Oleh |
Group khas untuk semua ustaz dan ustazah |
sensei84
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.12.2007 Ahli No: 31932
Posting: 42
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 17-12-08 07:31
Salam kepada semua sahabat-sahabat khususnya guru-guru pendidikan islam atau ustaz,ustazah seluruh Malaysia saya baru saja lepas create satu web group ala-ala friendster dan myspace khas untuk kita menambah kenalan dan bertukar-tukar pendapat So apa kata kita pakat joint ramai-ramai group ni... Jom Tengok dulu dan kalau berminat jangan lah segan2 nak joint http://j-qafspace.ning.commungkin banyak benda yang boleh kita share kat group ni ----------------- Zahirkan Rasa CINTA Kepada Rasulullah Dengan Memiliki CD Mawlid Ini KLIK SINI Untuk Dengar PERCUMA
|
adieq85
Warga 5 Bintang Menyertai: 27.08.2008 Ahli No: 34673
Posting: 358
Dari: dari Kuantan merantau ke Bangi
|
Posting pada: 17-12-08 07:47
yang bukan ustaz dan ustazah boleh masuk ke tak????mana tau ada yang nak bertanya pendapat ke..
|
Wawa_83
WARGA SETIA Menyertai: 20.12.2004 Ahli No: 13173
Posting: 817
Dari: SeLaNgOR - My LoVeLy with ALLAH's LoVe..!
|
Posting pada: 17-12-08 07:58
A'ah .. minat nak join Hihi .. Jom adieq??
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 17-12-08 10:18
jue pun nak join...tapi jue bukan ustazah lah sensei84...... jue mengajar sepupu2 dan anak-anak buah ngaji saja....hehehe....
|
sensei84
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.12.2007 Ahli No: 31932
Posting: 42
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 17-12-08 14:16
Boleh saja nak joint group ni Tak semestinya ustaz dan ustazah saja Welcome to the CLUB ----------------- Zahirkan Rasa CINTA Kepada Rasulullah Dengan Memiliki CD Mawlid Ini KLIK SINI Untuk Dengar PERCUMA
|
Jue_Effendy
WARGA SETIA Menyertai: 10.11.2008 Ahli No: 35812
Posting: 760
Dari: Kota Kinabalu
|
Posting pada: 17-12-08 14:22
Pada 17-12-08 14:16 , sensei84 posting:!!! QUOTE !!! Boleh saja nak joint group ni Tak semestinya ustaz dan ustazah saja Welcome to the CLUB
terima kasih dengan jemputannya En. sensei84.... ----------------- bila waktu telah terhenti.... teman sejati hanyalah amal....
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 23-12-08 17:06
saya nak join jugaklah En. sensei84..saya bukan ustazah cuma nak bertukar2 pendapat dan pandangan.....................
|
solehen
Warga 3 Bintang Menyertai: 07.08.2006 Ahli No: 25686
Posting: 90
Dari: sentul
|
Posting pada: 26-12-08 20:39
ana ni anak murid ustaz dan ustazah, boleh join ka..huhuhu
|
wafie
WARGA SETIA Menyertai: 28.03.2005 Ahli No: 15378
Posting: 517
Dari: Sabak Bernam Selangor
|
Posting pada: 26-12-08 21:16
ana tumpang lalu ana bukan ustaz dan ustazah hehehehe -----------------
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 26-12-08 21:49
Pada 26-12-08 21:16 , wafie posting:!!! QUOTE !!! ana tumpang lalu ana bukan ustaz dan ustazah hehehehe
budak-budak SAM under JAIS / sama under mana-mana JAInegeri2 yang ada sama/SMU pun da dikira selangkah d alam ustaz/ustazah...xgitu??budak-budak SMKA pun apatahlagi...
|
Strawberry_Ungu
WARGA SETIA Menyertai: 13.05.2007 Ahli No: 29927
Posting: 1053
Dari: Johor
|
Posting pada: 28-12-08 21:48
Pada 26-12-08 21:49 , syemarly posting:!!! QUOTE !!! Pada 26-12-08 21:16 , wafie posting:!!! QUOTE !!! ana tumpang lalu ana bukan ustaz dan ustazah hehehehe
budak-budak SAM under JAIS / sama under mana-mana JAInegeri2 yang ada sama/SMU pun da dikira selangkah d alam ustaz/ustazah...xgitu??budak-budak SMKA pun apatahlagi... tumpang lalu lang sat..ngeh3
|
sensei84
Warga 2 Bintang Menyertai: 06.12.2007 Ahli No: 31932
Posting: 42
Dari: Temerloh
|
Posting pada: 28-01-09 11:08
Ramainya yang tumpang lalu? Kenapa tak masuk hehe Jemput2 lah masuk jangan lah segan2 sebenarnya ada sdkt pembetulan group tu khas untuk ustaz-ustazah j-QAF kalau nak kenal mereka ni semua jom lah joint group tu sekali
|
lailasuhaila
Warga 5 Bintang Menyertai: 23.09.2008 Ahli No: 35134
Posting: 351
Dari: my heart...
|
Posting pada: 28-01-09 11:54
saya nak kenal lah en sensei84...tentu best kan saling bertukar pendapat ustaz-ustazah j-Qaf pun hebat2 jugak....
