Array
Welcome To Portal Komuniti :: Ukhwah.com

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-03-2024  

  Login
Nickname

Password

>> Mendaftar <<

  Mutiara Kata
Every closed eye is not sleeping and every open eye is not seeing

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Ukhwah.com
Terkini: navratan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 43152

  Sedang Online
Sedang Online:
Tetamu: 157
Ahli: 0
Jumlah: 157




  Yang Masuk Ke Sini
muslimin23: 2 hari yang lalu
Rashdin: 27 hari yang lalu


Klinik Ukhwah
Topik: Uti ( urinary track infection)


Carian Forum

Moderator: Administrator, Meow, dramian219
Portal Komuniti :: Ukhwah.com Indeks Forum
  »» Klinik Ukhwah
    »» Uti ( urinary track infection)

Please Mendaftar To Post


Oleh Uti ( urinary track infection)

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-12-08 01:47


Jangkitan Salur Kencing
( urinary track infection )

Apa itu salur kencing?
Salur kencing terdiri daipada dua ginjal,dua ureter, pundi kencing dan urethra.

Apa itu jangkitan salur kencing?
Jangkitan salur kencing mempunyai beberapa petunjuk klinikal :

-Asymptomatic bacteriuria (Bakteria di kesan dalam air kencing tanpa menunjukkan tanda-tanda dan gejala)
-Cystitis (Radang pundi kencing)
-Pyelonephritis (Jangkitan pada buah pinggang)

Bagaimana kebiasaan jangkitan salur kencing?
Jangkitan salur kencing biasa pada wanita. Lebih kurang 50-80% wanita mendapat jangkitan sekurang-kurang sekali seumur hidup, biasanya melibatkan Cystitis yang tidak rumit

Kejadian jangkitan buah pinggang lebih kurang 28 setiap 10,000 wanita dikesan setiap tahun

Jangkitan salur kencing jarang berlaku dikalangan lelaki yang masih muda

Dikalangan kumpulan lelaki yang telah berumur bengkak kelenjar prostat jenis binign kebiasanya adalah faktor penyebab jangkitan salur kencing.

In main, a single episode of UTI has to be investigated particularly if the patient is in the younger age group.

Bagi golongan lelaki satu episode jangkitan salur kencing perlu disiasat teruatama sekiranya pesakit itu dalam kumpulan umur muda

Bagi kanak-kanak, klik Jangkitan Salur Kencing (kanan-kanak).

Apakah faktor risiko bagi jangkitan salur kencing ?
Faktor risiko berkaitan dengan jangkitan salur kencing :

-Faktor risiko berkaitan dengan jangkitan salur kencing

-Recent sexual intercourse (honeymoon cystitis) - in women

-Hubungan sex yang terkini bagi wanita (Cystitis bulan madu )

-Abnormalities in the urinary tract

-Salur kencing yang tidak normal

-Kencing manis

-Urinary incontinence - in women and benign prostatic hyperplasia in main

-Kencing tidak terkawal pada wanita dan bengkak kelenjar prostat

-Batu karang dalam buah pinggang

-Hamil

-Pemasangan tiub dalam salur kencing


Apakah penyebab jangkitan salur kencing ?
Implikasi dari pelbagai organisma seperti berikut :-

Escherichia coli (80-85%)
Staphylococcus saprophyticus (5-15%)
Klebsiella species )
Proteus species ) kebiasaannya mendapat jangkitan dihospital
Pseudomonas aeruginosa )
Candida
Enterococci dan lain-lain organisma

Bagaimana saya tahu saya mendapat jangkitan salur kencing ?

Presentasi klinikal jangkitan salur kencing pelbagai dari

-Asymptomatic bacteriuria - Tiada tanda dan gejala

-Bakteria dikesan didalam kencing tanpa tanda-tanda dan gejala tidak memerlukan rawatan anti mikrobial kecuali dalam keadaan tertentu. Ini termasuk kehamilan, sebelum pembedahan atau penggunaan alat dalam salur kencing dan selepas pemindahanginjal. Rawatan kepada Asymptomatic bacteriuria kepada pesakit yang menggunakan ubat 'immunosuppressed' disebabkan pemindahan organ selain daripada pemindahan ginjal (contoh organ solid atau sum-sum tulang) sebab kurang seldarah putih tidak dikaji sepenuhnya dan tidak digalakkan sebagai amalan standard.

