Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-06-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, jika sangkaannya baik maka baiklah baginya, dan jika sangkaannya buruk maka buruklah baginya.
-- Hadis Qudsi

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 172
Ahli: 0
Jumlah: 172




  Yang Masuk Ke Sini
hajime_kindaichi: 13 hari yang lalu


Isu dan Ehwal Semasa
Topik: Keadaan Ekonomi 2009


Carian Forum

Moderator: Administrator, hafeezzul
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Isu dan Ehwal Semasa
    »» Keadaan Ekonomi 2009

Please Mendaftar To Post


Oleh Keadaan Ekonomi 2009

kelantanz
Warga 3 Bintang
Menyertai: 14.08.2008
Ahli No: 34447
Posting: 91

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 23-12-08 09:40


Assalamualaikum semua....

Apa kata kalau kita kongsi pandangan mengenai "outlook" bagi tahun 2009 untuk Malaysia.

Apa yang saya jangkakan ialah:

  • Kadar pengganguran akan bertambah terutamanya di dalam sektor pembinaan dan pembuatan (elektrik dan elektronik)

  • Kemungkinan besar pencarum KWSP yang memilih untuk menurunkan caruman daripada 11% kepada 8%, tidak akan menggunakan duit lebihan tersebut untuk membeli barangan tetapi akan simpan untuk masa depan memandangkan mereka tidak begitu optimistic dengan keadaan ekonomi

  • Harga barangan terutamanya elektrik dan elektronik akan turun memandangkan permintaan yang jatuh, so kalau yang plan nak beli tu, i.e. tv lcd ke, komputer riba ke tunggu tahun depan lah

  • Harga minyak di pasaran dunia dijangka akan berada di tahap bawah USD60-USD70 setong dan kemungkinan besar harga petrol di pasaran tidak akan melebihi RM2.00 seliter.

    Bookmark and Share

  •     


      Member Information For kelantanzProfil   Hantar PM kepada kelantanz   Quote dan BalasQuote

    gooku
    Warga 4 Bintang
    Menyertai: 01.12.2006
    Ahli No: 27562
    Posting: 269

    blank  


    posticon Posting pada: 23-12-08 10:17


    jemputan..


    . kadar jenayah akan meningkat.

    --
    Sistem Kapitalis menyuburkan pengangguran
    Jumaat, 19 Disember 2008 13:06
    www.mykhilafah.com

    Dengan adanya lebih kurang 2 juta pekerja asing di Malaysia, peratus pengangguran dijangka akan meningkat pada tahun 2009 kepada 4.5 peratus . Ini adalah satu angka yang tidak munasabah jika diambil kira bilangan pekerja asing yang ada di negara ini. Jika diambil kira golongan pesara dan lepasan sekolah angka peratusan ini akan bertambah.

    Para kapitalis mendakwa, fenomena ‘pelik’ ini adalah disebabkan oleh pasaran pekerjaan yang gagal membekalkan pekerja yang memiliki kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Inilah yang mereka dakwa sebagai ‘structural unemployment’.

    Jika dilihat dengan mendalam, dakwaan ini hanyalah dusta semata-mata. Kegagalan membekalkan pekerja mahir adalah satu pembohongan. Ini kerana, pada masa ini terdapat berpuluh-puluh universiti dan pusat latihan perindustrian di Malaysia yang mampu mengeluarkan berpuluh ribu pekerja mahir setiap tahun.

    Kapitalis cuba bermain dengan istilah dengan mengatakan bahawa keadaan ini dipanggil ‘pengangguran berstruktur’ (structural unemployment). Hakikatnya, ‘pengangguran berstruktur’ sama sahaja dengan pengangguran, tidak ada bezanya sedikit pun. Pokoknya, ia (pengangguran) merupakan satu keadaan dimana sekumpulan manusia gagal untuk mendapatkan pekerjaan untuk melangsungkan hidup.

    Jawapan mudah kepada fenomena ini adalah ianya merupakan manifestasi kerosakan yang dicipta oleh sistem ekonomi Kapitalis. Mengapa wujud ketidak seimbangan di dalam sektor pekerjaan? Pada asasnya sistem Kapitalis menetapkan gaji para pekerja pada tahap minimum sara hidup di tempat tersebut. Gaji para pekerja di negara maju adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara membangun dan negara mundur.

