Oleh |
Perbezaan Akal dan Naluri |
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 15-01-09 21:33
As salammualaikum wbt dan salam ukhwahfillah, Saya membuka satu topik untuk perbincangan kita bersama. Sebagai satu method dalam pencambahan fikiran. Sebenarnya topik mempunyai interelasi dengan topik sebelum ini yang telah dibuka oleh saudara Mulya, iaitu beza Manusia dan Haiwan. Sebenarnya saya mula terfikir sesuatu, yang berlegar-legar dibenak fikiran saya ini iaitu dua (2) perkatan aksiomatik yang biasa kita dengar iaitu Naluri (instinct) dan Akal. Apakah beza kedua ini? Haiwan dikurniakan naluri agar ia dapat meneruskan kelangsungan hidup. Namun begitu benarkah haiwan itu berakal? Saya amat tertarik dengan topik Perbezaan Manusia dan Haiwan ini. Memang menarik untuk dikupas. Nota kaki: Aksiomatik: Pernyataan yang diterima umum (tidak dibuktikan tetapi ternyata daripada pengalaman sebagai suatu kebenaran) dan menjadi asas satu huraian - Kamus Dewan Edisi Keempat-----------------
|
muslimin23
WARGA SETIA Menyertai: 21.05.2003 Ahli No: 678
Posting: 3084
Dari: ~senawang ~ dublin ~ kl~
|
Posting pada: 16-01-09 02:11
ANTARA FIRASAT DAN NALURI Akal fikiran dan perasaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada setiap manusia merupakan satu keistimewaan yang membezakan antara manusia dengan makhluk ciptaan Nya yang lain. Akal fikiran dan perasaan ini pula dihiasi dengan naluri atau gerak hati sebagai pelengkap kejadian manusia itu sendiri. Seringkali manusia menggunakan naluri atau gerak hati ini dalam memandu mereka untuk membuat sesuatu keputusan mahupun sesuatu pertimbangan. Amati peristiwa ini : Johan mencapai sebiji epal dari dalam peti sejuk. Pada masa yang sama, dia terpandang semangkuk bubur kacang di sebelah mangkuk buah epal tersebut. Johan menutup kembali peti sejuk itu lalu beredar ke ruang tamu. Dia berselisih dengan isterinya yang sedang bergerak menuju ke ruang dapur sambil tersenyum manja. Ketika terpandang wajah si isteri, hatinya pantas berdetik, `kalaulah bubur kacang tu dipanaskan semula� dapat makan bubur kacang petang-petang macam ni pun bagus juga�' Namun kata-kata itu tidak diluahkan kepada isterinya. Walau bagaimanapun, selang 15 minit kemudian, si isteri datang semula ke ruang tamu dan duduk di sebelahnya dengan membawa bersama semangkuk bubur kacang yang telah pun dipanaskan� Apa sebenarnya?� Apa sebenarnya yang mendasari kejadian antara Johan dengan isterinya? Adakah benar ia sesuatu yang dinamakan sebagai komunikasi gerak hati atau ia sekadar suatu kebetulan? Pasti kita pernah menghadapi keadaan yang hampir serupa dengan apa yang dialami oleh Johan. Pada suatu ketika, kita terasa rindu pada seseorang, pada masa yang sama telefon berdering dan tanpa diduga, insan yang kita rindui itu berada di hujung talian � seolah-olah tahu kita sedang merinduinya! Terdapat 2 kemungkinan berlakunya fenomena seperti yang dinyatakan tadi. Kemungkinan pertama ialah ia berlaku secara kebetulan dan tidak disengajakan. Kebetulan sahaja perlakuan antara dua individu itu seiring pada satu masa yang sama. Jadi, ia bukanlah sesuatu yang cukup istimewa untuk dijadikan sebagai bahan untuk dianalisis. Kemungkinan yang kedua juga merupakan satu kemungkinan yang tidak mustahil boleh berlaku. Ia dinamakan sebagai komunikasi gerak hati atau naluri. Naluri yang mendesak dalam hati seseorang itu adalah sesuatu yang unik dan ia bergantung kepada kuasa dalaman seseorang individu meneroka alam psychic. Kelebihan ini tidak semestinya dimiliki oleh setiap orang. Individu yang memilikinya juga tidak semestinya boleh menggunakan naluri mereka sesuka hati. Itulah yang disebut sebagai satu keunikan. Ia hadir hanya pada masa dan saat-saat tertentu sahaja. Berbalik kepada kebolehan seseorang menguasai dan meneroka alam psychic, sesetengah manusia yang mampu mengawal naluri dan gerak hatinya dengan baik memungkinkan dia memiliki satu kuasa dalaman yang digelar sebagai `keistimewaan deria keenam'.(the sixth sense) Segalanya mungkin bermula daripada khayalan yang palsu dan terbawa-bawa ke alam nyata. Namun, anugerah Tuhan tidak sesekali mampu kita nafikan. Ada sesetengah individu yang sememangnya mampu meneroka alam psycic menerusi kelebihan naluri dan gerak hati yang dianugerahkan oleh Nya. Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa, naluri atau gerak hati merupakan salah satu daripada keistimewaan deria keenam yang sememangnya dianugerahkan kepada manusia dengan tahap dan kemampuan yang berbeza-beza. Antara naluri dan firasat� Naluri dan firasat adalah sesuatu yang cukup berbeza. Naluri adalah gerak hati yang datang secara jujur dalam diri manusia itu sendiri. Firasat pula lebih cenderung kepada gerak hati yang lahir atas pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga, waspada dan lebih berbentuk ramalan. Amati 2 keadaan ini : 1. Azmin tiba-tiba terasa hendak pulang ke kampungnya hari itu. Hatinya benar-benar ceria. Kerja di pejabat berjaya diselesaikan seperti yang diminta oleh majikannya. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, hatinya begitu mendesak agar dia pulang menemui kedua ibu bapanya. Setibanya di kampung, dia ternampak ibunya duduk di muka pintu seolah-olah mengetahui yang dia akan pulang hari itu. 2. Sewaktu hendak pulang semula ke rumah sewanya, Azmin mendapati bahawa keadaan keretanya tidak begitu memuaskan. Terdapat bunyi yang tidak menyenangkan keluar dari bahagian enjin. Hatinya mula berasa tidak selesa. Dia mula memikirkan kemungkinan- kemungkinan keretanya akan rosak di tengah jalan. Hatinya mendesak agar dia singgah terlebih dahulu ke mana-mana bengkel terdekat sebelum pulang ke rumah sewanya semula. Dalam dua keadaan di atas, peristiwa (1) adalah perlakuan dan pertimbangan yang dibuat berdasarkan naluri dan gerak hati. Ia datang dari dalam diri Azmin secara tulen dan tidak dipengaruhi oleh faktor luaran yang mendesak agar dia pulang ke kampungnya. Peristiwa (2) pula adalah perlakuan dan pertimbangan yang dibuat berdasarkan firasat semata-mata. Kebenarannya belum terbukti kerana kereta tersebut belum tentu akan mengalami kerosakan di tengah jalan seperti yang diramalkan oleh Azmin sendiri. Naluri dan firasat adalah sesuatu yang amat berbeza dan seringkali mengelirukan. Keduanya bergerak selari dan hampir seiring. Namun nyata, naluri adalah deria keenam yang cukup istimewa sementara firasat hanya sekadar satu ramalan yang dipertimbangkan oleh akal dan perasaan. Peliharalah naluri� Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan bahawa naluri adalah satu anugerah yang suci dan bersih dalam diri setiap individu. Ia wajar dipelihara agar naluri itu sendiri tidak tercemar dengan firasat yang seringkali dianggap sebagai `pembunuh' kepada keistimewaan anugerah Tuhan itu. Naluri mendekatkan kita dengan Pencipta dan mendekatkan kita dengan kasih sayang. Keistimewaan ini dimiliki oleh semua orang tetapi pada tahap keupayaan yang berbeza-beza. Jadi, hargailah keistimewaan itu, manfaatkanlah ianya sebaik mungkin�
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-01-09 09:07
Terima kasih muslimin23 di atas keterangan konsep Naluri (Gharizah). Secara keseluruhannya, kenyataan di atas telah menyimpulkan bahawa Naluri adalah satu anugerah yang suci dan bersih dalam diri setiap individu. Mengikut falsafah akal Imam Al-Ghazali, akal terdiri daripada empat (4) dimensi maksud. Salah satunya akal boleh dilihat sebagai fakulti manusia yang dipanggil naluri (instinct/gharizah). Naluri ini merupakan fakulti istimewa yang meletakkan manusia berbeza dengan haiwan. Namun begitu haiwan juga mempunyai naluri. Naluri diperlukan oleh haiwan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sebagai contoh anak penyu sejurus selepas penetasan akan mengikut nalurinya ke laut. Bagaimanakah ianya tahu laluan ke laut sedangkan ia baru beberapa saat dan ketika hidup di bumi? Dan saya suka berkongsi contoh suatu makhluk Allah SWT yang kecil tetapi kompleks iaitu semut. Semut mempunyai struktur sosial yang hebat, merupakan serangga eusosial. Jika kita kaji kelakuan semut, kita akan berasa kagum dengan sistem kehidupan mereka. Seolah-olah mereka amat pintar dan melebihi kepintaran manusia. Kenapakah ianya jadi begitu? Adakah sebab naluri ataupun akal? Satu lagi contoh, institusi penyelidikan luar negara sama ada di Amerika mahupun di Eropah khususnya dalam bidang Primatologi membuat ujikaji kepintaran chimpanzee. Sebagai kesimpulan ringkasnya mereka mendapati bahawa chimpanzee boleh berfikir. Menurut Pendeta Dr Muhd Ariff Ahmad sasterawan melayu, apa yang dilakukan haiwan itu adalah secara naluri (instinct), setakat menurut apa yang dilakukan oleh haiwan terdahulu dan bukan menunjukkan mereka berakal - kata beliau, �haiwan ada akal tetapi tidak berakal�. Pernyataan �Haiwan boleh berfikir, tapi tidak berakal�. Apakah penjelasan disebalik pernyataan ini? -----------------
|
izzahtulsakinah
Warga 3 Bintang Menyertai: 28.11.2006 Ahli No: 27515
Posting: 112
Dari: Selangor
|
Posting pada: 16-01-09 09:42
sedikit pandangan yang dhoif ini,begini bagi saya haiwan dikurniakan Allah dengan otak,ini membolehkan haiwan ini untuk berfikir . perkataan akal pula sering disebutkan didalam al-quran yang menerangkan mengenai kebenaran, baik itu kebenaran dalam bersikap maupun kebenaran dalam penciptaan (alam semesta ). Kata akal lebih tepat disandingkan dengan kata nurani , karena nurani lah yang lebih sering dihadapkan pada pilihan baik , buruk, benar , salah, meragukan atau meyakinkan, dan hasil dari pilihan inilah yang sering menyebabkan kita berjumpa ayat2 didalam al-quran yang maknanya antara lain "kaum yang berakal atau yang mahu menggunakan akalnya " contohnya surah al-maidah ayat 58:"Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah karena mereka benar-benar kaum yang tidak mahu mempergunakan akal Ayat "mempergunakan akal " atau " mempunyai akal " tidak hanya meliputi logik yang mengharuskan kita berfikir sahaja akan tetapi kita diajak merenungkan dengan hati nurani yang merupakan fitrah yang dimiliki oleh manusia semenjak dia lahir.nurani pula akan membeza baik dan buruk setiap pilihan.
|
halesolurun_84
 Menyertai: 14.08.2008 Ahli No: 34446
Posting: 1599
Dari: Jerantut
|
Posting pada: 16-01-09 09:49
!!! QUOTE !!! Pernyataan �Haiwan boleh berfikir, tapi tidak berakal�. Apakah penjelasan disebalik pernyataan ini?
