Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
JANGAN sesekali memulakan jika tidak bersedia untuk menyudahkan

-- Kang

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 252
Ahli: 0
Jumlah: 252




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Bincang Agama
Topik: Sifat sabar, syukur jadikan hidup lebih tenteram


Carian Forum

Moderator: ibnu_musa, Administrator, ABg_IMaM
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Bincang Agama
    »» Sifat sabar, syukur jadikan hidup lebih tenteram

Please Mendaftar To Post


Oleh Sifat sabar, syukur jadikan hidup lebih tenteram

broshahir
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 16.02.2006
Ahli No: 22775
Posting: 3376
Dari: Nibong Tebal

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 22-12-08 09:17


SIKAP terpuji yang sangat dianjurkan Islam ialah sabar dan syukur. Sabar berlaku dalam pelbagai keadaan, sabar apabila marah dan ditimpa musibah. Sabar menahan hawa nafsu supaya tidak melanggar larangan Allah. Bahkan, melakukan ibadah juga memerlukan kesabaran.

Syukur biasanya dikaitkan dengan memperoleh sesuatu yang menggembirakan. Syukur apabila sihat, berjaya serta mendapat rezeki melimpah. Dalam kehidupan, sabar dan syukur sentiasa beriringan. Ada ketikanya dituntut sabar dan ada ketika lain dituntut bersyukur.

Ada juga keadaan yang menuntut kedua-duanya seperti apabila seseorang ditimpa musibah, dia perlu bersabar menghadapi musibah itu dan pada masa sama bersyukur kerana tidak ditimpa musibah lebih dahsyat.

Begitu juga apabila diberi kesenangan, dia perlu bersyukur tetapi pada masa sama perlu sabar menahan nafsu supaya dapat menghindari diri daripada menggunakan kesenangan pada perkara yang dilarang Allah.

Rukun Iman yang keenam ialah percaya kepada qada’ dan qadar iaitu percaya dengan penuh yakin setiap sesuatu adalah ketetapan Allah. Penetapan Allah yang Maha bijaksana, Maha Mengetahui serta Maha Adil sudah tentu mempunyai hikmah terselindung untuk kebaikan insan.

Justeru, apabila berhadapan dengan ketetapan Allah, seorang hendaklah sama ada bersabar atau bersyukur atau kedua-duanya. Firman Allah yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” - (Surah al Baqarah, 216)

Memiliki sifat sabar dan syukur sangat penting. Manusia merancang, Allah menentukan. Ada masa gembira dan ada masa duka. Pepatah Melayu ada menyebut ‘hidup tidak selalunya indah’. Allah memberi panduan kepada manusia supaya tenang dalam apa keadaan baik gembira mahupun duka.

Tenang ini terhasil daripada sifat sabar dan syukur. Firman Allah yang bermaksud: “Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” - (Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita dengan apa yang luput daripada kamu dan jangan terlalu gembira dengan terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” - (Surah al Hadid, 22-23)

Firman Allah lagi yang bermaksud: “Dan sesungguhnya akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar.” - (Surah al-Baqarah, ayat 155)

Seorang manusia apabila ditimpa sesuatu musibah sama ada besar atau kecil lalu dia bersabar dan ingat kepada Allah serta yakin bahawa apa yang ditetapkan Allah kepadanya mempunyai hikmah, dia akan menjadi tenang.

Begitu jugalah apabila dia mendapat sesuatu yang menggembirakan, dia tidak akan bersikap terlalu gembira sehingga melanggar perintah Allah atau merasa bangga, riak, sombong atau tamak. Sebalik dia bersyukur dan ingat kepada Allah lalu dia menjadi tenang.

Ada juga hadis yang menganjurkan supaya manusia bersikap sabar dan syukur bagi memperoleh ketenangan. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya.” - (Hadis riwayat Muslim)

Sabda Baginda SAW lagi yang bermaksud: “Tidak ditimpa seorang Muslim keletihan, penyakit, kerisauan, kesedihan, kesakitan, kesedihan yang amat sangat sehingga walaupun duri yang menyucuknya melainkan Allah menghapuskan dengannya dosanya.” - (Muttafaq ‘Alaih)

Hidup adalah ujian dan ujiannya juga berbeza-beza. Kekayaan, kemiskinan, kesihatan tubuh badan, sakit, sempurna atau cacat anggota badan, kecerdikan, kecantikan rupa paras dan sebagainya adalah ujian.

Dalam menghadapi ujian inilah biasanya manusia akan bersifat gusar, keluh kesah, tidak tenteram dan takut. Tidak kurang juga bersikap sombong, angkuh, rasa tidak cukup, tidak puas, hasad dan dengki yang akibatnya ialah perasaan menjadi tidak tenang.

Ubat dan penawar kepada rasa tidak tenang ini ialah sifat sabar dan syukur. Satu perkara harus disedari manusia ialah Allah mengurniakan rezeki kepada manusia dalam pelbagai bentuk.