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 28-01-09 13:56
Pada 28-01-09 11:54 , lailasuhaila posting:!!! QUOTE !!! saya nak kenal lah en sensei84...tentu best kan saling bertukar pendapat ustaz-ustazah j-Qaf pun hebat2 jugak.... apa yang bestnya? cerita sikit ----------------- :: NoBoDy iS PeRFeCT :: ______________________________________ http://www.mymindstories.blogspot.com/
|
wahidatulfarahah
Warga 4 Bintang Menyertai: 14.01.2008 Ahli No: 32315
Posting: 328
Dari: malaysia
|
Posting pada: 28-01-09 15:51
jom tukar2 pendapat antara ustaz-ustazah jQaf.... nak bincang pasal apa ek? ada cadangan topik apa nak dibincangkn?
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 28-01-09 16:03
.. khaifa haluka.. boleh ke Kalau ana nak koin sekali dalam forum ni.. ana bukan ustaz..cuma hamba Allah yang hina ini... topik apa yang kita nak bincang.. moga sama-sama kita dapat bertukar fikiran dalam menegakkan agama Allah ini...
|
Addey
WARGA SETIA Menyertai: 13.03.2005 Ahli No: 15105
Posting: 948
Dari: kota marudu
|
Posting pada: 28-01-09 16:10
yang nak join semuanya bukan ustaz atau ustazah..... nampaknya kat ukhwah tak ada ustaz atau ustazah ni kecuali pembuka topik
|
yuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan
|
Posting pada: 28-01-09 16:15
BERHATI-HATILAH DALAM MENDIDIK MANUSIA Untuk menjadi seorang manusia yang baik, mustahil ia berlaku secara kebetulan. Walaupun Allah sudah membekalkan kepada manusia sifat-sifat fitrah semulajadi yang baik, tetapi bekalan itu tidak mencukupi untuk membenteng manusia dari berlaku baik kerana terlalu banyak cabaran serta godaan dunia yang mendatang. Ditakuti bila dicabar, bekalan yang dibekalkan oleh Tuhan kepada manusia akan habis. Sebab itulah manusia tidak boleh hanya mengharapkan bekalan yang Allah kurniakan sahaja. Di samping bekalan yang ada manusia juga boleh menjadi baik hasil dari didikan. Kalau begitu, untuk mendidik anak-anak serta keluarga, maka suami atau pemimpin di dalam rumahtangga mestilah memainkan tugasnya sebagai pemimpin untuk mendidik anak-anak serta isterinya. Jarang kita mendengar sesebuah keluarga berjaya secara kebetulan tetapi ia mesti bermula dari didikan yang berterusan. Adalah menjadi satu kesilapan besar, setelah mengetahui masalah yang dihadapi oleh anak-anak, baru ibu bapa hendak membetulkannya. Ibarat nasi sudah menjadi bubur. Sudah tersilap langkah, baru hendak dibaiki. Itu satu kesilapan besar. Di dalam Islam untuk membentuk sebuah keluarga yang baik, bukan difikirkan setelah pasangan anak teruna dara itu berumahtangga. Tetapi ia difikirkan sejak anak teruna dan dara itu masih bayi lagi. Silaplah kalau ada yang berfikir, bila dah menimang anak baru nak fikir tentang pendidikan anak-anak. Itu sudah terlambat. Mengapa? Kerana sumber didikan, sumber kasih sayang, sumber anak-anak boleh taat dan hormat kepada ibu bapa adalah berpunca dari sumber kerana rasa takut dan cinta kepada Tuhan. Sebab itu sejak kecil lagi mesti ditanam rasa takut dan cinta kepada Tuhan agar anak-anak nanti menjadi anak yang bertanggung jawab, amanah, jujur, berkasih sayang, pemurah, pemaaf, suka bertolak ansur, tolong menolong dan sebagainya. Dari rasa `takut` dan `cinta` terhadap Tuhan yang diadun pula dengan syariat Tuhan, itulah modal untuk membangunkan sebuah keluarga. Dari situ pula menjadi modal terbangunnya sebuah masyarakat, seterusnya sebuah negara dan empayar di dunia. Kalau perkara yang asas itu tidak disiapkan sejak ia masih bayi lagi, tiba-tiba bila sudah ada keluarga baru nak bertanggungjawab, bukan sahaja anak-anak dan isterinya sendiri yang menjadi cabaran. Itu merupakan cabaran yang kedua. Tetapi cabaran yang pertama dan utama ialah dirinya sendiri. Disebabkan tidak ada rasa takut dan cintakan Tuhan di dalam diri, dia sendiri gagal menjadi pemimpin, ayah atau suami yang baik di dalam keluarga tersebut. Mustahil seseorang boleh mencurahkan kasih sayang dan memberi kebahagiaan kepada orang lain sedangkan dirinya sendiri pun tidak merasa bahagia. Mana mungkin seorang ayah nak memberi kebahagiaan kepada anak-anak dan isterinya sedangkan dia sendiri pun tidak bahagia. Mana mungkin seorang pemimpin dapat