Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-03-2025  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Bila sesuatu telah sempurna akan mulalah kelihatan cacat celanya.

-- Saidina Abu Bakar

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 34
Ahli: 0
Jumlah: 34

  Yang Masuk Ke Sini
Rashdin: 16 hari yang lalu
al-biruni03: 45 hari yang lalu

Suara Hatiku
Topik: Survival Seorang Muslimah & Agama Krislam

Carian Forum

Moderator: Administrator, zulman
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Suara Hatiku
    »» Survival Seorang Muslimah & Agama Krislam

Please Mendaftar To Post

Oleh Survival Seorang Muslimah & Agama Krislam

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 27-01-09 20:02

Meredah titi kehidupan, tiada siapa yang terlepas dari masalah. Bezanya sama ada masalah itu kecil atau besar, dan sejauh mana kebijaksanaan kita mengurus sesuatu perkara. Ada orang, masalah yang sekecil kuman pun tak mampu diselasaikan. Sampai urusan harian pun dianggap sebagai satu masalah, cukup kusut orang begini. Pendirian saya dalam menghadapi masalah adalah mudah, kerana ia telah ditunjukkan dalam kitab junjungan kita.

Allah berfirman:
Apakah krmu mengira bahawa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (TQS. al-Baqarah : 214)

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, "Innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun." Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (TQS. al-Baqarah )

Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan (juga)kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi Kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. (TQS. Ali `Imran : 186)

Alhamdulillah, ayat-ayat diatas membuatkan saya rasa kuat untuk terus hidup, berani menghadapi cabaran dan tidak sedih atau lemah menghadapi ujian hidup dalam sistem kapitalisme yang penuh ranjau ini. Tetapi naluri saya tersentuh pada hari Ahad yang lepas. rasa bersyukur yang amat sangat dengan apa yang ada dan rasa belas kasihan melihat macam-macam masalah orang lain.

Saya dan keluarga ke Klang pada tengahari Ahad lepas. Zaujah ada urusan untuk bertemu dengan seorang temannya, seorang Muslimah warga Indonesia yang bekerja di Malaysia. Menurut zaujah, muslimah ini asalnya bekerja di Johor Bahru, kemudian dibuang kerja akibat kegawatan. Kemudian bekerja di Batu Pahat tetapi dibuang kerja sekali lagi juga akibat kegawatan ekonomi. Sekarang baru seminggu dua dipindahkan ke Klang atas arahan agen pekerja asing tetapi belum mempunyai kerja. Dia diberikan makan sehari sekali sahaja. Sebaik saja kereta yang saya pandu memasuki kawasan sebagaimana dalam alamat, pelbagai persoalan dan kerisauan menyelubung dalam kepala saya. Kawasan yang agak terperosok dan sunyi pasti mengundang pelbagai kerisauan. Bertambah risau lagi melihat bangla-bangla yang ramai berdiri di bawah deretan rumah kedai tersebut. Bukanlah saya menuduh mereka jahat, tetapi pelbagai berita yang dipapar sewajarnya menimbulkan kerisauan bagi kita untuk lebih berhat-hati.
Ternyata kerisauan saya itu ada asasnya malah semakin risau. Menurut Muslimah tersebut, memang ada bangla-bangla yang cuba masuk ke tempat tinggalnya. Malah agen pekerja asing pun tidak mengambil apa-apa tindakan. Cuba kita bayangkan jika kita yang berada ditempatnya, apakah yang dapat kita lakukan, kepada siapakah kita nak mengadu? Mujur muslimah itu bijak dan sanggup membayar baki levi untuk membolehkannya pulang ke Indonesia. Buat sementara ini, dia pergi ke tempat lain bertemu dengan sahabatnya. Apabila saya ceritakan kepada pakcik saya, beliau juga turut tersentuh.”mereka memang survival untuk hidup” itu katanya.

Ini hanyalah satu dari ratusan ribu atau mungkin jutaan Muslimah Indonesia yang ingin mencari rezeki di Malaysia. Pastinya ada banyak lagi cerita dan masalah yang menyayat hati. Kenapa mesti ada sempadan negara yang memisahkan ummat Islam? Ini adalah ciptaan penjajah untuk memecahkan ummat Islam. Sedangkan ummat Islam itu wajib duduk dalam satu negara Islam, bukan 57 buah negara yang terpisah-pisah. Sedarkah kita bahawa selama kira-kira 400 tahun Acheh telah menjaga aqidah ummat Islam di Tanah Melayu dari usaha pengkristinan?

Saya sedar ini adalah satu dari jutaan masalah, dan banyak lagi masalah yang lebih besar dalam dunia Islam hari ini. Betapa kita memerlukan khilafah ala minhaj nubuwwah.

AGAMA KRISLAM

Sebenarnya sudah dua hari saya di bumi Sabah, negeri di bawah bayu, atas urusan kerja. Menjadi kebiasaan ketika melawat ke tempat orang, teringin untuk merasa makanan tempatan. Orang Sabah saya kira peramah dan baik-baik. Dalam perjalanan pulang ke hotel tadi, saya sempat singgah di sebuah Pekan. Terdapat banyak gerai menjual makanan, saya kira makanan tempatan. Mungkin melihat penampilan saya yang sedikit berbeza, mereka dapat mengagak saya bukan orang tempatan. Ada pelbagai makanan yang dijual, seperti pasar malam. Tetapi yang membuatkan saya tak berani nak membeli, kerana banyak anjing berkeliaran. Memang sesetengah orang-orang Islam di sini membela anjing seperti kita membela kucing, ia perkara biasa. Walaupun saya faham terdapat ikhtilaf tentang hukum membela anjing, budaya pengamalan sebegitu cukup asing bagi saya. Ditambah rasa geli terhadap anjing-anjing tersebut, najis mughallazah.