Tanda-tanda jangkitan bahagian bawah salur kencing :
-Cystitis dan radang salur kencing urethra
---Pedih semasa kencing
--Kerap kencing
--Kencing yang tidak boleh tahan
---Kerap kencing malam
--Sakit bahagian hari-hari
--Kencing keruh/berbau/kencing berdarah


Tanda-tanda dan gejala jangkitan ginjal :
-Radang buah pinggang akut
demam,sejuk dan menggigil
-Sakit belakang bahagian buah pinggang kadang kadang menyusur ke bahagian pinggang
loya dan muntah
-Seakan akan tanda-tanda dan gejala radang pundit kencing
renjatan septic - perubahan mental dan keliru, hilang selera, tekanan darah rendah, sejuk dan berpeluh hujung anggota.
-Anda perlu berjumpa doctor agar sejarah perubatan dan pemeriksaan fizikal dapat dilakukan. Beberapa ujian perlu dilakukan:-

Ujian air kencing - sampel air kencing diambil diperingkat pertengahan semasa kencing bagi mendapatkan sampel yang bersih.

Bagaimana contoh air kencing ini di ambil?
Basuh tangan dengan air dan sabun dengan bersih. Cuci zakar atau bahagian bibir faraj bagi perempuan dari depan ke belakang seelok-eloknya menggunakan span atau gauze dan sabun yang dibekalkan.
Mulakan kencing dalam mangkuk tandas. Tahan kencing selepas beberapa titik.
Tadah bekas untuk mengambil sampel air kencing di peringkat pertengahan ketika kencing
Setelah sampel diambil teruskan kencing dalam mangkok tandas sehingga selesai
Tutup bekas sampel air kencing dengan kemas untuk mengelakkan tumpahan dan tercemar.


Beberapa ujian dibuat keatas sampel untuk mengesahkan diagnosa.

Pemeriksaan Contoh air kencing mikroskopi dan 'dipstick'
Ujian kultur dan sensitiviti
Doktor anda mungkin meminta anda menjalani ujian selanjutnya seperti ujian darah profil ginjal bagi tujuan memeriksa fungsi ginjal atau ujian kandungan gula untuk memastikan anda bebas kencing manis.


Apakah rawatan jangkitan salur kencing?
Pada amnya jangkitan salur kencing tanpa tanda-tanda dan gejala tidak memerlukan rawatan. Bagaimanapun jangkitan beserta dengan tanda-tanda dan gejala memerlukan rawatan antibiotik sebagai pesakit luar. Anda perlu masuk wad sekiranya penyakit anda serius atau tidak sesuai dengan ubat makan atau anda mengalami koplikasi perubatan yang memerlukan terapi intravena. Jus cranberry pernah dicuba untuk merawat jangkitan salur kencing.

Rawatan dengan agen antimicrobial adalah tidak mencukupi. Sebab-sebab jangkitan salur kencing perlu disahkan.

Lain-lain langkah pengawalan adalah seperti berikut :

-Pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3-4 liter sehari
-Kebersihan bahagian kemaluan dan salur kencing dengan sempurna.
-Tingkatkan kekerapan kencing terutama selepas hubungan sex (terutama pada perempuan)
-Elak hubungan sex berbilang pasangan
-Elak penggunaan 'douches' dan semburan 'feminine'
-Gunakan napkin dan tukar setiap kali selepas kencing
-Pakai seluar dalam jenis kapas dan elakkan dari memakai seluar ketat

Saya mengandung dan pada fikiran saya mendapat jangkitan salur kencing ? tolong bantu.
Terdapat perbezaan besar dalam pendekatan jangkitan salur kencing bagi wanita mengandung.

Asymptomatic bacteriuria hendaklah diselesaikan secara aktif dan perlu dirawat secara agresif ( pemeriksaan lanjut tidak diperlukan jika tidak hamil)
Cystitis yang tidak teruk dan Asymptomatic bacteriuria semasa hamil perlu rawatan jangka pendek. Walaubagaimanapun ubat yang digunakan hendaklah selamat dan terhad pada wanita hamil sahaja.
Pemeriksaan susulan pesakit yang ada bacteriuria semasa hamil adalah lebih titik beratkan, dengan strategi pengunaan rawatan 'prophylactic' bagi wanita hamil dengan bacteriuria yang berulang-ulang.


Apakah prognosis untuk jangkitan salur kencing?
Asymptomatic bacteriuria sahaja tidak menyebabkan peningkatan kadar kematian

Jangkitan salur kencing boleh berlaku berulang-ulang (belaku selepas cukup tempoh rawatan atau semasa dalam rawatan).