memberi kebahagiaan kepada rakyatnya jika dirinya sendiri pun tidak merasa bahagia. Sebab itu, kalau anak-anak yang menjadi masalah, bukan mereka yang harus dipersalahkan tapi kedua ibu bapa merekalah yang bersalah. Kalau ada pasangan teruna dara yang nak berkahwin, satu kesilapan yang besar jika mereka hanya memikirkan perkahwinan hanya untuk menyelesaikan tuntutan fitrah (tuntutan biologi) sahaja. Hampir 99.9 % yang hendak berkahwin hanya untuk memuaskan tuntutan nafsu sahaja. Kasih sayang antara suami isteri yang lahir hasil dari tuntutan fitrah sahaja, ia akan luntur. Bila sakit, kurang menawan, kurang bertenaga dan sebagainya, maka akan lunturlah kasih sayang antara mereka. Si suami atau isteri akan mencari pasangan yang lain untuk menyempurnakan tuntutan fitrah mereka pula. Kalau begitu, setiap pasangan suami isteri yang berkahwin mesti difahamkan tujuan dan matlamat mereka berkahwin. "Berkahwin bukan semata-mata melepaskan tuntutan fitrah sahaja tetapi ada cita-cita untuk perjuangan Islam." Bila ada cita-cita ini, barulah kedua pasangan suami isteri akan bertanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak-anak sejak kecil sepertimana yang digariskan oleh syariat Islam. Nanti akan terbangunlah daulah Islamiah di dalam sebuah rumahtangga. Bila ada daulah Islamiah di dalam rumahtangga akan lahirlah keharmonian di dalam rumahtangga tersebut. Gabungan rumahtangga yang harmoni inilah akan membentuk sebuah masyarakat Islam yang harmoni. Seterusnya gabungan masyarakat yang harmoni ini pula akan terbangun sebuah daulah Islamiah. Barulah kita sedar sekarang sebenarnya masalah yang dibuat oleh anak-anak bukan berpunca dari diri mereka tetapi berpunca dari masalah kedua ibu bapa mereka yang tidak dididik secara Islam. Persiapan perlu dibuat dari awal lagi agar hasilnya benar-benar memberi hasil yang lumayan. Umpama seorang petani yang hendak menanam padi. Tanpa disemai, dikawal, dijaga benih tersebut, mana mungkin boleh memberi hasil padi yang banyak. Ditakuti padi tak berisi (sambang). Atau kerana tak jaga, padi dimakan burung. Justeru itu pendidikan anak-anak harus difikirkan dan menjadi tanggungjawab bersama untuk menanamkan rasa takut dan cinta kepada Tuhan sejak mereka kecil lagi. Di dalam ajaran Islam manusia itu boleh jadi dewasa (baligh) paling cepat 9 tahun, paling lambat 15 tahun. Ertinya manusia boleh jadi dewasa sekitar 9 15 tahun. Maksud dewasa di sini bukan sahaja fizikalnya atau tubuh kasarnya bahkan keempat anasir di dalam badan ikut dewasa sama akalnya, nafsunya dan rohnya. Buktinya fizikal manusia setelah dewasa sekalipun berumur 9 - 15 tahun jika dia berkahwin sudah ada nafsu dan boleh dapat anak. Akal ikut dewasa kalau mendapat pendidikan yang tepat. 9 - 15 tahun sudah boleh menjadi alim dan orang yang bertanggungjawab bahkan boleh menjadi profesor atau doktor falsafah, boleh hafaz Al Quran, dan hafaz ribuan Hadis. Begitu juga nafsunya akan ikut dewasa jika dididik dengan betul dan tepat. Berumur 9 - 15 tahun seseorang boleh memiliki setidak-tidaknya mendapat nafsu mulhamah. Seterusnya roh manusia boleh dewasa mengikut tubuh kasarnya dewasa. Berumur 9 - 15 tahun kalau cukup asuhannya, rohnya boleh menjadi bercahaya dan boleh mendapat hidayah dan dapat firasat dari Tuhan dan boleh menjadi orang bertaqwa. Selama ini yang sangat dijaga jasad lahirnya sahaja, tiga anasir lagi tidak diendahkan. Ia diberi makan yang cukup, dijaga kesihatannya, dijaga kesuburan pertumbuhan badannya. Maka badan lahirnya pun segera subur dan dewasa, 10 atau 12 tahun dia sudah baligh atau matang. Malangnya tiga anasir lagi dibiarkan tidak dididik, bahkan tidak dipedulikan iaitu akal, nafsu dan rohnya. Oleh yang demikian seseorang itu sudah tidak seimbang lagi di dalam dirinya. Di waktu badan kasar dewasa, badan halus atau rohaninya tidak dewasa, bahkan masih bersifat keanak-anakan. Akal, nafsu dan rohnya masih keanak-anakan, badan kasarnya sudah boleh melahirkan anak dan boleh menjadi ibu dan bapa. Jasad lahirnya sudah boleh membuat tugas besar, jasad batinnya belum mampu bertugas besar dan penting akibat daripada sistem pendidikan yang tidak tepat dan tidak seimbang. Di