    Apabila globalisasi melanda, muncullah perusahaan-perusahaan Kapitalis yang mengimport dan mengeksport buruh. Ditambah dengan kesulitan ekonomi yang dihadapi oleh sesetengah negara dek sistem Kapitalis yang mencengkam, banyak juga berlaku penghijrahan secara individu mahupun beramai-ramai untuk bekerja di negara yang dilihat lebih baik. Untuk terus berjaya dalam persaingan global dan mendapat untung yang maksima, perusahaan-perusahaan Kapitalis ini telah menetapkan gaji pekerja asing berdasarkan jumlah minimum sara hidup di tempat asal mereka. Pekerja asing ini tiada pilihan lain selain dari hidup pasrah dengan gaji yang sedikit, manakala bagi warga tempatan tidak mungkin mereka dapat menerima cara penetapan gaji sedemikian dilihat kepada standard hidup lazim mereka. Bagi mereka yang datang dari negara maju pula yang kebanyakannya terdiri dari tenaga mahir, mereka juga dibayar seumpama malah lebih lagi dari gaji yang mereka dapat di tempat mereka.

    Penetapan gaji berdasarkan tahap minimum sara hidup telah membuka ruang ekploitasi oleh majikan terhadap pekerja. Walhal sama sahaja manafaat yang didapati oleh majikan dari tenaga yang dikerah oleh warga luar ataupun warga tempatan. Kemahiran mereka sama sahaja. Namun oleh kerana standard hidup di tempat asal dijadikan ukuran, maka gaji yang diterima tetap sama. Disinilah punca kepada apa yang mereka dakwa sebagai ‘structural unemployment’.

    Selain dari eksplotasi, wujud ketidakadilan yang amat ketara di mana pekerja-pekerja yang datang dari negara maju dibayar gaji yang tinggi kerana mengikut taraf hidup negara asal mereka. Professional tempatan dibayar gaji yang lebih rendah berbanding professional dari negara maju, walaupun keduanya mempunyai kemahiran yang sama.

    Di dalam Islam, sememangnya tidak salah untuk menggajikan orang lain, tidak kira sesama Muslim mahupun kafir. Firman Allah,

    “Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar mereka dapat mengambil manafaat atas sebahagian yang lain….”

    Namun, yang menjadi ukuran dalam menetapkan gaji adalah “manfaat/hasil” yang diperolehi dari majikan atas usaha pekerja. Jadi jika manfaat/hasil yang diperolehi oleh majikan dari seseorang pekerja itu sama sahaja, maka gaji mereka pun seharusnya sama, bergantung pada akad yang dipersetujui. Justeru, gaji seorang pekerja yang datang dari Bangladesh, Amerika, Indonesia ataupun Britain seharusnya sama sahaja, jika kepakaran mereka adalah sama. Dengan ini, barulah tidak ada istilah ‘pengangguran berstruktur’ sebagaimana yang diwujudkan oleh sistem Kapitalis.

    Ini hanyalah dari satu aspek sahaja yang kecil. Dari aspek yang lebih luas, Negara bertanggungjawab memastikan setiap orang mendapat pekerjaan untuk meneruskan hidupnya. Jika ada pengangguran di dalam Negara, walaupun seorang, yang tidak dapat meneruskan hidup (kerana pengangguran tersebut), maka pemerintah berdosa. Pemerintah wajib memberi atau mencari ruang pekerjaan kepada rakyatnya agar mereka dapat melangsungkan kehidupan sebagai seorang manusia. Di dalam sebuah hadis menceritkan bahawa Rasulullah di datangi seorang penganggur, maka baginda terus memberikan kapak dan seutas tali kepada penganggur tersebut untuk ke hutan dan memotong kayu api untuk dijual. Hadis ini menunjukkan yang Rasulullah sebagai Ketua Negara mesti menyediakan peluang pekerjaan kepada warganegara Daulah. Ini kerana, ia sebenarnya termasuk di dalam ri’ayah (pengurusan) seorang oleh ketua Negara. Rasulullah bersabda,

    "Imam (Khalifah) itu pemelihara dan bertanggungjawab ke atas rakyatnya"

    Pendek kata, Islam telah lama menyelesaikan masalah pengangguran, sebelum datangnya Kapitalis yang membawa kemusnahan kepada dunia dan mencipta begitu banyak pengangguran dan kebuluran kepada dunia hasil sistemnya yang sangat mencengkam dan menjijikkan.

