Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Nothing Last Forever
-- Sidney Sheldon

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 152
Ahli: 0
Jumlah: 152




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 19 jam, 8 minit yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Adun Bota:Dato Nasarudin sertai PKR


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Adun Bota:Dato Nasarudin sertai PKR

Please Mendaftar To Post


Oleh Adun Bota:Dato Nasarudin sertai PKR

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 10:05


Berikut adalah kenyataan Dato Nasarudin Hashim berhubung kemasukan beliau ke dalam PKR:

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

PETALING JAYA, 25HB JANUARI 2009

Assalamualaikum,

Setelah membuat pertimbangan terutamanya apabila melihat perkembangan suasana politik khasnya arah tuju sokongan rakyat selepas Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008, serta keadaan-keadaan yang wujud dalam parti dan kepimpinan Umno, saya dengan ini mengambil keputusan untuk keluar dari Umno dan seterusnya menyertai PKR iaitu salah satu parti dalam Pakatan Rakyat.

Keputusan ini diambil setelah lama meneliti dan mempertimbangkan kepentingan rakyat seluruhnya khususnya buat para penyokong dan pengundi saya di kawasan Dewan Undangan Negeri Bota:-

1. Saya amat yakin dengan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat yang mempunyai iltizam dan idealisme yang kuat untuk memperjuangkan hak-hak dan kepentingan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum di negara ini.
2. Saya yakin Parti Keadilan Rakyat akan tetap menjunjung dan menghormati hak-hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan khususnya dalam kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
3. Saya percaya Parti Keadilan Rakyat dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat mampu untuk menjadi sebuah permuafakatan komponen parti-parti yang lebih baik demi kepentingan rakyat seluruhnya.
4. Untuk membolehkan saya menjadi ADUN yang lebih berkesan dan memberi khidmat terbaik kepada penduduk setempat memandangkan Pakatan Rakyat sudah pun menubuhkan kerajaan di Negeri Perak.

DATO NASARUDIN BIN HASHIM

ADUN BOTA NEGERI PERAK

—PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE—

PETALING JAYA, 25 JANUARI 2009

Assalamualaikum,

After taking into consideration the development of the political atmosphere, specifically the direction of the public’s support since the 12th General Election in March 2008, and also the condition that exists now in Umno and its leadership, I have taken the decision to leave Umno and join PKR, one of the parties in Pakatan Rakyat, effective today.

This decision has been taken after a long study and consideration of the public’s interest in general, especially my supporters and voters in the state assembly area of Bota.

1. I am very confident in the leadership of PKR that has the will and strong idealism to fight for the rights and interest of the multiracial public in this country.

2. I am confident that PKR will uphold and respect the rights that are enshrined in the Federal Constitution especially the position of Bahasa Malaysia as the official language, the sovereignty of the Malay rulers and the position of Islam as the official religion.

3. I believe that PKR and its partners in Pakatan Rakyat can establish a stronger coalition of component parties for the interest of the general public.

4. This will enable me to be a more effective assemblyman and to offer the best service to the local residents, seeing as Pakatan Rakyat has already established government in Perak.

DATO NASARUDIN BIN HASHIM

PERAK STATE ASSEMBLYMAN FOR BOTA

!!! QUOTE !!!

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Hrkh) - Kerajaan Pakatan Perak bertambah kukuh hari ini apabila seorang Adun BN, Datuk Nasarudin Hashim mengisyhtiharkan keluar Umno sekaligus menyertai PKR hari ini.

Majlis pengisytiharan itu dibuat dalam satu sidang media yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pejabat PKR, jam 2 petang tadi.

"Kenyataan Datuk Nasarudin ini satu yang sangat kritikal dan ia membayangkan sentimen pengundinnya, yang bermajoritikan orang Melayu," kata Anwar dalam sidang medianya.

Beliau menyifatkan langkah Nasarudin ini adalah permulaan kepada satu lagi gelombang baru selepas kemenangan PAS di Kuala Terengganu.

Penyertaan Nasarudin ini juga membayangkan penolakan rakyat Melayu Perak terhadap BN walaupun hampir setiap hari parti itu menekan kerajaan pimpinan Datuk Seri Mohd Nizar Jamaludin hatta menggesa beliau meletakkan jawatan sebagai MB kononnya kerana mengenepikan Melayu di Perak.

"Saya telah dimaklumkan perkara ini sebelum ini dan beliau lebih nekad mengambil keputusan ini selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu," kata Mohd Nizar kepada sebuah akhbar laman web.

Mohd Nizar berharap lebih ramai lagi Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat selepas ini.

Dengan perisytiharan ini, kerajaan Pakatan Rakyat menambahkan kerusinya kepada 32 kerusi manakala BN tinggal 27 kerusi sahaja.



-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

syah_apium
:WARGA AWAL BERJASA:
Menyertai: 15.06.2003
Ahli No: 1424
Posting: 415
Dari: malaysia

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 06:39


Assalamualaikum


alhamdulillah

dan tahniah kepada Dato Nasarudin Hashim kerana menyertai Pakatan Rakyat.