samping para pendidik, ibu bapa, guru-guru, penjaganya tidak faham mengimbangkan empat anasir di dalam diri manusia. Maka terjadilah empat anasir di dalam diri manusia tidak serentak dewasa bersama tubuh kasarnya. Yang punya diri pun rugi, negara dan bangsa pun ikut rugi kerana manusia itu adalah aset negara dan bangsa. Cara umat Islam belajar di zaman ini sudah tersalah dan tersilap. Mereka mendapat ilmu sangat terbatas. Ilmu hanya didapati di tempat pengajian atau di sekolah rasmi semata-mata.Padahal di sekolah hanya ilmu teori bukan praktikal untuk kehidupan sehari-hari manusia. Inilah akibat sistem pelajaran yang salah dan tidak berhati-hati dilagang. Belajar di luar sekolah di dalam kehidupan tidak dapat sijil dan ijazah tidak perlu ambil pelajaran dan perhatian lagi. Hanya sanggup belajar semata-mata di mana boleh dapat tauliah kalau tidak tak payah. Padahal ilmu lebih banyak lagi dapat dari kehidupan bukan dari sekolah dan di pengajian tinggi. Belajar dengan mendengar, melihat berbagai-bagai perkara kalau diperhati lebih banyak dapat daripada di sekolah dan di institusi. Pergi melihat laut, pandang dengan bersahaja tidak dapat apa-apa. Melihat kehidupan nelayan, pandang tanpa membaca tidak dapat pelajaran darinya. Melihat gunung-ganang, bukit-bukau, hutan belantara tidak dapat pelajaran memandangnya kerana pergi itu semata-mata berhibur bukan hendak mengetahui kejadian dan sifat-sifatnya maka tidak dapat apa-apalah.Pergi ke padang pasir melihat kehidupan orang-orangnya pandang bersahaja tidak pun mengambil pelajaran daripada kehidupan mereka, tidak dapat ilmulah darinya. Pergi hanya buang-buang masa yang dapat hanya letih sahaja adakalanya pergi secara escapism, mengubat jiwa yang derita. Maka tentulah tidak dapat pelajaran daripada melihatnya. Pergi ke bendang dengan kehidupan orang-orangnya tidak pun diperhati dengan akal hingga dapat pelajaran darinya hanya pandang dengan mata semata-mata tidak pun difikirkan apa yang dilihat tidak dapat pelajaranlah darinya.Pergi ke kampung, pergi ke pekan, juga ke bandar pandang tidak mengguna otak bagaimana cara hidup, budaya mereka tentu tidak sama, mengapa tidak sama, mesti ada jawapannya jika mengguna otak kita pergi hanya dapat berhibur melihat semata-mata, rahsia kehidupan mereka tidak dapat dibaca. Padahal kalau dilihat dengan akal banyak ilmu dan pelajaran daripada kehidupan mereka. Begitulah kalau dasar pelajaran dilagang dengan tujuan semata-mata matlamat makan gaji. Mana yang tidak ada kena-mengena dengan makan gaji apa yang dilihat tidak diambil peduli. Ilmu macam ini tidak termasuk di dalam sukatan pelajaran negara. Kalau periksa tidak akan dipersoalkan apa perlu diambil perhatian, yang dipentingkan apa yang dipelajari sahaja di dalam peperiksaan dipersoalkan. Siapa yang berjaya mendapat kelulusan yang tinggi dapat pujian. Setakat itu sahajalah yang dikatakan oleh para pemimpin dan guru cemerlang, gemilang dan terbilang. Ilmu-ilmu tambahan selain di sekolah tidak diberatkan dan tidak digalakkan seolah-olah ilmu itu semata-mata di sekolah dan di tempat pengajian. Kerana itulah kelulusan tinggi ilmunya singkat sekali tidak boleh diharapkan. Ilmu hanya dapat di pengajian tinggi selain itu tidak dapat ilmu kerana tidak ambil peduli.Kemudian mengharapkan bangsa maju, cemerlang gemilang dan terbilang. Ilmu tidak boleh semata-mata diikatkan dengan makan gaji tidak kena-mengena pun dengan makan gaji, ilmu kenalah kaji dan dicari. Sumber ilmu bukan semata-mata di tempat belajar dan mengaji kalau kita suka mengkaji dan menggali, ilmu di mana sahaja boleh didapati. Orang Melayu konsep menuntut ilmu sudah disalah erti. Ilmu dicari hanya sekadar untuk keperluan makan gaji, ia adalah satu pandangan dan fikiran yang sudah basi. Kalau dari kecil sudah salah terima pengajaran dan didikan.Pengajaran dan didikan tidak lagi bertunjangkan iman dan ketuhanan maka manusia akan tersalah berfikir,jiwa manusia akan rosak fitrahnya. Dirosakkan oleh cara berfikirnya sejak dari kecilnya. Apabila fikrah sudah sebati dengan keyakinan yang tidak bertunjangkan iman, jiwa pula hitam dengan mazmumah disebabkan ajaran yang diterimanya. Kalau ia menjadi