    Bookmark and Share

        


      Member Information For gookuProfil   Hantar PM kepada gooku   Pergi ke gooku's Website   Quote dan BalasQuote

    Balada_95
    Warga 1 Bintang
    Menyertai: 22.12.2008
    Ahli No: 36448
    Posting: 27
    Dari: Bandaraya Bersejarah

    Melaka  


    posticon Posting pada: 23-12-08 10:26


    harap-harap ekonomi akan pulih dengan segera.....

    Bookmark and Share

        


      Member Information For Balada_95Profil   Hantar PM kepada Balada_95   Pergi ke Balada_95's Website   Quote dan BalasQuote

    lebai_y2k
    Warga 4 Bintang
    Menyertai: 27.09.2003
    Ahli No: 3792
    Posting: 176
    Dari: Pokok Sena

    Kedah   avatar


    posticon Posting pada: 23-12-08 18:11


    isy..kan najib kata negara kita tak budak masalah...apa nak pening-pening fikir..

    Bookmark and Share

        


      Member Information For lebai_y2kProfil   Hantar PM kepada lebai_y2k   Quote dan BalasQuote

    wuzaraa
    WARGA SETIA
    Menyertai: 20.02.2008
    Ahli No: 32664
    Posting: 1829
    Dari: Asia Tenggara

    Johor  


    posticon Posting pada: 31-01-09 07:25


    Unjuran pertumbuhan ekonomi US(-0.7%), EU (-0.5) dan Jepun (-0.2) . Walaubagaimana pun MIER menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2.2% berbanding 3.7% pada 2008.

    Semalam, Obama menamakan krisis ekonomi ini sebagai "continuing disaster". Malah JP Morgan melaporkan setelah ratusan billion disuntik, tiada perubahan positif ditunjukkan tetapi semakin buruk.

    Jepun juga mengumumkan penurunan pengeluaran industri sebanyak 9.6% dan malah akan semakin teruk. Syarikat2 utama Jepun kerugian berbillion yen dan sudah mula menghentikan pengeluaran dan membuang ratusan ribu pekerja diseluruh dunia.

    Dunia menggelarkan Malaysia, Japanese Best Friend. Jadi bagaimana dengan ekonomi Malaysia? Adakah perlu kita berusaha untuk memulihkan ekonomi ini? Mari kita bincang dengan bersandarkan aqidah kita, Islam.

    Bookmark and Share

        


      Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

    bulanmatahari
    Warga Rasmi
    Menyertai: 31.01.2009
    Ahli No: 36970
    Posting: 1
    Dari: malaysia

    Kelantan   avatar


    posticon Posting pada: 31-01-09 10:53


    bila ada masalah ekonomi...bnykla pengangguran..dan bila banyak pengangguran ..maka penyakit sosial pun akan semakin meningkat

    Bookmark and Share

        


      Member Information For bulanmatahariProfil   Hantar PM kepada bulanmatahari   Quote dan BalasQuote

    nisaulfadhilah
    Warga 4 Bintang
    Menyertai: 22.10.2006
    Ahli No: 27084
    Posting: 207
    Dari: irbid

    jordan  


    posticon Posting pada: 31-01-09 15:31


    ikutlah sistem ekonomi islam..insyaallah takkan timbul sebarang masalah..islam itu indah dan berperaturan..

    Bookmark and Share

        


      Member Information For nisaulfadhilahProfil   Hantar PM kepada nisaulfadhilah   Quote dan BalasQuote

    alifmimyanun
    WARGA SETIA
    Menyertai: 19.06.2003
    Ahli No: 1540
    Posting: 2292
    Dari: langit kujunjung bumi kupijak

    Johor  


    posticon Posting pada: 02-02-09 01:19


    saya rasa Rusia akan naik memegang ekonomi.

    Bookmark and Share

        


      Member Information For alifmimyanunProfil   Hantar PM kepada alifmimyanun   Pergi ke alifmimyanun's Website   Quote dan BalasQuote

    ikrimah
    Warga 4 Bintang
    Menyertai: 26.12.2008
    Ahli No: 36514
    Posting: 154
    Dari: terengganu

    Terengganu   avatar


    posticon Posting pada: 02-02-09 02:33


    Pada 31-01-09 15:31 , nisaulfadhilah posting:

    !!! QUOTE !!!

    ikutlah sistem ekonomi islam..insyaallah takkan timbul sebarang masalah..islam itu indah dan berperaturan..


    ana sokong ..ana sokong..