Ada lagi budaya di Sabah yang membuat saya geleng kepala, tapi tak larat nak dikongsi disini. Melihat cara berpakaian wanita, budaya minum arak, perkahwinan campur, sememangnya banyak kerja dakwah yang perlu dilakukan. Seorang pekerja memberitahu dia beragama Krislam(Kristian + Islam). Waduh, sedih ada, marah pun ada. Ingatkan selama ini hanya Bahai dan Sikh saja yang mencampur tolakkan Islam. Krislam pun ada, katanya di selatan Filipina.

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 27-01-09 20:32

Pada 27-01-09 20:02 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Saya sedar ini adalah satu dari jutaan masalah, dan banyak lagi masalah yang lebih besar dalam dunia Islam hari ini. Betapa kita memerlukan khilafah ala minhaj nubuwwah.

meant ??? siapakah khalifahnya itu?

-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 27-01-09 22:35

hm...saya pun baru 1st time dengar krislam...tak sangka wujud ek kepercayaan sebegitu..terkezut juga ni...tapi dalam dunia sekarang ni tak ada hal yang mengejutkan...mudah-mudahan kita semua tak tergolong dalam golongan mereka yang sesat...insyaAllah..

p/s: antare dose2 yang tak diampunkan adalah mensyirikkan Allah...so apekah hukumnya bagi krislam ni...adakah mereka jahil dan tergolong dalam golongan yang mensyirikkan Allah :-? sesiapa yang arif tolong perjelaskan

Bookmark and Share

  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 27-01-09 23:04

Pada 27-01-09 20:02 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

AGAMA KRISLAM

Sebenarnya sudah dua hari saya di bumi Sabah, negeri di bawah bayu, atas urusan kerja. Menjadi kebiasaan ketika melawat ke tempat orang, teringin untuk merasa makanan tempatan. Orang Sabah saya kira peramah dan baik-baik. Dalam perjalanan pulang ke hotel tadi, saya sempat singgah di sebuah Pekan. Terdapat banyak gerai menjual makanan, saya kira makanan tempatan. Mungkin melihat penampilan saya yang sedikit berbeza, mereka dapat mengagak saya bukan orang tempatan. Ada pelbagai makanan yang dijual, seperti pasar malam. Tetapi yang membuatkan saya tak berani nak membeli, kerana banyak anjing berkeliaran. Memang sesetengah orang-orang Islam di sini membela anjing seperti kita membela kucing, ia perkara biasa. Walaupun saya faham terdapat ikhtilaf tentang hukum membela anjing, budaya pengamalan sebegitu cukup asing bagi saya. Ditambah rasa geli terhadap anjing-anjing tersebut, najis mughallazah.

Ada lagi budaya di Sabah yang membuat saya geleng kepala, tapi tak larat nak dikongsi disini. Melihat cara berpakaian wanita, budaya minum arak, perkahwinan campur, sememangnya banyak kerja dakwah yang perlu dilakukan. Seorang pekerja memberitahu dia beragama Krislam(Kristian + Islam). Waduh, sedih ada, marah pun ada. Ingatkan selama ini hanya Bahai dan Sikh saja yang mencampur tolakkan Islam. Krislam pun ada, katanya di selatan Filipina.

wuzara
http://jemaah-islam.blogspot.com
kalau boleh saya nak tau tempat yang saudara pergi tu. sebab umum sangat bagi bacaan saya. sekiranya saudara boleh jelaskan apa nama tempat tu saya akan cuba jelaskan apa sebenarnya permasalahan tersebut.maksud saya budaya dan gelagat yang saudara nampak kat pekan tu...

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

doktor_kampung
WARGA SETIA
Menyertai: 19.05.2003
Ahli No: 505
Posting: 436
Dari: jelapang, ipoh

Perak   avatar

posticon Posting pada: 28-01-09 00:31

krislam? erm..menarik perhatian cerita ni. NGO islam yang lain dah tau ke pasal benda ni?...

Bookmark and Share

  Member Information For doktor_kampungProfil   Hantar PM kepada doktor_kampung   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 28-01-09 13:44

Pada 27-01-09 20:32 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-01-09 20:02 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Saya sedar ini adalah satu dari jutaan masalah, dan banyak lagi masalah yang lebih besar dalam dunia Islam hari ini. Betapa kita memerlukan khilafah ala minhaj nubuwwah.

meant ??? siapakah khalifahnya itu?

Sistem khilafah itu hukumnya wajib. Kewajipannya dinyatakan oleh banyak hadith dan perlaksanaannya ditunjukkan oleh ijma' sahabah. Negara Islam itu adalah khilafah bukan bentuk selainnya.

Ia telah dihancurkan secara rasmi pada 3 Mac 1924. Sehingga kini ia belum berjaya dikembalikan. Menubuhkannya bukan semudah menubuhkan negara bangsa tetapi ia adalah kesatuan ummat Islam seluruh dunia. Mungkin beberapa tahun lepas, khilafah ini idea yang asing di Malaysia, tetapi alhamdulillah semakin ramai yang faham atau setidaknya menerima.

