant. Ia dapat bertahan untuk sekurang-kurangnya untuk 40 minit hingga 80mnit selepas berenang sebelum perlu disapu semula.

Untuk perlindungan terbaik, selain memakai sunblock, apakah lagi panduan bagi mengelak kesan UV?
Pakai topi, cermin mata sunglass, dan berpakaian yang lengkap. Malaysia beriklim tropika dan menerima cahaya matahari yang banyak. Elakkan waktu 12.00 tengah hari hingga 4.00 petang kerana dikatakan puncak cahaya matahari memancar.

Bagaimana mencuci baki sunblock di badan?
Mudah dan senang. Hanya cuci dengan air dan sabun, dan sebaiknya bilas dengan air tawar. Walaupun bau kimia masih ada, usahlah dirisaukan dan bau akan lenyap sebaik memakai haruman atau ulang mandi.

(Maklumat yang diberikan adalah secara sukarela, tanpa prasangka, berdasarkan maklumat dari pelbagai sumber rujukan dan sisipan pada produk terlibat. Maklumat dan panduan ini mungkin akan berbeza antara ahli-ahli profesional lain dan semua ini adalah seni kepelbagaian dalam penggunaannya. Pengguna dinasihatkan untuk membaca label produk bagi mendapatkan maklumat lebih jelas)

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.084501 saat. Lajunya....