pengajaran dan didikan rakyat umum. Aduh, punahlah satu bangsa di dalam sebuah negara. Punahnya memakan masa paling tidak puluhan tahun kalaupun tidak ratusan tahun. Jika ia telah menjadi fikrah dan jiwa satu bangsa bukan senang hendak dipulihkan semula. Biasanya ia akan pulih manakala Allah Taala utuskan di kalangan mereka pemimpin yang dijanjikan atau pemimpin yang ditunjuk oleh Tuhan. Kerana itulah setiap pendidikan dan pengajaran yang hendak dijadikan warisan bangsa hendaklah berhati-hati dan penuh teliti. Kerana kalau tersilap dari mula mengasaskannya, oleh kerana kesilapan pemimpin-pemimpin bangsa itu. Rosak binasalah bangsa itu hingga beberapa generasi hendak membetulkannya semula terpaksa makan masa berpuluh atau beratus tahun lamanya.
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 28-01-09 16:24
Solat asas keteguhan keperibadian Muslimin "Apabila mendengar azan bangun serta-merta walau dalam keadaan bagaimana sekali pun," kata asy-Syahid Imam Hasan al-Banna lewat wasiatnya yang pertama. Iklan Di dalam 10 wasiat asy-Syahid Imam Hasan al-Banna, beliau mengingatkan ikhwan berhubung solat. Solat terletak di tempat yang pertama, mengatasi segala yang lain. Hal ini sesuai sekali dengan kisah bagaimana pendirian baginda Rasulullah s.a.w tentang solat. Solat adalah antara ucapan terakhir yang kerap disebut oleh baginda menjelang hari terakhir kewafatannya. "Apabila mendengar azan bangunlah serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun," demikian pesan al-Banna. Kenapa sang mujaddid ini meletakkan ungkapan sebegitu? Solat adalah benteng yang mengeluarkan manusia daripada garis-garis kesesatan. Dalam solat itu, terkandung kewajipan membaca surah al-Fatihah dan dalam surah itu kita telah diwajibkan untuk membaca doa ihdina as-Siratal Mustaqim. "Berilah kami petunjuk ke arah jalan yang diluruskan," itulah doa teragung yang wujud di dalam surah tersebut. Maka, jika manusia tidak menunaikan solat, mereka akan terhalang daripada rahmat Tuhan dan terdedah kepada jalan-jalan kesesatan. Iblis akan menipu manusia melalui bisikan kata-kata bahawa kedudukan mereka itu telah tinggi dan mencapai kedudukan tertentu. Lalu, mereka tidak perlu lagi menunaikan solat. Helah ini berguna untuk memusnahkan jiwa manusia. Dengan sikap enggan menunaikan solat itu tadi, manusia akan semakin mudah disesatkan kerana lidah mereka terasa asing daripada menyebut doa, "Berilah kami petunjuk ke arah jalan yang diluruskan." Solat inilah satu-satunya amalan yang perlu dilakukan setiap hari bertujuan agar manusia itu sentiasa terjalin hubungannya dengan Tuhan setiap masa. Ada amalan yang dibuat setahun sekali seperti berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat dan menunaikan fardhu haji sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Dunia tidak sunyi daripada solat Dengan peredaran matahari dan bulan, dunia kita ini tidak pernah sunyi daripada laungan azan yang menyeru manusia agar bingkas menunaikan solat. Ertinya, dunia ini akan sentiasa bergema dengan kalimah Tauhid. Dengan sebab itu, siapa yang bersolat, maka dia telah menegakkan Islam di dalam dirinya dan negaranya. Sabda Rasulullah s.a.w, "Solat itu tiang agama. Sesiapa yang menunaikan solat, maka dia menegakkan tiang agama. Dan sesiapa yang yang tidak menunaikan solat bererti dia telah meruntuhkan agamanya." Dengan menunaikan solat, jiwa terasa tenang, hati terasa lapang. Hati terang, tenang serta jiwa yang lapang inilah yang menumbuhkan kekuatan jiwa dalam diri seseorang Muslim itu untuk terus hidup dalam keimanan dan ketaqwaan. Sebaik-baiknya solat itu perlu segera ditunaikan pada awal waktu, pada ketika mendengar azan. Menurut Hasan al-Banna, solat itu hendaklah diusahakan semampu yang terdaya. Ini membuktikan kesungguhan kita. Hasan al-Banna mengaitkan azan dengan solat dalam wasiatnya yang pertama ini. Di situ ada sumber kejayaan. Di situ ada sumber pertolongan. Di situlah akar taufik. Perhatikan juga, banyak perintah dalam al-Quran dimulakan dengan menyebut solat di awalnya. Perhatikan bagaimana Tuhan mensyariatkan solat. Solat juga di medan perang. Walaupun pada saat genting, darurat dan kecemasan.