Saya try jawab prof daeng. Andai salah,ampun.. Bagi saya,haiwan boleh berfikir kerana dia mempunyai otak. Otak adalah organ dalam tubuh manakala akal tidak. Fungsi utama otak adalah mengawal tingkahlaku,emosi,pergerakan,ingatan,naluri dan sebagainya. Sebab tu jika kita lihat,anak burung yang kelaparan,ibu-ibu burung akan berusaha mencari makanan agar anak-anaknya tidak kelaparan lagi. Naluri binatang juga sama seperti manusia. Akal Satu benda yang tidak nampak. Akal pula melibatkan keseluruhan berfikir. Menapis segala bentuk pemikiran sama ada dalam bentuk emosi marah,suka,sedih dan sebagainya. Akal juga mengawal segala tindakan sama ada tindakan dalam sedar ataupun tidak sedar. Tindakan dalam sedar ni macam yang kita buat sehari-hari.. Kerja,makan,bersembang dan sebagainya. Manakala tindakan luar sedar ni macam kita membuat sesuatu dengan cara spontan... dalam masa yang sama,akal juga berfikir.. begitu ke? Erm.. Otak yang sihat bermula pada faktor pemakanan yang sempurna. Pertumbuhan yang sihat. Baru dapat merangsang akal yang baik dan berkualiti. Otak tidak membina akal tapi akal berfungsi melalui otak. Otak menyimpan akal yang kita tidak ketahui dimana tempatnya.. Minda dan akal.. Adakah sama? wasalam..
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 16-01-09 11:29
Pada 16-01-09 09:42 , izzahtulsakinah posting:!!! QUOTE !!! contohnya surah al-maidah ayat 58:"Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk (mengerjakan) sembahyang, mereka menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah karena mereka benar-benar kaum yang tidak mahu mempergunakan akal
Ayat "mempergunakan akal " atau " mempunyai akal " tidak hanya meliputi logik yang mengharuskan kita berfikir sahaja akan tetapi kita diajak merenungkan dengan hati nurani yang merupakan fitrah yang dimiliki oleh manusia semenjak dia lahir.nurani pula akan membeza baik dan buruk setiap pilihan.
a'uzubillah... saya lebih memperhatikan kata" APABILA KAMU MENYERU" AYAT "menyeru" yang bermakna memanggil. mestilah yang diseru ni sesuatu yang boleh mendengar..tapi mereka menjadikannya buah ejekan..sebab mereka mendengar tapi tak mahu mengikuti..saya akan lebih mengatakan mereka tidak mendengarnya..mereka tidak menggunakan pendengarannya.. wallahu'alam..ya allah..ampun... ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 16-01-09 11:39
cuba perhatikan menurut ilmu biolagi, fungsi otak.. merupakan alat yang berfungsi untuk menyampaikan pesan.. contohnya terkena api,rasa itu langsung k otak dan otak menyampaikan.."sakit"perasaan sakit"..fungsi otak bukan untuk berfikir..."mungkin ada ahli2 dibidang ni..silahkan..
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 16-01-09 12:00
org yang rasa dirinya alim (Berilmu) pun, adakalanya tak gunakan akal dengan betul. Otak ada, akal pun ada .. tapi masih lagi hidup menyusahkan org lain? Kenapa ya? --Maaf, keluar topik.. sekadar bertanya--
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 16-01-09 12:18
tolong bahaskan fungsi otak agar kita semua dapat membuktikan..apakah otak ni sebenarnya...hhmm..kalau aku yang tak ada otak..,adakah orang tu boleh dikatakan tak ada akal..??or kalau kurang otaknya akan dikatakan kurang akal..??
|
erwina
WARGA SETIA Menyertai: 11.05.2004 Ahli No: 8917
Posting: 503
Dari: terengganu
|
Posting pada: 16-01-09 12:30
Pada 16-01-09 12:18 , Mulya posting:!!! QUOTE !!! tolong bahaskan fungsi otak agar kita semua dapat membuktikan..apakah otak ni sebenarnya...hhmm..kalau aku yang aku yang tak ada otak..,adakah orang tu boleh dikatakan tak ada akal..??or kalau kurang otaknya akan dikatakan kurang akal..?? Otak merupakan organ bagi pusat kawalan utama bagi badan. Ia menerima maklumat melalui deria dari dalam dan luar tubuh. Ia menganalisa maklumat ini dan kemudiannya menghantar perutusan kepada badan yang mengawal fungsi dan tindakannya. Otak meningati pengalaman lepas, dan merupakan punca fikiran, mood, dan emosi.Otak merupakan organ pemproses maklumat pusat badan. Ia terkandung dalam kepala melalui saraf kranial, dan berhubung dengan saraf tunjang, yang menduduki badan melalui saraf belakang (spinal nerve). Gentian saraf menghantar isyarat dari otak dikenali sebagai gentian efferent. Gentian yang menghantar isyarat kepada otak dikenali sebagai gentian afferent (atau deria). Safar boleh jadi afferent, efferent atau campuran (contoh. mengandungi kedua jenis gentian). Otak merupakan pusat akal dan minda, yang merangkumi komponen seperti kognition, perception, attention, ingatan dan emosi. Otak juga bertanggungjawab bagi mengawal postur dan pergerakan. Ia membolehkan kognitif, pergerakan dan bentuk lain pembelajaran. Otak mampu melaksanakan beberapa fungsi secara automatik, tanpa memerlukan kesedaran, seperti menyelaras sistem deria (contoh. sensory gating dan pengabungan pelbagai deria), berjalan, dan fungsi badan homeostasis seperti tekanan darah, kawalan seimbangan cecair, dan suhu badan. Serebelum mengawal keseimbangan dan pergerakan. Tanpanya, pergerakan tidak dapat diselaraskan. Tambahan lagi, sesetengah tingkah-laku seperti tindak reflex dan pergerakan asas, boleh dilakukan di bawah kawalan saraf tunjang (spinal cord) semata-mata. Otak melalui peralihan dari sedar kepada tidur (dan subjenis bagi keadaan ini). Peralihan keadaan amat penting