Persoalan siapakah khalifahnya? Jawapannya semudah sesiapa yang memenuhi syarat in'iqad khalifah dan disokong dengan syarat afdhaliah layak menjadi khalifah. Kalau syemarly memenuhi syarat2 tersebut, maka layaklah untuk dibai'at oleh ummat.Yang menjadi kesukaran adalah untuk membentuk pusat tertegaknya sistem itu, iaitu pusat khilafah. pandangan peribadi saya, Malaysia tidak/belum mempunyai keupayaan sebagai titik bermulanya khilafah disebabkan pelbagai faktor. Walaubagaimanapu, sama-samalah kita mendakwahkannya dimana kita berkiprah, mudah-mudahan Malaysia mudah bergabung sekiranya khilafah tertegak.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar

posticon Posting pada: 28-01-09 14:19

Pada 28-01-09 13:44 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Persoalan siapakah khalifahnya? Jawapannya semudah sesiapa yang memenuhi syarat in'iqad khalifah dan disokong dengan syarat afdhaliah layak menjadi khalifah. Kalau syemarly memenuhi syarat2 tersebut, maka layaklah untuk dibai'at oleh ummat.Yang menjadi kesukaran adalah untuk membentuk pusat tertegaknya sistem itu, iaitu pusat khilafah. pandangan peribadi saya, Malaysia tidak/belum mempunyai keupayaan sebagai titik bermulanya khilafah disebabkan pelbagai faktor. Walaubagaimanapu, sama-samalah kita mendakwahkannya dimana kita berkiprah, mudah-mudahan Malaysia mudah bergabung sekiranya khilafah tertegak.

Kalau malaysia bukan..negara mana pulak yang serasa-rasanya boleh menjadi tapak daulah? rasanya palestin tentu tidak... bagaimana suasan yang bergolak boleh menjadi pusatnye? atau kata jazirah arab esp saudi, erm..mugkin ye..Kalau nak kata khurasan eg iraq dan iran..erm...mereka sendiri pun sentiasa terganggu gugat dek barat.. Kalau nusantara? erm..rasanya boleh jadi agaknya..sama ada indon or malaysia, maybe selatan thailand...erm...entah lah.. tapi takkan pula negara2 afrika? atau dr negara2 seperti cina dan suku sakatnya? atau dr barat sendiri?? erm.. banyak tol kemungkinan ek..

-----------------
:: NoBoDy iS PeRFeCT ::
______________________________________
http://www.mymindstories.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

budakbesar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.05.2005
Ahli No: 16407
Posting: 98
Dari: labuan

Sabah  

posticon Posting pada: 28-01-09 15:23

abesla orang-orang pemikiran stereotaip dengan org Islam di sabah.

dulu waktu kat UPM, waktu borak2 dengan senior, tiba-tiba azan maghrib. habis azan, minta lah izin dr si abang senior tadi, nak pergi solat jemaah kat surau.

dia terkejut!! dia kata "aihh, ingatkan org sabah ni, tak sembahyang"

boleh dia persepsi macam tu???!!!

tolonglah jangan ada penulisan yang terlalu general sehingga boleh menyebabkan persepsi2 yang stereotaip macam ni...

tentang pakaian wanita dan minum arak tu, ada tanya tak agama mereka apa?
org Sabah ni, susah nak bezakan dia islam atau tak, kalau tak tanya, sebab penduduk bumiputera sabah memang banyak kafir pun.

bukan macam di semenanjung, kalau mata tak sepet, kulit tak gelap, Melayu lah tu.
bila sebut Melayu, mesti sinonim dengan Islam.

tapi di Sabah berbeza...

p/s- lain kali kalau ada peluang, cuba tanya ye yang pakai seksi meksi tu (macam kat kl tak ada saja kan?) atau yang minum2 tu, apa agama mereka, kalau konfem Islam, dakwah lah mereka...

Bookmark and Share

  Member Information For budakbesarProfil   Hantar PM kepada budakbesar   Quote dan BalasQuote

Addey
WARGA SETIA
Menyertai: 13.03.2005
Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 28-01-09 16:19

Pada 28-01-09 15:23 , budakbesar posting:

!!! QUOTE !!!

abesla orang-orang pemikiran stereotaip dengan org Islam di sabah.

dulu waktu kat UPM, waktu borak2 dengan senior, tiba-tiba azan maghrib. habis azan, minta lah izin dr si abang senior tadi, nak pergi solat jemaah kat surau.

dia terkejut!! dia kata "aihh, ingatkan org sabah ni, tak sembahyang"

boleh dia persepsi macam tu???!!!

tolonglah jangan ada penulisan yang terlalu general sehingga boleh menyebabkan persepsi2 yang stereotaip macam ni...

tentang pakaian wanita dan minum arak tu, ada tanya tak agama mereka apa?
org Sabah ni, susah nak bezakan dia islam atau tak, kalau tak tanya, sebab penduduk bumiputera sabah memang banyak kafir pun.

bukan macam di semenanjung, kalau mata tak sepet, kulit tak gelap, Melayu lah tu.
bila sebut Melayu, mesti sinonim dengan Islam.

tapi di Sabah berbeza...

p/s- lain kali kalau ada peluang, cuba tanya ye yang pakai seksi meksi tu (macam kat kl tak ada saja kan?) atau yang minum2 tu, apa agama mereka, kalau konfem Islam, dakwah lah mereka...

jahat juga org tu ya? sampai hati dia kata org sabah pun pandai sembahyang juga? kasiannya kami orang-orang sabah ni.... t

Bookmark and Share

  Member Information For AddeyProfil   Hantar PM kepada Addey   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 28-01-09 19:53

cara wanita sabah berpakaian?
hehe iu dah tak hairan dah
kat semenanjung ni pun berlambak

-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8

Bookmark and Share

  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 28-01-09 20:04

Salam,

Budakbesar, saya harap saudara tidak salah faham ye dengan penulisan saya. Saya tidak generalize semua begitu. saya ada ramai sahabat dari sabah, mereka baik-baik dan Islamik, terutama dari tawau.