Semoga selepas ini, ramai lagi pemimpin daripada ADUN dan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang buka mata dan menyertai Pakatan Rakyat. Insya Allah.

Mungkin selepas perkara Kuala Terengganu baru-baru ini menyedarkan pemimpin Barisan Nasional bahawa Barisan Nasional tidak lagi relevan pada masa sekarang dan tidak lagi membela nasib rakyat.

Semoga sejarah pemerintahan di Malaysia akan berubah dan akan mencipta sejarah, pemerintahan kerajaan Barisan Nasional bertukar tangan kepada kerajaan Pakatan Rakyat, insya Allah.

salam


-----------------
ukhwah itu indah bila dihubungkan melalui silaturrahim

layari http://ibnusyah.blogspot.



    


  Member Information For syah_apiumProfil   Hantar PM kepada syah_apium   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 08:38


More Barisan Nasional lawmakers will cross over


From The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, Jan 26 — More Barisan Nasional lawmakers will cross over to Parti Keadilan Rakyat (PKR) soon following Datuk Nasaruddin Hashim’s defection, Datuk Seri Anwar Ibrahim predicted today.

The opposition leader expressed confidence that there will be a slew of defections occurring fortnightly from February onwards.

“Now the Ox has come in, just be patient… we are working hard just like the ox,” Anwar said at a Chinese New Year party in Klang.

His confidence stemmed from the move by his old campus mata Nasaruddin, who is Bota assemblyman, on Sunday.

Effectively the Pakatan Rakyat majority in the state assembly grew from three to five.

The architect of Pakatan’s strong showing had been silent on the matter of defections since the failure of the Sept 16 federal government takeover plan.

Meanwhile according to Bernama, Perak Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin today asserted three more assemblymen, said to be from Umno, will join Pakatan.

If this comes true, then the Pakatan government in Perak which was surviving on a razor thin majority of three might increase it to 11 in a matter of weeks.

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

azemi
WARGA SETIA
Menyertai: 16.01.2004
Ahli No: 6494
Posting: 681
Dari: K.pilah Somban

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 10:36


sapa lagi ye selepas ini.ngeh3..tak sabar nak tau..tahniah dato', semoga dato' dapat menyumbang demi kemajuan negeri Perak dan kekuatan PR secara keseluruhannya..insyaAllah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For azemiProfil   Hantar PM kepada azemi   Pergi ke azemi's Website   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 12:10


Kes Adun Bota: Fitnah dan hasutan Umno menikam diri - Nik Aziz

Salmah Mat Husain
Sun | Jan 25, 09 | 6:44:32 pm MYT

KOTA BHARU, 25 Jan (Hrkh) - Penyertaan Adun Bota, Dato’ Nasharuddin Hashim, ke dalam Parti KeAdilan Rakyat membuktikan fitnah dan hasutan Umno terhadap Pakatan Rakyat selama ini demi untuk meraih sokongan akhirnya ‘menikam’ diri.

Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, juga menyifatkan ‘penghijrahan’ Adun Bota itu sebagai hukuman terhadap pemimpin Umno yang mengecam Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Mohd Nizar selama ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penyertaan Nasharuddin yang menyertai KeADILan sambil mengucap tahniah di atas tindakan itu.

Sambil melahirkan rasa terharu serta rasa syukurnya, beliau berkata fenomena itu memberi tamparan hebat kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) di mana rakyat semakin menolak mereka.

“Sekiranya sebelum ini angin perubahan telah berlaku kepada rakyat sehingga BN kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu, namun perkara yang sama turut berjangkit di kalangan Adun.

“Perkembangan ini amat membanggakan kita dan sewajarnya kita perlu bersyukur kepada Allah di atas kurniaan yang amat besar ini,” ujarnya lagi.

Tuan Guru seterusnya berkata, dengan penyertaan itu juga, bererti warga wakil rakyat di kalangan Pakatan Rakyat turut bertambah dan ia akan menjadi benteng pertahanan yang semakin kuat khususnya di Perak.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua anggota dan penyokong Pakatan Rakyat sama-sama mengukuhkan perpaduan di samping menterjemahkan imej yang cukup baik pada masyarakat umum.

“Dengan imej yang baik, bersih selain perjuangan kita yang lebih pada kebajikan berbanding lawan, rakyat termasuk penyokong parti akan tertawan,” ujarnya.

Tambahnya, tidak mustahil ada lagi dikalangan Adun BN akan menyertai Pakatan Rakyat sama ada menyertai PAS, KeAdilan atau DAP. - mns_

Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

myhoney
WARGA SETIA
Menyertai: 05.06.2008
Ahli No: 33649
Posting: 1324
Dari: malaysia

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 14:32


hmmmm....masuk pas lagi baik saya rasa........tentu bertambah tokoh yang namanya nasruddin dalam pas........

pelik Kenapa orang melayu Islam lebih nampak PKR berbanding PAS.......

Bookmark and Share

    


  Member Information For myhoneyProfil   Hantar PM kepada myhoney   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 18:19


Pada 28-01-09 14:32 , myhoney posting:

!!! QUOTE !!!

hmmmm....masuk pas lagi baik saya rasa........tentu bertambah tokoh yang namanya nasruddin dalam pas........

pelik Kenapa orang melayu Islam lebih nampak PKR berbanding PAS.......