    Bookmark and Share

        


      Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

    ikrimah
    Warga 4 Bintang
    Menyertai: 26.12.2008
    Ahli No: 36514
    Posting: 154
    Dari: terengganu

    Terengganu   avatar


    posticon Posting pada: 02-02-09 02:36


    salam..
    Tuhan sudah menunujukkan kelemahan sistem ekonomi rekaan manusia yang mencari keuntungan dengan mengikut hawa nafsu semata mata...

    kembalila kepada Islamic Economy

    wallahua'lam

    Bookmark and Share

        


      Member Information For ikrimahProfil   Hantar PM kepada ikrimah   Quote dan BalasQuote

    yuhada
    Warga 3 Bintang
    Menyertai: 13.10.2006
    Ahli No: 26939
    Posting: 130
    Dari: kelantan

    Kelantan   avatar


    posticon Posting pada: 02-02-09 10:21


    EKONOMI GLOBAL YANG KECUNDANG ?

    Akibat bencana alam di serata dunia, terkini bencana taufan di Myanmar, krisis peperangan, konflik politik, dan pelbagai lagi, dunia hari ini melihat berlakunya kecundangan dan sekatan EKONOMI dalam bentuk peningkatan harga barang-barang makanan yang asas seperti minyak, beras, tepung dan sebagainya dan kekurangan bekalan. Masalah ini menular seperti barah kepada semua negara di dalam dunia. Mengapa berlaku hal yang sedemikian rupa?

    Apakah kita kekurangan cendekiawan atau pemikir-pemikir dan perancang-perancang ekonomi dalam dunia hari ini? Jawapannya sudah tentu tidak, malah boleh dikatakan 24 jam manusia bekerja keras untuk meningkatkan ekonomi hidup masing-masing.

    Jadi apakah usaha dan ikhtiar manusia ini di dalam meningkatkan ekonomi mereka ini sudah tidak dapat digunapakai lagi sebagai satu kaedah yang dapat memperbaiki dan meningkatkan ekonomi sehingga berlaku apa yang berlaku hari ini iaitu fenomena yang dipanggil sekatan ekonomi dari segi hasil pengeluaran makanan sedunia?


    Mari kita lihat apakah falsafah perniagaan dalam islam, satu kaedah yang dibawa oleh Rasulullah SAW 1500 tahun dulu dalam meningkatkan ekonomi masyarakat.

    Dalam Islam berniaga bukan semata-mata untuk mencari untung kerana di dalam perniagaan tidak semestinya kita sentiasa mendapat untung. Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian.

    Tujuan perniagaan mengikut Islam sebenarnya ialah untuk memperbesarkan, memperpanjangkan dan memperluaskan aktiviti syariat dan dengan tujuan beribadah dan mendapat pahala yang banyak. Justeru itu di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Tuhan dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul.

    Mari kita lihat betapa di dalam perniagaan itu luas sekali syariatnya atau luas sekali ibadah yang berlaku di mana kebaikan dan pahalanya pula amat banyak sekali.

    Di antaranya:

    1. Di dalam Islam berkawan itu disuruh. Di Akhirat kelak, kawan itu boleh memberi syafaat. Melalui perniagaan, kita akan banyak dapat kawan sama ada dari kalangan pembekal-pembekal, kawan-kawan sekerja ataupun para pelanggan.

    2. Melalui perniagaan, kita dapat memberi khidmat secara langsung mahupun secara tidak langsung kepada manusia dan ahli-ahli masyarakat. Ada Hadis yang bermaksud :"Yang paling baik di antara kamu ialah kamu yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain."

    3. Islam sangat menggalakkan kerjasama. Di dalam perniagaan banyak terdapat unsur-unsur kerjasama dan peluang serta keperluan untuk bekerjasama. Di dalam Al Quran ada disebutkan: Maksudnya: "Bertolong bantulah di atas kebaikan dan ketaqwaan." (Al Maidah: 2)

    4. Di dalam perniagaan juga ada banyak tolak ansur, iaitu satu sifat terpuji yang sangat dianjurkan oleh Islam. Kalau tidak ada tolak ansur, kita tidak boleh berniaga.