Sya_ryn, pekan yang saya singgah tu di Simpang nak masuk Jerocho, jalan antara Kinabatangan ke Lahad Datu. Mereka yang membela anjing tu memang orang Islam. Saya juga terkejut, melihat seorang pekerja beragama Islam membawa 4 ekor anjing bersama, dan mengusap2nya. Kantin kilang sawit yang saya pergi dikelolakan oleh orang Islam turut membela 3 ekor anjing, jangan kata makan, minum pun saya tak lalu. Rumah2 orang Islam yang saya lalu turut membela anjing. Menurut pemandu yang membawa saya, itu perkara biasa. saya cukup terkejut tadi apabila dibawa makan ke gerai makan cina. Seorang kawan (orang tempatan) memberitahu, biasalah makan di kedai cina, tetapi jangan makan bab*. Saya menolak dengan cara baik dan mengajak makan ke tempat lain. Semasa makan tadi, kawan-kawan memberitahu makan di kedai cina, membela anjing itu perkara biasa. Saya bertambah pelik dibuatnya.

Saya harap sahabat-sahabat dari Sabah jangan salah faham ye, saya tak maksudkan semua begitu. Cuma mungkin segelintir, tetapi membuat saya jadi pelik.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

amilyn
WARGA SETIA
Menyertai: 02.10.2003
Ahli No: 3947
Posting: 822
Dari: johor

Johor  

posticon Posting pada: 28-01-09 20:07

salam
kita selalu mengenal kulit saja.kawan saya kulit macam melayu,nama melayu tapi agama kristian.dia org sabah.

Bookmark and Share

  Member Information For amilynProfil   Hantar PM kepada amilyn   Quote dan BalasQuote

Meow

Menyertai: 09.12.2004
Ahli No: 12964
Posting: 2700
Dari: Serambi Madinah : Negeri Matahari Terbenam

Kedah   avatar

posticon Posting pada: 28-01-09 23:22

Pada 28-01-09 20:04 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Mereka yang membela anjing tu memang orang Islam. Saya juga terkejut, melihat seorang pekerja beragama Islam membawa 4 ekor anjing bersama, dan mengusap2nya.

Sekadar menambah pengetahuan bersama.. muslim yang bermazhab Maliki boleh bela anjing dan sentuh anjing tanpa perlu samak.. in fact mazhab Syafie pun boleh asalkan tak sentuh dan yakin boleh menjaga kebersihan.. di Kelantan pun ada, di Perlis pun ada yang bermazhab Maliki.. mereka ada yang membela anjing.. maybe jarang kita jumpa sebab tu pelik sikit di pandangan mata dan uruf kita..

-----------------
~Yang Bodoh Akan Berdiam Diri, Tetapi Yang Paling Bodoh Akan Bercakap Sesuatu Yang Dia Sebenarnya Bodoh~

Bookmark and Share

  Member Information For MeowProfil   Hantar PM kepada Meow   Pergi ke Meow's Website   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 28-01-09 23:36

huhu..sian org sabah...mungkin kita kena ubah persepsi yang negatif pada org sabah...kita patutnye kaji dalam2 before letakkan sesuatu...maaf banyak-banyak pada org sabah yang terasa...:-)

Bookmark and Share

  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

sya_ryn
WARGA SETIA
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 11387
Posting: 3187
Dari: Tanjung Malim Perak

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 29-01-09 04:24

Pada 28-01-09 20:04 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Budakbesar, saya harap saudara tidak salah faham ye dengan penulisan saya. Saya tidak generalize semua begitu. saya ada ramai sahabat dari sabah, mereka baik-baik dan Islamik, terutama dari tawau.

Sya_ryn, pekan yang saya singgah tu di Simpang nak masuk Jerocho, jalan antara Kinabatangan ke Lahad Datu. Mereka yang membela anjing tu memang orang Islam. Saya juga terkejut, melihat seorang pekerja beragama Islam membawa 4 ekor anjing bersama, dan mengusap2nya. Kantin kilang sawit yang saya pergi dikelolakan oleh orang Islam turut membela 3 ekor anjing, jangan kata makan, minum pun saya tak lalu. Rumah2 orang Islam yang saya lalu turut membela anjing. Menurut pemandu yang membawa saya, itu perkara biasa. saya cukup terkejut tadi apabila dibawa makan ke gerai makan cina. Seorang kawan (orang tempatan) memberitahu, biasalah makan di kedai cina, tetapi jangan makan bab*. Saya menolak dengan cara baik dan mengajak makan ke tempat lain. Semasa makan tadi, kawan-kawan memberitahu makan di kedai cina, membela anjing itu perkara biasa. Saya bertambah pelik dibuatnya.

Saya harap sahabat-sahabat dari Sabah jangan salah faham ye, saya tak maksudkan semua begitu. Cuma mungkin segelintir, tetapi membuat saya jadi pelik.
saya tak salahkan pandangan saudara dalam menilai org macam tu. saya pernah pergi tempat tu. walaupun singgah sebentar untuk makan untuk perjalanan pergi ke dr semporna ke kota kinabalu, ke sandakan dan kinabatangan. saya pernah duduk kat area ladang kelapa sawit, tahu plantations, lebih kurang macam tu lah. memang diakui membela anjing adalah perkara biasa. tempat kelahiran saya sendiri pun memang saudara dan jiran saya yang beragama islam memelihara anjing. pegang dan ramas tu umpama membelai kucing saya akui pernah nampak. tapi tu masa saya masih kecil.

