Oleh |
...erm...poco-poco... |
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 08-01-09 18:16
erm..pernah dengar pebendenyelah poco-poco ni? say punay lah lembab sikit bilamana di ajukan prtnyaan tu.. nama kueh ke..nama org? atau sepupu kepada hantu pochong? atau ia satu nama tempat.. tapi tu beberapa tahun lalu..bila saya berada d sektor kerajaan ia tidaklah menjadi asing pada saya.. berikut saya titipkan apa lah benda yang d namai dengn poco-poco ek.. _________________________________________________________________ Tarian poco-poco merupakan sebuah tarian mudah yang berasal daripada Indonesia yang boleh ditarikan oleh semua golongan tanpa mengira usia. Tarian ini tidak memerlukan kemahiran yang tinggi, cukup jika hanya ada seorang sahaja yang mengetahui gerakkan asasnya dan seterusnya boleh diikuti oleh yang lain. Peserta tarian ini perlu berada dalam barisan yang teratur agar gerak tari kelihatan lebih seragam dan menarik mengikut rentak muzik yang sedikit rancak. Dua langkah kecil ke kanan, kembali ke tempat, lalu undur satu atau dua langkah ke belakang, kemudian maju ke depan sambil memusingkan badan. Begitu seterusnya gerakan itu diulang-ulang sehingga anda selesai memusingkan badan ke empat penjuru lalu kembali ke tempat asal semula. Rentak lagu memainkan peranan untuk menambahkan keseronokkan dalam tarian ini. Di Malaysia, poco-poco biasanya ditarikan sewaktu diadakan senaman erobik kerana tarian ini memerlukan banyak pergerakkan kaki, tangan dan tubuh badan. Anda juga boleh melakukan tarian ini bersama keluarga di rumah atau bersama rakan sekerja di pejabat. Disamping dapat menyihatkan badan, tarian ini juga dapat mengurangkan tekanan. Jom poco-poco!  ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
putri_iman
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.11.2008 Ahli No: 35705
Posting: 116
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 08-01-09 22:06
poco-poco? saya pernah cuba tarian ni. best lah jugak. tapi tarian poco-poco ni ada pelbagai rentak. lain tempat lain rentaknya. tapi gerakan asasnya adalah sama.
|
niza_ati
WARGA SETIA Menyertai: 17.12.2004 Ahli No: 13107
Posting: 1488
Dari: KL-Sarawak-Selangor
|
Posting pada: 09-01-09 07:11
Heh..ni lah senaman yang selalu we all buat sebagai permulaan lau ada aktiviti yang involve stude baru... Best... Pada yang baru tu mesti sakit kaki... -----------------  cita-citaku islam gamilang,cita-citaku daulahnya berulang,cita-citaku islam cemerlang,cita-citaku
|
neoryzer
Warga 3 Bintang Menyertai: 19.12.2008 Ahli No: 36407
Posting: 74
Dari: kelantan
|
Posting pada: 09-01-09 08:27
saya ingatkan poco2 ni dari bumi borneo upanya indo da... kat sekolah di sarawak ni selalu ada buat... lagi-lagi time ada majlis sek... ustaz nak baca doa pun rasa macam bersalah saja sebab tengok program ada tari2 macam poco2... ----------------- http://neoryzer.blogspot.com/Daftar Unifi Online
|
sasuke-kun
WARGA SETIA Menyertai: 21.09.2004 Ahli No: 11297
Posting: 525
Dari: klate-jepun
|
Posting pada: 09-01-09 12:10
poco2 asal nya tarian daripada pocong2...yang beza nya pocong ni melompat2 saja ehehehehe
|
tiqa
Warga 1 Bintang Menyertai: 29.08.2004 Ahli No: 10800
Posting: 29
Dari: jb
|
Posting pada: 09-01-09 12:46
salam alaik... btol3... best sangat-sangat... fest time buat kat matrik... sampai bluetooth lagu poco2 tu dari member... balik uma, ajar adik-adik buat sekali... meriah!!! seronok sangat....
|
OT
Warga 1 Bintang Menyertai: 20.04.2008 Ahli No: 33283
Posting: 27
Dari: kangar
|
Posting pada: 09-01-09 14:23
saya cukup suka poco2...lepas poco2 pula buat tarian cicak rowo...step dia susah jugak nak ikut...
|
Amrizal
WARGA SETIA Menyertai: 20.04.2004 Ahli No: 8529
Posting: 854
Dari: Bumi Allah nan Indah
|
Posting pada: 09-01-09 14:57
Tarian poco2 sambil dengar lagu dangdut... hmmm... joget dangdut seakan dihalalkan oleh orang ISLAM kat Malaysia ni..
|
syemarly
 Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 09-01-09 20:15
tak tahu apalah sitimewanya sampaikan kementerian jadikan tarian ni sebagai sebuah tarian rasmi...erm...