    5. Perniagaan membantu dan memudahkan manusia dan ahli masyarakat mengurus dan mendapatkan keperluan hidup mereka, terutama di bidang makan minum dan keperluan harian. Mendahulukan, mengutamakan dan memudahkan orang lain itu sangat dipandang tinggi dan baik dalam Islam.

    6. Dengan berniaga kita dapat menyelamatkan barangan keluaran umat Islam sama ada hasil pertanian, hasil ternakan dan lain-lain dengan mengumpul dan memasarkannya. Kalau tidak, barangan itu akan rosak dan terbuang. Akan timbul pembaziran. Dalam Islam pembaziran sangat dilarang. Menjauhi dan mengelak pembaziran adalah satu kewajipan.

    7. Kita dapat memperolehi banyak pengalaman melalui perniagaan sama ada di bidang pengurusan, perakaunan, mengenal barang, mengenal tempat, mengenal cara hidup dan masalah manusia dan lain-lain lagi. Dalam Islam, mencari ilmu dan pengalaman seperti ini sangat dituntut.

    8. Dalam berniaga, kita boleh berlatih sabar dalam menghadapi berbagai-bagai masalah perniagaan dan dalam menghadapi berbagai-bagai kerenah pelanggan. Sabar adalah satu sifat mulia (mahmudah) yang sangat diperlukan dalam kehidupan. Orang yang sabar diberi pahala oleh Tuhan tanpa hisab.

    9. Berniaga merupakan salah satu cara untuk memajukan agama, bangsa dan negara. Ia merupakan tanggungjawab manusia sebagai khalifah Tuhan di muka bumi supaya dapat dilihat kebesaran Tuhan serta dapat dibesarkan dan dinikmati segala nikmat dan anugerah-Nya agar manusia boleh bersyukur dan mendapat pahala pula di atas kesyukuran mereka itu.

    10. Dalam berniaga, kita berpeluang mengeluarkan zakat perniagaan. Dengan itu salah satu dari rukun Islam dapat kita tunaikan. Dapat kita wujudkan salah satu sumber atau saluran untuk membantu fakir miskin dan asnaf-asnaf yang lain. Banyak golongan akan terbantu dan terbela.

    11. Dalam perniagaan, kita dapat membuat latihan berlapang dada terutama apabila berhadapan dengan karenah manusia. Ia sentiasa mencabar emosi dan perasaan kita. Maka kita selalu sahaja menyembunyikan kemarahan kita. Menyembunyikan kemarahan itu disuruh oleh Islam. Di dalam Quran ada disebut bahawa menyembunyikan sifat marah itu adalah satu dari sifat orang bertaqwa.


    12. Perniagaan memerlukan sifat berlapang dada, bertolak ansur, bertimbang rasa, memberi maaf, berlebih kurang, bersimpati dan sebagainya. Sifat-sifat ini terpuji dan sangat diperlukan dalam pergaulan. Dalam Hadis ada disebut bahawa Islam itu adalah as-samhah iaitu agama pemaaf dan berlapang dada.

    13. Perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan untuk manusia sebagai sumber mencari rezeki. Dengan perniagaan, manusia boleh mengelak diri dari menganggur yang ditegah oleh syariat. Sekaligus tenaganya dapat dimanfaatkan oleh orang lain. Ertinya, dengan adanya perniagaan, tenaga manusia tidak dibazirkan dan manusia itu boleh jadi produktif dengan mengeluarkan hasil untuk faedah manusia lain.

    Jelas bahawa dengan apa yang disenaraikan di atas, begitu banyak sekali syariat Islam dapat kita tegakkan melalui perniagaan. Maksudnya, berbagai-bagai aspek dalam Islam dapat kita bangunkan di dalam perniagaan. Apabila banyak aspek syariat yang dapat kita bangunkan maka banyaklah ibadah kita. Banyaklah pahala yang kita dapat. Oleh itu, tidak hairanlah Islam menganggap orang yang berniaga secara jujur dan menepati kehendak-kehendak syariat itu sebagai orang yang berjihad fisabilillah. Munasabah juga berniaga itu dianggap kerja yang paling baik dalam Islam kerana kebaikan yang diperolehi oleh masyarakat hasil dari perniagaan adalah terlalu banyak.