namun sekarang ini persepsi masyakat kampung saya sudah berubah dek kerana anak-anak mereka yang berskolah dan mendapat pelajaran yang akhirnya mbuatkan mereka tidak lagi memelihara anjing. pelihara tapi menjaga batas untuk tidak menyentuh anjing tersebut. zaman dulu mungkin dr segi adat bahawa memelihara anjing ini umpama penjaga kepada tuannya. shingga kini memang masih ada. kes seperti yang saudara perkatakan tu di daerah jerocho umpamanya mungkin masih berpegang kepada adat. itu saya tak dapat bagi kajian sepenuhnya tapi hasil soal slidik saya terhadap masyakat di sini. sama ada sahir or not saya kurang jelas lagi. berkenaan dengan agama KRISLAM tu, sejak dulu memang ada kdengaran masyrakt sabah yang mempunyai 2 agama sama ada kristian dan islam, animisme dan islam. pada asalnya memang beragama Kristian yang akhirnya menerima islam namun tidak diamalkn spenuhnya. maksud saya, tiada kesedaran yang mndlm terhadap penumpuan pada satu agama.

dr segi majoriti agama pula, seperti yang saudara Budak Besar maklumkan bahawa bumiputra or msyrakt sabah yakni agama kristian masih mnguasai msyarkat sabah.apa yang saya pernah baca dan bertanyakan orang-orang terdekat,setiap org asing yang datang ke sabah pihak musuh yakni org kristian sgja untuk memberikan maklumat palsu seperti memburukkan islam itu sendiri.macam yang saudara katakan mmpunyai 2 agama.saya tak pasti sama ada org yang saudara jumpa itu memang betul-betul islam dan kristian atau memang agama kristian tapi sgja untuk memburukkan islam itu sendiri.org asing atau org smenanjung yang datang ke sabah pasti dikenal melalui loghat melayu smnjung. apa pun, saya masih mencari kesahihan apa yang saya perkatakan ini.

p/s : untuk warga sabah dalam ukhwah ini, kita harus berdepan situasi macam ni secara terbuka. saudara wuzara hanya mnjelaskan apa yang dia kaji dan perhatikan.mungkin agak janggal dengan keadaan macam tu dan sekurang2nya perkara macam ni harus diperjelaskan secara baik..

P/s : saya sendiri pun semasa kerja di sarawak dulu, mereka anggap saya ni org KRISTIAN. lepas itu baru masuk study kat perak ni pun, pernah tanya kat kawan serumah mana arah kiblat dalam rumah tu, dia terkejut, dia ingatkan saya dan kawan saya dr sabah tu org KRISTIAN.

-----------------
Hadith : Dari Abdullah .a katanya, nabi s.a.w bersabda:Memaki orang Muslim adalah (fasiq) dan membunuhnya, kafir. (al-Bukhari)

Bookmark and Share

  Member Information For sya_rynProfil   Hantar PM kepada sya_ryn   Quote dan BalasQuote

budakbesar
Warga 3 Bintang
Menyertai: 09.05.2005
Ahli No: 16407
Posting: 98
Dari: labuan

Sabah  

posticon Posting pada: 29-01-09 11:54

saudara wuzaraa, maaf kalau terkasar didalam reply sebelumnya.. mungkin kerana 'defense mechanism' automatik terhadap sebarang cemuhan terhadap org sabah agaknya.. dah penat sangat dah berhadapan dengan perkara macam ni
(persepsi negatif stereotaip terhadap org Sabah)...

tapi, pasal krislam tu, memang ada pengalaman...

kalau nak dilihat dari sudut politik suatu waktu dahulu
siapa yang nak naik pangkat, harus lah BERAGAMA ISLAM DIDALAM KAD PENGENALAN. (ini yang diberitahu oleh seorang, saya tak boleh sahkan maklumat ni).
pakcik saya sendiri (sepupu mak)...
dia masuk islam bukan kerana hidayah... tapi kerana naik pangkat...
tapi kat rumah dia masih ada gambar yesus...
dia masih minum arak...

memang di sabah, satu ketika dahulu (pertengahan 19XX), banyak yang masih animisme. mubaligh kristian terlebih dahulu sampai ke sabah, dan menyebarkan ajaran mereka...

tentang kegiatan dakwah Islam, di Sabah mungkin sedikit sukar seperti negeri2 di Smnjg, kerana di Sabah, pemerintahan negeri, (KALAU SAYA TIDAK SALAH), tidak mengangkat mana-mana agama sebagai agama rasmi...
itu tertulis dalam perjanjian ketika Sabah diajak untuk masuk kedalam Persekutuan Malaysia (sekali lagi, kalau saya tidak salah, dah lama dah baca pasal benda ni, jadi ingat-ingat lupa)....

sekali lagi, maafkan saya saudara wuzaraa, setelah emosi reda, saya sedar niat saudara baik...

saya tak tahu tentang kegiatan dakwah Islam di Sabah sekarang bagaimana,

tapi tentang gerakan kafir laknat ini, boleh lah lihat keberhasilan mereka di laman web

http://www.joshuaproject.net/

p/s- anehnya, orang-orang kaya kristian membiayai gerakan mubaligh mereka, tapi kemana orang-orang kaya Islam? takkan sekadar membiayai gerakan extremist?...

Bookmark and Share

  Member Information For budakbesarProfil   Hantar PM kepada budakbesar   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 29-01-09 13:50

Tentang krislam tu, jue rasa ianya perkara biasa kita lihat atau rasai sendiri bila kita stay di sabah ini.... lebih-lebih lagi yang memang membesar di sabah... Dan bagi jue sendiri, jue ramai rakan-rakan atau jiran yang islam hanya atas dasar nama saja tapi masih tidak memahami atau cuba mendekatkan diri untuk mengenal dan menghayati islam dengan lebih baik serta cuba untuk mendalami ajaran2 dalam islam itu sendiri....
misalnya contoh yang sudara wuzarra berikan, masih memelihara anjing...dan contoh lainnya yang berlaku kepada rakan jue ialah masih menyambut dan meraikan perayaan nenek moyang mereka, dan itulah tugas kita untuk buat mereka lebih faham tentang islam, wajib berdakwah pada mereka....