|
yuhada
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.10.2006 Ahli No: 26939
Posting: 130
Dari: kelantan
|
Posting pada: 28-01-09 16:35
MENDIDIK ANAK UNTUK HARI TUA ATAU UNTUK TUHAN? Bagi kebanyakan manusia, termasuk orang Melayu,anak-anak yang masih kecil dianggap sebagai cahaya mata, belahan hati, penawar jiwa, intan payung dan macam-macam lagi. Sangat disayang dan dimanjakan.Apabila besar sikit, disediakan anak-anak itu untuk menghadapi tuntutan hidup. Diberi pelajaran dan kemahiran setinggi-tingginya supaya apabila besar nanti dapat kerja, dapat jawatan dan dapat gaji lumayan. Mereka rasakan itulah tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Mereka mahukan anak-anak mereka berjaya dan senang dalam hidup. Kadang-kadang terselit juga di hati ibu ayah, kalau-kalau anak-anak sudah besar dan berjaya, maka akan senanglah hidup ibu ayah. Anak-anak akan membantu dan membela mereka. Anak-anaklah menjadi tempat mereka bergantung apabila tua kelak. Anak-anaklah yang menjamin masa depan mereka. Mereka bersandar kepada anak-anak mereka untuk hari tua. Memang anak-anak patut membela dan berkhidmat kepada ibu ayah setelah mereka tua. Ini tuntutan fitrah. Ini juga tuntutan agama. Tuhan pun memang hendak begitu. Tetapi patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk tujuan ini semata-mata.Patutkah ibu ayah mendidik anak-anak untuk kepentingan diri mereka sendiri? Patutkah anak-anak itu dianggap sebagai satu pelaburan untuk kebaikan dan kesenangan masa depan ibu ayah? Kalau begitu, anak-anak tidak ubah sebagai haiwan ternakan. Dibela, diternak supaya akan dapat merasakan untung dan hasilnya satu hari nanti. Kalau begitu mendidik anak tak ubah seperti satu usaha komersial atau satu penanaman modal atau satu kegiatan ekonomi. Konsep ini perlu dikikis dan dibuang jauh-jauh. Ia tersimpang dari kehendak agama dan kehendak Tuhan. Anak-anak itu adalah amanah Tuhan. Mereka perlu dididik untuk Tuhan.Mereka perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takutkan Tuhan.Mereka perlu dididik supaya menjadi hamba Tuhan selepas itu menjadi khalifah Tuhan dimuka bumi. Mereka perlu dididik untuk mengabdi diri kepada Tuhan dan menjadikan cinta agung mereka. Mereka perlu dididik supaya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanyalah untuk Tuhan. Anak-anak itu anugerah Tuhan. Oleh itu, kenalah didik mereka untuk Tuhan. Kalau ini dilakukan, barulah anak-anak itu akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak dan berjasa. Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Tuhannya dan sesama manusia, lebih-lebih lagilah kepada kedua-dua ibu dan ayah mereka. Soal anak-anak menjaga dan membela ibu ayah mereka akan terjadi dengan sendiri setelah anak-anak itu menjadi hamba-hamba yang beriman dan bertaqwa. Apabila anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk mengenal, mencintai dan takut dengan Tuhan, maka dunialah yang akan menjadi matlamat hidup mereka. Keinsanan mereka tidak akan terbina, nafsu mereka akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat mazmumah yang keji seperti tamak, haloba, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain-lain yang bersarang dihati mereka. Mereka tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil, benar atau salah, adil atau zalim, manusia ataupun Tuhan. Kalau Tuhan pun mereka tidak pedulikan, apakah harapan mereka memperdulikan ibu ayah mereka, jauh sekali untuk membela dan berkhidmat kepada mereka. Ibu ayah akan menjadi penghalang untuk mereka mengejar dunia mereka. Mereka akhirnya derhaka kepada ibu dan ayah. Di Akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis. Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah mereka.Mereka akan menuntut hak yang tidak diberikan kepada mereka. Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka kerana tidak mendidik mereka untuk Tuhan. Ibu dan ayah yang tidak mendidik anak-anak mereka untuk Tuhan pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih lagi di Akhirat. Di Akhirat nanti anak yang mereka sayang itu akan bertukar menjadi musuh. Kalau anak-anak dididik untuk Tuhan hingga mereka menjadi orang-orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset kepada kedua ibu ayah mereka. Mereka akan menjadi aset di dunia dan aset di Akhirat. Di dunia mereka akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayah mereka. Apabila mati kedua ibu dan ayah, anak seperti ini akan mendoakan mereka. Doa mereka tidak terhijab. Ibu dan ayah juga kan terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari amalan soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat dididkan dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu. Hadis ada menyebut: " Bila mati anak Adam, akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah yang dibuatnya, ilmu yang bermanfaat yang diajarnya dan anaknya yang soleh." Kita harus ingat bahawa anak kita itu adalah hamba Tuhan. Tuhan lebih berhak ke atasnya daripada kita. Hanya Tuhan mengamanahkan dia kepada kita. Oleh itu, kita perlu didik dia untuk Tuhan, bukan untuk kita. Anak kita hanya anak kita sementara di dunia. Di Akhirat, dia bukan anak kita lagi. Di Akhirat, anak tak peduli ayah, anak tak peduli ibu. Ibu ayah juga tak pedulikan anak. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Setakat mana kita mampu mendidik anak-anak kita untuk Tuhan, setakat itulah manfaatnya untuk diri kita.
|
OT
Warga 1 Bintang Menyertai: 20.04.2008 Ahli No: 33283
Posting: 27
Dari: kangar
|
Posting pada: 28-01-09 19:32
rasa macam berminat nak join lah pula..jom ramai-ramai
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 28-01-09 22:11
nak join marilah.. tapi topik apa yang nak bincang apa kata kita bincang fsl aurat wanita.. cara-cara nak lembutkan hati wanita yang keras supaya taat pada perintah Allah.. kita yang ada ilmu ini sepatutnya bagitahu pada mereka yaang jahil tentang agama... sama-samalah kita doa moga Allah beri taufik dan hidayah pada mereka yang lalai..
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 29-01-09 09:10
salam ukhwah kepada semua sahabat.. tak ada sapa yang nak join topik ni ke.. sama-samalah kita berdakwah.. pagi yang mulia ini, kita kena ucapkan syukur pada Allah kerana di beri peluang untuk menjalani kehidupan seperti biasa.. dan di beri peluang menimba banyak ilmu agama yang ada di depan mata kita... cuma kita pada zaman moden sudah semakin kurang untuk ke tempat majlis2 ilmu ini.. sebab apa? semua ini di sebabkan kita kurangnya iman .....
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 30-01-09 10:20
Pada 17-12-08 07:31 , sensei84 posting:!!! QUOTE !!! Salam kepada semua sahabat-sahabat khususnya guru-guru pendidikan islam atau ustaz,ustazah seluruh Malaysia
saya baru saja lepas create satu web group ala-ala friendster dan myspace khas untuk kita menambah kenalan dan bertukar-tukar pendapat
So apa kata kita pakat joint ramai-ramai group ni...
Jom Tengok dulu dan kalau berminat jangan lah segan2 nak joint
http://j-qafspace.ning.com
mungkin banyak benda yang boleh kita share kat group ni
mabruk alaik.. satu usaha yang murni... JOM JOIN.. SENYUM SOKMO!!!
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 30-01-09 11:15
hhm..jujur..saya terlalu takot kalau ada orang yang anggap or panggil saya ustaz...uhh..terlalu berat..terlalu berat... ustaz...sapa yang berani mengakui dirinya sebagai ustaz..gembira dipanggil ustaz..??saya ambil ilmu wahyu, tapi ketika orang2 panggil saya ustaz, saya jadi takot..takot..
