Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 28-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Laut yang tenang tidak menghasilkan nelayan berani

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 212
Ahli: 0
Jumlah: 212




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 1 hari, 8 jam, 20 minit yang lalu
Rashdin: 26 hari yang lalu


Copy & Paste
Topik: Rama-Rama Dan Wanita


Carian Forum

Moderator: Administrator
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Rama-Rama Dan Wanita

Please Mendaftar To Post


Oleh Rama-Rama Dan Wanita

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 26-01-09 04:30


Assalamualaikum

Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

Nukilan : Dr. HM Tuah


-----------------
Yang Mencari Keredhaan ALLAH


Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 08:30


Subhanallah.. Maha Suci Allah..
Indahnye ciptaan Rama2 ye... Itu baru Rama2.. belum lagi keindahan ciptaan yang lain-lain lagi...

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 09:55


...Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.... :bunga:


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-01-09 12:30


Macam kenal saja article ni..dulu ana pernah posting ni....

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 12:34


Pada 26-01-09 12:30 , erwina posting:

!!! QUOTE !!!

Macam kenal saja article ni..dulu ana pernah posting ni....


ye ke... tak apa lah..
nak saling ingat mengingat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

erwina
WARGA SETIA
Menyertai: 11.05.2004
Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu

Terengganu  


posticon Posting pada: 26-01-09 12:43


...betul tu.Lagi pun perempuan zaman sekarang harus di ingatkan selalu..sebab dah ramai sangat yang terbabas dari landasan yang sebenar....

Bookmark and Share

    


  Member Information For erwinaProfil   Hantar PM kepada erwina   Pergi ke erwina's Website   Quote dan BalasQuote

lailasuhaila
Warga 5 Bintang
Menyertai: 23.09.2008
Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 12:35


Pada 26-01-09 09:55 , shimaku posting:

!!! QUOTE !!!

...Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.... :bunga:



betul tu shimaku..


-----------------
http://www.dapatwang.com/?id=laila82


Bookmark and Share

    


  Member Information For lailasuhailaProfil   Hantar PM kepada lailasuhaila   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 12:40


Assalamualaikum

akhlak mulia budi pekerti tinggi
jom apa lagi, ubah lah diri,
agar jadi muslimah sejati,
tapi, jangan lah bangga diri,
Ingat Allah Maha Mengetahui,
yang nyata mahu pun tersembunyi...

Waalaikumsalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

miss_zai
Warga 2 Bintang
Menyertai: 08.01.2009
Ahli No: 36672
Posting: 62
Dari: Petaling Jaya

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 12:54


Pada 27-01-09 12:40 , as-syafie posting:

!!! QUOTE !!!

Assalamualaikum

akhlak mulia budi pekerti tinggi
jom apa lagi, ubah lah diri,
agar jadi muslimah sejati,
tapi, jangan lah bangga diri,
Ingat Allah Maha Mengetahui,
yang nyata mahu pun tersembunyi...

Waalaikumsalam


cak pong..cak pong..ewahh..pandai adik berbahasa ye.. ustaz bahasa arab lah katakan...eehehehe :sopan:


-----------------
"Kira tiada cinta insani untukku..Cukuplah cinta Allah penyuluh hidupku..Moga kelak akan ada CINTA untukku daripada insan yang mencintai ALLAH sebagaimana


Bookmark and Share

    


  Member Information For miss_zaiProfil   Hantar PM kepada miss_zai   Pergi ke miss_zai's Website   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 13:03


Assalamualaikum

terbang tinggi si rama-rama,
saya di sini org biasa saja,
tidak lah pandai mana,
ada lah sikit ilmu di dada,
ramai lagi para ulama' antarabangsa,
contohi beliau sebagai pegangan bersama,
agar diri selamat dan sejahtera,

Waalaikumsalam

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 13:18


rama-rama terbang tinggi
hiasi diri dengan akhlak yang indah seindah rama-rama yang menceriakan hati
kuatkan dan tabahkan hati umpama rama2 yang selalu terbang tinggi bukan untuk berbangga tapi untuk melalui dugaan dengan langkahan yang yakin dan tabah..
muslimah bak rama-rama yang punya warna-warni akhlak yang indah.. insyaAllah

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA SETIA
Menyertai: 03.09.2006
Ahli No: 26160
Posting: 733
Dari: yogyakarta...

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 13:57


salamun alaik..

syukran atas artikel..gaya bahasa yang menarik..hmm sedih bila baca artikel di akhbar metro pasal gadis yang bangga tiada dara..mereka menganggap gadis yang ada dara adalah kolot..dan yang rosak kebanyakkan adalah gadis yang masih bersekolah..nauzubillah min zalik..begitu bodoh sekali mereka ini dari pandangan ana..maruah diperlakukan sewenang2nya..ish2..takutnya andai bala Allah menimpa kita semua kerana kemungkaran yang berleluasa sekarang..