Allah SWT berfirman :

Ertinya : " Sesungguhnya telah Kami amanatkan kepada langit, bumi dan gunung-ganang, lalu mereka enggan memikulnya dan takut menerimanya, kemudian amanat itu dipikul oleh Manusia..."

                                                                     ( Al Ahzab :72 )

-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....

Bookmark and Share

  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 29-01-09 20:05

Terima kasih sya_ryn, budakbesar dan jue atas penjelasan diatas. saya mohon maaf kalau catitan saya tu menimbulkan rasa kurang senang. tetapi saya tidak bermaksud demikian.

Saya masih di Sabah, tetapi nampaknya hasrat hendak ke Sempoerna tidak kesampaian. Teringin juga nak membeli mutiara buat buah tangan balik. Mungkin dalam trip yang akan datang harapnya. Esok mungkin singgah di Sepilok, nak tengok orang utan dalam perjalanan ke Sandakan.

Ini bukan kali pertama saya di negeri dibawah bayu ini. Sebenarnya saya rasa senang berada di Sabah ini. Budi bahasa dan keramahan penduduknya buat saya rasa tak kekok. Berbeza jika saya balik ke kampung mertua di Kota Bahru, terasa diri orang asing, "oghe lua" kecek oghe klate. Apa pun ingatan kepada keluarga di Batu Pahat menggamit kerinduan.

InsyaAllah next trip ke mungkin boleh jumpa warga ukhwah di Sabah. Harapnya dapat berkunjung ke Labuan dan Karambunai pula.

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 02-02-09 08:55

!!! QUOTE !!!

Terima kasih sya_ryn, budakbesar dan jue atas penjelasan diatas. saya mohon maaf kalau catitan saya tu menimbulkan rasa kurang senang. tetapi saya tidak bermaksud demikian.

tidak mengapa, kami faham itu bukan maksud sebenar saudara untuk menyinggung kami sabahan.....

!!! QUOTE !!!

Ini bukan kali pertama saya di negeri dibawah bayu ini. Sebenarnya saya rasa senang berada di Sabah ini. Budi bahasa dan keramahan penduduknya buat saya rasa tak kekok. Berbeza jika saya balik ke kampung mertua di Kota Bahru, terasa diri orang asing, "oghe lua" kecek oghe klate. Apa pun ingatan kepada keluarga di Batu Pahat menggamit kerinduan.

dah selalu datang ke sabah rupanya, rasanya saudara dah faham serba sedikit berkaitan masyarakat di sabah.....

!!! QUOTE !!!

InsyaAllah next trip ke mungkin boleh jumpa warga ukhwah di Sabah. Harapnya dapat berkunjung ke Labuan dan Karambunai pula.

banyak tempat-tempat menarik lagi yang sudara tak kunjungi saya rasa.....
lagi bagus ajak famili sekali datang bercuti....nak info tentang tempat-tempat menarik untuk dilawati, rasanya saya boleh tolong....insyaALLAH...

Bookmark and Share

  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

ikrimah
Warga 4 Bintang
Menyertai: 26.12.2008
Ahli No: 36514
Posting: 154
Dari: terengganu

Terengganu   avatar

posticon Posting pada: 02-02-09 12:37

salam ....
ana pun baru tau pasal krislam ni....
ana yakin satu lagi kesesatan baru ni....
berhati2la semua...

nauzubillahiminzalik..
wallahua'lam

Bookmark and Share

  Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang
Menyertai: 20.11.2008
Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 02-02-09 13:13

sebenarnya krislam ni, mereka islam atas dasar nama saja tapi nilai2 islam belum diterapkan dalam kehidupan seharian mereka....masih terikut-ikut dengan amalan lama...kebanyakan yang duduk pedalaman lah.....
mereka inilah yang sangat memerlukan bimbingan kita dalam menerapkan nilai-nilai islam dalam kehidupan mereka..... Teruskan usaha-usaha dakwah.... dan saya sentiasa berusaha untuk itu dan meningkatkan amalan dan fahaman saya sendiri....

Bookmark and Share

  Member Information For akuhambaALLAHProfil   Hantar PM kepada akuhambaALLAH   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  

posticon Posting pada: 02-02-09 13:35

Dari seorang Krislam yang saya jumpa tu, dia mengamalkan Islam dan Kristian ikut mana suka. Yang sedihnya dia bernikah dengan seorang wanita Islam dan telah mempunyai 2 anak. Jadi apa hukumnya perkahwinan tersebut?

Bookmark and Share

  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 02-02-09 14:29

Pada 02-02-09 13:35 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Dari seorang Krislam yang saya jumpa tu, dia mengamalkan Islam dan Kristian ikut mana suka. Yang sedihnya dia bernikah dengan seorang wanita Islam dan telah mempunyai 2 anak. Jadi apa hukumnya perkahwinan tersebut?

Hukumnya HARAM...

Firman Allah : Dan jangan kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman memeluk Islam dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik (al-Baqarah: 221).

org islam tidak dibenarkan berkahwin dengan org bukan islam adalah kerana berbeza agama...org islam yang dah berkahwin pun,kalau salah seorang agama islam..sec automatik..perkahwinan itu terputus...
ni kan pulak berkahwin dengan agama yang berbeza..dahlah haram..perkahwinan itu tak sah.

sebagai contoh..perkahwinan memerlukan wali..kalau perempuan bukan islam tentu walinya bukan Islam maka wali bukan Islam tidak sah mengahwinkan anaknya..Perkahwinan adalah untuk mendapat keredaan Allah dan mengelakkan maksiat,kalau berlainan agama dah tentu tidak mendapat keredhaan Allah dan sekaligus telah melakukan dosa besar iaitu bersedudukan secara haram.