bagi fungsi otak yang betul. (Sebagai contoh, ia dipercayai bahawa tidur penting bagi penyelarasan pengetahuan, kerana neuron kelihatannya mengatur stimuli siang hari semasa nyenyak tidur dengan menembak secara rawak lalauan neuron yang terkini digunakan; tambahan lagi, tanpa tidur, subjek normal dipantau menunjukkan simptom menyerupai kecacatan mental, malah mendengar bunyi khayalan). Setiap keadaan otak dikaitkan dengan ciri-ciri gelombang otak. Neuron adalah aktiviti sel otak yang memproses maklimat, sementara sel Glial melakukan fungsi sokongan. Sebagai tambahan kepada aktif secara eletrik, neuron sentiasa menghasilkan pemancar neuron (neurotransmitters). Neuron mengubahsuai ciri-cirinya (berpandu gambaran gen) di bawah pengaruh isyarat input mereka. Kemudahleturan ini menggaris dasar pembelajaran dan penerimaan. Ia penting bagi mengetahui bahawa sesetengah laluan neuron yang tidak digunakan (binaan yang menjadi terasing secara fizikal dari sel lain) mampu terus wujud lama selepas ingatan hilang dari kesedaran, kemungkinannya berkembang sebagai luar kesedaran (subconscious). Kajian mengenai otak dikenali sebagai neurosains, biadang biologi bertujuan memahami fungsi otak pada semua tahap, daipada molekul sehingga psychologi. Terdapat juga cabang psychologi yang menumpu pada anatomi dan fisiologi otak, dikenali sebagai biological psychology. Kajian bidang ini menumpu pada setiap bahagian individu otak dan bagaimana ia mempengaruhi tingkah-laku.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-01-09 15:05
Alhamdulillah, ramai yang memberikan pandangan yang bernas dan amat bermanfaat untuk digali lagi. Tapi di sini moleklah saya memacu perbincangan ini agar ianya terarah. Sahabat-sahabat telah membicarakan panjang lebar berkenaan isu ini. Saya rumuskan kepada tiga (3) bahagian untuk dikupas. 1. Otak 2. Naluri 3. AkalAlhamdulillah, definsi dan karakteristik otak telah kita ketahui. Sekarang mari kita kupas definisi, interpretasi, dan karakteristik Akal. Apakah Akal? Terima Kasih diucapkan kepada Nurul Soleha dan Izzahtulsakinah di atas sumbangan idea berkenaan akal. Ayuh, apakah Akal? -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-01-09 15:44
Saya petik beberapa pandangan para alim ulama' cendiakawan berkenaan akal Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah berkata, Kata akal, menahan, mengekang, menjaga dan semacamnya adalah lawan dari kata melepas, membiarkan, menelantarkan, dan semacamnya. Keduanya nampak pada jisim yang nampak untuk jisim yang nampak, dan terdapat pada hati untuk ilmu batin, maka akal adalah menahan dan memegang erat ilmu, yang mengharuskan untuk mengikutinya. Karena inilah maka lafadz akal dimuthlakkan pada berakal dengan ilmu. Syaikh Al Albani berkata, Akal menurut asal bahasa adalah At Tarbiyyah yaitu sesuatu yang mengekang dan mengikatnya agar tidak lari kekanan dan kekiri. Dan tidak mungkin bagi orang yang berakal tersebut tidak lari ke kanan dan kiri kecuali jika dia mengikuti kitab dan sunnah dan mengikat dirinya dengan pemahaman salaf. Al Imam Abul Qosim Al Ashbahany berkata, Akal ada dua macam yaitu : thabi'i dan diusahakan. Yang thabi'i adalah yang datang bersamaan dengan yang kelahiran, seperti kemampuan untuk menyusu, makan, tertawa bila senang, dan menangis bila tidak senang. Takrifan lain �akal� menurut Al-Ghazali 1. Akal itu adalah mengetahui hakikat segala sesuatu. Dalam hubungan ini akal merupakan sifat ilmu yang terdapat dalam perbendaharaan hati. 2. Akal itu ialah alat untuk menangkap dan mendapatkan segala maklumat. Dalam hubungan ini akal itu ialah hati itu sendiri yang merupakan hakikat manusia. Prof. haji. Mokhtar YahyaAkal itu ialah suatu sifat daripada ciri-ciri jiwa (hati). Dengan adanya akal itu, jiwa (hati) dapat mengetahui dan mengenal sesuatu yang ma�qul (yang dapat difikir) dan �mahsus� (yang dapat dikesan oleh pancaindera). Al-MaawardiAkal mempunyai takrifan di mana dari satu seginya akal itu bertempat di hati kerana hati itu adalah sebagai lombong kepada kehidupan manusia dan dia merupakan bahan atau alat untuk merasakan (perasaan). Muhammad Taqiyyul MudarrisiAkal ialah �nur� yang membolehkan manusia membezakan antara jalan yang lurus dengan jalan yang menyimpang, kebaikan dengan kejahatan kemungkinan dengan kemustahilan, dan yang benar dengan yang palsu. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 16-01-09 15:46
Biar saya membuat kenyataan aksiomatik antara akal dan otak: 1. Setiap manusia mempunyai otak. 2. Namun tidak semua manusia mempunyai akal.Contoh: 1. Ahmad seorang yang terencat akal. 2. Sebuah kereta BMW 5 Siries memotong laju dari sebelah kiri jalan raya �Kurang ajar sungguh, tiada akal kah!�Seterusnya � Akil Baligh� � sudah tentu ada keterangan komprehensif berkenaan ini dari segi syara�. Diharap ada antara warga ukhwah yang lebih dalam memahami dapat menerangkan berkenaan ini. -----------------
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 16-01-09 15:54
Perkara pokok kepada segalanya adalah hati, akal dan naluri. Kita melihat naluri manusia seakan �kuali yang sedang mendidih�. Naluri manusia jika acapkali dihidangkan dengan pelbagai unsur negatif mampu membangkitkan keinginan yang mampu membinasakan. ----------------- bila waktu telah terhenti.... teman sejati hanyalah amal....