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Pergi ke nurzatul's Website   Quote dan BalasQuote

as-syafie
WARGA SETIA
Menyertai: 25.01.2007
Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 15:55


Pada 27-01-09 13:57 , nurzatul posting:

!!! QUOTE !!!

salamun alaik..

syukran atas artikel..gaya bahasa yang menarik..hmm sedih bila baca artikel di akhbar metro pasal gadis yang bangga tiada dara..mereka menganggap gadis yang ada dara adalah kolot..dan yang rosak kebanyakkan adalah gadis yang masih bersekolah..nauzubillah min zalik..begitu bodoh sekali mereka ini dari pandangan ana..maruah diperlakukan sewenang2nya..ish2..takutnya andai bala Allah menimpa kita semua kerana kemungkaran yang berleluasa sekarang..


astagfirullah...
sampai macam begitu sekali..
kalau dalam hal-hal macam ini??
sapa di persalahkan...??
ibubapa ke...
guru ke..
kita ke sebagai pendakwah ke..
masalah sebegini kita kena selesaikan bersama2...
memperbaiki masyarakat yang berakhlak mulia...

Bookmark and Share

    


  Member Information For as-syafieProfil   Hantar PM kepada as-syafie   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA SETIA
Menyertai: 28.03.2005
Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 20:10


he he he he he he mendalam betul ya maksud nya :-)


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Quote dan BalasQuote

hafeezzul

Menyertai: 07.03.2004
Ahli No: 7815
Posting: 2189
Dari: PERAK DARUL RIDZUAN

Perak  


posticon Posting pada: 27-01-09 20:13


Pada 27-01-09 13:18 , smile_roses posting:

!!! QUOTE !!!

rama-rama terbang tinggi
hiasi diri dengan akhlak yang indah seindah rama-rama yang menceriakan hati
kuatkan dan tabahkan hati umpama rama2 yang selalu terbang tinggi bukan untuk berbangga tapi untuk melalui dugaan dengan langkahan yang yakin dan tabah..
muslimah bak rama-rama yang punya warna-warni akhlak yang indah.. insyaAllah


patutlah icon pun RAMA-RAMA...ehhehee.... :berfikir:

Bookmark and Share

    


  Member Information For hafeezzulProfil   Hantar PM kepada hafeezzul   Quote dan BalasQuote

NoZaBiZz
Warga 4 Bintang
Menyertai: 24.10.2006
Ahli No: 27091
Posting: 268
Dari: UTM Skudai

Johor  


posticon Posting pada: 28-01-09 09:09


ana suka jugak rama2. brooch semua banyak rama2. tapi kalau org tanya, Kenapa suka rama2. jawapannya, lambang kebebasan wanita... hehe..

Bookmark and Share

    


  Member Information For NoZaBiZzProfil   Hantar PM kepada NoZaBiZz   Pergi ke NoZaBiZz's Website   Quote dan BalasQuote

shimaku
WARGA SETIA
Menyertai: 11.07.2008
Ahli No: 34002
Posting: 783
Dari: ~Below Da Wind Go To KL~

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 12:04


Pada 26-01-09 12:43 , erwina posting:

!!! QUOTE !!!

...betul tu.Lagi pun perempuan zaman sekarang harus di ingatkan selalu..sebab dah ramai sangat yang terbabas dari landasan yang sebenar....


setuju...saling ingat mengingatkan jadi tak lah kaum wanita ni terus terleka...kecuali yang betul-betul tak ada kesedaran..


-----------------
** Keep your friends close,
    And your enemies closer**


Bookmark and Share

    


  Member Information For shimakuProfil   Hantar PM kepada shimaku   Pergi ke shimaku's Website   Quote dan BalasQuote

adieq85
Warga 5 Bintang
Menyertai: 27.08.2008
Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 28-01-09 13:30


satu perumpamaan yang tepat..terima kasih sebab posting tajuk yang amat berguna ni..satu peringatan untuk yang bergelar wanita dan perempuan..memang betullah..kalau warna2 indah kat tubuh kita dah dipegang dan dicemari oleh insan lain yang kemudiannya melepaskan kita..hilangla harga diri dan keindahan yang pernah kita miliki..lepas tu kita dah tak dapat nak kembalikan warna2 yang pernah kita ada tu..cuma kita mampu untuk memperbaikinya sahaja..tapi tetap tak seindah warna2 yang pernah hilang..so fikir-fikirkan lah..