Wallahualam..

-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

ANSHU
Warga 4 Bintang
Menyertai: 19.01.2009
Ahli No: 36822
Posting: 342
Dari: perak

Perak   avatar

posticon Posting pada: 02-02-09 14:59

Pada 02-02-09 14:29 , marul posting:

baca pendapat marul ni teringat pulak kisah ayat-ayat cinta dimane fakhri bekahwin dengan maria...sedangkn pada masa tu maria belum lagi memeluk islam...macam mana tu... :-?

sebenaye masa baca buku tu da konfius da...tapi fikir balik maybe org yang buat cerita ni lagi arif tentang selok belok islam so saya terime saja lah...huhu jahilnye hambe..da lah tak tau...buat tak tau lagi... :-(

Bookmark and Share

  Member Information For ANSHUProfil   Hantar PM kepada ANSHU   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 02-02-09 14:59

Pada 02-02-09 13:35 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Dari seorang Krislam yang saya jumpa tu, dia mengamalkan Islam dan Kristian ikut mana suka. Yang sedihnya dia bernikah dengan seorang wanita Islam dan telah mempunyai 2 anak. Jadi apa hukumnya perkahwinan tersebut?

ni yang payah ni, kejap dia kata ikut islam then kejap dia jadi kristian pula....kadang-kadang kata takada agama.....status agama dia pun kita tak tahu apa sebenarnya.... cabaran yang sangat besar....

-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....

Bookmark and Share

  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 02-02-09 15:10

ana ada sedikit tambahan..

Sebagai seorang wanita beragama Islam, tidak dibenarkan sama sekali menjadi isteri kepada lelaki bukan Islam sekalipun dia merupakan seorang penganut agama Kristian kerana dibimbangi nanti dia akan mempengaruhi wanita itu supaya menukar agama..

Islam juga melarang wanitanya mengahwini lelaki bukan Islam, seperti dinyatakan terdahulu, kerana Islam tidak membuka jalan bagi orang kafir berkuasa terhadap orang Islam. Jika jalan perkahwinan dibuka kepada bukan Islam dengan membenarkan mereka mengahwini wanitanya bermakna tiada halangan bagi bukan Islam berkuasa terhadap orang Islam, sedangkan Allah berfirman yang bermaksud: Dan Allah tidak sekali-kali memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman (an-Nisa': 141).

-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 02-02-09 15:22

Pada 02-02-09 14:59 , ANSHU posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-02-09 14:29 , marul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 02-02-09 13:35 , wuzaraa posting:

!!! QUOTE !!!

Dari seorang Krislam yang saya jumpa tu, dia mengamalkan Islam dan Kristian ikut mana suka. Yang sedihnya dia bernikah dengan seorang wanita Islam dan telah mempunyai 2 anak. Jadi apa hukumnya perkahwinan tersebut?

Hukumnya HARAM...

Wallahualam..

baca pendapat marul ni teringat pulak kisah ayat-ayat cinta dimane fakhri bekahwin dengan maria...sedangkn pada masa tu maria belum lagi memeluk islam...macam mana tu... :-?

sebenaye masa baca buku tu da konfius da...tapi fikir balik maybe org yang buat cerita ni lagi arif tentang selok belok islam so saya terime saja lah...huhu jahilnye hambe..da lah tak tau...buat tak tau lagi... :-(

ana pernah terbaca hal ini...lelaki muslim mengahwini wanita bukan islam....Islam membenarkannya...

Hukum wanita Islam berkahwin lelaki Kristian..

petikkan dari Akademi pengajian Islam...

Sesebuah rumah tangga hendaklah didirikan di atas asas-asas kebahagiaan dan kerukunan, di atas prinsip keimanan dan ketakwaan. Islam meragui bagaimana keamanan boleh diwujudkan dalam sebuah rumah tangga yang isterinya beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. sedang suami memusuhinya. Lambat laun sama ada rumah tangganya runtuh atau isteri secara paksa atau sukarela akan menurut agama suaminya.

Lain halnya dengan suami yang beragama Islam, berkahwin dengan wanita ahli kitab (beragama langit). Suami ini tetap beriman kepada nabi-nabi Isa dan Musa yang diimani oleh penganut agama Yahudi dan Kristian. Pasangan mungkin beroleh kebahagiaan sepenuhnya kerana suami tidak perlu memaksa isteri menurut agamanya. Hanya jika isteri yang beragama Kristian atau Yahudi itu menyatakan kesediaannya beragama Islam, maka itulah yang diharap-harapkan dan selesailah masalahnya.

Perkahwinan antara lelaki muslim dengan wanita ahli kitab, Islam membenarkannya. Ini selaras dengan pandangan khas Islam terhadap kafir kitabi, sekalipun telah diketahui mereka telah mengubah kandungan kitab suci mereka sejak awal-awal lagi.

Dalam konteks perkahwinan, wanita ahli kitab dibahagikan kepada dua iaitu:

1. Wanita yang tinggal dan menjadi warganegara kepada sebuah negara Islam. Wanita ini juga disebut ahl al-zimmah (kafir yang tertakluk kepada pemerintahan Islam). Ulama berpendapat lelaki beragama Islam harus kahwin dengan wanita ini.