    Apakah dunia sekarang masih mengaplikasi tujuan dan falsafah perniagaan seperti yang dibentangkan di atas tadi? Realiti kita melihat dunia hari ini menjalankan perniagaan dan berekonomi menggunakan konsep kapitalis, yang penuh penindasan dan mempunyai unsur riba. Ia membawa kepada 1001 penyakit yang menjadikan manusia tamak dan nafsu nafsi.

    Sebenarnya sekatan ekonomi yang berlaku hari ini adalah kerana Tuhan sedang membuat sekatan ekonomi ke atas seluruh dunia. Ini berlaku apabila rezeki berlimpah-limpah, manusia menjadi lalai dan menjadi hamba kepada duit. Mereka berfikir ada duit semua boleh jadi.Jadi tidak hairanlah, Allah dengan kasih sayangNYA melakukan sekatan ekonomi ke atas manusia hari ini, muga-muga dengan situasi yang mencengkam tersebut, manusia akan kembali merintih dan mangadu kepada Tuhan dan kembali menjadikan Tuhan sebagai cinta agung mereka dan bukan bertuhankan duit yang diakidahkan tanpa mereka sedari.

    Dunia hari ini mengambil konsep ekonomi yang membelakangkan Tuhan dalam hidup mereka sehinggalah satu masa nanti, Tuhan akan kejutkan mereka untuk sedar tentang apakah kuasa sebenar di sebalik EKONOMI dunia hari ini. Mungkin kini masa itu sudah tiba.

    Bookmark and Share

        


      Member Information For yuhadaProfil   Hantar PM kepada yuhada   Quote dan BalasQuote

    wuzaraa
    WARGA SETIA
    Menyertai: 20.02.2008
    Ahli No: 32664
    Posting: 1829
    Dari: Asia Tenggara

    Johor  


    posticon Posting pada: 03-02-09 17:26


    Membaca perkembangan ekonomi dunia, saya melihat ekonomi dunia semakin tenat. Selepas Jepun, hari ini China dilaporkan akan memberhentikan 20 juta dari 130 pekerja asing di negara tersebut berikutan krisis ekonomi dunia. Semakin banyak pelabur asing yang menarik modal mereka keluar. Banyak juga pelabur China yang mengalami kerugian di pasaran antarabangsa.

    Keadaan ekonomi China akan memberi kesan signifikan terhadap ekonomi Malaysia. China adalah pengimport utama keluaran sawit Malaysia yang mana sumber pendapatan kedua terbesar Malaysia. Malah kekuatan BSKL banyak disandarkan kepada dagangan hadapan CPO.

    wuzara
    http://jemaah-islam.blogspot.com

    Bookmark and Share

        


      Member Information For wuzaraaProfil   Hantar PM kepada wuzaraa   Quote dan BalasQuote

    Muddathsir787
    WARGA SETIA
    Menyertai: 20.10.2007
    Ahli No: 31449
    Posting: 943
    Dari: Selangor

    Selangor   avatar


    posticon Posting pada: 03-02-09 17:41


    Pada 02-02-09 01:19 , alifmimyanun posting:

    !!! QUOTE !!!

    saya rasa Rusia akan naik memegang ekonomi.




    Hmm, soviet union..??
    kenapa ek..??


    -----------------
    .: Allahumma Sollia'l a Saiyyidina Muhammad :. "Ya ALLAH kurniakanlah kejayaan, kegemilangan, kecemerlangan & kebangkitan teguh Islam dalam rahmatMu"


    Bookmark and Share

        


      Member Information For Muddathsir787Profil   Hantar PM kepada Muddathsir787   Quote dan BalasQuote

    jamian
    Warga 1 Bintang
    Menyertai: 31.01.2009
    Ahli No: 36971
    Posting: 39
    Dari: telok panglima garang

    Selangor  


    posticon Posting pada: 04-02-09 00:06


    Pada 23-12-08 10:17 , gooku posting:

    !!! QUOTE !!!

    jemputan..


    . kadar jenayah akan meningkat.

    --
    Sistem Kapitalis menyuburkan pengangguran
    Jumaat, 19 Disember 2008 13:06
    www.mykhilafah.com

    Dengan adanya lebih kurang 2 juta pekerja asing di Malaysia, peratus pengangguran dijangka akan meningkat pada tahun 2009 kepada 4.5 peratus . Ini adalah satu angka yang tidak munasabah jika diambil kira bilangan pekerja asing yang ada di negara ini. Jika diambil kira golongan pesara dan lepasan sekolah angka peratusan ini akan bertambah.