PKR ni dipimpin oleh seorang pemimpin yang pernah menjawat jawatan penting kerajaan iaitu TPM.tokoh2 PAS pun akui benda ni dan menghormati perlantikan DSAI sebagai ketua pembangkang kerana track record yang meyakinkan.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 18:23


Lagi Adun Perak pasang niat keluar BN


Malaysiakini | 28 Januari 2009

Selepas kejutan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, kini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam sedang menimbang untuk meninggalkan Umno “beberapa hari lagi”.

“Ketika ini 50-50. (Niat) nak kekal (dalam Umno) dengan masuk pembangkang sama banyak.

“Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti pembangkang yang bakal disertainya jika meninggalkan BN.

Beliau menambah, ada pemimpin DAP ingin menawarkan jawatan menteri besar Perak tetapi “saya tahu itu gula-gula sahaja.”

“(Tetapi) hati rasa hendak keluar (Umno). Kita (Adun) telah dipinggirkan.

“Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian,” katanya.

Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.

Beliau kalah kepada timbalannya Datuk Mohd Zulkifli Harun dalam pertandingan satu lawan satu jawatan tersebut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Adun Kubu Gajah), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat) diura-urakan turut kecewa.

Ahmad Fakeh bagaimanapun tidak pasti sama ada mereka juga berhasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang.

“Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil.

“Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting,” katanya.

Nasharuddin mengumumkan menyertai PKR hujung minggu lalu, menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Ahmad Fakeh berkata, beliau kecewa kerana kerajaan pusat lambat memberi peruntukan kewangan walaupun wang sudah ada.

Sebaliknya, kata beliau, peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kepada ketua Umno bahagian.

Sebagai contoh, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.

“Ini menjadi masalah kepada Adun yang tidak memegang jawatan ketua bahagian,” katanya lagi.

Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon, tambahnya.

Katanya lagi, seseorang Adun sukar membantu penduduk di kawasan yang diwakilinya tanpa wang peruntukan tersebut.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

rdwira
WARGA SETIA
Menyertai: 22.09.2007
Ahli No: 31169
Posting: 999
Dari: KL

uganda   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 14:34


ceramah khas mesra rakyat dr nasarudin hashim bersam DSAI, Usaili Alias pada 30/01/09 9 malam di stadium bakri rais bota kanan

sapa nak dengar cerita boleh pergi sana

Bookmark and Share

    


  Member Information For rdwiraProfil   Hantar PM kepada rdwira   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 20:23


Pada 29-01-09 14:34 , rdwira posting:

!!! QUOTE !!!

ceramah khas mesra rakyat dr nasarudin hashim bersam DSAI, Usaili Alias pada 30/01/09 9 malam di stadium bakri rais bota kanan

sapa nak dengar cerita boleh pergi sana



mari2 kepada yang tinggal berdekatan silalah hadir.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

syemarly

Menyertai: 06.08.2004
Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH

usa   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 22:14


jadinya.. KERUSI sebagai ADUN TU DIKOSONGKAN KE? rasanya tak PERLU LAH KAN..??

Bookmark and Share

    


  Member Information For syemarlyProfil   Hantar PM kepada syemarly   Quote dan BalasQuote

wuzaraa
WARGA SETIA
Menyertai: 20.02.2008
Ahli No: 32664
Posting: 1829
Dari: Asia Tenggara

Johor  


posticon Posting pada: 30-01-09 06:57


Posuk Momugun ke, UMNO ke PKR ke DAP ke sama saja, sekular .

Bookmark and Share

    


  Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 19:16


Pada 29-01-09 22:14 , syemarly posting:

!!! QUOTE !!!

jadinya.. KERUSI sebagai ADUN TU DIKOSONGKAN KE? rasanya tak PERLU LAH KAN..??



tak perlu,dato nasa kan dah menyeberang parti jadi ikut peraturan SPR tak perlu ada perkara


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 20:40


ngeh-ngeh ngeh semakin lama kekuatan sokongan pada pakatan rakyat makin bertambah he he he he .harap-harap lepas ini banyak lagi yang beralih arah pada pakatan rakyat .... :welcome:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

Rashdin
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 31.03.2004
Ahli No: 8143
Posting: 7870
Dari: dekat pada PC

uk   avatar


posticon Posting pada: 31-01-09 11:11


Pada 30-01-09 20:40 , wafie posting:

!!! QUOTE !!!

ngeh-ngeh ngeh semakin lama kekuatan sokongan pada pakatan rakyat makin bertambah he he he he .harap-harap lepas ini banyak lagi yang beralih arah pada pakatan rakyat .... :welcome:




sekarang ni kita hanya boleh tunggu dan lihat kerana macam-macam boleh jadi.


-----------------
"It is better to dia for something than live for nothing" - Abraham Lincoln


Bookmark and Share

    


  Member Information For RashdinProfil   Hantar PM kepada Rashdin   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.142473 saat. Lajunya....