2. Wanita ahli kitab yang tinggal dan menjadi warganegara kepada negara bukan Islam. Ulama sepakat berpendapat lelaki beragama Islam tidak harus berkahwin dengan wanitanya kerana kedudukannya lebih kuat, mungkin pengaruhnya juga lebih besar.

Islam tidak membenarkan perkahwinan antara seorang muslim dengan wanita kafir musyrik (penyembah berhala) kerana perbezaan akidah antara pasangan ini terlalu jauh. Mereka berbeza tentang hari akhirat, syurga, neraka, dosa dan pahala, kira-kira sukar untuk dicari jalan damai antara mereka padahal perkahwinan itu suatu usaha bagi mencari kedamaian.

Sejarah menunjukkan terdapat beberapa orang sahabat rasulullah s.a.w. mengahwini wanita ahl al-zimmah yang tinggal di bawah pemerintahan Islam, antaranya Uthman ibn Affan. Beliau mengahwini Nailah buat al-Farafisah seorang wanita penganut agama Kristian yang kemudian memeluk Islam.

Sejarah juga meriwayatkan Huzaifah ibn al-Yaman berkahwin seorang wanita Yahudi dari al-Mada'dan, Iraq. Demikian juga dengan Jabir ibn Abdullah yang mengahwini wanita beragama Yahudi atau Nasrani pada masa pembukaan Kufah ketika pemerintahan Saad ibn Abu Waqqas (Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, 7/153).

Ada hikmat mengapa Islam membenarkan lelaki Islam berkahwin wanita Yahudi atau Nasrani tetapi tidak membenarkan sebaliknya, kerana seorang lelaki muslim beriman kepada semua rasul dan mempercayai prinsip-prinsip asas yang dibawa mereka. Akidah isterinya yang belum Islam itu tidak dibimbangi. Sebaliknya lelaki ahli kitab tidak mengiktiraf agama dan nabi yang dianuti isterinya yang beragama Islam.

Dalam sebuah hadis rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Pilihlah wanita yang beragama, rugilah anda jika tidak memilihnya. Hadis ini jelas menyatakan wanita yang kuat agama lebih baik daripada wanita yang lemah agama. Secara tidak langsung ia juga bermakna wanita yang beragama Islam lebih baik daripada wanita yang beragama Yahudi atau Nasrani.

Ulama dari mazhab Maliki dan Hanafi memfatwakan, kalaupun sah tetapi terlalu makruh berkahwin dengan wanita Yahudi dan Kristian, kerana wanita-wanita ini bebas memilih makanan dan minuman yang halal menurut agamanya, mereka harus makan bab* dan minum arak, mereka boleh pergi ke gereja, sedangkan suami tidak berhak melarangnya.

Dalam suasana ini para suami banyak haknya yang terhakis. Suami tidak berupaya melarang isteri makan bab*, minum arak dan ke gereja. Kita juga boleh mengambil kesimpulan, jika makan minum tidak dapat dikawal, maka tiada apa lagi yang boleh dikawal oleh suami, oleh itu apalah ertinya beristeri jika pinggan mangkuk terpaksa berasingan buat selama-lamanya.

Kalangan ulama ada juga yang melihat perkahwinan ini dari aspek al-Qawamah (penguasaan suami dalam rumah). Islam hanya mengharuskan lelaki beristerikan ahli kitab jika mereka mempunyai kekuatan menentukan pendidikan anak-anak dalam keluarga dan berhak membuat pilihan untuk mereka. Jika suami gagal dalam menguasai rumah tangga dan membuat keputusan, maka demi menjaga keselamatan agama anak-anak dan zuriat akan datang, perkahwinan dengan mereka wajar dilarang (Muhmud Syalt, al-Fatawa, halaman 279-280).

Ada lagi pandangan menyatakan jika bilangan umat Islam sedikit dalam sesebuah negara, iaitu mereka merupakan kumpulan minoriti, lelaki Islam diharamkan berkahwin dengan wanita bukan Islam. Ini kerana jika hukum keharusan itu diteruskan ia akan menimbulkan masalah kepada wanita Islam seperti sukar mendapatkan pasangan dan sebagainya.

Zaman ini sepatutnya ada peraturan khas melarang mana-mana orang Islam berkahwin dengan orang bukan Islam sama ada Yahudi atau Kristian, sekalipun mereka bernaung di bawah pemerintahan Islam atau bukan Islam.

Suasana pada zaman ini jauh berubah di mana wanita lebih banyak menguasai rumah tangga. Memang benar apa yang dikatakan oleh Ibn Umar, Yahudi dan Kristian juga kafir musyrik apabila mereka mempersekutukan Allah dengan makhluk-Nya.

-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

Jue_Effendy
WARGA SETIA
Menyertai: 10.11.2008
Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu

Sabah   avatar

posticon Posting pada: 02-02-09 15:34

Syukran untuk infonya ya marul.....
sekarang baru jue faham..... :bunga:

-----------------
bila waktu telah terhenti....
teman sejati hanyalah amal....

Bookmark and Share

  Member Information For Jue_EffendyProfil   Hantar PM kepada Jue_Effendy   Pergi ke Jue_Effendy's Website   Quote dan BalasQuote

marul
WARGA SETIA
Menyertai: 04.09.2007
Ahli No: 30924
Posting: 650
Dari: Seremban

NegeriSembilan   avatar

posticon Posting pada: 02-02-09 15:52

Afwan....

syukran juga kat wuzaraa yang open topic ni...

-----------------
Assalamualaikum...salam ukhwahfillah...
www.marul-nashirassunnah.blogspot.com/

Bookmark and Share

  Member Information For marulProfil   Hantar PM kepada marul   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.

Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri

Loading: 0.117254 saat. Lajunya....