|
akuhambaALLAH
Warga 4 Bintang Menyertai: 20.11.2008 Ahli No: 35981
Posting: 163
Dari: land below the wind
|
Posting pada: 16-01-09 16:05
Akal merupakan salah satu tabiat dan fitrah semula jadi manusia yang selari dengan penciptaan mereka. Dimana akal merupakan sebahagian daripada hakikat kejadian manusia. Justeru itu, orang yang tidak berakal, walaupun sifatnya sempurna sebagai manusia, tetapi ia tidak dikira sebagai manusia yang sempurna. Contohnya : Orang yang tidak waras, tidak dikenakan taklif, apa sahaja tindakan mereka, baik berbentuk niat perbuatan dan ucapan tidak diambil kira. Fitrah dan tabiat akal manusia adalah bersifat positif, di mana akal dapat memandu manusia ke arah kebaikan dan kemajuan, baik fizikal dan kerohanian. Fitrah akal yang bersifat positif itu selari dengan fitrah asal manusia yang bersifat suci dan bersih. Justeru itu, tabiat dan fitrah akal yang selari dengan fitrah iman dan kesucian itu hendaklah diarahkan supaya selari dengan kehendak syarak. Oleh itu, akal yang bersifat positif itu hendaklah digunakan semaksima mungkin untuk mengukuhkan keimanan dengan menggunakan kaedah ilmu dan kaedah Mantik supaya dapat berfikir dan membuat keputusan dengan baik selari dengan kehendak syarak. Fitrah akal yang positif itu dan iman yang suci itu, kiranya tidak diarahkan dan tidak digunakan selari dengan kehendak syarak, ia akan menjadi kotor. Hal itu lama kelamaan akal juga menjadi kotor dan menyebabkan seseorang itu tidak dapat menggunakan fitrah akal yang asalnya suci dan positif itu dengan baik, oleh itu mereka akan menyimpang daripada kebenaran. Untuk itu, antara gejala yang tidak baik atau factor yang menyebabkan akal kotor ialah terikut dengan nafsu yang jahat atau diri seseorang itu dikotori dengan dosa atau juga kelemahan iman.
|
om_jibril85
Warga Rasmi Menyertai: 21.07.2008 Ahli No: 34102
Posting: 12
Dari: sg pusu
|
Posting pada: 16-01-09 19:18
Pada 16-01-09 12:30 , erwina posting:!!! QUOTE !!! Pada 16-01-09 12:18 , Mulya posting:!!! QUOTE !!! tolong bahaskan fungsi otak agar kita semua dapat membuktikan..apakah otak ni sebenarnya...hhmm..kalau aku yang aku yang aku yang aku yang aku yang aku yang tak ada otak..,adakah orang tu boleh dikatakan tak ada akal..??or kalau kurang otaknya akan dikatakan kurang akal..??
Otak merupakan pusat akal dan minda, yang merangkumi komponen seperti kognition, perception, attention, ingatan dan emosi. Otak juga bertanggungjawab bagi mengawal postur dan pergerakan. Ia membolehkan kognitif, pergerakan dan bentuk lain pembelajaran. Otak mampu melaksanakan beberapa fungsi secara automatik, tanpa memerlukan kesedaran, seperti menyelaras sistem deria (contoh. sensory gating dan pengabungan pelbagai deria), berjalan, dan fungsi badan homeostasis seperti tekanan darah, kawalan seimbangan cecair, dan suhu badan.
Tambahan lagi, sesetengah tingkah-laku seperti tindak reflex dan pergerakan asas, boleh dilakukan di bawah kawalan saraf tunjang (spinal cord) semata-mata.
. sebaiknya tolong jangan satukan terlebih dahulu antara otak dan akal...otak adalah benda yang memiliki fungsi khusus..kalau kita satukan antara otak dan akal, maka saya akan bertanya.bahagian mana pada otak tu yang disebut akal or berfungsi sebagai akal...?? sebab sebab , tentunya kita akan terjemahkan akal tu adalah yang membezakan yang baik dan buruk... ----------------- hidup yang hanya sekali dan hanya sebentar..,jadikan lebih berarti dan lebih HIDUP..
|
om_jibril85
Warga Rasmi Menyertai: 21.07.2008 Ahli No: 34102
Posting: 12
Dari: sg pusu
|
Posting pada: 16-01-09 19:21
macam mana tarzan...tarzan juga manusia...? or macam mana orang2 yang hidup ditengah hutan seperti dayak dll..?? kehidupan mereka seperti hewan..siapa yang paling kuat,dialah yang berkuasa..yang memerintah..
