Buat wanita…
(18 Mac 2000 – Meru, Klang)
Rusuk kiri asal kejadian,
Walau tinggi dirimu diagungkan,
Walau kau mampu mencapai bulan,
Dirimu tetap perlukan pimpinan,
Kau berhadapan hina mulia,
Kerana disangka tidak berdaya,
Kerana disangka tak mampu berjaya,
Namun kau sendiri yang menentukannya,
Usia mencabar kau jadi isteri,
Sikap penyayang menjadi penyeri,
Dambakan kasih setiap hari,
Dari seorang suami sejati,
Usia mencabar kau jadi ibu,
Jasa mu tinggi nilai beribu,
Mendidik anak erti keliru,
Mengasuh umpama seorang guru,
Wahai wanita kau sangat berharga,
Lorong yang gersang jangan kau duga,
Kelak dirimu akan binasa,
Mengira sayu butiran dosa,
Ingatlah kamu dihai wanita,
Pesanan dari seorang pecinta,
Dari apakah engkau dicipta,
Dan jika berdepan seribu derita,
Cahaya Yang Esa jadikan pelita.
-----------------