    Para kapitalis mendakwa, fenomena ‘pelik’ ini adalah disebabkan oleh pasaran pekerjaan yang gagal membekalkan pekerja yang memiliki kemahiran yang diperlukan oleh majikan. Inilah yang mereka dakwa sebagai ‘structural unemployment’.

    Jika dilihat dengan mendalam, dakwaan ini hanyalah dusta semata-mata. Kegagalan membekalkan pekerja mahir adalah satu pembohongan. Ini kerana, pada masa ini terdapat berpuluh-puluh universiti dan pusat latihan perindustrian di Malaysia yang mampu mengeluarkan berpuluh ribu pekerja mahir setiap tahun.

    Kapitalis cuba bermain dengan istilah dengan mengatakan bahawa keadaan ini dipanggil ‘pengangguran berstruktur’ (structural unemployment). Hakikatnya, ‘pengangguran berstruktur’ sama sahaja dengan pengangguran, tidak ada bezanya sedikit pun. Pokoknya, ia (pengangguran) merupakan satu keadaan dimana sekumpulan manusia gagal untuk mendapatkan pekerjaan untuk melangsungkan hidup.

    Jawapan mudah kepada fenomena ini adalah ianya merupakan manifestasi kerosakan yang dicipta oleh sistem ekonomi Kapitalis. Mengapa wujud ketidak seimbangan di dalam sektor pekerjaan? Pada asasnya sistem Kapitalis menetapkan gaji para pekerja pada tahap minimum sara hidup di tempat tersebut. Gaji para pekerja di negara maju adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara membangun dan negara mundur.

    Apabila globalisasi melanda, muncullah perusahaan-perusahaan Kapitalis yang mengimport dan mengeksport buruh. Ditambah dengan kesulitan ekonomi yang dihadapi oleh sesetengah negara dek sistem Kapitalis yang mencengkam, banyak juga berlaku penghijrahan secara individu mahupun beramai-ramai untuk bekerja di negara yang dilihat lebih baik. Untuk terus berjaya dalam persaingan global dan mendapat untung yang maksima, perusahaan-perusahaan Kapitalis ini telah menetapkan gaji pekerja asing berdasarkan jumlah minimum sara hidup di tempat asal mereka. Pekerja asing ini tiada pilihan lain selain dari hidup pasrah dengan gaji yang sedikit, manakala bagi warga tempatan tidak mungkin mereka dapat menerima cara penetapan gaji sedemikian dilihat kepada standard hidup lazim mereka. Bagi mereka yang datang dari negara maju pula yang kebanyakannya terdiri dari tenaga mahir, mereka juga dibayar seumpama malah lebih lagi dari gaji yang mereka dapat di tempat mereka.

    Penetapan gaji berdasarkan tahap minimum sara hidup telah membuka ruang ekploitasi oleh majikan terhadap pekerja. Walhal sama sahaja manafaat yang didapati oleh majikan dari tenaga yang dikerah oleh warga luar ataupun warga tempatan. Kemahiran mereka sama sahaja. Namun oleh kerana standard hidup di tempat asal dijadikan ukuran, maka gaji yang diterima tetap sama. Disinilah punca kepada apa yang mereka dakwa sebagai ‘structural unemployment’.

    Selain dari eksplotasi, wujud ketidakadilan yang amat ketara di mana pekerja-pekerja yang datang dari negara maju dibayar gaji yang tinggi kerana mengikut taraf hidup negara asal mereka. Professional tempatan dibayar gaji yang lebih rendah berbanding professional dari negara maju, walaupun keduanya mempunyai kemahiran yang sama.

    Di dalam Islam, sememangnya tidak salah untuk menggajikan orang lain, tidak kira sesama Muslim mahupun kafir. Firman Allah,

    “Kami telah menentukan antara mereka penghidupan mereka dalam kehidupan dunia, dan kami telah meninggikan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat, agar mereka dapat mengambil manafaat atas sebahagian yang lain….”