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-01-09 07:09
Alhamdulillah, makin cerah kefahaman kita berkenaan otak dan akal. !!! QUOTE !!! sebaiknya tolong jangan satukan terlebih dahulu antara otak dan akal...otak adalah benda yang memiliki fungsi khusus..kalau kita satukan antara otak dan akal, maka saya akan bertanya.bahagian mana pada otak tu yang disebut akal or berfungsi sebagai akal...?? betul juga kata saudara om_jibril85, namun begitu pada pendapat saya keterangan erwina banyak menyentuh berkenaan otak secara aspek biologinya. Jadi mari kita berfikir, sekiranya otak dibuang dari kita, nampak implikasi yang besar akan berlaku pada diri manusia. Banyak sistem badan akan terjejas, betul tak? bukat setakat berfikir sahaja. Dan dari sini juga kita dapat lihat saling kait otak dengan akal dan hati. Kita masih berlegar-legar dengan interpretasi dan definisi akal dan otak. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-01-09 07:19
!!! QUOTE !!! Akal merupakan salah satu tabiat dan fitrah semula jadi manusia yang selari dengan penciptaan mereka. Dimana akal merupakan sebahagian daripada hakikat kejadian manusia. Terima Kasih akuhambaALLAH atas penjelasan. Tertera di sini perkataan 'Fitrah semulajadi'. Fitrah semulajadi manusia mempunyai akal. Keterangan yang mempunyai persamaan dengan takrif 'Akal' Imam Al-Ghazali. Jadi mungkin ada kaitnya Akal dan Naluri. -----------------
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-01-09 07:28
Izinkan saya memetik ayat Al-Quran berkenaan Akal. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 44: Terjemahan Ayat: Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berakal? Tafsir Ibnu Abbas: Sebab ayat ini diturunkan ialah kerana sikap ulama Yahudi Madinah yang banyak mengetahui kebenaran kerana mereka membaca kitab Taurat, sayangnya kebenaran yang mereka ketahui itu hanya mereka sampaikan kepada orang lain, tetapi mereka sendiri tidak mahu mengikutinya seperti tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW. Yang dimaksudkan dengan "melupakan" disini ialah "meninggalkan". Sepatutnya setiap manusia tidak akan melupakan kebaikan untuk dirinya, malahan kalau boleh jangan ada seorangpun yang boleh mendahuluinya dalam mencapai kebaikan dan kebahagiaan. Disini digunakan istilah "melupakan" bukan dengan istilah "meninggalkan" untuk menyatakan betapa mendalamnya sikap tidak perduli dan lalai mereka terhadap perkara yang sepatutnya mereka lakukan. Jadi maksud ayat: Sekiranya kamu sungguh yakin terhadap kebaikan atau keburukan yang dinyatakan oleh Al Kitab, maka mengapa kamu sampai melupakan dirimu sendiri? "Sedangkan kamu membaca Al Kitab": Ini memberi isyarat bahawa mereka yang menyuruh itu mengetahui kebenaran yang tidak diketahui oleh orang yang disuruh supaya mengikutinya. Terdapat perbezaan yang sangat besar antara orang yang disuruh melakukan sesuatu tanpa ilmu dengan orang yang meninggalkannya padahal ia mengetahui keistimewaan apa yang ditinggalkannya. " Maka tidakkah kamu berakal?" Allah SWT menafikan akal mereka yang bersikap demikian kerana akal adalah alat untuk berfikir membezakan apa yang boleh mendatangkan manfaat bagi dirinya dan apa pula yang boleh mendatangkan mudarat. " Akal yang sejahtera " akan mendorong dirinya sendiri terlebih dahulu untuk melakukan apa yang berguna sebelum dia menyuruh orang lain melakukannya. Dan demikian sebaliknya, akal yang sejahtera juga akan menghalang dirinya terlebih dahulu untuk melakukan apa yang boleh mendatangkan mudarat sebelum dia menghalang orang lain melakukannya. Pengajaran Ayat: Atas dasar ini, barangsiapa yang menyuruh orang lain berbuat baik tetapi dia sendiri tidak melakukannya. Atau melarang orang lain daripada melakukan kejahatan tetapi dia sendiri melakukannya. Ini menunjukkan kejahilannya dan seolah olah dia tidak mempunyai akal lagi. Lebih lebih lagi kalau orang yang bersikap demikian itu orang yang berilmu. -----------------
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 17-01-09 12:28
Pada 17-01-09 07:09 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Alhamdulillah, makin cerah kefahaman kita berkenaan otak dan akal.
!!! QUOTE !!! sebaiknya tolong jangan satukan terlebih dahulu antara otak dan akal...otak adalah benda yang memiliki fungsi khusus..kalau kita satukan antara otak dan akal, maka saya akan bertanya.bahagian mana pada otak tu yang disebut akal or berfungsi sebagai akal...?? betul juga kata saudara om_jibril85, namun begitu pada pendapat saya keterangan erwina banyak menyentuh berkenaan otak secara aspek biologinya. Jadi mari kita berfikir, sekiranya otak dibuang dari kita, nampak implikasi yang besar akan berlaku pada diri manusia. Banyak sistem badan akan terjejas, betul tak? bukat setakat berfikir sahaja. Dan dari sini juga kita dapat lihat saling kait otak dengan akal dan hati.
Kita masih berlegar-legar dengan interpretasi dan definisi akal dan otak.
PERHATIKAN... ada dalam sejarah seorang BUDAK lelaki yang tertembak kpalanya dan pecah otak kanannya..otak tu dikeluarkan..tapi dia tetap hidup dengan normal hingga dia dewasa dan tua...orang afrika..INI NYATA... ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 17-01-09 12:35
Pada 17-01-09 07:28 , Daeng_Jati posting:!!! QUOTE !!! Izinkan saya memetik ayat Al-Quran berkenaan Akal. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 44:

Terjemahan Ayat:
Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berakal?