Jangkitan yang berulang-ulang boleh menjurus kepada radang ginjal atau kegagalan ginjal


Semakan Akhir : 28 April 2008


-----------------
Photobucket

MaSyAraKat HRmONi KeLuARga bahagia


Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

smile_roses
WARGA SETIA
Menyertai: 21.09.2003
Ahli No: 3694
Posting: 895
Dari: Bumi Allah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 10-12-08 22:21


info yang bagus untuk pengetahuan bersama..
syukron ukhti awan :D

Bookmark and Share

    


  Member Information For smile_rosesProfil   Hantar PM kepada smile_roses   Pergi ke smile_roses's Website   Quote dan BalasQuote

lemochi_adachi
WARGA SETIA
Menyertai: 10.10.2008
Ahli No: 35332
Posting: 420
Dari: SABAK BERNAM

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-12-08 22:24


info berguna untuk semua ini....terima kasih

Bookmark and Share

    


  Member Information For lemochi_adachiProfil   Hantar PM kepada lemochi_adachi   Quote dan BalasQuote

PakTua66
Warga Rasmi
Menyertai: 12.12.2008
Ahli No: 36276
Posting: 1
Dari: Alor Setar

Kedah  


posticon Posting pada: 12-12-08 17:59


Salam. PakTua syorkan kepada sesiapa yang ada masalah kesihatan sila hubungi sifu PakTua, Dr. Sham, InsyaAllah dia boleh tolong....
website dia..... http://bioenergyhealing.webs.com

Bookmark and Share

    


  Member Information For PakTua66Profil   Hantar PM kepada PakTua66   Pergi ke PakTua66's Website   Quote dan BalasQuote

awan_biru85
WARGA SETIA
Menyertai: 03.12.2006
Ahli No: 27594
Posting: 772
Dari: sabak terbenam

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 13-12-08 23:24


Uti biasanya kena pada pesakit wanita........tetapi lelaki kurang lah.....kalau tak percaya tanya mereka yang kerja di male wad.........

Bookmark and Share

    


  Member Information For awan_biru85Profil   Hantar PM kepada awan_biru85   Pergi ke awan_biru85's Website   Quote dan BalasQuote

sakinahazzahra
-WARGA AMAT SETIA-
Menyertai: 21.08.2007
Ahli No: 30733
Posting: 4295
Dari: rumahku syurgaku

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 18-12-08 21:00


nak tambah sikit..

"major cause of UTI is incomplete emptying of the bladder during urination. Retained urine serves as a reservoir (habitat) for microbial (mikroorganisma) growth, thereby fostering infection. It is important for both females and males to empty the bladder frequently and completely. People with various kinds of paralysis (lumpuh) who cannot void completely tend to have frequent UTI"

bila tahu benda ni apa yang saya terfikir..
orang Islam berdehem bila kencing (dengar juga kalau wanita kena tekan bahagian abdomen) supaya semua air kencing keluar..
SubhanAllah..


Kenapa wanita lebih berisiko dapat UTI?
sebab urethra (salur kencing) pada wanita lebih kurang 2 inci manakala lebih kurang 9 inci bagi lelaki dan kedudukan urethra wanita berdekatan dengan vagina dan anus..

jadi jangkitan boleh berlaku pada wanita akibat "poor hygiene" sebab bakteria dari usus (yang keluar bersama feces) memasuki urethra..
jadi untuk penjagaan kebersihan bagi wanita (hehe ini masa dalam tandas lah ni) pembersihan mestilah dari depan ke belakang
bukan dari belakang ke depan


-----------------
dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap alam nasyrah: 8


Bookmark and Share

    


  Member Information For sakinahazzahraProfil   Hantar PM kepada sakinahazzahra   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 




Datacenter Solution oleh Fivio.com Backbone oleh JARING Bukan Status MSCMyPHPNuke Portal System

Disclaimer: Posting dan komen di dalam Portal Komuniti Ukhwah.com ini adalah menjadi hak milik ahli
yang menghantar. Ia tidak menggambarkan keseluruhan Portal Komuniti Ukhwah.com.
Pihak pengurusan tidak bertanggung jawab atas segala perkara berbangkit
dari sebarang posting, interaksi dan komunikasi dari Portal Komuniti Ukhwah.com.


Disclaimer: Portal Komuniti Ukhwah.com tidak menyebelahi atau mewakili mana-mana parti politik
atau sebarang pertubuhan lain. Posting berkaitan politik dan sebarang pertubuhan di dalam laman web ini adalah menjadi
hak milik individu yang menghantar posting. Ia sama-sekali tidak ada
kena-mengena, pembabitan dan gambaran sebenar pihak pengurusan Portal Komuniti Ukhwah.com

Portal Ukhwah
© Hakcipta 2003 oleh Ukhwah.com
Tarikh Mula: 14 Mei 2003, 12 Rabi'ul Awal 1424H (Maulidur Rasul)
Made in: Pencala Height, Bandar Sunway dan Damansara Height
Dibina oleh Team Walasri




Loading: 0.089245 saat. Lajunya....