    Namun, yang menjadi ukuran dalam menetapkan gaji adalah “manfaat/hasil” yang diperolehi dari majikan atas usaha pekerja. Jadi jika manfaat/hasil yang diperolehi oleh majikan dari seseorang pekerja itu sama sahaja, maka gaji mereka pun seharusnya sama, bergantung pada akad yang dipersetujui. Justeru, gaji seorang pekerja yang datang dari Bangladesh, Amerika, Indonesia ataupun Britain seharusnya sama sahaja, jika kepakaran mereka adalah sama. Dengan ini, barulah tidak ada istilah ‘pengangguran berstruktur’ sebagaimana yang diwujudkan oleh sistem Kapitalis.

    Ini hanyalah dari satu aspek sahaja yang kecil. Dari aspek yang lebih luas, Negara bertanggungjawab memastikan setiap orang mendapat pekerjaan untuk meneruskan hidupnya. Jika ada pengangguran di dalam Negara, walaupun seorang, yang tidak dapat meneruskan hidup (kerana pengangguran tersebut), maka pemerintah berdosa. Pemerintah wajib memberi atau mencari ruang pekerjaan kepada rakyatnya agar mereka dapat melangsungkan kehidupan sebagai seorang manusia. Di dalam sebuah hadis menceritkan bahawa Rasulullah di datangi seorang penganggur, maka baginda terus memberikan kapak dan seutas tali kepada penganggur tersebut untuk ke hutan dan memotong kayu api untuk dijual. Hadis ini menunjukkan yang Rasulullah sebagai Ketua Negara mesti menyediakan peluang pekerjaan kepada warganegara Daulah. Ini kerana, ia sebenarnya termasuk di dalam ri’ayah (pengurusan) seorang oleh ketua Negara. Rasulullah bersabda,

    "Imam (Khalifah) itu pemelihara dan bertanggungjawab ke atas rakyatnya"

    Pendek kata, Islam telah lama menyelesaikan masalah pengangguran, sebelum datangnya Kapitalis yang membawa kemusnahan kepada dunia dan mencipta begitu banyak pengangguran dan kebuluran kepada dunia hasil sistemnya yang sangat mencengkam dan menjijikkan.


    topix yang menarik untuk dibaca,harap-harap semuanya akan kembali seperti sediakala

    http://xpres2u.blogspot.com

    Bookmark and Share

        


      Member Information For jamianProfil   Hantar PM kepada jamian   Pergi ke jamian's Website   Quote dan BalasQuote

    PUTERI_FUZA
    Warga 4 Bintang
    Menyertai: 03.07.2003
    Ahli No: 1975
    Posting: 201
    Dari: Perth, Australia

    australia  


    posticon Posting pada: 04-02-09 09:17


  • Kadar pengganguran akan bertambah terutamanya di dalam sektor pembinaan dan pembuatan (elektrik dan elektronik)

  • Kemungkinan besar pencarum KWSP yang memilih untuk menurunkan caruman daripada 11% kepada 8%, tidak akan menggunakan duit lebihan tersebut untuk membeli barangan tetapi akan simpan untuk masa depan memandangkan mereka tidak begitu optimistic dengan keadaan ekonomi

    setuju sangat-sangat...

    kadar pengangguran sektor pembinaan (elektrik) memang meningkat.. contohnya company saya, juruteknik dari hampir 25 orang pekerja pada awal tahun 2008 dah tinggal 5 orang pekerja pada awal tahun 2009..

    di company saya, ramai yang memilih untuk mengekalkan kadar caruman tetapi di atas arahan bos untuk selaraskan kepada 8% semua terpaksa akur..
    kebanyakannya memilih untuk menyimpan dari berbelanja..


    -----------------
    "Bila telah sampai di puncak tetapi meneruskan pendakian, bermakna anda sedang menurun, bukan lagi mendaki...."


    Bookmark and Share

  •     


      Member Information For PUTERI_FUZAProfil   Hantar PM kepada PUTERI_FUZA   Quote dan BalasQuote

    Member Messages

    Forum Search & Navigation

     

    Log in to check your private messages

    Silakan Login atau Mendaftar





      


     

    [ Carian Advance ]

    Jum ke Forum 




    Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

    Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
    yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
    Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
    dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


    Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
    atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
    hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
    kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

    Portal Ukhwah
    © Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
    Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
    Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
    Dibina oleh Team Walasri




    Loading: 0.114649 saat. Lajunya....