Antaranya memperoleh harta, tidak mengalami kerosakan atau kehilangan harta, mendapat cahaya mata, memperoleh tubuh badan sihat, mempunyai keluarga bahagia dan bermacam lagi. Ketenangan perasaan juga adalah satu bentuk rezeki.

Orang yang tidak mempunyai ketenangan jiwa biasanya hidup dalam kesempitan dan kepayahan. Kesempitan dan kepayahan perasaan menghasilkan kecelaruan kehidupan. Ketika itu duit yang banyak, harta bertimbun, tidak dapat memberikan sebarang kesenangan dan ketenteraman.


-----------------
Anehnya perjalanan masa. Tetapi lebih aneh manusia yang melalaikannya.


Bookmark and Share

    


  Member Information For broshahirProfil   Hantar PM kepada broshahir   Quote dan BalasQuote

Wawa_83
WARGA SETIA
Menyertai: 20.12.2004
Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!

Selangor  


posticon Posting pada: 22-12-08 11:07


Wawa percaya pada ... ketenangan hati lahir dari jiwa yang bersih .. :-) Hm, yang macam Broshahir mention ni, .. Kalau kita nak jiwa kita bersih, sebaiknya kita bersabar dan bersyukur dengan segala takdir-NYA. .. :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Wawa_83Profil   Hantar PM kepada Wawa_83   Quote dan BalasQuote

Balada_95
Warga 1 Bintang
Menyertai: 22.12.2008
Ahli No: 36448
Posting: 27
Dari: Bandaraya Bersejarah

Melaka  


posticon Posting pada: 22-12-08 13:46


Betul tu....dengan bersabar dan bersyukur bertambah-tambahlah pahala kita.... :-)

Bookmark and Share

    


  Member Information For Balada_95Profil   Hantar PM kepada Balada_95   Pergi ke Balada_95's Website   Quote dan BalasQuote

Bulak_Lapok
Warga 1 Bintang
Menyertai: 27.12.2007
Ahli No: 32117
Posting: 34
Dari: KedESaAN yANG mEngHijAU

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 22-12-08 15:06


Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli.

:bye:


-----------------



Bookmark and Share

    


  Member Information For Bulak_LapokProfil   Hantar PM kepada Bulak_Lapok   Pergi ke Bulak_Lapok's Website   Quote dan BalasQuote

haryana
Warga 3 Bintang
Menyertai: 16.12.2008
Ahli No: 36356
Posting: 74
Dari: Jaybee

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 27-12-08 16:24


Dunia ini hanya pinjaman dari Allah dan hanya sementara, entah berapa lama jangka hayat kita, entah bilakah berlakunya hari Qiamat...
adakah sempat kita bertaubat?
Tiada apa yang kekal melainkan Allah...
:jangan:


-----------------
~~winter cool~~
@@permulaan sabar pahit tapi manis akhirnya~~~


Bookmark and Share

    


  Member Information For haryanaProfil   Hantar PM kepada haryana   Quote dan BalasQuote

ibusoleha
Warga 2 Bintang
Menyertai: 22.10.2008
Ahli No: 35512
Posting: 69
Dari: KL-JB-B.Mertajam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-12-08 17:12


Salam, seperti yang kita semua ketahui, sifat sabar adalah separuh dari iman...kalau tak ada sifat ini bererti kurang lah iman kita...sifat syukur pulak...sentiasa berterima kasih atas segala nikmat dan kurniaan Allah SWT kepada kita...semoga kita semua di dalam golongan yang syukur nikmat dan bukan di dalam golongan yang kufur nikmat..

Bookmark and Share

    


  Member Information For ibusolehaProfil   Hantar PM kepada ibusoleha   Quote dan BalasQuote

azzahrah
WARGA SETIA
Menyertai: 12.02.2004
Ahli No: 7217
Posting: 844
Dari: Kota Bharu

Kelantan  


posticon Posting pada: 27-12-08 21:55


Pada 22-12-08 09:17 , broshahir posting:

!!! QUOTE !!!



Firman Allah yang bermaksud: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” - (Surah al Baqarah, 216)


Firman Allah lagi yang bermaksud: “Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita dengan apa yang luput daripada kamu dan jangan terlalu gembira dengan terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” - (Surah al Hadid, 22-23)





Apa pun yang terjadi, sama ada yang buruk atau pun baik pada anggapan kita..datang dalam bentuk pakej dugaan dan ujian..yang baik itu tentu sekali mengkehendaki kita untuk lebih bersyukur dan yang buruk itu mengajar kita untuk mendalami makna sabar

"Banyak mata yang terbuka dan banyak pula yang terpejam memikirkan persoalan yang telah berlaku atau akan berlaku...tinggallah rasa duka semampumu, kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila. Kelmarin Tuhan telah menolongmu, PERCAYALAH....esok pun Dia akan tetap menolongmu" - Imam Syafie

Buah sabar itu sangat manis :-)



Bookmark and Share

    


  Member Information For azzahrahProfil   Hantar PM kepada azzahrah   Pergi ke azzahrah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.104627 saat. Lajunya....