|
qudwah
WARGA SETIA Menyertai: 12.09.2005 Ahli No: 18903
Posting: 1899
Dari: TERENGGANU
|
Posting pada: 09-01-09 23:35
poco-poco??? ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......bosan...tak suka menari...first day dftr kat u belah utara kena belajar poco2....tension wooooo....baik pergi panjat bukit ke...berbasikal ke daripada menari....erm......
|
areyien
Warga 4 Bintang Menyertai: 11.07.2008 Ahli No: 34006
Posting: 168
Dari: Johor
|
Posting pada: 10-01-09 01:06
Pada 09-01-09 12:10 , sasuke-kun posting:!!! QUOTE !!! poco2 asal nya tarian daripada pocong2...yang beza nya pocong ni melompat2 saja ehehehehe iyeeke ini..  ----------------- Insan yang mulia ialah insan yang selalu mengakui kelemahannya.
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 10-01-09 08:22
Pada 09-01-09 23:35 , qudwah posting:!!! QUOTE !!! poco-poco??? ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh......bosan...tak suka menari...first day dftr kat u belah utara kena belajar poco2....tension wooooo....baik pergi panjat bukit ke...berbasikal ke daripada menari....erm...... setuju pandangan qudwah.... kan lagi banyak aktiviti lain yang lebih baik dari menari.....tak suka menari....hehehe ----------------- bila waktu telah terhenti.... teman sejati hanyalah amal....
|
nasrun_qalbi
Warga 3 Bintang Menyertai: 11.12.2007 Ahli No: 31989
Posting: 103
Dari: baiti jannati
|
Posting pada: 14-12-09 10:18
baca "fowarded email" ni .. Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco. Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dengan keizinanNya. Saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yang beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus. Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yang berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib. Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yang baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yang menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yang telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama-sama fikirkan. Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ; “Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”. Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan)." Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan. Saya dulu pernah terfikir, Kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman? Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini. Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini. http://pakarhowto.com/rahsia/rahsia-tarian-poco-poco.html
|
umminajihah
Warga 2 Bintang Menyertai: 04.09.2005 Ahli No: 18690
Posting: 70
|
Posting pada: 14-12-09 10:27
Saya pun pernah dengar tarian poco-poco ni akhirnya akan membentuk salib....ya allah, lindungilah umat islam dari kekufuran.... ----------------- Biarlah tersungkur beribu kali, mengalah jangan sekali....REDHA DENGAN KETENTUAN ALLAH S.W.T...
|
pu3_umairah86
Warga 1 Bintang Menyertai: 23.10.2009 Ahli No: 37764
Posting: 22
Dari: selangor
|
Posting pada: 24-06-10 09:17
Saya pun perasan..tariannya berbentuk salib.. pepun saya mang tak suka lagu poco2..macam geli saja telinga dengar..hehe.. mungkin ada aktiviti yang lagi baik untuk dilalkukan bersama keluarga seperti berkebun ke..hehe.. Moga kita semua dilindungi Allah..
|
faqir_imara
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.06.2010 Ahli No: 40024
Posting: 351
Dari: Fatih Istanbul
|
Posting pada: 24-06-10 10:08
Rasulullah SAW sarankan renang, memanah dan menunggang kuda. Kita tidak menunjukkan minat langsung pada saranan Baginda. Para sahabat apapun yang Rasulullah SAW kata,akan dijawab, samikna waataqna, (kami dengar dan kami patuh). tiba-tiba tak mamat mana yang sarankan poco2 kita terus terima sekalipun tarian ini menggambarkan kelemahan ummah. Tarian poco2 tiada salahnya tapi manfaatnya amat sedikit dan sesuai untuk orang-orang yang lemah sahaja. Cuba renungkan sejenak ketika bangsa lain berbangga dengan kehebatan mereka dalam acara renang, memanah dan menunggang kuda kita berbangga dengan kehebatan kita dalam tarian poco2.
|
Nu_uL
Warga 3 Bintang Menyertai: 29.05.2010 Ahli No: 39911
Posting: 128
Dari: Kangar
|
Posting pada: 24-06-10 12:38
Pada 24-06-10 10:08 , faqir_imara posting:!!! QUOTE !!! Rasulullah SAW sarankan renang, memanah dan menunggang kuda. Kita tidak menunjukkan minat langsung pada saranan Baginda. Para sahabat apapun yang Rasulullah SAW kata,akan dijawab, samikna waataqna, (kami dengar dan kami patuh). tiba-tiba tak mamat mana yang sarankan poco2 kita terus terima sekalipun tarian ini menggambarkan kelemahan ummah. Tarian poco2 tiada salahnya tapi manfaatnya amat sedikit dan sesuai untuk orang-orang yang lemah sahaja. Cuba renungkan sejenak ketika bangsa lain berbangga dengan kehebatan mereka dalam acara renang, memanah dan menunggang kuda kita berbangga dengan kehebatan kita dalam tarian poco2. Kalau macam tu zapin pun bolehlah dijadikan kebanggaan kita.... ----------------- Jaga Diri,Hiasi Peribadi
|