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 30-01-09 11:23
Pada 30-01-09 11:15 , Mulya posting:!!! QUOTE !!! hhm..jujur..saya terlalu takot kalau ada orang yang anggap or panggil saya ustaz...uhh..terlalu berat..terlalu berat...
ustaz...sapa yang berani mengakui dirinya sebagai ustaz..gembira dipanggil ustaz..??saya ambil ilmu wahyu, tapi ketika orang2 panggil saya ustaz, saya jadi takot..takot.. erm.. gelaran itu memang takut apatah lagi tanggungjwab yang di pikul terlalu besar... Demi anak bangsa dan negara... perlu pengorbanan yang tinggi... Demi bangsa dan agama... Nyawa di pertaruhkan.. Demi Islam tercinta.. kita terus gembelingkan tenaga sedaya upaya.. agar Islam di hati manusia.. p/s : mulya teruskan ye... takut perlu ada.. tapi sampai bila???
|
Mulya
WARGA SETIA Menyertai: 10.09.2007 Ahli No: 31000
Posting: 1015
Dari: SELANGOR DARUL EHSAN
|
Posting pada: 30-01-09 11:52
saya lebih suka dipanggil nama dan biasa-biasa saja..dan kerja dalam islam tetap harus dikerjakan..dakwah tetaplah dakwah..
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 30-01-09 11:57
Pada 30-01-09 11:52 , Mulya posting:!!! QUOTE !!! saya lebih suka dipanggil nama dan biasa-biasa saja..dan kerja dalam islam tetap harus dikerjakan..dakwah tetaplah dakwah.. ooo. begitu. tapi masyarakat nak panggil juga dengan gelaran itu. macam mana pula?? betul tak???? mesti dia panggil jugak/ sebab saya da rasa macam begitu.. saya sendiri tak hendak.. tapi dia datang sendiri...
|
akasia
WARGA SETIA Menyertai: 21.03.2006 Ahli No: 23581
Posting: 754
Dari: bandar minyak bumi kenyalang
|
Posting pada: 13-02-09 07:48
syabbas bethe .. ostat al-masry ni...hayyu sabik..hahaha
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 13-02-09 10:36
salam.......... Alhamdulillah.. sama-samalah bersama menegakkan agama Allah.. 5 sifat para sahabat ra yang perlu kita ikuti untuk mencapai tahap keimanan yang baik dan ikhlas.. i) yakin dengan khalimah Toyyibah ii) sentiasa solat dengan khusyuk dan khudud iii) ilmu dan zikir iv) ikram wal muslimin v) ikhlas niat vi) keluar di jalan Allah..
|
minnie
Warga 3 Bintang Menyertai: 13.05.2005 Ahli No: 16491
Posting: 122
Dari: kedah
|
Posting pada: 14-02-09 13:25
assalamualaikum..dah join tadi..tahniah kepada empunya website yang berjaya create laman yang sebegitu..saya pun insyaallah bakal ustazah..tapi kpli..tak apa kan join?em tahniah sekali lagi..
|
syemarly
Menyertai: 06.08.2004 Ahli No: 10520
Posting: 3181
Dari: PINGGIRAN WILAYAH
|
Posting pada: 15-02-09 07:53
erm.. seorang lecturer saya, pernah 'menyaond' seorang member saya, masa tu dia bagi salam tak silap, atau nak tanya sumthing agaknya..tapi nak tau apa yang dijawabnya?? "apa ustaz, ustaz?! tak ada hormat ka!"..masa tu terkejut hati member tu.. iyalah..apa salah dia? akhirnya ada seniour beritahu, memang lah dia tu pensyarah d jabatan pengajian islam, tapi oleh sebab dia ni bertitle 'doctor' malah bertaraf prof madya, maka lebih manis disebut gelaran tu.. saya sebenarnya tak sokong mana-mana pun.. tapi memang dalam situasi rasmi benda-benda tu kan kena ikut, betul tak?
|
akil78
Warga 4 Bintang Menyertai: 28.01.2009 Ahli No: 36927
Posting: 209
Dari: selangor, malaysia
|
Posting pada: 15-02-09 22:11
salam .. tahniah jadi bakal ustazah.. tapi kenalah amalkan apa yang kita pelajari dan sebarkan kepada mereka yang memerlukan.......
|
shah_hidayah86
Warga 3 Bintang Menyertai: 01.03.2008 Ahli No: 32774
Posting: 84
Dari: SHAH ALAM
|
Posting pada: 16-02-09 01:10
SALAM>>> Astagfirullah.... ada jugak jenisan ilmuan agama ni marah di panggil "ustaz" bila dah dapat title duniawi "DR" atau "Assoc. Prof. "?? ehmm...kepada syemarly, sampaikan salam saya pada sahabat anda yang kena sound tu.......sian kat dia...
|
as-syafie
WARGA SETIA Menyertai: 25.01.2007 Ahli No: 28366
Posting: 461
Dari: Mesir Darul Ulama'
|
Posting pada: 16-02-09 02:46
Pada 16-02-09 01:10 , shah_hidayah86 posting:!!! QUOTE !!! SALAM>>>
Astagfirullah....
ada jugak jenisan ilmuan agama ni marah di panggil "ustaz" bila dah dapat title
duniawi "DR" atau "Assoc. Prof. "??
ehmm...kepada syemarly, sampaikan salam saya pada sahabat anda yang kena sound
tu.......sian kat dia... ada juga macam tu ke???
|