Bookmark and Share

    


  Member Information For adieq85Profil   Hantar PM kepada adieq85   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-02-09 16:34


Pada 27-01-09 20:13 , hafeezzul posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 27-01-09 13:18 , smile_roses posting:

!!! QUOTE !!!

rama-rama terbang tinggi
hiasi diri dengan akhlak yang indah seindah rama-rama yang menceriakan hati
kuatkan dan tabahkan hati umpama rama2 yang selalu terbang tinggi bukan untuk berbangga tapi untuk melalui dugaan dengan langkahan yang yakin dan tabah..
muslimah bak rama-rama yang punya warna-warni akhlak yang indah.. insyaAllah


patutlah icon pun RAMA-RAMA...ehhehee.... :berfikir:


lor.. baru perasan akhi hafeezul post ni
mustilah rama2..
kalau boleh tukau nickname jadi butterfly pun ok jugak :-P


-----------------
engkau selalu lupa
sedang hatimu tetap lalai
padahal umur kian tiada
namun dosamu makin bertambah


Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

snjamil
Warga 2 Bintang
Menyertai: 10.07.2004
Ahli No: 9940
Posting: 57
Dari: malaysia makmur

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-11-09 12:41


Assalamualaikum ...Segala Pujian Hanya bagi ALLAH.. :kelip:


-----------------
Aku selalu harus sedar sepenuhnya, bahawa yang terbaik menurutkan belum tentu yang terbaik menurut Allah S.W.T


Bookmark and Share

    


  Member Information For snjamilProfil   Hantar PM kepada snjamil   Pergi ke snjamil's Website   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 06-11-09 14:04


(akhlak mulia budi pekerti tinggi
jom apa lagi, ubah lah diri,
agar jadi muslimah sejati,
tapi, jangan lah bangga diri,
Ingat Allah Maha Mengetahui,
yang nyata mahu pun tersembunyi...)

semua ini hanyalah kata-kata penghias kata...agar terlihat indah dan menarik...
agar dianggap sholeh dan sholehah...

takkan wanita itu sholehah melainkan ketaatannya pada suami...
takkan seorang anaktu sholeh melainkan ketaatannya pada orangtuanya...
(yang mengikuti islam)


kata-kata indah tu boleh mempesonakan pasangan anda..tapi sama sekali tidak berguna...
=============================================
mahu k pmpuan2 disamakan dengan rama..??kalau orang suka, orang tangkap..kalau dia jatuhkan warnanya, orang bunuh dia..atau orang main2kan dia..atau dotangkap untuk hiasan saja..


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

nurhaziqah
WARGA SETIA
Menyertai: 09.04.2005
Ahli No: 15680
Posting: 565
Dari: uiam-ipgm kpm

Perak   avatar


posticon Posting pada: 06-11-09 15:21


subhanallah,
artikel yang indah susunan bahasanya.

to wildan85, saya rasa tak salah perumpamaan antara wanita dan rama2.
kan dari perspektif penulis, beliau states both sides point of views, yang mana penulis menyatakan kelebihan dan kekurangan rama2 yang diibaratkan sebagai wanita.
ambil yang baik, tinggalkan yang buruk.
kadang-kadang ada manusia yang boleh terima teguran secara straight to the point, tapi sesetengah orang perlu dinasihati secara halus dan berhikmah.
artikel ni sebenarnya bertujuan menyampaikan mesej baik, berdakwah secara lembut dan berhikmah.
kelembutan dalam menyampaikan dakwah akan lebih menyentuh hati insan, terutama bagi mereka-mereka yang keras hati dan susah nak dengar nasihat pasal agama dan akhlak.

but that's my view, anyway.
everybody has their own judgement.
no offence.

Bookmark and Share

    


  Member Information For nurhaziqahProfil   Hantar PM kepada nurhaziqah   Quote dan BalasQuote

wildan85
WARGA SETIA
Menyertai: 12.10.2009
Ahli No: 37649
Posting: 493
Dari: selangor

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 07-11-09 03:03


maaf lah ye..saya ni agak rasa geli sikit dengan kata-kata manis ni...kurang suka..sebab tu saya tak nak samakan dalam hal apa pun wanita dan binatang...maaf ye...


-----------------
Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang


Bookmark and Share

    


  Member Information For wildan85Profil   Hantar PM kepada wildan85   Pergi ke wildan85's Website   Quote dan BalasQuote

miftahul_jannah
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.09.2008
Ahli No: 34964
Posting: 108
Dari: UITM SABAH-UITM SARAWAK-UiTM SHAH ALAM

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 07-11-09 10:22


assalamualaikum....

subhanALLAH...atas segala ciptaan ALLAH...baik wanita dan rama2 kedua-duanya membawah simbolik yang indah pada manusia...semoga ia menjadi iktibar buat diri ana...


-----------------
^..STRIVE 4 MARDHATILLAH..^




Bookmark and Share

    


  Member Information For miftahul_jannahProfil   Hantar PM kepada miftahul_jannah   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.124266 saat. Lajunya....