Tafsir Ibnu Abbas:
Sebab ayat ini diturunkan ialah kerana sikap ulama Yahudi Madinah yang banyak mengetahui kebenaran kerana mereka membaca kitab Taurat, sayangnya kebenaran yang mereka ketahui itu hanya mereka sampaikan kepada orang lain, tetapi mereka sendiri tidak mahu mengikutinya seperti tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW.
Yang dimaksudkan dengan "melupakan" disini ialah "meninggalkan". Sepatutnya setiap manusia tidak akan melupakan kebaikan untuk dirinya, malahan kalau boleh jangan ada seorangpun yang boleh mendahuluinya dalam mencapai kebaikan dan kebahagiaan. Disini digunakan istilah "melupakan" bukan dengan istilah "meninggalkan" untuk menyatakan betapa mendalamnya sikap tidak perduli dan lalai mereka terhadap perkara yang sepatutnya mereka lakukan. Jadi maksud ayat: Sekiranya kamu sungguh yakin terhadap kebaikan atau keburukan yang dinyatakan oleh Al Kitab, maka mengapa kamu sampai melupakan dirimu sendiri?
"Sedangkan kamu membaca Al Kitab": Ini memberi isyarat bahawa mereka yang menyuruh itu mengetahui kebenaran yang tidak diketahui oleh orang yang disuruh supaya mengikutinya. Terdapat perbezaan yang sangat besar antara orang yang disuruh melakukan sesuatu tanpa ilmu dengan orang yang meninggalkannya padahal ia mengetahui keistimewaan apa yang ditinggalkannya.
"Maka tidakkah kamu berakal?" Allah SWT menafikan akal mereka yang bersikap demikian kerana akal adalah alat untuk berfikir membezakan apa yang boleh mendatangkan manfaat bagi dirinya dan apa pula yang boleh mendatangkan mudarat. " Akal yang sejahtera " akan mendorong dirinya sendiri terlebih dahulu untuk melakukan apa yang berguna sebelum dia menyuruh orang lain melakukannya. Dan demikian sebaliknya, akal yang sejahtera juga akan menghalang dirinya terlebih dahulu untuk melakukan apa yang boleh mendatangkan mudarat sebelum dia menghalang orang lain melakukannya.
Pengajaran Ayat:
Atas dasar ini, barangsiapa yang menyuruh orang lain berbuat baik tetapi dia sendiri tidak melakukannya. Atau melarang orang lain daripada melakukan kejahatan tetapi dia sendiri melakukannya. Ini menunjukkan kejahilannya dan seolah olah dia tidak mempunyai akal lagi. Lebih lebih lagi kalau orang yang bersikap demikian itu orang yang berilmu.
DALAM TAFSIR NI..cuba perhatikan...kalau lah yang dimaksudkan "akal" tu adalah otak..,Kenapa orang2 yahudi tu disebut xberakal..??atau aku yang tak ada otak..?mereka aku yang tak ada otak k..?? untuk MEMBAHAS AKAL dan NALURI NI.. cuba kita bahas..tapi kita kena keluar dr pembahasan kehidupan kita yang sekarang yang ada agama... KITA bahas dengan contoh kehidupan orang2 yang xberagama..or orang2 yang hidup didalam hutan...yang kehidupannya sangat mirip dengan kehidupan hewan..perhatikanlah.. ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 17-01-09 13:51
Terima Kasih Mulya atas nasihat. Saya lebih suka menggunakan pendekatan dari kepelbagaian dimensi. Dimensi dari sudut agama dan dari sudut sains/keadaan semasa. Konsep kesepaduan ilmu inilah telah menaikkan para intelektual islam dulu menjadi agung dan diterima kewibawaan mereka hingga ke hari ini dan digelar Ulul Albab. Prinsip ini boleh dikenali sebagai � Prinsip Tauhidik�. Prinsip yang telah diwacanakan oleh Imam Al-Ghazali. Dan harus diingat Imam Al-Ghazali telah mendapat pengiktirafan dunia antara empat (4) orang yang terhebat manusia sejak zaman Rasulullah Salallahualaihiwassalam. (Kenyataan Zwemmer, salah seorang pakar ketimuran berbangsa Inggeris). Antara tokoh lain ialah: 1. Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam 2. Imam Al-Bukhari, ulama� hadits terbesar 3. Imam Al-Asy�hari, ulama� tauhid termasyhur.Signifikan daripada itu, syiar Islam berkembang dengan pesatnya di Timur dan Barat. Malah orang-orang kafir yang dulunya menentang islam mula tertarik dengan islam atas sebab pendekatan ini, Pendekatan Tauhidik. Sebagai seorang Muslim kita harus memperlengkapkan diri dengan elemen Tauhid dan Sains/Semasa. Bila memperkatakan berkenaan � Orang yang tidak beragama�, suka saya mengklasifikasikannya kepada dua (2): 1. Orang yang tidak beragama (Atheist) kerana penafian. 2. Orang yang tidak beragama kerana tidak sampai syiar.Pendekatan yang digunakan seharusnya berbeza. Untuk berdakwah kepada golongan pertama, metodologi yang ber sistem, ber sistematik dan memberi kesan secara sistemik diperlukan. Ini kerana golongan ini sememangnya pintar. Untuk pengetahuan, kebanyakan saintis dunia adalah Atheist, salah seorangnya ialah Dr. Stephen Hawking yang begitu agung dan dihormati dimata saintis lain termasuk saintis muslim. Manakala pendekatan kepada golongan kedua yang mana golongan yang tidak sampai syiar islam, kepadanya susah tentu memerlukan pendekatan yang berbeza sesuai dengan tahap pemikiran, ketamadunan dan sebagainya. Mana mungkin menggunakan pendekatan yang kritikal dan jitu kepada golongan ini. Bagi menjawab penjelasan yang saudara Mulya katakan: !!! QUOTE !!! PERHATIKAN... ada dalam sejarah seorang BUDAK lelaki yang tertembak kpalanya dan pecah otak kanannya..otak tu dikeluarkan..tapi dia tetap hidup dengan normal hingga dia dewasa dan tua...orang afrika..INI NYATA... Penjelasan ini sepatutnya memerlukan penjelasan yang saintifik. Pengetahuan berkenaan sistem dan anatomi otak harus difahami dulu. Dengan kefahaman ini, kita dapat mengetahui sama ada ianya Normal ataupun tidak. Saya tidak terkejut dengan perihal kisah di atas dan saya pernah membaca (Tidak ingat bila, di mana dan sumbernya kerana sudah lama berlalu) yang mana ada seorang manusia ini telah ditembak dikepalanya tetapi Allah SWT memanjangkan umurnya. Namun begitu, otak depannya telah hancur dan tidak boleh digunakan lagi, doktor mengambil langkah drastik demi nyawanya dengan membuang bahagian depat otaknya. Alhamdulillah manusia ini hidup tetapi tidak normal. Sebahagian fungsi otaknya telah tiada. Contohnya ingatannya terjejas sedikit dan beliau tidak ada kemahiran untuk menipu. Kerana untuk menipu memerlukan fungsi bahagian depan otaknya. Saya berkeyakinan 100% budak yang saudara Mulya katakan itu tidak normal dari segi saintifiknya melainkan kehendak Allah SWT kerana Allah SWT berkuasa atas segala-galanya. Firman Allah SWT: Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, �Jadilah!� maka jadilah sesuatu itu. Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepada-Nya kamu dikembalikan.� Surah Yaasiin : Ayat 82-83 Contoh mudah lain, seorang yang kemalangan dan patah tulang pehanya, pasti tidak akan normal. Saya bercakap ini atas pengalaman diri saya yang cacat sebelah kaki akibat kemalangan. Berkenaan tafsiran ayat di atas, saya amat berbangga jikalau saudara Mulya dapat memberikan kefahaman yang jitu kepada saya dan lain-lain warga Ukhwah yang kurang kefahaman ini berbanding saudara yang sememangnya ahli dalam bidangnya. Akhirnya, Hidayah itu urusan Allah SWT, tugas kita menyampaikan. Nota Kaki: Ulul Albab adalah golongan yang diistimewakan dan yang disebut Allah di dalam Al-Quran. Sebanyak 16 kali disebut di dalam Al-Quran. Ulul Albab menggunakan kurniaan akal untuk merenung setiap kejadian di alam semesta yang maha luas ini.-----------------
|
putri_iman
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.11.2008 Ahli No: 35705
Posting: 116
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 17-01-09 15:33
Akal adalah suatu keistimewaan yang diberikan oleh Sang Khaliq pada Manusia dan yang membezakan Manusia dengan mahluk lainnya. sekadar bertanya... dimana persisnya letak akal?
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 19-01-09 09:23
Kita masih berlegar dengan persoalan akal ini. Apakah Akal?
|
miss_nuyu
Warga 3 Bintang Menyertai: 18.09.2008 Ahli No: 35045
Posting: 80
Dari: Terengganu
|
Posting pada: 19-01-09 10:34
2 Lah kebesaran ALLAH....ALHAMDULILLAH... Gnakan anugerah 2 sebaik-baiknya... INSYAALLAH...
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 19-01-09 11:15
Pada 17-01-09 15:33 , putri_iman posting:!!! QUOTE !!! Akal adalah suatu keistimewaan yang diberikan oleh Sang Khaliq pada Manusia dan yang membezakan Manusia dengan mahluk lainnya.
sekadar bertanya... dimana persisnya letak akal? setelah berkali kali mencari dan mencari..hingga saat ni saya masih pada pendirian saya..walau apa pun orang kata..saya tetap mengatakan akal tu adalah.."penglihatan, pendengaran, dan hati,"..sebab penyalah gunaan inilah manusia akan disamakn dengan hewan bahkan lebih sesat lagi..(alqur'an. al araf:179) ----------------- ya allah terimalah hidup matiku untukmu.."ya allah..izinkanlah aku mati untukMU..hamba mohon dengan sangat ya allah.."kuatkanlah aku dan berikanlah kesabaran
|
arrantaui
Warga 3 Bintang Menyertai: 10.12.2008 Ahli No: 36246
Posting: 99
|
Posting pada: 19-01-09 11:20
Pada 16-01-09 12:00 , Wawa_83 posting:!!! QUOTE !!! org yang rasa dirinya alim (Berilmu) pun, adakalanya tak gunakan akal dengan betul. Otak ada, akal pun ada .. tapi masih lagi hidup menyusahkan org lain? Kenapa ya?
--Maaf, keluar topik.. sekadar bertanya-- Golongan yang paling banyak menyusahkan manusia di atas muka bumi juga adalah golongan paling berilmu - yahudi. Makhluk yang paling banyak menyusahkan manusia juga sangat berilmu - iblis.
|
Daeng_Jati
-WARGA AMAT SETIA- Menyertai: 17.02.2004 Ahli No: 7336
Posting: 9704
Dari: UKM, Bangi
|
Posting pada: 19-01-09 15:20
Terima Kasih arraantui atas pandangan, ye sememangnya saya akui bahawa bangsa yang terbijak adalah bangsa Yahudi dan merekalah yang melakukan kerosakan di muka bumi ini. Mereka bijak tetapi tidak berakal. Mulya, saya hormati dengan pendirian saudara. Boleh saudara menjelaskan lebih terperinci akalah adalah "penglihatan, pendengaran, dan hati"? Dan kalau sudi dapatlah kiranya saudara Mulya mensyarahkan ayat Al-Quran Surah al araf:179. Intisari ayat dan pengajarannya. Mungkin dengan ini pandangan dan perspekstif saya mengenai Akal lebih jelas. -----------------
|